Friday, December 25, 2009

Gemok


Sekarang aku tengok member member aku sume dah berubah. Maksud aku dari segi penampilan, dan juga style(same je la bingai!). haha, ok lupakan.

Pertama sekali aku nak cerita tentang Usop. usop ni dulu mase kat sekolah dia ni gemuk, perasan ensem. Tapi aku kutip la dia jadik member aku. Baikkan aku?. bukan macam tu, kita ni kalau nak kawan jangan tengok pada paras rupa, ok?. So, aku suka kawan dengan usop ni sebab dia ada nilai-nilai konfiden. pernah dulu dia bawak radio dia jenama sony sebab nak layan lagu The Veronicas kuat kuat dalam bilik. What the fuck!. satu hari, dia mengamuk sebab radio dia hilang, dia tanya aku:

Usop : ko ade nampak radio aku?
Aku : tak, apsal?
Usop :radio aku hilang, babi anak haram sape amik

*Hayley, i know u miss ur mom, i know u miss ur dad~ (lagu eminem mockingbird kedengaran)

Senior aku, hop dengan beckem(nama panggilan diorang) tengah lepak tengah asrama, pegang radio sony kaler biru sambil buat gaya hip hop gampang. Usop bengang sambil buat ekspresi muka macam mak aku marah mase abang aku kantoi isap rokok, sikit lagi nak jadi hulk. badan dah ada gaya cume genetik x ade

Usop : Eh bro, kalau nak pinjam xreti bgtau ke?
hop : hahaha(ketawa tak sopan)
*si beckem masa tu muka dah bengang
hop : nah la, ambik.. sori kalau aku tak bgtau.
Usop : aku tak kesah kalau korang nak pinjam, tapi bgtau la.

Serius aku respect sama si gemuk ni. Dulu aku ada selipar dr cardin, aku tulis nama pun hilang.
Last2 aku tengok senior aku, Kasyfur tengah pakai sambil beratur dekat dewan makan. Aku nak mintak pikir 2-3 kali. Dah la time tu aku kecik, baru form 1. Kalau besar macam usop, nak jugak aku jentik telinge dia.

Aku tengok usop tengah makan nasi sambil bercerita sebelah aku. aku bisik kat usop:

Aku : mok, selipar aku dow.
Usop : mane?
Aku : tu, kasy pakai.
Usop : mane kasy?
Aku : tu la bodo, tengah beratur. KO stop la makan tengok belakang
Usop : a'ah la. cibai!
Aku : ko tolong aku mintakkan. boleh?
Usop : ok, aku try..

Usop bangun, pergi dekat kasy sambil buat muka yakuza jawa.

Skang Usop ni blaja kat uitm shah alam. yang atas ni gambar latest dia aku cilok kat facebook dia. Kalau ade awek nak kenal, tekan link ni : Muhamad Yusuf Nunis

ps : Hari ni saje 2 orang budak gemok yang gua syak masih sekolah rendah pandang slack kat gua. apsal? gua tau la gua skinny..

Thursday, December 24, 2009

Bye

Hari ni Cik DD ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang. 27 ni ada register UiTM. Memang lepas ni xde lagi la ym, atau blog, mahupun twitter dari Cik DD. Nasib baik pagi ni aku ter'online'. Sempat lagi ym dan webbie2.

Lepas ni masing-masing sibuk, harap-harap aku abis exam tanpa masalah. Barulah 19 Jan balik tanah air jumpa orang tersayang kan?

Harap-harap semua berjalan lancar tanpa masalah. Buat Cik DD, good luck:)

ps : Lepas ym, aku terus dengar lagu pearl jam - last kiss. lagu Bob Marley - no woman no cry aku buat2 tak nampak.

Tuesday, December 22, 2009

Tengkorak

Serius petang tadi mata aku rabak, balik dari kuiz matematik terus aku sambar lappy, check facebook. Ade la 2-3 ekor mamat hempuk aku pakai bantal. Aku on ym, terus carik initial "D", online rupenye, tapi dia busy, ade benda nak print. Aku ambik sketch book, prepare pasal test esok.

Mata pun belot kat aku, aku tidur, tepat pukul 6. Kalau dulu pukul 6 tu orang sibuk main futsal la, dating la, paling bangsat pun budak skola lepak cc main dota. Tapi sini aku nak buat ape? pukul 6 dah macam semayang isyak. Nak futsal ape jadah.

Tak sampai setengah jam, cik puan besar aku call. Mamai mamai aku angkat fon. Nasib baik kali ni cik puan besar aku call sekejap. Mengantuk tadi pun tak hilang lagi

Ah, pukul 8.30 lebih sikit aku bangun, nak sambung keje aku tadi. Mata kabur kabur, aku tengok ade dialog box ym kat skrin lappy. Sial! sape suruh tidur, kan Cik DD dah offline. Aku sambung la keje aku tadi.

Lepas 5 essay aku rasa boring nak mati. Mane ke tidak, asal buat essay baru, aku bakar rokok baru. Kang lame lame boleh ke hospital aku. Kalau boleh aku nak mati bukan sebab penyakit. Lagi lagi sebab rokok.(sape ade tips stop rokok?)

ps : Agak agak lu orang cun x kalau gua pakai t-shirt pink gambar tengkorak macam style Avril Lavigne?

Sunday, December 20, 2009

Kacau

kalau aku kata aku sekarang tengah kacau bilau, kau percaya?
Kau percaya ke, tak percaya ke, suka hati korang la kan?

Serius, aku rasa macam taik, bak kata David Beckham 'feel like shit'.

Aku rasa nak exam kot. mungkin saja. Tapi sebelum2 ni aku x pernah pulak rasa macam ni. Setakat SPM tu dulu, selambe badak je aku terjah, siap main kenyit2 mata dengan pengawas pekse.

Tapi kali ni memang aku rasa cam.....

mulalah aku nak mencarut, aku nak tulis entry ni pun rasa kegampangan. tambah tambah lagi roomate aku bukak lagu 'matta band'. Sumpah aku menyirap, rasa nak tumbuk2 je, jangan salah anggap. Bukan aku nak tumbuk roomate aku,aku sayang kawan kawan, tapi aku nak tumbuk budak pondan penyanyi matta band tu. Sape suruh dia buat lagu cam gampang kan?

tengok, aku dah merepek. Aku tak salahkan korang kalau korang bace entry ni then jerit "what the fuck!!!". Aku tau aku merepek. Tapi takpa, ni blog aku, ape aku kesah (berlagak sial aku!)

Hahaha, korang pun kawan blogger aku gak kan? kira aku sayang korang gak,
No hard feeling:) (sayang tu sayang jugak, aku bukan gay boy! kepada lelaki yang teransang baca ayat aku ni, jangan salah anggap, kau boleh blah!)

ps : Bilalah boleh aku makan char kue teow? (asal aku nak type 'char kue teow' mesti aku kene fikir dulu sbb aku x tau spelling betul dia)

Saturday, December 19, 2009

Nasi Lemak

Tengah aku sibuk ym dengan miss bunga, kawan aku cakap :

"ko buat relek, jap lagi makan nasi lemak, aku masak"
"memang cun!!"

Sumpah muke aku happy gile, macam muka lepas abis assembly mase sekolah dulu2.
Sementara tu, aku layan PES kejap, ye la, malam ni kan Barcelona sudah menang:)
Setengah jam macam tu,



Terus aku mencarut, sambil sepak dustbin bawah meja.

Thursday, December 17, 2009

Pantai

Tadi John ym aku, sambil cerita pasal vacation dia kat Cherating. Sumpah aku jeles cam sial!
Dah lame kot aku nak pegi Cherating tu. Padahal Pahang je pun, tapi nak pegi dari jb tu rase macam jauh gile.

Lepas tu John bagi aku tengok gambar gambar dia kat Cherating, serius Cherating memang perfect. View dia cun, tenang, memang sesuai dengan aku yang jiwa aman damai (ceh, pegi mati r sama lu!)

Bercakap tentang harga, aku lupe pulak nak tanya si John, berapa harga chalet sume. Aku syak paling gampang pun kene la dalam 3-4 rat kan? ye ke?

Ah, mampus r tu sume, janji boleh main pantai!! lagi best kalau ade Marley (anjing owen wilson). Boleh jugak ajak main flying saucer. gile!

Agak agak bila aku balik jan ni sempat ke aku nak lepak pantai? John pulak macam free.
Memang kacau! Xkan nak ajak bapak aku plak, konfem2 dia reject sebab dia bukan 'pantai people'.
kalau ajak mak aku, memang sampai tahun depan la dia bagi jawapan.Abis tu xkan aku nak pegi sorang? sangap gile.

Tapi pikir2 balik, apsal aku tetibe nak pegi pantai plak? kalau korang tanye aku, memang aku takde jawapan. Yang aku tau aku nak beremosi kat sana.

ps: sape nak pegi cherating? jom r.. Jiher, ajak la mr Ajik pegi. ok? yang lain konfem bz

Monday, December 14, 2009

Kenduri

Pagi tadi mak aku call

Cik puan besar : Assalamualaikum, ape kabo sane? sihat? sume ok? Now sejuk kan kat sane? Autumn habis dah kan?

*Ni lah dia, kalau call aku, mula mula dah sembur aku macam macam soalan. Aku syak cik puan besar aku ni nak jimat bil.

Aku : Waalaikumsalam. Sihat sume, takde problem. Skang kan dah mule winter.

Cik puan besar : Hah ni mama nak cakap, next week kita nak buat kenduri arwah kat sini. Hari Rabu.

Aku : Arwah? Arwah nenek?

Cik puan besar : Ye la. Sekali dengan Pak Ngah.

Aku : Owh, Bagus la. Buat dekat rumah? (sambil reply twitter)

Cik puan besar : Ye la. Uncle zack dgn Aunty Safiah pun datang dari Singapore. Bagus, bagus jugak. Jangan lupe bace yaasin sume!

Aku : Beres2. Jangan risau..

**************************************************************

Teringat tentang kenduri arwah, aku teringat insident mase aku darjah 4, abang aku time tu darjah 6.

"Ambik nasi ni, hantar rumah Pak Cik Lokman"
Bapak aku keluar perintah lepas pekena nasi minyak.

*aku dengan abang aku masing2 buat dono.

"Tu, suruh angah, kawan-kawan along baru sampai"
Abang aku menjawab dari meja lepak dia dengan kawan dia

Aku yang tengah main PS one jadik serba salah.

"Ah, suruh along. Angah takut nak jalan malam-malam ni"

"Dah, kau berdua nanti pegi sama sama. Cakap Abah kirim salam"

*Aku jeling abang aku, abang aku pandang aku

*************************************************************

Lepas 10 minit lebih kurang, jam dah pukul 9 lebih. Aku, abang aku,
Afiq Majid dengan Uyul naik basikal 4 orang pergi rumah Pak Cik Lokman

"Assalamualaikum!"
Abang aku bagi salam.

"Waalaikumsalam"
*Kelibat budak perempuan tersembul depan pintu

"sape tu Su?"
"Ni Abang Afa datang yah"
*Pak Cik Lokman bertanya dengan anak dia, Suhaila.

"Owh Asfar, ade ape fa?"
"Ni abah suruh antar nasik, dia kirim salam sekali"
"Buat susah2 je abah kamu tu, cakap dekat dia, pakcik x dpt dtg, baru balik ofis"
*abang aku mengangguk.

"Su, amik nasik tu"
*Suhaila pergi kat abang aku, abang aku hulur beg plastik berisi nasik minyak orang Johor.

"Terime kasih"
"Sama sama"
*Abang aku tersenyum, Su pulak cepat cepat masuk rumah. Aku syak dah tak tahan bau nasi minyak orang johor mak aku kot

Time tu, aku, abang aku, same afiq dengan uyul muka dah lain macam. Abang aku tetiba bersuara,

"lawa gak kan Su tu?"
"a'ah, sejak dia pindah sekolah aku dah lama x nmpak dia. makin lawa!"
*Afiq menyampuk, Si Uyul aku syak tengah berangan main kawin kawin dengan Su.

*Sial, aku fikir aku sorang je perasan yang Su tu cantik. Aku berkata dalam hati

Sampai rumah, Abang aku amik pensel dengan kertas

"Wey angah, mane sampul surat yang makwe aku bagi dulu? yang kaler biru bau wangi tu"
"Entah, mama ambik kot"
"Alamak!! ko ade sampul lain?"
"takde, ko nak buat ape?"
"Aku nak tulis surat cinta, bagi kat Su"
*Jawab abang aku dengan tersengih-sengih

Aku pandang tv, sambung main Army Men.

Ps : Cilaka, tetiba aku lapar nasi minyak..

Sunday, December 13, 2009

Bola



"dah! aku taknak dengar lagi, cukup!" teriak Syamil

"salah ke aku buat macam tu? salah?!" aku berkata lembut, abaikan tanda seru.

"tak sangka aku, macam ni rupenye member"

*syamil duduk sambil menutup muka. Konon menahan sedih.

Aku terdiam, sambil tanya diri aku, salah ke aku? Perlu ke aku mintak maaf?

Terlintas kat fikiran aku, tentang kenangan dulu. sama-sama meniti hari di universiti. Pahit manis suka dan duka semua kami tahan bersama. Bak kata orang putih "i back up u, u backup i".
Tapi sekarang? semua seakan musnah atas satu sebab. Ah! persetankan semua itu!
Kau mahu egois sama aku ya? ok, aku pun mahu egois sama.

"dah2! ko jangan nak over acting, dah kalah tu pegi susun bola!"

Syamil tersenyum macam anak dara melihat jejaka tak pakai baju.

"yela2. siallah, apsal asyik aku je kalah? ko main tipu kan?"

"bile mase pulak? ko sendiri nampak kan? dah, susun2, jangan nak buat drama!"

Syamil susun bola, sambil buat muka kedah.


Ps : Sape agak2 terer billiard, jom kita lawan?

Tag from Syaza Izura

Bold the statements that ARE true to you . Italicize the statements that you WISH were true . Leave the fibs alone . Then , tag 5 people to do the same test .


I'm 170cm tall


I dont know what i want at the moment

Im not happy

I hate my life

I hate my friends

I hate my grades

I can drive

Im bored of driving

I have a white handbag

I love dancing

I go clubbing every week

Shopping is bullshit

I have a tattoo of a star

I got my navel pierced

I have friends that take drugs

90% of my friends smoke

I still hangout with my ex, eventhough our break up was rather nasty

Im studying fashion

I have a bussiness running

I hate cartoons

I hate someone

I have 10 lolipops handbags

I buy CLEO every month

My parents dont know about my blog

I have an ipod

I dont have faith in the current "one."

My school mates know about my blog

I wanted to be a fashion designer

I love rock emo bands

I hate it when people cancel last minute meet ups

Im a rebel


I dont believe in love

High school's filled with drama

My parents have faith in me

I've bought shoes this month

A blogger bitched about me before

I hate sports

I heart italians food


I hate meeting new people

I hate nail polish

The mother bear gives me hugs

People should start appreciating me

High school wat the worst time of my life

I have red hair

One Utama is my second home

Im a guy


Im scared of my Biology exam which im going to face tomorrow

I hate vacations

We'll last :)

I believe in long distance relationships

Im going to get high and smoke weed one day soon

I've robbed an old lady

Im starting to start applying make-up

I was a tomboy

At times i think i still am a tomboy

I love bithcing about people behind their backs

I still have a bestfriend

I have a cat

I hate surprised parties

I hate planning parties

Im hot :P..hehehe...

Im a sinner

I've got a DS Light

I have a WII

I can live without music

Video games are a waste of time

I miss the father bear

I love being in love

I know how to cook

I have 100% freedom

Boys are assholes

I hate math

Im happy with what i have

I love horror films


I slept in my parent's room for 3 days after watching Scream when i was kid

My old friends keep in touch with me


I dont read newspapers


The news is such a waste of time

Blogging is a waste of time

I hate animals


I cant live without make-up

I curse like a pirate


Im happy with my 11 year old car

I hate people that are smart

I love Orange juice


I cant drink for nuts

I believe that everyone in their teens have lost their virginity

I've got a new phone

Im going to get a pair of new shoes by the end of this month

I love swimming

I haven't worked out since March

I think im fat

I love my friends and family

friends to tag :
Dahlia Mazelan
Jiher Roslan
Syamim Shukri
Achno Hashim
Lea Jamal
Nina la

Saturday, December 12, 2009

Kencing

"wey, bawak balik gitar. aku nak test amp baru" mesej aku terima dari abang aku.

"wokey2" aku balas dalam hati. Nak harap aku balas balik, memang tak dapat. buang kredit aku je.

Petang jumaat tu, lepas kelas dengan tak sempat pegi semayang jumaat, aku bergegas ke ktm Bangi.
Bukan aku sengaja tak nak pegi semayang, tapi tiket aku mase tu memang tak mengizinkan. Driver bas tu kalau boleh tunggu aku, nak jugak aku mesej suruh pekena teh 2-3 gelas sementara aku sampai.

Sampai di ktm, aku beli tiket ke Seremban. Berdesup aku masuk, terus lari masuk dalam train. Nasib baik sempat, kalau tak, memang kenela menunggu train lain.

Suasana dalam train masa tu tenang, walaupun bau tak nyaman. Cilaka punya bangla, bau bawang.
Takkan aku nak salahkan dia ye tak? dah memang genetik dia macam tu. Dah tu tak reti-reti nak pakai Rexona ke ape ke, aku syak dia guna minyak kelapa. Aku pandang dia, dia sengih-sengih bohjan dengan aku.Aku buat muke hensem.

Sampai Seremban, aku berjalan ke terminal one. Aku tanye kakak kaunter :

Aku : Kak, bas gi melaka lama lagi?
kakak kaunter : Kejap lagi dik, ni kitorang pun dah call, tapi jam. jap lagi sampai la.

Aku cakap dengan kau, kalau dah dia guna ayat tu kau jangan percaya sangat. Ade maksud tersirat. Jangan salahkan diri kau kalau kau mencarut sorang-sorang sebab bas sampai lambat macam haram. Tu maksud dia.

Sebelah kaunter tu aku tengok ade kedai jual printing arts, sebelahnye lagi ade kedai air. aku beli 100 plus, aku lepak kat kerusi sambil tengok sorang brader pasang jukebox lagu dangdut.

'sial betul!'. Terpancut ayat tu dari mulut aku bila brader tu dah mula gelek depan jukebox.

'ada orang ka adik?' satu mamat india tanya aku
'xde2' aku jawab.

Mamat india ni aku syak orang pegawai.Slack hitam licin, kemeja jalur lengan berlipat sampai siku.

India : Main muzik ka?
Aku : A'ah.
India : Gitar apa ni? boleh tengok ka adik?

Aku bukak zip beg gitar aku, aku tunjuk kat dia.

India : Wah, cantik la adik, mau pergi mana?
Aku : Melaka.
India : U selalu dengar band ka?
Aku : Tetiap hari saya dengar
India : Ya ka? band apa?
Aku : Banyak la, Metallica, Led Zeppelin, Rolling Stone

*Aku malas nak bagi contoh moden-moden, mane tau tak sesuai dengan zaman dia.

India : saya pun ahli muzik dulu tau. Banyak gig saya perform dulu
Aku : Ye ke?
India : Ya la, itu zaman, Wings, Search suma tengah hot.

*Hati aku dah ade sikit nilai respect kat india ni.

India : U umur berapa?
Aku : 17 (masa tu la, ni cite lame)
India : bagus2. Kita kalau passion mahu main muzik, kene start awal.

*aku mengangguk macam dengar ceramah.

India : Ini adik kenal sama Ramli Sarip?
Aku : Kenal2. Saya pun minat sama dia dari dia dalam Sweet Charity.
India : Ok la, saya kasik tau sama u, kalau mau jumpa dia call saya. Saya macam manager dia la
Aku : Owh!! bagus2 (mata aku dah bersinar harapan)

India : Ini adik, saya mahu cakap sikit
Aku : Apa?
India : Err, boleh kasik 5 ringgit ka? saya lapar mahu beli roti la.

Aku angkut beg gitar aku, aku terus blah join sama brader dangdut.

Memang gampang. Aku kene kencing free.

Ps : Nasib baik aku baik hati, kalau tidak memang mamat tu makan tali gitar. Tali gitar rumah aku pun banyak spare. Xde hal.

Friday, December 11, 2009

Tonggeng

First sekali, aku nak warning yang aku bukan nak bentang tazkirah kat sini. Sebab, aku tak hafal tazkirah, buku tazkirah pun aku takde.

Mase tu umur aku 7 tahun, darjah satu. Kami di Johor ni memang wajib pergi sekolah agama. Kalau tak pergi memang kene sebat! Baju melayu putih, samping hitam. Kalau nak up lagi, pakai la samping hijau, ada title pengawas.

Satu petang, kelas aku masuk bab semayang. Ustaz aku suruh ambik 4 biji meja, kasik rapat, letak tengah-tengah kelas. Atas meja tu ade kipas.

Ustaz Jamil : Hah, ni sape nak tunjuk care semayang? naik atas meja. Sapa naik, saye belanja nanti.

sementara tu,

hakimi : mel, nak gula getah? (sambil hulur wrigleys kat aku)
aku : nak2!

Ustaz Jamil : muzamel, awak la naik, ringan sikit.
aku : apsal pulak saya ustaz?
Ustaz Jamil : dah2, mari. jangan takut. semayang pun takut nak jadi apa?

Ni yang aku paling lemah.Jadik demonstrator murahan. Aku bukak kasut, naik atas meja.

Ustaz Jamil : yang lain berdiri buat bulat. Tengok macam mana cara nak semayang.

mase aku diri atas meja tu, aku tengok member2 aku dah gelak2. macam gampang. Yang perempuan pulak sengih-sengih. aku pandang atas, aku nampak kipas. berhabuk macam sial, tergoyang-goyang macam nak tercabut.

kalau kipas ni jatuh, macam mana agaknye? takpe, mati tengah semayang masuk syurga. Aku teringat mak aku pernah cakap macam tu

Ustaz Jamil : ok, buat takbir.
Aku : Allahuakbar! (dengan gaya sekali)
Ustaz Jamil : ha, ni namanya takbir. bende pertama sekali kita buat masa semayang. buat rukuk pulak.
Aku :*rukuk
Ustaz Jamil: masa rukuk ni, badan kene turun bagi nampak rata, baru sah. takbir balik
Aku :*takbiratul ihram
Ustaz Jamil : lepas rukuk kita takbir balik. hah, sujud!
Aku :*sujud

'ee, tak malu!'. Aku terdengar satu suara gampang, entah suara sape aku tak tau. yang pasti suara perempuan.Mase tu ustaz aku tengah explain tentang sujud.Si kimi pulak sibuk tarik-tarik samping aku.

Aku : *owh, ko tarik samping aku eh, takpe2. sape yang cakap aku tak malu tadi? takpe2 lepas ni ko siap! (aku cakap dalam hati)

Ustaz Jamil : ok, duduk antara dua sujud.
Aku :*duduk la macam orng semayang
Ustaz Jamil : Astaghfirullahalazeim!!!! ni semayang ape makan gula getah ni? masa semayang mana boleh makan.
Aku : saya bukan bukak mulut pun ustaz.
Ustaz Jamil : Hish!! mane boleh! dah, turun2, pegi buang gula getah tu.

aku turun, aku buang gula getah.

Ustaz Jamil : lepas ni kita tengok macam mana semayang subuh.
Semayang subuh ada doa qunut.Sebab tu semayang subuh ni special. Hakimi, awak pulak naik. Tadi kawan awak dah buat. Kasik orang lain pulak. Mari!

Aku senyum, sambil buat mata jahat dekat kimi. Si kimi pura-pura terkejut. sempat jugak aku bisik,

*siap engkau!!

ps : sape tak semayang zohor lagi, pegi semayang sebelum aku sebat sorang-sorang.Walupun Ustaz Jamil tipu aku, dia tak belanja aku lepas tu, tapi aku berterima kasih kat dia. Peace Ustaz Jamil!!

Wednesday, December 9, 2009

Tag

tag for Lea Jamal

Name three ringtones you have used as your:

General Ringtone:
phat anthem

Family Ringtone:
phat anthem

Friends Ringtone:
arctic monkey - fake tales of San Francisco

SMS Alert:
Apple sms alert

Alarm:
Apple alarm

next tag? sape rase dia cantik cute macam Natalie Portman ataupun hensem ada hot abs macam Jacob boleh la buat.

Sasau

Bangun-bangun, aku tengok jam, dia kate pukul 7 pagi

"ah, membohong r ko jam, awal lagi kot!"

aku bukak lappy, pukul 7.10 pagi.

'sial, betul rupenye jam ni. sori jam:)'

bukak u tube, layan 'mariah carey - reflections'

ape jadah la aku ni.

sasau2..

Gigi

Masa aku gosok gigi tadi, aku tengok cermin. Rambut aku dah panjang, balik Malaysia aku kene pergi saloon. Kasik adjust serupa Farid Kamil.

Tengah sibuk gosok gigi, aku teringat cerita tentang gigi.

Masa tu, aku di tingkatan 5. Hari tu memang panas. Start hari tu aku dah plan, abis spm aku nak pindah negara salji. Bagi sejuk sikit, air-cond tak payah bayar. Pukul 2 petang, lepas makan aku balik ke bilik. Aku tengok roomate aku, Azwan tengah baring pegang majalah cleo, bulan lepas punya. Entah mane ceruk dia rembat pun aku tak tau.

Aku : Ko dah makan?
Azwan : Dah tadi, aku pergi kafe.

Aku tengok, dia masih lagi khusyuk dengan cleo dia. Sikit pun dia tak pandang aku. Cam gampang. Entah gambar haram mane entah dia tengok aku pun tak tau.Badan pun dah penat, malas aku nak fikir banyak. Cukuplah masa kelas tadi Puan Toriah seksa mental aku. Aku bukak uniform aku baring atas katil. Memang nikmat, macam layan Dunhill belakang blok sekolah lepas habis makan.

*********************************************************
Pukul 5 petang, aku terbangun sebab kawan aku kejut ajak pergi surau.Nasib baik, aku bukan boleh tinggal ibadat ni.Balik dari surau, Azwan masih lagi tidur, kadang-kadang senyum. Gila, sweet dream la tu konon.Aku capai hanger baju, aku kasik 2-3 das sebatan kat dia

Aku :wey bangun!!
Azwan :mende?
Aku :ko ada training ragbi kan petang ni.
Azwan :5.30 la
Aku :Owh ye ke? lantak ko la

Aku capai mp3, aku carik lagu band rivermaya. Time tu, aku tengah gila dengan band ni.Aku capai cleo tadi, aku layan.

Takde hujan, takde ribut, Azwan tiba-tiba lari ke toilet, terkejut jugak aku. Segala imej-imej fantasi aku hilang. Potong stim betul. 5 minit, Azwan keluar toilet.

Aku : Apsal ko?
Azwan: Xde pape
Aku : Ni ko punya cleo ke?
Azwan :......
Aku :wey, tadi Azri suruh ko ready ragbi
Azwan :mmmmm

Apsal pulak mamat ni? moody semacam. Nak kate gaduh dengan awek, xde awek. Nak kata period, manusia berbulu.

Azwan :Pinjam boot ko kejap

automatik, aku gelak. Mane ke tidak, gigi depan dah hilang.

Aku : Ni manusia ke ape ni?
Azwan : Ah, sial r ko.
Aku : Hahaha, gila. Mak cik kantin tu pun gigi full la. Ko memang dah tua
Azwan : Mane aku tau, nak patah. Training ragbi semalam la ni.
Aku : Relax2, walaupun rupa ko sekarang macam makhluk asing, still hensem bai.
Azwan : fuck r lu!

Malam tu aku dengan kawan aku pakat kutuk dia ramai-ramai. Lama jugak la dia ni jadi bahan. Tapi tu la namanya kawan kan?

ps : Minggu lepas, Azwan ym aku. Dia kata dia skarang dah pakai superbike dekat India. Ape-ape la, janji dia balik dari sana jadik doktor.

Tuesday, December 8, 2009

Bersin

Korang tau kan maksud bersin tu apa?. Bagi aku, bersin itu normal. Semua manusia pernah macam tu. Siapa cakap dia tak pernah bersin, memang perangai dia serupa Bush, menipu je tau.

Pagi tadi aku ke kelas. Sampai di stesyen tramp, aku lihat orangnya ramai yang sudah menunggu. Awek-awek ofis, makcik-makcik nak beli sayur, brader-brader gangster, dan juga budak-budak sekola.

'kring!,kring!'. Tramp sampai dengan bunyi hon yang serupa macam telefon oldskool. Aku tengok, didepannya tertulis nombor 52, memang tak syak, ni la tramp untuk aku ke kelas.

Dalam tramp, memang sesak. Lagi sesak dari konsert pussycat doll live in KL dulu. Nasib baik port aku strategik, terlindung, x ada gadis-gadis yang boleh buat benda-benda haram dengan aku. hahaha, gurau saja.

Aku melemparkan pemandangan ke luar tingkap, sambil teringat cerita nurkasih, tiba-tiba 'hachom!!'. Sialan.. aku paling anti kalau orang di sekitar aku bersin. Perasaan aku, mental aku terus saja berubah. Macam-macam yang aku fikir. Selsema babikah? Selsema burungkah?
ahh, persetankan semua tu, aku yakinkan diri.

'Hachom!!'.Lagi sekali. "gampang!" terkeluar dari mulut aku. Dia bukan faham pun. Masa tu perasaan aku sama macam 'jemput-jemput', lembik, geli.

'Next station is Ulyanka'. Bagus!, lagi satu stesyen. Turun tramp, aku terus berjalan laju ke universiti. Aku cari toilet, aku basuh muka.

ps : Untuk pertama kali aku masuk toilet universiti aku. Toilet dia semua bau haram, tak kira toilet student ataupun lecturer. Jom datang malaysia, kita tengok toilet dia macam mana?

Mesej

Pagi-pagi handfon aku memekak, ade text masuk :

John - wey sengal, next week kitorang nak pegi Cherating. Follow?:)

Aku balas :

Aku - LU MEMANG GAMPANG!!

ps : Bukan aku xnak pegi, kalau cherating tu naik teksi boleh sampai, mahu jugak aku. Kepada John dan kekasihnya Fira, have fun kat sana. Gua dengar lu orang buat bukan2 kat sana, gua sebat sekor2.

Monday, December 7, 2009

Tali pinggang

Tadi ade sorang mamat ni add aku dekat myspace.

"sape die mamat ni, xpernah aku tengok muke, muka jawa pun ada,muka melayu kita pun ada, cume bibir tebal sikit." cakap aku dalam hati.

Dia tulis nama dia atas profile tu 'the cullen'.Cis! memang tak dibuat orang, cullen kulit sawo matang ape jadah. Kalau Drogba ke, Essien ke aku maafkan lagi.

Tapi tak apa, aku approve dulu. Agak-agak tak kenal apa susah. Delete la.

Bila aku tengok je gambar depan tu, kepala otak aku macam kene stun gun.
'aku kenal dia ni, tapi aku lupa name dia'.

Aku klik dekat album, aku jumpa satu gambar tahun 1999. Gambar kelas aku dulu.
Beratur memanjang tengah panas ambik gambar, sorang-sorang muke berkerut tahan panas.
Cuma cikgu kelas aku je yang ketawa. Aku syak dia ni model baju renang la dulu. Kene panas dia boleh senyum ambik gambar.

Aku klik next, terkeluar gambar dia dengan tali pinggang 'S'. Yang macam faizal tahir pakai tu.
"la dia ni rupenye, Faizul yang duduk sebelah aku dalam kelas dulu. Harap umur je sama, tapi rupa tua.

Aku ingat lagi masa darjah satu, kami juga sama kelas. Entah ape kes guru besar aku suke sangat letak aku dengan dia ni satu kelas. Dia ni masa mula-mula dulu selalu menangis masuk kelas. Takut mak dia tinggalkan dia sorang-sorang. 'tolong tengok-tengokkan syafiq ni ye, kawan baik-baik' mak dia pesan kat aku. Biasa la, mak aku cikgu kat situ jugak, bolehla aku berlagak sikit pura-pura berani.

Satu hari, kelas bahasa inggeris. Aku belajar pasal sayur atau dalam bahasa inggerisnya vegetables. Cikgu aku, Teacher Mazlinda tampal gambar toge kat blacboard.

Teacher Mazlinda : Ok class, ikut cakap teacher ye.Ni name dia beansprout. sekarang lukis cantik-cantik, tulis nama dia besar-besar

Aku terpinga, kalau tadi teacher aku tampal brinjal, lepas tu lady finger, senang la nak lukis. Ni toge, macam mana aku nak lukis? Kecerdikan aku pada masa tu memang tercabar hanya kerana demi melukis sayur toge..

'mama!!!'. si syafiq menjerit sambil berlari keluar kelas kejar mak dia kat dataran perhimpunan. Aku yang stress nak melukis toge tadi terkejut macam gampang. Nasib baik budak pompuan kelas aku masa tu tak akhil baligh lagi, tak reti nak histeria. Teacher Mazlinda turut keluar. Aku tengok dia pujuk-pujuk si syafiq masuk kelas. Tapi si syafiq buat-buat gedik taknak masuk kelas. Last2 mak dia bawak dia balik. kerusi sebelah aku kosong, xde la orang aku nak ajak lawan pemadam.

'Ade hati nak jadik superman konon! Ingat ko pakai tali pinggang faizal tahir tu boleh buat aku lupe kes kita mase darjah 1?' aku bermonolog dengki.

ps : sampai hari ni dendam aku tak berbalas. aku tak puas hati kenapa dia pinjam pemadam yang aku dapat free mase beli 'appeton' dulu tak pulang2. Ni aku dah jumpa ko kat myspace, ade mase boleh jugak aku mintak ganti rugi.

Sunday, December 6, 2009

Telefon

Semalam aku nampak sorang gadis memegang handfon warna merah.aku jeling, aku teringat yang dulu aku pun pakai handfon macam tu. Cuma di telefon tu aku tak sangkut teddy bear.

Masa dulu waktu aku berumur 13 tahun aku ke sekolah berasrama.Mak aku bagi saya handfon putih yang diatasnya tertulis 'siemens'.Handfon tu handfon dia bagi aku sebab dia dah tak pakai. Dia cakap, "nanti senang abang nak call, tak payah cari public".Tapi aku tak terasa pun apa pentingnya handfon dalam hidup aku. aku rasa sama saja. Yang aku ingat, telefon putih tu memang selalu potong line aku. Mase main bola pun mak aku nak call. Last2 aku simpan, akku beli kadfon.

Lepas 2 tahun, aku di tingkatan 3. Masa tu kawan-kawan aku semua ada handfon, paling buruk pun 3310. Tapi aku masih cool, tanpa telefon.Tapi tak lama lepas tu Aunty aku bagi aku Nokia 'butterfly'. aku pun ambik, cakap terima kasih.Tapi sayang,aku tertinggal telefon tu dalam cab.Tapi takpa, aku bukan ada gadis elektrik masa tu nak call.

Habis pmr, aku ingat lagi, abang aku beli handfon baru. Yang lama dia bagi aku, yang ini cun sedikit sebab ade kamera, bawahnya betuk bujur.Tapi aku kurang minat sebab besar (nokia).

Bila sambung tingkatan 4, aku mula sedar betapa pentingnya handfon kepada diri seorang remaja macam aku.Untuk kali pertama aku beli handfon dengan duit sendiri. Samsung flip, aku kurang pasti modelnya.

Tapi ustaz aku cemburu, dia rampas handfon aku. dia kata 'kalau nak balik, bayar rm100 di bilik warden'.aku jadi bercelaru, mana nak dapat rm100? masa tu aku budak sekolah lagi, mesti la fikir pasal duit.Dengan duit makan lagi, duit jamming, duit rokok, opps! abaikan.
Aku pun cakap dengan ustaz aku 'ustaz, handfon tu kalau saya jual, kedai pun reject. rm100 tu mahal, kalau rm10 xpe ustaz. saya bukan msg makwe pun. X caya ustaz check la simkad saya.Kredit saya pun dah bape lame tak top up'. Tapi ustaz aku tak percaya, mungkin dia syak aku ni kasanova sekolah. Hahaha

Lepas Spm, ustaz tu datang jumpa aku, dia bagi handfon aku balik. 'tapi ustaz, saya xde rm100 ni. serius' kata aku jujur.'xpe awak ambiklah, saya ni bukan apa, xnak awak lalai dengan benda2 macam ni'.Hati aku berbunga, sbb dalam fon tu ade banyak gambar bermakna dlm hidup aku.

ps :Tapi handfon tu dah mati. Sebab aku lupa nak keluarkan dari poket masa buat terjunan bebas di waterfall satu ketika dahulu. aku ingat bolehlah ambik gambar dengan ikan. Haha.

Saturday, December 5, 2009

Semalam

Semalam aku ke majlis tari-menari yang dianjurkan oleh "leader" sebuah badan korporat di Russia. Hajat aku satu, hanya mahu mengambil foto untuk tatapan umum. Janji gerak pergi pukul 10, tapi pukul 11 jugak baru berangkat. Janji Melayu..

Sampai di Nevski, aku tengok orang sudah ramai. Kami ke kaunter untuk menyerahkan kot untuk dijaga. Brader yang keje tu muka tension, ye la, orang ramai katakan. aku cakap kat brader tu,

Aku : No more hanger?
brader : No, check at second floor

Terus aku dengan kawan aku lari-lari anak ke tingkat dua, nasib baik ada. satu hanger, sangkut 5 kot, asal boleh.

Masuk ke dewan tari-menari, aku lihat sudah ramai yang menggila, ada yang sasau, ada yang bersahaja. Acap dan Hanif terus meluru kedepan, mahu melihat artis pujaan "abang Dash Berlin".
aku, zack dan abby ketinggalan di belakang.Memang aku sengaja duduk dibelakang, mana tau ade shot2 lawa untuk foto.

Setelah lama bermain kamera, aku pergi ke belakang untuk memesan 'red bull'.Memang panjang beratur.Kaki aku terasa lemah, kepala aku pusing, asap rokok yang menari bebas diudara membuat aku loya. Tabah, aku dan zack beratur.tiba-tiba lagu "sunlounger - lost" diputar :

Vitali : what song is this? hey, did u know what track is this?
Aku : Sunlounger feat Zara - lost
Vitali :owh yea! hey where are u from?
Aku : Malaysia
Vitali : Student?
Aku : yea, Smtu.
Vitali : owh good! I have been to Sweeden twice. The parties there are awesome
Aku : Owh, I never been there
Vitali : alone?
Aku : No, with my friends
Vitali : No girlfriend? (sambil tersenyum)
Aku : No, she's busy
Vitali : haha, poor u, nice to meet u btw!
Aku : me too!

hampir 45 minit beratur, semata-mata kerana setin redbull, aku rasa aku diperkotak-katik, takpe, yang penting tugas kene selesai.Aku pergi depan, record beberapa video, snap beberapa gambar. Aku rasa cukup la kot gambar yang aku amik, tunggu nak edit kat rumah.

Tapi aku rasa lain macam..

Malam ni aku tak dapat ym..

semua serba tak kena..

Thursday, December 3, 2009

Satu

Sekarang,ramai orang sedang membicarakan pasal nombor 1,nombor kegilaan ramai. Mungkin saja kamu semua memang sudah arif dengan nombor satu, siapa suka nombor satu?

1.Ibu saya
-'pastikan exam kali ni awak dapat nombor 1 dalam kelas!"

2.Najib
-"kita sebagai rakyat berbilang kaum mesti bersatu. 1 Malaysia!

3.Kerajaan
-mengutarakan segala rencana negara melalui siaran rtm di channel 1

4.Kawan saya
-"wey, 1 rokok.. aku punya habis" (faham2 la)

5.Pekerja awam
-"dah pukul 1, bolehla aku makan nasi kandaq ni"

6.Saya
-hidup saya ada 1
-family saya ada 1
-girlfriend saya ada 1
-saya suka lagu Creed 'one last breath'

Wednesday, December 2, 2009

Dialog

Hari ini juga, aku ke 'Passaj':

Aku : Hi good morning.

Ekaterina : Good morning, have a seat.

Aku : I want to change my flight ticket, please cancel this and book a new one for me.

Ekaterina : Same airways?

Aku : No, i prefer departing from Moscow, then transit in Cairo.

Ekaterina : Should i change the date sir?

Aku : Yeah, make it 19 Jan and return on 16 Feb

Ekaterina : So, then it would be Egyptair. You will depart from Moscow on 19 Jan, transit in Cairo, then arrive in Kuala Lumpur International Airport terminal M.

Aku : Nice, Thanx!

ps : Hello Malaysia!! Im coming!!! Bye2 Amsterdam, maybe next time:)

Tuesday, December 1, 2009

Coffee

Lepas kelas billiard, aku terus carik tramp, nak balik cepat sebab dah lewat. Aku teringat semalam internet rumah aku nak expired, so aku carik internet machine, bayar bil internet dulu.

Memang sejuk, kalau layan ekspresso memang cun. Sebelum balik aku singgah dulu di kafe yang selalu aku datang. Waitress kat situ memang dah tau aku nak order apa, sebab aku regular customer:)

Aku pilih meja yang selalu aku duduk, sebab meja tu agak terpinggir tapi aman. Customer tadi tak ramai orang, hanya ada aku, dan juga sepasang couple duduk berdekatan dengan meja aku.

Aku minum ekspresso sambil tgk mtv russia, bagi aku di sini mereka ambil tahu juga lagu-lagu luar macam Katy Perry, Avril Lavigne walaupun diorang tak faham sangat english. Tapi tak apa kan, janji diorang still progressing.

Tiba-tiba lelaki yang duduk dekat dengan meja aku cepat-cepat capai trench coat dia dan keluar dari kafe tu, aku tak tahu kenapa.. perempuan yang duduk dekat dengan aku pandang aku. Dia menangis, aku hanya tersenyum. Dia turut tersenyum walaupun palsu.

Ekspresso yang aku minum berubah tawar, aku mintak bil dan terus bayar berserta tip. Aku terus balik ke apartment...

Sunday, November 29, 2009

Aku dan bunga

Tadi aku jumpa balik dengan bunga yang aku minat, kalau dulu, aku hanya melihat, tapi tadi aku ambil keputusan nak berbual dengan bunga tu.

Aku bagitahu dia, yang dia bunga menarik bagi aku, walaupun aku bukan pandai pasal bunga tapi aku dapat rasa, sesuatu berbeza yang bunga lain tak ada.

Bunga tu bagitau aku yang dulu dia gembira, sentiasa cantik, tapi tak lama. Aku turut simpati dengan bunga tu. Aku tak nak bunga yang aku suka jadi layu, sedih.

Aku rasa aku nak bunga tu sentiasa ada dengan aku, boleh aku dengar masalah dia, boleh aku jadik teman ketawa,tapi macam mana aku nak cakap dengan bunga tu? perlu ke aku cakap?

Tapi aku bagitau juga, dan bunga itu juga gembira, barangkali gembira macam satu ketika dahulu, dan sekarang, bunga itu ada dengan aku

Kalau boleh pusing balik masa, aku nak kembali ke masa dulu2, sebelum bunga itu sedih, biar hanya ada aku dan juga bunga itu..

ps : aku on ipod, aku carik track 'Armin Van Buuren - In and Out of love'..

Saturday, November 28, 2009

Boleh

Pagi-pagi lagi kawan aku, Armin call aku just nak remind aku tentang malam ni. Aku dengar suara armin di telefon agakk kurang jelas. Takpe la, nanti aku text dia. Aku sambung tido.
***********************************
Tak brape lame lepas tu, aku terbangun, pandang jam. Dah pukul 6 rupenye. Dengan sepantas yang boleh aku kemaskan diri. Ye la, show mula lagi 5 jam, kita kene la profesional kan? persediaan awal.

Mase nak keluar rumah, telefon aku berbunyik, ade text masuk :

Sophie : Hey Juice, where are you?
Aku: On the way, jam like hell (lelaki macho, mesti pandai menipu dlm keadaaan mcm ni)
Sophie : Omg, u must hurry! the place, the things must be set up
Aku : okay, all i need is time. c u there^^

Tetiba perut aku membuat pancaragam, Aku stop di Carls Junior berdekatan, ala, dekat je pun tempat event aku. Aku order away je la, lagipun dah lambat.

Sampai2 dekat tempat show, semua benda macam dah set up, aku tgk atas stage Sharon dengan Rene' tengah rehearsal. Aku duduk makan. Craig datang bagi aku jadual show malam tu, aku dj ke 3 spin. hahaha

ps: See you in 3 more hours on Trance Beauty!!! Malaysia Boleh

Thursday, November 26, 2009

Lembu

Hari esok hari Jumaat, baru aku tau semalam yang esok hari raya Aidiladha, tu pun lepas aku ym dengan kawan aku Muiz. Masing-masing sekarang tengah sibuk post entry pasal raya.
Cerita tentang raya, pertama sekali aku ucapkan selamat hari raya Aidiladha buat semua kawan-kawan, family, dan umat Islam yang baca blog aku. Nampaknya orang Malaysia makan rendang ketupat lagi sekali, tapi aku dengan kawan2 kat sini memang haram la nak masak rendang. Masak rendang masa Aidilfitri dulu pun sebab terpaksa.

Ok, soal makan kita tolak tepi. Bila ingat pasal Aidiladha, first yang aku fikir adalah sembahyang raya di masjid. Kebiasaannya aku dengan family kecuali ayah aku akan lepak kat rumah atuk aku di Jb.Pagi2 lagi aku kene bangun, pergi masjid sembahyang raya dengan cousin aku. Lepas sembahyang raya ada khutbah, ikut rule mak aku, khutbah tu kene dengar. Kalau dia tau aku balik xdengar khutbah memang kene la membebel, memang style cikgu sekolah. Selalunya masa pak imam bagi khutbah aku duduk dalam kete dgn abang aku layan Dunhill.

Tu bab masjid, bab rendang ketupat memang xdapat elak. Bagi kami orang Johor, sambal kuah kacang tu memang wajib (ni mak aku la cakap). Kuah kacang ni memang fav mak aku, tapi aku lagi prefer rendang daging. Nak carik lemang memang harapan la kat Jb. Kalau ada pun amat susah nak carik. Ketupat pun instant, kadang2 aku pernah gak fikir nak rasa ketupat original, yang ade daun2 tu. Style kan:)

Lepas makan, selalunya atuk aku akan ke masjid, dulu masa kecik2 aku dgn abang aku pernah ikut atuk aku sebab nak tengok lembu kene bunuh. Memang aku akui aku tak tahan darah, bila nampak darah banyak2 aku rasa lemah longlai, nak muntah pun ada. Tapi abang aku suka tengok lembu tu kene bunuh, hardcore kata dia. Memang harapan la aku nak ikut next time. Tu la first and last time aku tengok lembu kene bunuh.

Tapi yang xbestnye bila raya ni, mesti dalam seminggu jugak la lauk rumah aku bertemakan daging, tak kisah la daging black pepper ke, daging kari ke, rendang daging ke, janji daging. Ye la, kan banyak lembu kene bunuh. Time2 camni la aku fed up. Bukan aku sorang je, bapak aku pun rasa cam tu. Time dinner je, bila tengok lauk daging atas meja, bapak aku tengok aku, aku pun tengok bapak aku, bapak aku cakap 'jom pekena roti tempayan?'. aku cakap 'ok gak', tersenyum gembira. So, kitorang makan sikit je la cover dengan mak aku. Last2 mamak jugak. Like father like son.

ps : Selamat hari raya Aidiladha:)

Wednesday, November 25, 2009

5 Benda minggu ni

1. Hari ni aku mimpi kene kejar singa
2. Khalis jadik otromen sebab terperanjat tengok cite 'shutter'
3. Dah masuk hari keempat aku tak tengok matahari.
4. Barcelona menang dengan Inter!! (lepas ni siap ko real madrid)
5. Hari Sabtu ni aku ade date dengan Sophie Sugar.

Sunday, November 22, 2009

Party



1. Trance Beauty (Sophie Sugar & Caludia Cazacu), Saturday 28/11/2009, Royal beach club Saint Petersburg,Russia

2.Trancemission (Trance festival) - (Ronski Speed, Dash Berlin, Alexander Popov,Dj Feel & etc), Saturday 5/12/2009,Saint Petersburg, Russia

ps : aku dah ade due2 tiket!:)

Friday, November 20, 2009

Tips lelaki kabaret

Ni dia tips lelaki kabaret yang macho :
1.Jangan tangkap cintan dengan gadis sekolah (budak skola kebudak-budakan)
2.Jangan hisap rokok murah (nanti cepat kene kanser)
3.Jangan pakai shades malam2 (kecuali pergi event)
4.Sentiasa berus gigi sebelum tidur (elakkan karies)
5.Jangan layan Irwansyah (Irwansyah for jiwang)
6.Jangan layan Anuar Zain (Anuar Zain for gay)
7.Elakkan mencarut ( tak sedap didengar awek2)
8.Mandi minimum 2 kali sehari (paham2 la ye)
9. Sentiasa pakai deodorant lepas mandi (elakkan bau bawang)
10.Jangan makan lepas pukul 10 (untuk kesihatan)

Model

Model Ray Ban Aviator : Amin Chiavenato
Model Ray Ban Wayfarer : Juice Hernandez

ps : Ni official poster RayBan kat Saint Petersburg:)

Thursday, November 19, 2009

Asal

Tadi cheq ada bukak cheq punya friendster yang dah macam site tinggal. cheq bukak 'who's viewed me' ada sorang marka ni. Cheq clik la, tengok la asal mana, mana tau jiran ka. Nak tau apa dia tulis? dia tulis "from my mama's stomach". Kuang hajaq betoi marka ni. Ni cheq nak habaq sikit, kepada marka ni, hang bukan dok dalam stomach cik kak oi, hang duduk dalam uterus na.. tak percaya tanya ni student medic Myra ka, Aulia ka.. Loyar buruk sungguh!

Lagi kes macam ni yang pernah cheq jumpa dia tulis :

1. Planet bumi
-memang jawapan yang kuang hajaq. Abis hangpa ingat aku duduk mars ka?

2. Atas kerusi
-Ni satu lagi, x pasai2 cheq rasa nak baling kerusi depan laptop. Sabaq2

3.Somewhere only we know
-Amboi, tau la peminat Keane. Cheq pun suka lagu dia, tapi awat tulis lagu tu? macam top secret.

4. Arm-punk,Se-punk, and etc
-Ni la dia masalah kalau lahir2 dah genius, parents depa pakat beri depa ni susu 'enfagrow' kot, tu pasal kreatif, ubah nama sepang jadi se-punk. cheq tau la bunyi sama, tapi sakit mata na tgk. haish!

ps : lepas je aku tgk page awek tu, dengan menyumpah aku terus offline!

Kuarantin

Hari ni cheq nak cerita kat hangpa semua, mula esok, cheq dengan kawan-kawan cuti seminggu sampai jumaat depan. Macam-macam plan depa rancang. Pasaipa cuti? Ha, ni lah cheq nak habaq sikit kat hangpa suma. Hangpa pernah dengaq cerita pasal H1N1? Ni lah dia puncanya. Habaq mai sat, apa salah kami sampai virus tu dok kejaq dari Malaysia sampai Russia ni? ada orang habaq kat cheq, H1N1 kali ni mai dari Ukraine. Cheq gelak no, ramai juga rakan virus ni, dari Ukraine pun ada. Betoi punya ghoplah jingga depa ni.

Lagi satu cheq nak cerita, depa sini suma pakat tak berani nak keluaq rumah, alasan H1N1, cacha merba betoi, sapa nak beli barang makanan? mai habaq sikit? nak telefon posmen suruh dia hantaq ka? mai la kita pakat makan kacang parpu seminggu.

ps: bila H1N1 ni nak reda? kalut sungguh.

Tuesday, November 17, 2009

Esok

Apa ada dengan esok? esok hari peperiksaan Spm.. Kepada Jiji, Alvin, Achik, Kamal, Badrul, Lily, Sophie and Cat : Good Luck! Semoga berjaya menjawab paper-paper yang membuatkan korang rase nak menyumpah seranah:)

Tips menjawab paper dengan aman:
1. Jangan tidur! (jgn stdy lewat mlm)
2. Baca soalan betul-betul
3. Jangan lupa benda penting seperti calc, id n etc
4. Jangan patahkan pensel bila x dapat jawab (Arif did it!)
5. Jangan baca note mase nak masuk dewan (utk elakkan nervous)
6. Baca doa
7. Jangan segan silu tanye cikgu bertugas kalau tak faham (jgan tanya jawapan, memang x dpt)
8. Tumpukan perhatian 100 %
9. Jangan pandang org sekeliling. (nanti stress, seriously!)
10. For chem and phy, tulis formula dulu baru jawab (untuk elakkan lupa, tulis smentara ingt)

All the best! Lepas exam kita enjoy:)

ps : agak2 kalau korang rase boleh straight A, apply la dtg sini, lepak dekat saint peter ni dgn aku!. haha

Monday, November 16, 2009

Terbang

Hari ini hari Isnin, aku bingkas bangun terus terpa ke bilik mandi. Aku pandang ke luar, cuaca tidak seberapa buruk seperti kelmarin. Tambahan pula, aku dah berjanji sama Amin mahu ke Nevski. Pukul 2.30 aku dan Amin terus ke Metro, memang nasib baik, train tiba. Amin yang baru saja balik kuliah kelihatan keletihan.

Sampai di Teknologi, kami transit, dalam setengah jam, kami tiba di Nevski. Sememangnya kedudukan Nevski yang dekat dengan laut memang sejuk di masa begini. Aku berhenti seketika, membakar rokok, datang seorang gadis ingin meminjam lighter. Aku beri saja. Aku lihat ditangannya ada novel, Bahasa Inggeris, novelis terkenal John Grisham. Dia kata "thank you". Aku senyum, kami sambung perjalanan.

Di bangunan tua, ada tertulis "passaj", kami masuk kerana ada urusan, ya, 26 januari, aku pulang ke tanah air. akhirnya..

Sunday, November 15, 2009

Bunga


ada satu bunga,
warna kuning
ajaib,
pelik,
tapi menarik,

bunga itu selalu disitu,
wangi,
cantik,
buat aku terpikat,

aku tak suka bunga,
tapi bunga kuning itu lain,
boleh aku pegang?
boleh aku rasa?

aku tak tahu,
yang aku tahu,
aku nak hidup dengan bunga itu,

kalau kering,
aku janji beri air,
kalau panas,
aku janji teduhkan,
kalau sejuk,
aku janji hangatkan,
kalau sunyi,
aku sanggup teman,

tapi diri aku berkata,
kau harus sedar,
kau bukan pencinta bunga,
ya,
lupakan saja,
tapi aku mahu kau tahu,
kau bunga kuning terindah,
satu-satunya bunga yang aku suka
selamanya..
ps : aku jatuh cinta dengan "nama" bunga ini. you know..

Saturday, November 14, 2009

Perangai

Ok, kali ni aku nak membahaskan tentang perangai orang Melayu dari dulu sampai sekarang. Mungkin kita sedar, tapi kita anggap itu semua normal. Apa-apa pun, kita tengok dulu.

1.Hipokrit
Aku : Ko nak gi mane?
Wan : aku nak keluar, gi beli barang.
Aku : market?
Wan : yup
Aku : Tolong beli roti
Wan : err..
Aku : Boleh tak?
Wan : boleh.. kot

see, aku selalu hadapi masalah macam ni. Kenapa dia tak cakap "tak boleh" atau "tak nak", tapi macam terpaksa tolong aku beli roti. Aku lagi suka kalau dia cakap "tak nak" dari terpaksa buat.
So, lastly, aku keluar jugak beli barang dengan mamat ni.

2.Janji
Pernah dengar term 'janji melayu'? kawan aku cakap, janji melayu tak boleh pakai, sebagai contoh,
Aku : dah pukul 10 suku.. kita lewat 15 minit ni
Jeff : ala rilek sudah, janji melayu tu kalau 10, 10.30.. ko kene lmbat setengah jam

Betul ke? memang betul, thank you Jeff!

3.Anak
Kita orang Melayu suka kaitkan bapak dengan anak. contohnye
Bibah : oi Kiah, ko dengar cite?
Kiah : cite ape?
Bibah : Alah ko ni, dah heboh satu kampung anak si Manan kene tangkap basah.
Kiah : Iye?! ish2.. bulan lepas anak si Jenab, meluat aku

Ni lah dia, dah la mengumpat, tak pasal-pasal nama bapak jugak busuk, kenapa tak panggil nama anak dia je, bukan Manan dan Jenab yang kene tangkap kan?

4.Anak 2
Lagi satu yang aku tak puas hati, kenapa kalau mak dgn bapak aku jumpe member2 dia mesti cite pasal anak2 diorang, takde cite lain ke? cite la pasal movie hot kat panggung ke, resepi nak masak sedap ke, ni tak, contoh :

Mak aku : Eh kak lama tak jumpa, banyak beli brg?
Aunty Lia : Biasa la, belanja barang rumah. lagipun si Farah nak balik
Mak aku : anak akak yang dekat us tu?
Aunty Lia : a'ah, anak ko kat mana sekarang? belajar?
Mak aku : biasa2 la kak, degil diorang tu. Belajar malas
Aunty Lia : ala biasa la tu, budak2

First aku tak puas hati, mak aku cakap anak2 dia degil, aku tak rase aku degil. second Aunty Lia cakap 'budak-budak', hello aunty, im 19, nak tengok mykad?

5. Banding
Ni lagi satu yang selalu buat aku dalam dilema. Perbandingan contoh :
Bapak aku : Ni macam mana pointer boleh turun ni
Aku : tak prepare sangat, over confident
Bapak aku : dude, takkan belajar stakat spm ni pun kantoi? tengok anak Pak cik Aziz tu, lagi sikit 4 flat
Aku : Anak Pak Cik Aziz mane plak ni? (ingat spm dulu same ke dgn skarang?)
Bapak aku : ko lupe ke si Tasya tu, yang ko pernah baling ink pen kat dia
Aku : Mane orang ingat, dah lama.

Ni lah dia, perbandingan yang over, nasib baik Tasya tu cun. Banyak lagi, aku malas nak type.

ps : ni semua mind setting kita, kalau boleh ubah kan bagus. Pasal Tasya tu, aku difitnah, aku bawak ballpen bapak aku gi sekolah masa darjah 3, mata ballpen tu rosak, ink keluar, aku terkesat kat baju si Tasya. haha

Friday, November 13, 2009

Emas

Aku ingat lagi, mase darjah 3, waktu kelas Bahasa Melayu, aku belajar peribahasa, cikgu aku cakap,
"hujan emas dinegeri orang,
hujan batu dinegeri sendiri"

lepas tu dia cakap, lebih baik di negeri sendiri, aku jadik pelik, kenapa batu yang dipilih? mengapa bukan emas, kalaulah hujan emas kat malaysia, mesti ramai yang buat rilek datang lambat pergi keje, kalau hujan emas kat somalia, xde la orang somalia nak jadi pirate of the caribbean, kan harmoni. aku tanya cikgu :

aku : cikgu, kenapa macam tu? bukan emas lagi baik dari batu? saya tak berapa faham.
Cikgu : memang macam tu, nanti kamu faham
******************************************

Naik sekolah menengah, sekali lagi cikgu aku ulang bende yang sama,

"hujan emas dinegeri orang,
hujan batu dinegeri sendiri"

Cikgu : lebih baik di negeri sendiri kan klas?
Kawan aku : betul2
Aku : apsal ko cakap betul? ko lagi suka batu?
Kawan aku : entah, aku pun tak faham sgt, tapi dah sume org cakap macam tu.

aku masih tak faham, kenapa?

Thursday, November 12, 2009

Marah

Ada masa kita merasa, macam mana rasanya bila kita dikhianati, atau orang England cakap betrayed. Mungkin kita rase marah, geram, nak pukul orang, tapi dengan adanya aku sebagai ahli psikologi hari ini, aku akan menerangkan bagaimana mengatasai masalah ini.

1.Muzik
- Music adalah satu elemen yang berkesan untuk menghilangkan segala rasa amarah, tetapi ingat, pemilihan muzik yang berkesan juga mempengaruhi minda dan perasaan, pilihlah lagu yang lembut, lembut di sini bukanlah lagu yang yang dinyanyikan oleh lelaki lembut seberti anuar zain, lagu lembut disini bermaksud lagu yang mempunyai pitching yang rendah, disamping nada yang harmoni dan gembira. Elakkan mendengar lagu ganas seperti metal mahupun rock kapak seperti jinbara kerana lagu mereka tidak membantu. Nak jadi cerita, habis lagu Ning Baizura, Sharifah Aini korang dengar, tapi masih jugak marah, kita try cara nombor 2.

2.Menangis
-Bila kita dengar perkataan menangis, kita mesti terbayangkan kaum perempuan, kaum perempuan amat sinonim dengan menangis, tapi itu bukan masalah, apabila kita marah, kita menjadi stress, stress ini dapat di hilangkan dengan menangis, langkah ini amat digalakkan bagi lelaki dan juga perempuan, sapa kata menangis tak macho? Brad Pitt berlakon pun nangis jugak kan? still macho. So, takde reason kenapa korang tak boleh menangis. Nak jadik cerita, habis tisu sekotak, dengan towel mandi pun basah korang menangis, tak ok2 lagi, kita try care nombor 3.

3.Tidur
-Tidur merupakan proses untuk merehatkan badan dan minda, apabila kita marah, tanpa kita sedari kita menggunakan tenaga, tenaga yang digunakan adalah semasa membuat mimik muka marah dengan kawan yang khianati kita, membesarkan bebola mata tanda marah dengan boyfriend yang curang, mahupun melempar segala barangan kosmetik bila suami mungkir janji. Untuk mengembalikan kembali tenaga yang hilang, tidur adalah jalan yang terbaik, dapatkan tidur yang secukupnya supaya anda mempunyai tenaga yang cukup untuk proses marah akan datang. Nak jadik cerita korang tidur dari malam ke pagi, pagi ke petang tak jugak abis2 marah, kita try nombor 4.

4.Menulis
-Walaupun tak ramai yang suka menulis, tetapi cara ini juga dapat menghilangkan rasa amarah, apa yang perlu anda buat hanyalah ambil sebatang pen atau pensel, ambil sehelai kertas, tulis segala apa yang anda rasa, kalau anda rasa nak melukis ke, lantak korang la, bukan korang nak masuk pertandingan pun, tetapi, elakkan dari menulis perkataan yang bukan-bukan yang boleh mendorong anda bertambah marah. Nak jadik cerita berpuluh-puluh helai korang menulis, dah siap boleh hantar karangan spm, tapi tak jugak elok perasaan marah korang, kita try nombor 5

5.Menonton
-Menonton ni pun salah satu cara baik menghilangkan marah, pilihlah rancangan yang baik seperti 'masak-masak bersama Chef Wan' atau pun 'rumah idaman', secara tak langsung korang dapat ilmu memasak dan hias rumah. Elakkan dari menonton drama, telenovela atau apa-apa saja filem yang ada konflik seperti 'sembilu kasih' dan 'rosalinda' kerana bahan-bahan ini akan mempengaruhi perasaan anda. Menontonlah sehingga perasaan anda beransur normal. Nak jadi cerita, abis dah rancangan korang tengok, yang tinggal 'nightline' je, tapi tak jugak baik, kita try care nombor 6.

6.Bentang
- Ni cara paling mudah, konfem berkesan. Korang ambik air semayang, bentang sejadah, korang semayang la sunat ke, tak pun zikir. Kalau marah jugak lagi, entahlah..

ps : my friend betrayed me because of a pussy! (mood bengang)

Monday, November 9, 2009

Jelik

Untuk post kali ni, aku nak kongsi serba sedikit.Mesti ada something yang bagi kita 'annoying' kan? banyak, lain-lain orang, lain-lain pendapat, here it is :

1.Highschool Musical
tempat kejadian : rumah aku, sekolah
watak terlibat : semua gadis
waktu : selagi vanessa hudgen masih hot

-Aku pun tak tahu kenapa aku amatlah tak suke dgn HSM ni. Ramai gadis2 dan kakak2 terkinja-kinja menari bila tgk HSM mahupun makcik2 yang gunakan lagu-lagu HSM sebagai lagu poco-poco. Its true, HSM memang ramai 'die hard fans'. Aku bukan merujuk kepada perempuan, malah ada juga lelaki yang minat HSM (but not me). Ape sebabnye? mungkin gadis2 suka tengok zac efron, and lelaki suke tengok vanessa hudgens. Bagi aku, HSM is annoying!

2.Sembilu Kasih
tempat kejadian : rumah aku, rumah nenek aku,
watak terlibat : anak mak ngah aku aka cousin aku, Shazlin
waktu : 9.30 mlm - 10.30mlm

-Ni lagi satu drama yang "never ending". Memang aku akui, aku memang tak suka tengok muka zed zaidi, or zack zaidi, something like that la nama dia. I dunno why, drama tu always conflict sini, conflict sana, cinta itu, cinta ini, tolonglah! buat peminat "sembilu kasih", aku tak teragak-agak nak "label" korang narrow minded. Cube korang bayangkan, drama tu panjang n ade berapa season? cube tgk 'heroes' or 'smallville', ada banyak season and yet, rating diorang amatlah bagus, aku bukan nak compare drama hollywood and malaysia, memang betul kita tak hebat dgn teknologi CGI tapi cubalah cari alternatif lain kan?
Go to hell sembilu kasih!

3.SMS
tempat kejadian : bistro muharram
watak terlibat : aku, cousin aku Haziq
waktu : 11 mlm lebih

-Sms pun masalah jugak, tapi ada kategori, sms yang aku maksudkan adalah sms kekasih hati 24/7. Aku ada cousin yang constantly pegang phone ber'sms', tak kisahlah, tu duit dia, dia yang bayar bil, tapi dia macam tak ambik tau apa yang org lain cakap, contoh :

aku : wey, bak lighter
haziq : ..........(sambil tersengih)
aku : ko dgr x? pinjam r lighter!
haziq : jap2 (sambung taip msg)
(lepas setengah minit tunggu)
aku : mane?
haziq : mane ape?
aku :lighter la
haziq : owh xde dow, dlm kete
aku : F**k! bang, pinjam lighter kejap (pinjam abang sebelah aku yg tgh layan tosai)


4.Shuffler
tempat kejadian : parking lot Jusco Tebrau
watak terlibat : aku, Faiz Malik, Kimi Musa
waktu : 1 tgh

-To all shuffler out there, u can kiss my ass! paling annoying dgn seluar besar, baju besar, cap, sume nak highlight, glow in dark, aku paling menyampah dengan budak sekolah yang wannabe, konon nak jadik shuffler, apa ada dengan shuffle, ok la, sape shuffler top malaysia? Musher the rainbow? Yoshiro? go die with your 'hardstyle republic'! bape jauh korang boleh go dengan shuffle korang? buang masa dekat parking lot shopping cmplex, konon practice shuffle, aku nak parking kete buat sakit mata ade la. Balik rumah, tanya diri ko, ape shuffle boleh buat dkt life ko.

5.Smoking
tempat kejadian : mahkota parade melaka
watak terlibat : aku, Zarif Hasan
waktu : 3 ptg

-memang betul aku smoking, tapi aku dah over 18, tapi aku menyampah kalau budak sekolah nak blajar isap rokok. Pernah sekali aku dgn member aku, Zarif nak pergi cinema, cerite Hulk tak silap aku. Tengah lepak kat burger king, datang sorang budak skola pakai uniform dia cakap :

skola boy: bang, pinjam lighter boleh?
aku: (pandang atas bawah) amik r.
skola boy: (bakar rokok) time kasih bang.
aku: ko x gi skola ke?
skola boy: ari ni ade event bang kat skola, x dtg pun xpe.
aku: owh
(budak skola blah, passing rokok kat member dia, ada 2 orang)
**********
Zarif : babi ponteng skola!
aku: dah pakai macam tu confirm r, lantak dia la
zarif: kalau adik aku, aku dah belasah kat sini gak
aku: ko tgk dia isap rokok ape?
zarif: ape?
aku: SAAT dowh!
zarif : hahaha biasa budak skola, miskin
ps: SAAT tu brand rokok murah

5.Pompuan ponteng
tempat kejadian : Cinema Jusco Tebrau
watak terlibat : aku, Faiz Malik, Ammar Lokman, Kimi musa
waktu : 2 ptg camtu

- ni lagi satu kes, pasal budak skola gak, dah la perempuan, baju uniform, nak tgk wayang pulak, hari tu memang aku bengang, dah la nak tgk 'iron man' tak dapat, penuh, lps tu tgk cite antu korea ntah ape-ape, cube korang bayangkan, budak skola tu duduk belakang aku, bile part hantu menjerit je, diorang pun nak menjerit, kalah speaker cinema tu, aku lagi takut dengar diorang jerit dari antu. kalau jerit takpe, ni tak, siap tendang seat aku lagi, mungkin terkejut tgk muke antu yang buruk kot, tapi aku heran, kenapa dia x menjerit tgk muke dia kat cermin, lagi buruk kot dari antu tu.

6.Wikipedia
tempat kejadian : kelas
watak terlibat : aku, mr wiki, miss wiki
waktu : time kelas

-korang tau kan wikipedia? ni aku nak cite pasal mr n miss wiki, semua yang ada dalam wiki, semua dia tau, bila aku cerite something dgn member aku, mulalah nak mencelah, konon semua dia tau, lepas tu cakap semua nak menang, orang lain sume salah, nak kene ikut cara dia je, orang macam ni senang je, mungkin dia lahir2 dah ter'install' wikipedia kot dalam kepala dia, tu la semua dia tau, tapi bila exam, markah x gempak pun. pelik2

ps : maaf pasal bahasa yang kurang sopan, bukan kurang, memang tak sopan.


Show all

Sunday, November 8, 2009

Celaka

apa salahnya kau?
dia kata kau bodoh
kau diam saja

apa salahnya kau?
ditembak peluru hidup
masih saja kau sanjung dia

apa salahnya kau?
rumah elok
di kaki lima kau tidur

apa salahnya kau?
diperhamba
oleh yang asing

apa salahnya kau?
peguam, doktor,
masih juga memikul batu

semua terikat pada yang satu
keturunan celaka.

ps : Actually aku baru tgk movie "schindler list" bout jews and German soldiers.. so aku tulis ni, xde bahan:)

Algebra

Kepala pusing, memikirkan satu algebra yang sukar untuk di terjemah..
aku masih berfikir,
jawapan.

Thursday, November 5, 2009

Apa jadi

Apa jadi kalau si bodoh bertemu si pandai?
Apa jadi kalau si hodoh bertemu si miskin?
Apa jadi kalau si pendek bertemu si tinggi?
Apa jadi kalau si miskin bertemu si kaya?
Apa jadi kalau sedih bertemu si gembira?
Apa jadi kalau si hitam bertemu si putih?

Nampak senang tapi persamaannya susah, amat susah..

Sunday, November 1, 2009

Vibes


Ok, just for announcement, stay tune with me Dj Juice on vibes.fm (mon-sun, 12am-2am).
Electro, trance and house music.
http://vibesfm.listen2myradio.com
feel the vibes!

Thursday, October 29, 2009

Bank

Ok, pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca blog ni,
bila berkata tentang bank, ramai antara kita mempuanyai pendapat yang berbeza-beza, contohnya, kalau bapak aku, " alamak bank pulak, dah la keje berlambak, nak beratur lagi, bank jauh, blablalabla...' ok, tu bapak aku, macam mane dengan korang? mari kita saksikan pembentangan tesis aku yang ke 3..

1.Jauh
-Pertama sekali yang aku fikir adalah jarak bank dengan rumah aku. Memang rumah aku dekat dengan bank, tapi "Hong Leong Bank", tak ade keje aku nak pegi bank tu sebab aku pakai maybank, bila kita nak pegi bank, mestilah kita perlukan transport. Aku bukannya budak hingusan darjah 6 nak jalan kaki pergi bank, kalau dekat boleh la. So, alternatif aku adalah pertama, suruh bapak aku hantar, tapi selalunye bapak aku cakap "sorry la beb, kerja banyak". ok takpe, jalan kedua ade, pinjam kereta mak atau ayah, tapi diorang keluar pergi keje, satu bijik kete pun xde, ok takpe, jalan ketiga, call kawan mintak antar pegi bank, kawan aku cakap "la..gua ada date bro, lu tak bagi tau awal" tak pun "pegi bank? lu macam makcik2 la, kalau pergi party ke boley la jugak". ok takpe, jalan keempat, lantak ko la bank, malas aku nak pegi!

2.Parking
- Ha ni lagi satu masalah kat Malaysia ni, bank punye cantik, warne warni, kalau boleh corak batik pun diorang nak cat bangunan bank tu,tapi parking lot punyelah kecik, kedekut, diorang bukan tak tau zaman sekarang orang guna kete macam mane, budak lepas spm pun pakai kete, penganggur universiti pun pakai kete hatta orang xde kete macam aku ni pun pakai kete mak aku.Kete zaman sekarang bukan nye reti nak kecik, sume bantai beli Alphard la, Estima la. Apelah salahnye diorang buat parking elok-elok, canti-cantik, besar, bagi muat sume kete, barulah senang, xde la aku mencarut sorang-sorang bile kete aku kene double park, cite pasal double park ni, ni la yang aku paling x suke bila parking, sesedap rase ko je parking belakang kete aku yang dah sedia parking dalam parking lot (paham ke tak?). Bile abis je urusan kat bank, aku tengok hensem je ko punye kancil park belakang kete aku, dah la tu, siap tinggal number fon kat dashboard, kononnye suruh aku call ko la bile nak keluar parking. Susah-susah...

3.Budak kecik
- Kalau dulu, mase aku kecik-kecik, bile mak aku pergi bank, mesti mak aku suruh aku duduk dalam kete, tak bagi keluar, bile dah darjah dua barulah aku merasa masuk bank tu macam mana, korang sume tau kenape mak aku buat macam tu? sebab bile ko bawak budak kecik dalam bank, boleh menggangu ketenteraman bank yang dah sedia memekak macam pasar tu. Macam pengalaman aku sendiri la, tengah tunggu giliran bank, pakai nombor, sekarang nombor 1211, tapi nombor aku 1240. kan ke lame tu? dengan budak-budak main lari-lari dalam bank la, baby menangis lagi, otak aku berserabut, jiwa aku kacau bilau, ada sekali tu, aku ke ambank, sebelahnya ada 7-e, ada makcik masuk dengan anak berumur 4 atau 5 tahun, masuk-masuk je dia amik borang cash draw, amik nombor, duduk dekat dengan aku, anak die duduk sebelah aku, nak jadi cite, slurpee anak die tumpah kene jeans aku, mak cik tu gelabah "sori ye dik, sori,!" sambil marah anak dia. aku? aku cakap "eh takpe aunty, budak kecik biasa la..." abang guard tu pun tak boleh buat ape, ye lah, budak-budak la katakan, senyum je la..

4.Mesin Atm
-Mesin atm ni, kalau korang tgk aku pakai, aku la yang paling laju, ye la, masuk kad, tekan pin, tekan amount, settle. Ni tak, selalunye aku tengok budak asrama sekolah sains johor, outing la katakan, 2 orang, jantina perempuan, nak masuk kad pun lembab, siap boleh berbual-bual lagi dengan kawan ko, yang kawan ko ni pun satu, ko bukannye nak draw duit pun, ape lah salahnye ko tunggu die kat belakang, bukannya ade orang nak culik pun, lepas masuk pin, first yang diorang buat mesti check balance, biasa la tu kan, budak skola, macam aku gak dulu, dah check balance die tekan withdrawal, jap lagi die tanye member die " eh bape balance aku tadi? lupe r..", pastu member die pun cakap, "entah, tak prasan plak aku tadi, check balik la." dalam hati aku "nasib ko ni budak skola, sweet plak tu.. takpe-takpe sabar.."

-Kes nombor dua lain plak, selalunye hujung bulan la, biasa la gaji masuk, So, hujung bulan gak la aku dgn member aku selalu pegi cinema, sebelum pegi cinema mesti draw duit kan, aku pun drive la ke maybank berdekatan, bila nak beratur, ade 12 orang depan aku, memang salah timing aku keluar, kejap lagi ada sorang brader dtg terus cutting sampai depan, die cakap "sori eh, saya ada hal penting la, sekejap aja saya guna", takpe sabar, mane tau die nak beli susu anak ke, nak bayar emergency hospital ke, kita mane tau, kejap lagi datang sorang pompuan cina pulak, " saya tak tau guna la ini mesin, tunjuk boleh ka?", dah satu lagi hal, 15 minit gak la brader melayu depan aku buat tuisyen gune mesin atm kat nyonya ni, takpe sabar, kesian dia orang tua zaman perang jepun dulu mane ade mesin atm kan, kite lahir-lahir bende ni nah ada. Kejap lagi datang la pak cik india, cutting buat muke selamber, brader depan aku dah bising-bising, uncle india tu pun bising gak, dah diorang bantai bergaduh plak, aku terus masuk kete, aku cakap kat member aku, "dah, kite minum mamak, wayang next time!" sambil bukak radio fly fm.

5.Kakak Account
-Mase aku nak daftar Unikl, aku kene bayar duit di Maybank, kali ni ok, parking sume ade, budak skolah sume tengah skolah, makcik-makcik dengan anak kecik tak keluar rumah lagi, orang dalam bank pun sikit, aku bukak pintu bank dengan senyuman paling hensem dan macho, aku pergi amik borang, aku isi kemas, lepas tu aku pergi jumpe accountant, "wow, cun la awak ni" aku kate dalam hati, kejap lagi telefon die berbunyi, punyelah lame berbual, aku tau la orang sikit, selepas lebih kurang 20 minit, "ok, I tunggu U, macam biasa 2 pm". aku tanye "boyfriend ke kak?", die tersenyum, selang beberapa minit, timbul masalah kedua, dia tak reti nak settle payment aku, ade problem ape ntah, "sori ye dik, akak kene tanye accountant lain, sebab akak baru kat sini".. "oh ye ke? tak pe2 saya tunggu". satu lagi hari yang malang..

ps : kalau korang jumpe warga emas nak gune atm tu, bagi la diorang gune dulu, kalau diorang tak reti nak guna, tunjukkan, sebab kebanyakan orang tua ni tak reti gune atm, ye lah, dulu time perang diorang simpan duit dalam belanga, bukat kat maybank, jangan ko kebas duit akaun orang tua tu dah la.

Tuesday, October 27, 2009

Jalan

Pernahkah kamu semua terasa sakit hati semasa berjalan kaki? Atau pernahkah kamu semua rasa nak menjerit akibat ragam manusia di tengah jalan? Mari kita saksikan pembentangan tesis aku yang ke 2..

1) Jalan Lembab
Aku paling menyampah kalau ada orang jalan di depan aku, tapi lembab macam siput, diorang tak tahu aku ada kelas ke, ada hal penting ke, ada dating ke, kalau warga emas aku fahamlah sebab diorang tu kudratnye tak kuat, osteoporosis, mahupun begitu aku pun panas hati jugak dengan orang tua ni, tapi berpada la, ni yang aku panas selalunye gadis-gadis yang berjalan berkumpulan, apa mereka ingat jalan lembab itu stylo? tapi kebanyakan gadis seperti ini sepertinya mempunyai persamaan, berjeans ketat, tak pun pakai high heels.

2)Jalan Santai
Ni pun masalah, selalunya aku terkena dengan golongan makcik-makcik, tempat yang selalu aku kena di lorong sibuk, yang di tepinya ada kedai jualan, kelas mula lagi 15 minit, tramp kene kejar, tengah aku jalan dengan kelajuan maksima, tiba-tiba makcik depan aku berhenti, membelek-belek majalah la, surat khabar la, tak semena-mena aku kena berhenti juga, terpaksa aku melencong sikit nak mengelak si makcik ni, kalau aku tegur pun dia mesti kate "eh, ko ni budak. nak mengajar aku orang dewasa". mentaliti rapuh.

3)Jalan 2 Hala
Ni biasa la, selalunya di station metro, patutnya kita ni berjalan ikut lane la, macam kereta jugak, di sini kita berjalan kene ikut lane kanan, ni tak, ade jugak manusia yang tak ikut lane, akibatnya nak belanggar la, patut ke kalau aku mencarut dekat manusia tersebut? nasib baik aku ni sabar, dah la nak berlanggar, lepas tu buat muka bengang, seolah-olah kita ni yang salah. Hello! susah sangat ke nak cakap "sorry"?

4) Jalan Bercium
Yang ni aku tak jumpa lagi di Malaysia, hanya di Russia ni, aku harap tak terjadi la di Malaysia. Apa perasaan kau kalau couple yang berjalan didepan kau berhenti tiba-tiba dan kissing, bukan diorang tak nampak jalan penuh dengan orang, sibuk, diorang ingat romantik la? macam cerita korea.. tolonglah, nak kissing pun carik la port, lantak korang la nak buat ape pun, tapi sebab kau berdua kissing, aku terlepas train, memang kene la aku dengan lecturer, abis tu kalau lecturer tanye kau "why late?!" , patut ke aku jawab "Im sorry, im late because french kiss"

5)Jalan Berpenjual
Mencari rezeki tu tak salah, malah dituntut, tapi kalau mencari rezeki sampai hampir menutup rezeki orang lain tu salah kan? selalunya salesman atau salesgirl. Tengah jalan nak balik rumah, badan dah penat, tiba-tiba ada salesman stop kau, terang macam-macam, dah kate tak minat pun still jugak kau pakse beli barang, tak kan aku kene gune cara kekerasan , mencarut, baru nak blah kan? kan ke tak baik tu.

6)Jalan Bernikotin
Ni lagi satu, aku faham la kalau ko tu perokok, tapi takkan la nak bakar rokok tengah-tengah jalan kot? lagi satu spesies perokok yang tak bertauliah ni, diorang suka memetik puntung tak kira tempat, kalau terkena kepala anak orang ke? terkena rambut zac efron aku ni ke? tak ke boleh buat bergaduh namanya.. buang la dalam tong sampah, yang nak bakar rokok tu cari la port tak busy, lepas tu bakarla banyak mana pun, kasik masuk hospital pun boleh.

7)Jalan Berkerusi meja
Yang ni aku tujukan wakil pejalan kaki dan pemandu kereta, tau la ko tu mamak yang termasyur didunia ni, kedai ada puluh-puluh branch serata malaysia, roti canai ko sedap, tapi takkan la jalan raya pun korang bantai letak kerusi meja, kan ke jalan tu untuk kereta, cukuplah kaki lima untuk pejalan kaki tu ko dah letak penuh dengan kuali la, stall char kuew teow la, kang kalau customer ko kene langgar ape ko nak menjawab dengan polis? tak lain mesti "saya tak tahu la incik, ini worang bawak kereta tada pandang punya", mamak ni kalau aku langgar baru tahu macam mana rase die agaknye.

ps : 7 cukuplah, malas aku nak list lagi, ada banyak lagi, aku pun penat nak menaip, dah la tadi aku kene marah dengan nenek russian sebab beg plastik yang aku bawak terkena punggung dia,sapa suruh berenti tengah jalan, please la nenek, aku ada taste la, ko tu yang jalan lembab, minum la Anlene!

Sunday, October 25, 2009

Gadis

Hari ini aku ingin mengupas serba sedikit tentang gadis. Gadis itu, makhluk tuhan yang dijadikan dari rusuk Adam, di lahirkan didunia ni dengan pelbagai jenis rupa, warna dan bentuk. Variasi ini menjadikan anak-anak Adam lebih kreatif mencipta pelbagai nama samaran bagi mereka, mari kita saksikan sejauh mana kajian aku..

1)Gadis Hot
- Ini adalah kumpulan untuk gadis-gadis yang berbentuk menarik, dengan muka yang seperti model-model, yang dapat memikat sesiapa saja lelaki tak kira budak sekolah mahupun ustaz-ustaz, tetapi gelaran ini hanya digunakan untuk para gadis yang tidak memakai tudung, atau berskirt pendek, mahupun berbikini sahaja. Cara pergaulan memang mudah bergaul, kadang-kala memilih, bahasa interaksi yang selalu digunakan adalah bahasa Inggeris walaupun di sijil kelahiran mereka bertulis keturunan jawa sumatera,

2) Gadis Cun
-Ini pula gelaran bagi gadis-gadis yang berbentuk menarik juga, mempunyai muka yang ala-ala model, tetapi belum tentu dapat memikat semua lelaki, kerana lain-lain lelaki mempunyai taste masing-masing, mungkin kamu anggap si Bibah itu cun, tapi kawan kamu belum tentu setuju, kerana dia beranggapan yang si Kiah lagi cun, gadis kumpulan ini pakaiannya simple, casual, berpada-pada sopannya tidak seperti gadis hot, tetapi masih juga tidak memakai tudung, dan bezanya lagi, gadis golongan ini tidak dapat di 'detect' oleh budak sekolah berbanding gadis kumpulan hot. Hanya golongan lelaki mumayyiz sahaja yang tahu. Dari segi pergaulan, mereka memang mudah bergaul, tersipu-sipu malu didepan lelaki walaupun pada batinnya mereka suka di sapa oleh lelaki, cara percakapan yang simple, mudah terasa bila diajak buat lawak, kerana mereka ini sensitif.

3) Gadis Manis
- Bila bercerita tentang manis, semua akan terfikir akan gula atau bahasa Inggeris nya "sugar". semua orang suka gula, buktinya ramai pesakit-pesakit diabetes di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, dan saya pasti di hospital di negeri lain pun sama, gadis manis ini merupakan gadis-gadis yang menutup aurat, bentuk fizikal berbagai, ada yang XS mahupun XL, cara pemakaiannya juga simple, casual, berbaju kurung atau kebaya moden,seperti kumpulan gadis cun, cuma bezanya mereka memakai tudung, tidak kiralah, tudung standard, selendang mahupun tudung Yuna, mereka yang menepati ciri-ciri diatas tergolong dalam kumpulan ini. Cara pergaulan yang agak terbatas, sepertinya bermusuhan dengan gadis hot, tetapi teman yang baik buat gadis cun, sesetengah daripada mereka ini suka bergossip sambil melantak tak kira biskut ke, gula-gula ke atau apa-apa saja makanan yang berkenan di hati, cara pertuturan yang agak sopan, tetapi belum tentu sopan sepenuhnya, sepertinya gadis seperti ini yang dicari-cari para ibu-bapa untuk dijadikan menantu.

4) Gadis Alim
- Dengar sahaja perkataan alim, aku pasti korang sudah dapat meneka bukan?, gadis golongan ini dari segi pemakaian menutup aurat sepenuhnya, bertudung labuh, berjubah, atau apa-apa sahaja pakaian yang menjamin auratnya tertutup, setelah melakukan penyelidikan, gadis-gadis seperti ini boleh dijumpai di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang terletak di PJ dan juga di masjid-masjid , walaupun bilangannya sedikit kerana virus fashion dan virus MTV membuatkan golongan mereka pupus,cara pergaulan mereka mengikut ajaran agama, bukan terbatas tetapi tahap kesosialan mereka agak rendah berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain, sepertinya mereka ini menggunakan bahasa yang sopan dan teratur, kadang-kala terselit term-term english bagi mereka yang educated. Semestinya ibu-bapa yang memilih mereka sebagai menantu merupakan ibu-bapa yang beruntung dan berfikiran bijak. Usaha kerajaan untuk memastikan golongan ini tidak pupus sudah mula dijalankan, contohnya seperti program drama 'NurKasih' yang sedang disiarkan di tv3 pada setiap jumaat pukul 9.30 malam waktu malaysia dan juga pukul 12++ malam buat di luar negara.

5) Gadis Boyan
- Pertama sekali, aku nak mintak maaf kalau ada yang baca blog aku ini keturunan Boyan, boyan yang aku maksudkan ni bukanlah asalnya dari keturunan korang, tetapi aku sendiri tak tahu macam mana terhasilnya term ni, ok, buat kumpulan boyan ni,cara pemakaian mereka susah dijangka kerana mereka ini berpakaian yang asal boleh, ada yang tertutup, dan ada yang terbuka, mereka ini memang ramah mesra dan pandai menagmbil hati para lelaki (lelaki yang jenis boyan juga), hasil penyelidikan aku, mereka ini mudah bergaul, tidak memilih sangat, dan suka bercakap, mereka juga suka membuat lawak-lawak yang mereka fikir boleh menceriakan keadaan walau pada hakikatnya aku hanya tersenyum hipokrit, mahu bagi pelempang pun ada, tapi aku menghormati wanita, jika di shopping complex atau di rumah, mereka dengan tanpa perasaan segan silu menyentuh dan meng"comment" segala barang yang ada, gadis ini juga selalu dilihat di kedai mamak, di warung tom yam, atau pun thai seafood, aku pun tak tahu kenapa, tetapi itulah kebenarannya.

6) Gadis Bitch
- Kumpulan ini agak kontroversi, aku tak letak term bahasa melayu kerana bunyinya kurang sedap didengar dan aku benci ayat itu, gadis kumpulan ini terdiri daripada pelbagai jenis bentuk, warna, umur dan jenis, tidak semestinya bertudung itu tidak bitch kan?, mereka mempunyai hasad dengki, suka mengambil hak orang lain, suka menabur fitnah, memaki orang dikhalayak ramai dan pelbagai lagi sifat-sifat negatif, mereka ini sepertinya terpengaruh dengan filem-filem tabloid atau tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya, mereka ini boleh berubah kalau mereka mahu, dari segi pergaulan, mereka lagi senang bergaul dengan teman-teman yang sentiasa setuju dengan telunjuk mereka, cara pertuturan pula agak kurang sopan, yang bila didengar oleh mak ayah mereka pun, mak ayah mereka tak mengaku anak, nak dibuat menantu memang la jauh sekali.

7) Gadis Melayu
- Golongan ini tidak berkait langsung dengan korang semua, ni adalah program tv yang bertajuk "gadis melayu". Memang hipokrit, segalanya hipokrit belaka, apa yang dipertontonkan kepada ibu-ibu, makcik-makcik, yang sibuk meng'sms' dirumah tu adalah tipu belaka, kerana mereka ini di luar kaca tv memang lain dari di dalam tv. tapi aku tak hairan lah, sebab hidup kita ni pun tak lari dari hipokrit kan?

ps : minta maaf atas bahasa yang kurang sedap, adik-adik yang bawah umur, jangan sesekali memanggil kakak-kakak atau cikgu-cikgu dengan gelaran diatas, entry kali ini tidak ditujukan kepada sesiapa, cuma membentangkan hasil penyelidikan semata-mata, aku bersyukur mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang baik-baik belaka. No hard feeling ok:)

Friday, October 23, 2009

Duit

Sesekali, ada gadis-gadis bertanya pada aku, satu soalan yang susah aku nak terangkan, soalan yang berbunyi:
"banyak gile savings ko, ko spend ape je?"
atau,
"ko ni memang kedekut eh? bape banyak ko simpan duit?"
atau,
"takkan dalam mase seminggu ko spend setakat tu je?"
************************************************************************
ok cukup.. biar aku terangkan kepada gadis-gadis semua, macam mana aku boleh saving banyak..

1)Rokok yang aku hisap ni, lebih murah dari lipstik yang korang pakai.

2)Aku mengamalkan diet seimbang, makan ala kadar mamak pun boleh, tapi korang selalu ajak boyfriend korang pegi starbucks, paling low standard pun mcd, apa salahnye kita makan nasi lemak ke, nasi beryani ke, ni tak, korang pilih makanan itali jugak, pizza hut, domino, kita kan warga malaysia.

3)Setiap kali sales, korang mesti shopping kan? jangan tanye la kenapa duit korang abis, semua yang suka ambik, bayar, lepas tu simpan buat collection, tapi aku, beli mana yang perlu, perbelanjaan bijak.

4)Aku tak pakai barang emas mahupun barang perak, tak macam korang yang terpikat dengan kilauan emas, subang la, rantai la, rantai kaki pun pakai, mane tak pokai, dah bosan beli lagi,boring simpan dalam laci.

5)Aku tak kerap ke salon macam korang, mahupun macam mak-mak datin, setting rambut macam Rihanna la, setting rambut macam Julia Ziegler la, cukuplah dengan syampu Sunsilk anti dandruff aku tu, aku pergi salon kalau nak potong rambut, tu pun atas desakan bapak aku yang menyampah dengan rambut panjang aku.

6)Aku tak pakai handbag, tapi korang pakai kan? cube tengok handbag korang, apa jenama? gucci? prada?mulberry? jimmy choo?. lepas tu korang fikir, berapa harga dia, ni tidak, asal macam best je beli, aku tengok setiap kali keluar, mesti handbag lain-lain, tak tau la kalau korang pinjam kakak punye ke.

7)Aku tau la, kita masing-masing dah ada lesen yang diiktiraf JPJ, boleh bawak keta, tapi tak kan la setakat nak lepak sama-sama duduk mamak nak bawak kereta masing-masing kan?
kita bukan nak pegi autoshow, mahupun racing macam need for speed, apa salahnya kita carpool, duit minyak kan mahal, so macam aku, aku tumpang la member, apa salahnya, janji aku tak mintak duit minyak dengan parents, yang paling penting pencemaran boleh dikurangkan, love mother nature, peace!

8)Kalau tengok wayang, gadis-gadis la paling suka, tak kisah la cerita ape pun, cerita pontianak ke, cerita mat rempit ke, janji boleh duduk dalam wayang tu sambil makan popcorn dengan coke. Aku pergi wayang kalau cerita box office macam transformers dan iron man.

9)Handfon pun satu, malam-malam korang suka bergayut dengan kawan-kawan korang,padahal kat skolah esok boleh jumpa, cerita pasal si samad la, pasal si senah la, yang pakai prepaid tu mintak mak duit topup, yang pakai bil yang bayar pun mak korang jugak, ikut macam aku ni, tak payah call, sms je, tu pun kalau penting, setakat ada gadis yang sms aku berbunyi "hai, boleh kenal" atau "dah tidur ke?" abaikan je, jangan membazir kredit dan tenaga, mungkin yang sms tu kawan-kawan ko yang nak dajal ko ke, atau awek orang ke. terselamat dari bala bencana kan..

10)Cerita bab perfume, korang pakai perfume ada berapa botol? paling kurang pun 3, tak pun 4 botol, lepas tu pakai, sembur dari rambut sampai kaki ke? dari jauh lagi aku dah bau wangi, kalau dekat mamak tu, aku nak makan roti canai pun hilang selera, asyik bau perfume ko je, pakai macam aku, 2-3 sembur cukuplah, wangi pun wangi, perfume saving.

ps : ni aku ceritakan berdasarkan pengalaman aku, bukan tuduhan membabi buta kepada semua kaum hawa.

Tuesday, October 20, 2009

Mujuz


ps : yang bawah ni aku buat, yang atas tu aku x tau.. haha.. korang tgk je, xde maksud, cume xnak blog aku berhabuk

Tuesday, October 13, 2009

Putih

Pagi itu, aku tak ke kelas, ada masalah dalaman, masalah apa? itu korang tak perlu tahu, hanya teman sekerja saja tahu, pantas pagi itu, aku mesej sama Ekaterina, takut-takut dia tertanya-tanya pelajar kesayangannya. hahaha.. aku capai ubat tidur, aku telan 2 biji lalu tidur

***************************
Pukul 3 petang, kawan bilik ku balik, dia kejut aku, aku lihat jam sambil terkelip-kelip, tiba-tiba dia berkata : "ko tengok tingkap tu", "apsal? kotor? memang kita tak pernah basuh tingkap kot" balas ku, "tu ko tgk je la" jawap dia ringkas. Aku bangun, aku pangdang ke luar, putih, rupanya salji, masakan salji turun dimasa begini? tak kan aku tidur bangunnya sudah winter, ah! itu semua kita persetankan, yang penting aku suka pemandangannya, ya lah, nak jumpa salji di malaysia memang haram, hujan panas ada lah.

Aku jenguk ke jendela, aku capai Marlboro ku, aku pandang ke luar, sejenak aku terdengar rakan-rakanku gembira sebab dapat melihat salji, sedang asyik melayan perasaan di jendela, aku terlihat seorang budak, umurnya lebih kurang 7 tahun, berbaju biru, bertopi hitam, aku tak tahu kemana dia hendak pergi, aku lihat dia, dia terketar-ketar sejuk, mukanya basah kerana salji, but nya besar dari saiznya, cara dia berjalan saja aku sudah tahu, kesian..

Aku capai trenchcoat, terus saja aku kebawah, ke kafe, kerna aku belum lagi makan, di perjalanan, aku terserempak dengan seorang mak cik tua, dengan bakul berisi bunga dan buahan, masakan sejuk-sejuk begini mahu jualan? habis penuh bajunya dengan salji, sampai di kafe, aku pesan teh panas, aku terfikir, dalam ada yang suka, ada juga yang sedih, adat kehidupan..

ps : dalam setiap perkara, ada yang sedih, ada yang tertawa, ada yang lemah, ada yang kuat, memang tuhan maha adil.

Monday, October 12, 2009

jawapan

Pernahkah, kamu semua terfikir.. masa berlalu sedetik-demi sedetik, pantas berlalu meninggalkan kita yang masih terkapai-kapai mencari erti hidup sendiri...dan bila sampai waktu kita pergi, bagaimana jawapan yang kita cari? aku masih berfikir..dan terus berfikir

Thursday, October 8, 2009

Dubai

Tepat pukul 9 malam, aku dan rakan ke apartment senior di tingkat 2. Setelah diketuk pintunya, aku lihat Sef buka pintu, Amin sibuk berchatting dengan buah hati, Talib sibuk mencari sumber makanan, Abby pula melayan mimpi..

Aku : Jom r..
Sef : mane?
Aku : Dubai.
Sef : semua pegi?
Aku : tak la, ade yang tak nak pegi.
Sef : ok2

Lekas-lekas Sef kejut semua, aku tunggu di luar sambil mengisap nikotin bersama Acap dan Bos. Mak cik yang menjaga apartment kami sedikit curiga, dia datang dan bertanya,

Mak cik : Ada masalah ke?
Aku : tak ada.
Mak cik : Kenapa tunggu ramai-ramai di sini?
Aku : Owh, kami nak ke Dubai ( sambil tersenyum tawar)
Mak cik : Saya ingat ada masalah (tersenyum juga)

Hampir satu jam menunggu, hampir 3 batang marlboro barulah mereka siap. Ramai juga yang mahu ke Dubai. Perjalanan kami ke Dubai tidak lah berapa lama, dalam 20 minit, kami tiba disitu. Tempatnya cantik,aku suka hiasannya. Terus saja aku minta espresso, sungguh sejuk diluar. Sempena Ulang tahun ke 19 Syamim, kami makan, berbual panjang sambil menikmati aroma shisha. Aku tersenyum bersama espresso.

ps : Dubai tu nama kafe.. Happy Birthday to Syamim Shukri..

Thursday, October 1, 2009

Tawar

Pukul 5, aku tiba di apartment, aku lihat, mak cik Musar masih di biliknya, dengan teko teh panas sambil menonton telenovela russia. Aku buka pintu, aku susun kemas kasut. Biasa la, kekemasan kene jage.. Aku masuk ke bilik, aku buka laptop, lagu The Stroke - Someday aku perdendangkan, pelan-pelan aku capai kotak Marlboro lights atas meja study aku, aku bakar, aku baring atas katil, aku sedut nikotin dan tar dalam-dalam..

Dan disaat itu, kepala aku berputar mencari jawapan, sungguh rutin kehidupan di sini, setiap hari benda yang sama, ibarat mesin fotokopi natural, tawar..

Oh ya, hari sabtu ini, kami ada jamuan raya. Tugas bilik aku adalah masak "ayam merah". Terus saja aku skype sama bonda tercinta, minta resepi.Semoga semuanya baik-baik belaka

ps : buat adik-adik yang membaca, jangan sesekali mendekati rokok, merokok membahayakan kesihatan.. bukan saya yang cakap, kotak rokok yang cakap.