Sesekali, ada gadis-gadis bertanya pada aku, satu soalan yang susah aku nak terangkan, soalan yang berbunyi:
"banyak gile savings ko, ko spend ape je?"
atau,
"ko ni memang kedekut eh? bape banyak ko simpan duit?"
atau,
"takkan dalam mase seminggu ko spend setakat tu je?"
************************************************************************
ok cukup.. biar aku terangkan kepada gadis-gadis semua, macam mana aku boleh saving banyak..
1)Rokok yang aku hisap ni, lebih murah dari lipstik yang korang pakai.
2)Aku mengamalkan diet seimbang, makan ala kadar mamak pun boleh, tapi korang selalu ajak boyfriend korang pegi starbucks, paling low standard pun mcd, apa salahnye kita makan nasi lemak ke, nasi beryani ke, ni tak, korang pilih makanan itali jugak, pizza hut, domino, kita kan warga malaysia.
3)Setiap kali sales, korang mesti shopping kan? jangan tanye la kenapa duit korang abis, semua yang suka ambik, bayar, lepas tu simpan buat collection, tapi aku, beli mana yang perlu, perbelanjaan bijak.
4)Aku tak pakai barang emas mahupun barang perak, tak macam korang yang terpikat dengan kilauan emas, subang la, rantai la, rantai kaki pun pakai, mane tak pokai, dah bosan beli lagi,boring simpan dalam laci.
5)Aku tak kerap ke salon macam korang, mahupun macam mak-mak datin, setting rambut macam Rihanna la, setting rambut macam Julia Ziegler la, cukuplah dengan syampu Sunsilk anti dandruff aku tu, aku pergi salon kalau nak potong rambut, tu pun atas desakan bapak aku yang menyampah dengan rambut panjang aku.
6)Aku tak pakai handbag, tapi korang pakai kan? cube tengok handbag korang, apa jenama? gucci? prada?mulberry? jimmy choo?. lepas tu korang fikir, berapa harga dia, ni tidak, asal macam best je beli, aku tengok setiap kali keluar, mesti handbag lain-lain, tak tau la kalau korang pinjam kakak punye ke.
7)Aku tau la, kita masing-masing dah ada lesen yang diiktiraf JPJ, boleh bawak keta, tapi tak kan la setakat nak lepak sama-sama duduk mamak nak bawak kereta masing-masing kan?
kita bukan nak pegi autoshow, mahupun racing macam need for speed, apa salahnya kita carpool, duit minyak kan mahal, so macam aku, aku tumpang la member, apa salahnya, janji aku tak mintak duit minyak dengan parents, yang paling penting pencemaran boleh dikurangkan, love mother nature, peace!
8)Kalau tengok wayang, gadis-gadis la paling suka, tak kisah la cerita ape pun, cerita pontianak ke, cerita mat rempit ke, janji boleh duduk dalam wayang tu sambil makan popcorn dengan coke. Aku pergi wayang kalau cerita box office macam transformers dan iron man.
9)Handfon pun satu, malam-malam korang suka bergayut dengan kawan-kawan korang,padahal kat skolah esok boleh jumpa, cerita pasal si samad la, pasal si senah la, yang pakai prepaid tu mintak mak duit topup, yang pakai bil yang bayar pun mak korang jugak, ikut macam aku ni, tak payah call, sms je, tu pun kalau penting, setakat ada gadis yang sms aku berbunyi "hai, boleh kenal" atau "dah tidur ke?" abaikan je, jangan membazir kredit dan tenaga, mungkin yang sms tu kawan-kawan ko yang nak dajal ko ke, atau awek orang ke. terselamat dari bala bencana kan..
10)Cerita bab perfume, korang pakai perfume ada berapa botol? paling kurang pun 3, tak pun 4 botol, lepas tu pakai, sembur dari rambut sampai kaki ke? dari jauh lagi aku dah bau wangi, kalau dekat mamak tu, aku nak makan roti canai pun hilang selera, asyik bau perfume ko je, pakai macam aku, 2-3 sembur cukuplah, wangi pun wangi, perfume saving.
ps : ni aku ceritakan berdasarkan pengalaman aku, bukan tuduhan membabi buta kepada semua kaum hawa.
terasenyer
ReplyDeletebro , apehal ada ciri-ciri gadis yang ko sebutkan nie ada kat aku
ReplyDeleteaku nie gadis ke??
tp aku dah double check da
hahaha
anonymous : terase? so, conclusionnye anda seorang gadis kan?
ReplyDeleteMawie: yang ko ni special kes, check ic, tgk die tulis lelaki ke perempuan. abis cerite
haha. sy ni mcm lelaki la cmni?
ReplyDeletetp actually, general speaking, itulah hakikat perempuan. pasal perfume x le bla, tp lelaki bau gel rambut sebatu leh bau gak..! ;P
ach: hmm, ada sesetengah gadis tahu saving mcm sy.. haha
ReplyDeletepasal gel rambut tu memang betul, im not using it, but still macho kan?:)
kakaka. u use baby oil sudey.
ReplyDeletehaha!
jgn mkn pizza selalu sgt~~ msk la jgk...ko kn pndai msk!!
ReplyDelete