Tuesday, December 8, 2009

Bersin

Korang tau kan maksud bersin tu apa?. Bagi aku, bersin itu normal. Semua manusia pernah macam tu. Siapa cakap dia tak pernah bersin, memang perangai dia serupa Bush, menipu je tau.

Pagi tadi aku ke kelas. Sampai di stesyen tramp, aku lihat orangnya ramai yang sudah menunggu. Awek-awek ofis, makcik-makcik nak beli sayur, brader-brader gangster, dan juga budak-budak sekola.

'kring!,kring!'. Tramp sampai dengan bunyi hon yang serupa macam telefon oldskool. Aku tengok, didepannya tertulis nombor 52, memang tak syak, ni la tramp untuk aku ke kelas.

Dalam tramp, memang sesak. Lagi sesak dari konsert pussycat doll live in KL dulu. Nasib baik port aku strategik, terlindung, x ada gadis-gadis yang boleh buat benda-benda haram dengan aku. hahaha, gurau saja.

Aku melemparkan pemandangan ke luar tingkap, sambil teringat cerita nurkasih, tiba-tiba 'hachom!!'. Sialan.. aku paling anti kalau orang di sekitar aku bersin. Perasaan aku, mental aku terus saja berubah. Macam-macam yang aku fikir. Selsema babikah? Selsema burungkah?
ahh, persetankan semua tu, aku yakinkan diri.

'Hachom!!'.Lagi sekali. "gampang!" terkeluar dari mulut aku. Dia bukan faham pun. Masa tu perasaan aku sama macam 'jemput-jemput', lembik, geli.

'Next station is Ulyanka'. Bagus!, lagi satu stesyen. Turun tramp, aku terus berjalan laju ke universiti. Aku cari toilet, aku basuh muka.

ps : Untuk pertama kali aku masuk toilet universiti aku. Toilet dia semua bau haram, tak kira toilet student ataupun lecturer. Jom datang malaysia, kita tengok toilet dia macam mana?

6 comments:

  1. bersin mmg gampang kalau tidak disertakan excuse me .

    ReplyDelete
  2. hahahahha.. mcm ayt novel pun ad...

    yes, kekadang ak terpikir jugak nk ajak makhluk2 russia nih mai mesia.. biar diorg tau cane mesia.. ni x, negara tertutup kolot, ad ati nk ngutuk2 negara org..

    anyway jamban kt mesia jauh lbey bagus laa...

    ReplyDelete
  3. Aulia : tau pun ko, aku tak tahan gile toilet public sini. cam haram!! hahaa

    ReplyDelete
  4. hoo russia pengotoq heh?!
    mmg kita kena bangga jadi malaysian all the time.

    ReplyDelete