Tuesday, June 29, 2010

Memory

Semalam di Facebook, kawan saya Nadia Hanis ade tag saya di beberapa foto lama. Foto masa saya sekolah rendah. Dah lama jugak saya tak tengok foto ni sampai ada beberapa orang saya dah lupa nama. Terima kasih Nadia Hanis(:

Darjah 2 (1998)



Darjah 3 (1999)


Friday, June 25, 2010

Beautiful

-Seorang wanita yang rasa cantik pada matanya adalah wanita yang cantik pada mata saya..

Thursday, June 24, 2010

Womens and mics

Hari ini dengan rasmi saya tidak akan menjawab sebarang pertanyaan di formspring. Kenapa? sebab saya dah malas. Hahaha. Berbalik kepada formspring tadi, ada seorang anonymous bertanya kepada saya siapa dia selebriti wanita yang saya minat. Ok, saya ingin menjawab pertanyaan itu disini. 10 vokalis wanita hebat bagi saya mengikut ranking.

1. Karen Lee Orzolek/ Karen O
-Vokalis band Yeah Yeah Yeahs

Karen seorang yang saya rasa sentiasa ekstatik dengan kehidupan beliau. Mempunyai gaya tersendiri yang pelik. Apa yang saya suka tentang Karen O ialah dia seorang yang optimistik, dan humble. Bagi saya Karen memang queen rock and roll yang true!


2. Juliet Simms
-Vokalis band Automatic Loveletter


3. Cristina Scabbia
-Vokalis Lacuna Coil


4.Lindsey Vogt
-Vokalis Eyes Set To Kill


5. Lacey Mosley
-Vokalis Flyleaf


6. Katie White
-Vokalis band The Ting Tings


7. Amy Lee
-Vokalis Evanescene


8. Cassadee Pope
-Vokalis Hey Monday


9. Gwen Stefani
-Vokalis No Doubt


10. Sharon Den Adel
-ex Vokalis Within Temptation



Wednesday, June 23, 2010

Sunbathing





Hari ni selesai urusan menguruskan visa di universiti, saya pulang kerumah. Nampaknya hanya ada Shukram yang separuh sedar dari tidur membuka pintu setelah berpuluh kali saya ketuk pintu rumah. Yang lain sibuk shopping. Saya tukar baju, saya ambil gitar.

Mereka adalah kawan baru saya, Tatyana, Ekaterina, dan Alesandra yang mengambil gambar(:


Tuesday, June 22, 2010

Dream

Saya adalah seorang manusia biasa. Tiada apa yang luarbiasa tentang saya. Apa yang saya mahukan bukan harta yang berjuta, ataupun wanita. Saya hanya mahu sebuah kehidupan dimana saya boleh bernafas dengan baik, senyap dari segala bunyi dan badan yang sihat.

Kalaulah ditakdirkan semua manusia hilang dari bumi dan hanya tinggal saya seorang, saya akan berjalan terus dan mencari sebuah taman yang berumput hijau serta pokok ceri. Apa yang saya mahukan adalah berbaring disitu dan menutup mata saya. Senyap dari segala bunyi sambil angin lembut meniup muka saya.

Saya akan kosongkan segala apa yang ada dalam minda saya disitu dan menunggu masa untuk saya pulang. Hebat bukan? Sekejap pun saya tak kisah sebab itu adalah impian saya.

Monday, June 21, 2010

Laksa Penang

Setelah hampir sebulan, kehidupan saya yang penuh dengan chaos dengan buku dan nota yang bertimbun, akhirnya akan berakhir 5 hari lagi. Sememangnya, exam akhir tahun di bulan Jun memang banyak cabaran. Cabaran terbesar? Memikirkan cuti selama 3 bulan di musim panas yang bakal diterima di akhir peperiksaan.

Sabtu ni kawan saya Syamil Yusoff, Syamim Shukri dan Hafiz Razali berangkat ke Malaysia. 3 orang lelaki handsome yang pulang awal dari yang lain. Tapi, saya menyusul keesokan harinya(:
27 Jun saya berangkat dari Saint Petersburg ke Moscow, Moscow ke Dubai dan akhir sekali Dubai ke Singapura. Satu perjalanan yang bosan. Sangat bosan dan memenatkan. Lagi-lagi, saya balik seorang.

The first thing yang saya nak buat di Malaysia ialah.. ok, saya tiada plan tetap lagi. Maybe ke Indonesia awal Julai nanti. Tapi bergantung kepada keadaan. Tapi yang saya pasti, saya rindu laksa penang. Hahaha

Actually, kawan sekolah saya di Mrsm Kuala Klawang ada friendly match football di maktab lama. Sayangnya 24 Jun. Saya tahu saya tak dapat join tapi mereka ada buat jersi untuk saya. Jersi Netherland nombor 30. 30? satu nombor besar. Thanks to Megat Muhammad Arif!! (boo Netherland, visca espana!)

So, good luck 'my teammate' and have a nice holidays!((:


Sunday, June 20, 2010

Life

Hari-hari, kita belajar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Kehidupan mengajar kita bagaimana untuk meneruskan. Tak kira sama ada kita pasif, aktif, kurang upaya semuanya belajar dari kehidupan masing-masing.

Ada orang rasa terjun bangunan tingkat 12 adalah cara penyelesaian yang mudah. Mungkin masalah kerja, mungkin cinta. Apa kata kita pusing balik masalah tu dan melihat dari perspektif berbeza.
Saya ambil contoh cinta.

Lily dan Jack adalah sepasang kekasih yang melalui hari-hari bahagia mereka. Sampailah satu masa, Jack bertemu dengan Julie. Jack rasa, Julie adalah wanita yang dia cari. Mereka berkahwin. Tinggal Lily dibelakang.

Anda rasa apa langkah yang akan Lily ambil? bunuh diri? Lily rasa dengan bunuh diri dan terpampang di surat khabar boleh menukar fikiran Jack untuk balik bersamanya. Tapi Lily dah mati kan?

Mungkin jadi psycho? Anda rasa Jack mahu seorang teman wanita psycho?

Kalau Lily berfikir secara optimistik, dan meneruskan kehidupannya dengan normal. Saya yakin ada Jack kedua buat dia.

So, dont do something that you'll never know the sequences. Life is a gift(:

Friday, June 18, 2010

A Song

Saya ada compose satu lagu hari ni untuk suka-suka. Latar belakang agak bising sebab roomate saya tengok perlawanan England.Ada part yang sangkut sebab kawan Russian saya gelak. Just for fun and cheers!



Dihujung waktu itu
Tanpa ku sedari
Semuanya berlalu pergi

Ku pegang janji itu
Saat kita berdua disitu

Namun kini
Tak bisa
Aku ini
Biasa

Setiap saat yang berlalu
Di situ hanya engkau yang ku tunggu
Seperti masa lalu

Tak dapat kuungkapkan apa yang terbuku
dihatiku untukmu

Oh citaku
Oh cintaku
Oh sayangku
kekasihku

Thursday, June 17, 2010

Kiss

I could hold, your beautiful hands,
And kiss, your beautiful eyelids,
Throw open, your beautiful doors.

I could bind, your beautiful wrists,
And shut, your beautiful eyes,
With the drugs.

I could fight, your beautiful words,
And mourn, your beautiful loss,
Throw me out, of your beautiful lifestyle,

Because its over.

Wednesday, June 16, 2010

Love & Hate

Shakespeare pernah cakap, 'there is no evil angel but love'. Bagi saya, cinta itu amat istimewa sebab ianya hanya satu perasaan yang tiada siapa dapat huraikan.

Ada orang bermegah dengan cinta yang mereka ada. Bagi mereka, cinta itu yang paling dibangga-banggakan.Mereka terlupa cinta si pencipta. Sehinggalah cinta mereka itu hilang, cinta itu dikutuk.Tidak lagi dibanggakan.Si pencipta dicari untuk cinta buat kali kedua. Pelik bukan?

Kadang-kadang saya rasa cinta itu satu pelaburan dalam permainan dua hati yang pastinya mungkin berubah dari hari ke hari. Maksud saya, tak semua cinta itu menyakitkan. Ada juga yang bahagia. Saya kehilangan sebuah cinta yang hampir saya cipta dahulu. Walaupun dah lama tapi saya tahu cinta itu masih ada.

Sorang-sorangnya perempuan yang saya cinta pergi buat selamanya. Adakala cinta itu berkata dalam jiwa saya, buat saya tersenyum. Adakalanya juga saya benci cinta itu kerana ianya satu ilusi yang takkan kembali semula.

Pagi ini saya bercakap dengan cinta saya, saya rindu Lisa. Saya pasti malam nanti saya pasti lupa dan benci dia.

Cinta - satu misteri.

Cheers!

Tuesday, June 15, 2010

20 Cent

Saya baru balik dari menghantar segala pakaian kotor di kedai dobi depan rumah saya. Macam biasa, saya hanya menyelitkan beberapa helai wang kertas saja sebab saya malas nak bawak wallet.

Selesai memasukkan pakaian kedalam mesin pencuci, saya ke kaunter untuk bayar. Penjaga kaunter bertanyakan tentang duit syiling yang saya bagi. Rupanya syiling 20 sen. Hairan macam mana boleh ada 20 sen dalam poket saya.

Katanya syiling 20 sen Malaysia cantik walaupun dia tak faham apa itu 'tapak sireh' yang ada di muka syiling 20 sen. Saya pula, tak tahu macam mana nak terangkan.
Saya bagi dia 20 sen tu untuk dia simpan.

Silent

Terus terang saya lebih suka memerhati dari bercakap. Saya akan duduk, dengar dan melihat. Ramai orang bertanya perkara yang sama dan ada juga yang beranggapan saya sombong. Haha

Saya adalah seorang hipokrit, dan kamu semua juga hipokrit. Sama-sama hipokrit. Apa yang nak dihairankan bukan?

Bila saya pandang mata seseorang, saya bercakap dengan nada yang sopan dengan senyuman(:

Tapi tak bermaksud saya suka dengan dia. Boleh jadi dia manusia paling saya tak suka dalam dunia. Saya tahu kamu semua juga begitu dan saya yakin kamu faham.

"In my life, why do I smile, at people who I'd much rather kick in the eye?"
-Smiths

Sunday, June 13, 2010

Quote

Ada orang bagitau saya,

'Some of the greater things in life are unseen thats why you close your eyes when you kiss, cry, or dream'

Terima kasih dan nice quote(:

Choices

Membuat sesuatu keputusan dalam hidup kita memang susah. Hidup kita umpama satu episod drama yang watak utamanya adalah kita sendiri. Contohnya macam saya. Saya adalah seorang pelakon yang berumur 20 tahun, hidup di bumi soviet. Itu adalah saya, kamu mungkin mempunyai kehidupan lain yang berbeza.

Peranan lakonan kita adalah sama,membuat keputusan yang tepat sehinggalah ke akhir episod hidup kita. Ada orang cakap, mereka kadang kala tidak mempunyai pilihan dan terpaksa melakukan kesilapan. Saya tak percaya. Bukan kita tiada pilihan, tapi salah membuat pilihan. Kadang-kadang kita merungut bila membuat keputusan yang salah. Saya pun begitu. Normal. Bila kita membuat keputusan tepat, kita perolehi kegembiraan.

Bila saya buat pilihan salah, saya akan ingat dan berfikir untuk langkah seterusnya.

Changes

Hello dan selamat semua. Saya Juice, penulis blog "Vibes". Setelah setahun lebih menggunakan layout lama yang kalau anda perasan macam notepad tu, saya transform ke layout yang lebih simple. Putih dan tidak berserabut. Saya memang tak suka serabut.

Saya percaya yang kita masing-masing mempunyai satu 'turning point' dalam hidup. Cuma kita tidak tahu bila. Bulan peperiksaan ini mungkin memberikan satu electric shock kepada saya untuk menukar segala identiti vibes. Saya harap ianya satu turning point positif dalam hidup saya.

Pasal menulis juga bergantung sebab saya menulis hanya bila saya lapang. Hidup saya memang sibuk. Dengan perkara yang saya suka, dengan perkara yang saya tak suka. Lebih-lebih lagi dengan cuti musim panas yang bermula 2 minggu lagi. So, terima kasih pembaca and may you have a great holiday!

Cheers!

Saturday, June 12, 2010

Respect

Menghormati orang lain adalah satu perkara normal. Hormat dari segi privacy, hormat dari segi perbuatan. Kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita lakukan melanggar etika hormat kita pada orang lain. Bagi saya, kalau orang hormat saya, mereka adalah orang yang kenal dan memahami jiwa saya. Dan saya pula, akan hormati mereka berkali-kali ganda macam mereka hormatkan saya.

Hidup ini bukan semuanya pasal hidup kita seorang kan?

Wednesday, June 9, 2010

Buta sebentar di stesyen tramp

Exam di Russia tidak susah. Tapi yang susah ialah untuk mendapatkan 'tiket' untuk mengambil exam. Sem ni aku rasa macam goyang. Biasa la, ayat sama setiap sem. Bila aku pikir-pikir balik, tak sangka sudah sejauh ni aku berhadapan dengan situasi hidup yang kadang-kadang macam celaka.

Masa di stesyen tramp, orang penuh sesak. Berhimpit-himpit. Aku pasang ipod dengan kekuatan maksimum, aku pejamkan mata. Terus berjalan kehadapan. Macam si buta. Serius best, tak tipu. Orang maki aku tak dengar. Hahaha

Tuesday, June 8, 2010

Punk rock sejati

from left : tak kenal 1,tak kenal 2, Erynn (gf elham), elham, azim

Kali ni aku nak update pasal member lame aku, Elham Syah yang duduk sebelah aku dari darjah 5. Dulu-dulu dia suka sangat dengan Linkin Park. Siap tampal poster dekat fail plastik.

Sejak sambung belajar muzik dekat UITM, dia dah jadik punk rocker sejati. Baju Marilyn Monroe tu pun dia yang design. Design baju takpe. Tapi bila dah start buat tattoo ke, ape ke, memang nak kena sebat. Yang Azim tu pun satu kelas dengan aku dulu. Walaupun lembab berlari main bola, tapi tangan bukan main laju goreng gitar. Dengar cerita dia tengah praktis goreng gitar dengan gigi pulak.

Owh ye, gambar ni aku ambik dekat facebook lepas diorang perform dekat KL Big party 2010.

ps : sorry kalau aku cite pasal kau El. hehe

Sunday, June 6, 2010

Komen Selebriti Berkenaan Pasukan Spain

Dari luar negara :
What is your opinion about Spain in Fifa 2010?

i think Spain will win the world cup, they have 2 great keeper's. they have a good back four, a great midfield and two of the best forward's in the game. that should give them the edge over the likes of my team England and the rest.
-Robert Pattinson

England will beat France in the Quarters, Brazil will beat england in the semis then lose on penalties to spain in the final
-Sean Kingston

Spain can only win the world cup if they can beat Brazil for sure.
-Hayley Williams

almost perfect team...fabregas xavi iniesta = SUPERBBBBB!!!..villa torres = DEADLY!!!!...unstoppable!!
- Kim Kardashian

Spain does not have a good defense. I don't believe that spain defense againt Argentina or your England can survive
-Jake Gyllenhaal 

Dari dalam negara : 

What is your opinion about Spain in Fifa 2010? 

Spain memang hebat.. er, nampak gaya boleh menang lagi macam tahun lepas. Eh taun lepas ade ke? Not sure la.
-Natasha Hudson

Kalau nak menang senang. Spain kena main tenang dan bersahaja macam pasukan kita main di Bukit Jalil. Biarlah orang di stadium marah, bakar kerusi, tumbuk muka orang sebelah, janji kita stay cool dan maintain. Kalah perkara biasa.
-Faizal Tahir

Saya tak minat bola sangat, tapi saya rasa maybe la kot boleh menang dengan izin tuhan.
 -Aizat AF

 Ok, seriously I memang tak minat bola. Whatever la kan. Tapi I minat sangat Cristiano Ronaldo. Adorable!
-Liyana Jasmay

Spain memang semestinya menang world cup tahun ni! tu pun tak tau ke? Kalau kita tengok balik, England (yang tetiap tahun diramalkan menang world cup) memang out. Bak kata keeper Spain, Casillas, salah satu kelemahan England adalah keeper. So sekarang saya rasa yang perlu risau ialah Portugal, Argentina dan Brazil. Italy out, France pun out. Owh ye, lagi satu yang saya risau ialah mula world cup ni, exam saya pun mula. Cilaka!
-Juice




Pasukan Bolasepak Mcdonald Fantasi

Juice Fc

Gawang :
 Iker Casillas
Untuk penjaga gawang aku memerlukan khidmat keeper dari Sepanyol, Iker Casillas yang semua orang tau seorang keeper terbaik dunia selepas mengalahkan Gianluigi Buffon dan Julio Cesar. Dengan itu, Gawang gol "Juice Fc" akan jarang-jarang bolos. Kalau bolos juga mungkin  dari tandukan atau rembatan offside pihak lawan yang akan diakhiri dengan pergaduhan kecil antara pengadil dan pihak lawan.
-keeper simpanan : Eduardo dan Valladares
Pertahanan :

Carles Puyol
Hardcore tak hardcore la kapten gua. hehe

Bagi pertahanan pula, sudah semestinya aku meletakkan Carles Puyol, pemain pertahanan dari Sepanyol sebagai tonggak pertahanan. Dengan semangat kesukanan yang tinggi dia amat disegani lawan. Rambutnya yang ala-ala  Man Kidal juga turut menggerunkan pihak lawan. Selaku kapten pasukan Juice Fc, aku yakin dengan pengalaman yang dia ada, pasukan Juice Fc mampu memenangi liga kali ni.

 Nemanja Vidic
Seiring dengan itu, aku juga meletakkan Nemanja Vidic, dari Slovakia sebagai pemain bertahan. 
                            Rafael Marquez                                                      Emmanuel Eboue
Mereka juga dibantu oleh Emmanuel Eboue, pemain dari Cote d'Ivoire, dan Rafael Marquez dari Mexico.
- Pemain pertahanan simpanan : Jansen, Clichy, Da Silva

ps : memang sengaje aku letak lain-lain negara bagi pertahanan, biar diorang tak berbual je keje.

Tengah :
 Franck Ribery
Tengah ni amat penting, untuk itu aku melabur dana yang agak besar bagi pemain tengah. Aku meletakkan Frack Ribery, dari Perancis selaku pemain tengah. Dengan kelajuan yang mantap, skil kawalan bola yang tip top, aku yakin Ribery mampu menyumbat gol sebijik dua.
 Michael Carrick
Selain itu aku juga meletakkan pemain dari England, Michael Carrick kerana nak save bajet dan aku rasa dia berpotensi.
               Ibrahim Afellay                                                Alexandre Song

Selepas menelefon dan berbincang dengan member aku, Del Bosque, selaku jurulatih pasukan Sepanyol, aku setuju meletakkan Ibrahim Afellay dari Belanda dan juga Alexandre Song dari Cameroon sebagai pemain tengah yang berwibawa disamping jimat bajet untuk bahagian serangan.
-Pemain tengah simpanan : Pepe, Jensen, Dos Santos, Raul Meireles

Serangan :
 Wayne Rooney
Bagi bahagian forward atau depan atau serangan... ah, mane-mane lah, aku pun tak pasti ape keyword dia, janji bahagian striker la. Aku meletakkan bajet yang tinggi untuk striker. Dengan Itu aku meletakkan Wayne Rooney dari England. Seorang pemain yang sentiasa bersemangat dan amat terkenal dengan rembatan yang tepat dan padu.
Lionel Messi
Disamping itu, aku memilih untuk meletakkan Lionel Messi dari Argentina. Banyak khabar angin yang mengatakan Messi mungkin menjadi pemain terbaik FIFA 2010.Kita tengok saje.
-Pemain serangan simpanan : Larsen, Utaka, Suarez

Saturday, June 5, 2010

I hate everything about you

Dah lame aku tak layan lagu ni. Zaman sekolah dulu. Aku suke betul lirik dia. Power woo

Friday, June 4, 2010

Dialog gua dan Slash

Dialog yang direkod oleh wartawan melodi antara pemain gitar Velvet Revolver, Slash dan pemain gitar lagenda Malaysia, Juice :

Slash : Oi bro, tak tido lagi ke?

Juice : lah, gua sibuk carik power chord. hah, pahal lu roger gua ni?

Slash : takde la, saje. Band lu amacam?

Juice : Band gua sihat walafiat. Minggu depan gua perform dekat Turki. Katanya orang sana berdukacita sebab pasal kapal Flotilla tu. So, gua pun buat konsert amal lah untuk mengubati duka cita diorang.

Slash : Fuhlamak, gua respek la lu. Apehal la gua tak fikir macam lu.

Juice : Biasa la beb, gua walaupun atas pentas goreng gitar pakai gigi, hati gua suci beb.

Slash : Lu memang betul legend la bro.

Juice : hehehe

Slash : Owh btw, sempena hati suci lu, gua nak tanya, besday lu berape hari bulan?

Juice : Besday gua? besday gua... ah madafaka, kejap gua cek ic.. 5 aug la Slash. Pahal?

Slash : Gua dah ready hadiah untuk lu.

Juice : lah ye ke?? ape?

Slash : Gua datang perform dekat negara lu lahir 5 Aug. yeah!

Juice : Serius shit? madafaka lu Slash!

Slash : well.. im the man.

Juice : Takpe Slash, nanti gua sanggup belikan topi baru untuk lu.

Slash : Keh keh, ah sial..

Juice : pahal?

Slash : gua nak terberak. Ciau!

Juice : Macam-macam la lu. Ciau!

Ps : 5 Aug Slash datang Sunway Lagoon. Memang hadiah harijadi aku yang sape-sape pun tak boleh bagi(:

Owh Nia Ramadhani

Mungkin awal bulan Julai aku ke Indonesia. Tadi kawan aku baru bagi isyarat di fesbuk. Katanya awal Julai tu masa paling bagus nak liburan di Indonesia. Aku terus google tempat mane menarik nak pergi. Adela beberapa tempat yang aku dah survey yang kalau pergi dapat la jumpa makwe lawa iras-iras Nia Ramadhani.

Makan pun aku google. Dengar cerita dari member aku yang belajar di Indonesia, makanan Indonesia ni kalau tak kena cari boleh bahaya. Silap-silap brader pakai kopiah hitam sama kain pelikat yang ade cop 'made in kelantan' boleh jual sup tikus. Ade lah aku jumpa nasi padang. Walaupun dekat malaysia dah berlambak jual nasi padang, tapi aku pasti takkan sama dengan di Indonesia kan?.

Lepas tu tempat penginapan. Tempat penginapan di Indonesia boleh tahan murah. Tapi kalau area Bali memang standard la. Pasal penginapan aku KIV dulu. Tu boleh cerita kemudian.

Masa aku tekan-tekan dekat google aku jumpa iklan ilmu mistik Indonesia. Katanya macam-macam perkara dia boleh ubat. Bila aku tengok-tengok balik memang sah, dukun jawa. Aku scroll bawah aku nampak :
'mengubat santau dan khidmat santau'. cilaka! Bahaya betul Indonesia. Harap-harap Nia Ramadhani tak pandai santau-santau.

ps : agak-agak kalau kita upah dukun jawa tu santau tentera Israel ok tak?

Projek website Smtu

Sejak kebelakangan ini, aku tengok student-student di Mosow, New York, Australia semua ada komuniti sendiri. Ada yang buat laman web sendiri, ade yang pakai blogspot je. Wordpress pun tak kurang juga.

Senior aku Safwan cakap dekat aku yang kami disini pun kena buat satu laman web. Yelah, kau orang cube fikir, dekat Saint Petersburg ni, orang melayu ade 31 orang je. Yang perempuan 4 orang, lelaki pulak 27. Tak ramai yang tau pasal student disini. Orang putih cakap spesies 'rare'. Secara purata pulak, aku orang ke 3 hensem selepas Syamil Yusoff dan Hafiz Razali dekat sini. Tak ke sakit hati?

Tapi kalau nak buat, sape yang nak update bagai? bukan kau orang tak tau kitorang student maritime engineering sini sibuk. Ade yang sibuk dota, asyik mendota depan laptop. Ade yang sibuk bercinta, asyik berskype. Yang sibuk usha makwe facebook pun tak kurang hebatnye.

Selepas berbincang dengan senior aku, kata sepakat telah dicapai. InsyaAllah first raya keluar website pasal komuniti 'Saint Petersburg Marine University'. Aku pun dah bincang dengan Natalie Portman, nampaknya dia tak menghalang. *pfft

Thursday, June 3, 2010

Entry bernada serius

Secara jujur aku katakan, permainan politik pada zaman sekarang amat licik dan membunuh. Politik itu sendiri berubah dan berevolusi mengikut zaman. Dan apa yang berlaku pada zaman sekarang, kita lihat generasi muda menganggap politik itu sebagai suatu perkara enteng, seolah-olah tidak penting dan tidak memberi kesan pada diri mereka.

Sekolah menengah, bila aku tanya kawan aku pasal politik:
" Aku takkan lah terlibat dalam politik. Serabut kepale je. buat hal sendiri sudah"

Yes, memang serabut..dengan itu, dengan ini, meeting. Macam yang kita perati dalam tv mahupun tabloid. kan?

Universiti...
"entah r, aku rasa macam xde effect kita mengundi. buat susah je"

"Memang susah. Ala, setakat undi calon parti ape lah sangat setakat 2-3 orang punye undi. nanti bukannya kita kenal pun calon mana menang. ye tak??"

Persoalannya, kalau dah masing-masing tak nak ambik tau hal politik negara abis tu sape lagi? puas aku fikir sorang-sorang dalam jamban tadi. Sape nak pegang jawatan negara? sape nak tadbir kabinet? sape nak ambik tau hal orang luar bandar? sape nak uruskan ekonomi negara?

Kita ni rakyat negara istimewa. Malaysia yang terkenal dengan berbilang kaum. Dengan politik, kita boleh jadi kawan, dengan politik juga kita boleh berlawan. Walaupun kita berbeza rupa, agama dan bangsa, tapi kita semua rakyat Malaysia. Berpijak di tanah yang sama, di perumahan yang sama. Bagi aku, aku langsung tiada masalah berjiran dengan Aunty Catherine dengan Uncle Samy.

Pada aku la, yes! politic is full of shit! Its either we take that shit and throw it to them or they take that shit and throw it to us.

Tuesday, June 1, 2010

Jangan Lupa


Balik kelas gua bukak itunes dekat macbook gua. Terus gua pasang lagu ex gua. Cilaka, serta merta gua panas hati. Bukan sebab ex gua ni tinggalkan gua. Tapi sebab kes Tentera Israel semalam.

Ade ke patut dia sekat kapal bantuan Gaza. Memang betul takde sivik! Gua nak membantu ape patut pun tak boleh sebab gua ni apelah sangat. Yang penting doa je lah. Tuhan tu maha pemurah kan?