Sunday, June 6, 2010

Pasukan Bolasepak Mcdonald Fantasi

Juice Fc

Gawang :
 Iker Casillas
Untuk penjaga gawang aku memerlukan khidmat keeper dari Sepanyol, Iker Casillas yang semua orang tau seorang keeper terbaik dunia selepas mengalahkan Gianluigi Buffon dan Julio Cesar. Dengan itu, Gawang gol "Juice Fc" akan jarang-jarang bolos. Kalau bolos juga mungkin  dari tandukan atau rembatan offside pihak lawan yang akan diakhiri dengan pergaduhan kecil antara pengadil dan pihak lawan.
-keeper simpanan : Eduardo dan Valladares
Pertahanan :

Carles Puyol
Hardcore tak hardcore la kapten gua. hehe

Bagi pertahanan pula, sudah semestinya aku meletakkan Carles Puyol, pemain pertahanan dari Sepanyol sebagai tonggak pertahanan. Dengan semangat kesukanan yang tinggi dia amat disegani lawan. Rambutnya yang ala-ala  Man Kidal juga turut menggerunkan pihak lawan. Selaku kapten pasukan Juice Fc, aku yakin dengan pengalaman yang dia ada, pasukan Juice Fc mampu memenangi liga kali ni.

 Nemanja Vidic
Seiring dengan itu, aku juga meletakkan Nemanja Vidic, dari Slovakia sebagai pemain bertahan. 
                            Rafael Marquez                                                      Emmanuel Eboue
Mereka juga dibantu oleh Emmanuel Eboue, pemain dari Cote d'Ivoire, dan Rafael Marquez dari Mexico.
- Pemain pertahanan simpanan : Jansen, Clichy, Da Silva

ps : memang sengaje aku letak lain-lain negara bagi pertahanan, biar diorang tak berbual je keje.

Tengah :
 Franck Ribery
Tengah ni amat penting, untuk itu aku melabur dana yang agak besar bagi pemain tengah. Aku meletakkan Frack Ribery, dari Perancis selaku pemain tengah. Dengan kelajuan yang mantap, skil kawalan bola yang tip top, aku yakin Ribery mampu menyumbat gol sebijik dua.
 Michael Carrick
Selain itu aku juga meletakkan pemain dari England, Michael Carrick kerana nak save bajet dan aku rasa dia berpotensi.
               Ibrahim Afellay                                                Alexandre Song

Selepas menelefon dan berbincang dengan member aku, Del Bosque, selaku jurulatih pasukan Sepanyol, aku setuju meletakkan Ibrahim Afellay dari Belanda dan juga Alexandre Song dari Cameroon sebagai pemain tengah yang berwibawa disamping jimat bajet untuk bahagian serangan.
-Pemain tengah simpanan : Pepe, Jensen, Dos Santos, Raul Meireles

Serangan :
 Wayne Rooney
Bagi bahagian forward atau depan atau serangan... ah, mane-mane lah, aku pun tak pasti ape keyword dia, janji bahagian striker la. Aku meletakkan bajet yang tinggi untuk striker. Dengan Itu aku meletakkan Wayne Rooney dari England. Seorang pemain yang sentiasa bersemangat dan amat terkenal dengan rembatan yang tepat dan padu.
Lionel Messi
Disamping itu, aku memilih untuk meletakkan Lionel Messi dari Argentina. Banyak khabar angin yang mengatakan Messi mungkin menjadi pemain terbaik FIFA 2010.Kita tengok saje.
-Pemain serangan simpanan : Larsen, Utaka, Suarez

8 comments:

  1. bengong do.
    aku punya activation
    x sampai mail pon.

    ReplyDelete
  2. lah, kau kene check dekat spam maybe.

    ReplyDelete
  3. aku rasa email yahoo aku dah corrupt.
    anyway aku dah add ko as fren.haha.

    ReplyDelete
  4. Anon : ye lah puyol. apsal?

    Nina : jadik nyata ape? ni game la

    ReplyDelete
  5. suma2 orang ni, bape kerat je aku kenal.

    ReplyDelete
  6. Aulia : tak kenal, maka tak cinta. Tapi jangan bercinta pulak dengan Eboue

    ReplyDelete