Tuesday, June 22, 2010

Dream

Saya adalah seorang manusia biasa. Tiada apa yang luarbiasa tentang saya. Apa yang saya mahukan bukan harta yang berjuta, ataupun wanita. Saya hanya mahu sebuah kehidupan dimana saya boleh bernafas dengan baik, senyap dari segala bunyi dan badan yang sihat.

Kalaulah ditakdirkan semua manusia hilang dari bumi dan hanya tinggal saya seorang, saya akan berjalan terus dan mencari sebuah taman yang berumput hijau serta pokok ceri. Apa yang saya mahukan adalah berbaring disitu dan menutup mata saya. Senyap dari segala bunyi sambil angin lembut meniup muka saya.

Saya akan kosongkan segala apa yang ada dalam minda saya disitu dan menunggu masa untuk saya pulang. Hebat bukan? Sekejap pun saya tak kisah sebab itu adalah impian saya.

5 comments: