Thursday, June 3, 2010

Entry bernada serius

Secara jujur aku katakan, permainan politik pada zaman sekarang amat licik dan membunuh. Politik itu sendiri berubah dan berevolusi mengikut zaman. Dan apa yang berlaku pada zaman sekarang, kita lihat generasi muda menganggap politik itu sebagai suatu perkara enteng, seolah-olah tidak penting dan tidak memberi kesan pada diri mereka.

Sekolah menengah, bila aku tanya kawan aku pasal politik:
" Aku takkan lah terlibat dalam politik. Serabut kepale je. buat hal sendiri sudah"

Yes, memang serabut..dengan itu, dengan ini, meeting. Macam yang kita perati dalam tv mahupun tabloid. kan?

Universiti...
"entah r, aku rasa macam xde effect kita mengundi. buat susah je"

"Memang susah. Ala, setakat undi calon parti ape lah sangat setakat 2-3 orang punye undi. nanti bukannya kita kenal pun calon mana menang. ye tak??"

Persoalannya, kalau dah masing-masing tak nak ambik tau hal politik negara abis tu sape lagi? puas aku fikir sorang-sorang dalam jamban tadi. Sape nak pegang jawatan negara? sape nak tadbir kabinet? sape nak ambik tau hal orang luar bandar? sape nak uruskan ekonomi negara?

Kita ni rakyat negara istimewa. Malaysia yang terkenal dengan berbilang kaum. Dengan politik, kita boleh jadi kawan, dengan politik juga kita boleh berlawan. Walaupun kita berbeza rupa, agama dan bangsa, tapi kita semua rakyat Malaysia. Berpijak di tanah yang sama, di perumahan yang sama. Bagi aku, aku langsung tiada masalah berjiran dengan Aunty Catherine dengan Uncle Samy.

Pada aku la, yes! politic is full of shit! Its either we take that shit and throw it to them or they take that shit and throw it to us.

7 comments:

  1. aku dulu pernha mengundi wei..
    undi mmber aku jadi ketua kelas yang jahanam

    ReplyDelete
  2. gua kalau dalam jamban pikir pasal awekz saja..
    sawan apa pikir pasal politik?

    ReplyDelete
  3. best oo kalau masuk politik. bayangkan panggung opera yg penuh dgn org kurang iq. mcm tu la parlimen malaysia

    btw, napoleon pernah kata,"in politics, stupidity is not an handicap" LOL

    ReplyDelete
  4. zahir : aku yakin next pilihanraya kau dah kena mengundi. haha

    mawie : bile aku serius, macam ni la jadiknye

    Rasyid : Aku malas nak komen tentang perlimen malaysia. Kadang-kadang orang bijak pandai ni pun tak kurang bodoh. sebab tu, dari zaman napoleon lagi dia dah tau

    Najihah : pm? jangan nak buat pasal.. kang merusuh rakyat malaysia

    ReplyDelete
  5. dekat sini dah terlalu banyak benda yang di politik kan. sampai agama pun kadang kadang di politikkan. mana lah kita kita ni tak letih ?

    p/s : nuyu kau jangan gatal nak jadi pm. serious aku nak pindah negara kalau macam tu.

    ReplyDelete
  6. tahun depan boleh la undi.
    kalau ade undi online.
    dalam jamban pon bleh undi.
    gne iPhone.

    ReplyDelete