Saturday, December 12, 2009

Kencing

"wey, bawak balik gitar. aku nak test amp baru" mesej aku terima dari abang aku.

"wokey2" aku balas dalam hati. Nak harap aku balas balik, memang tak dapat. buang kredit aku je.

Petang jumaat tu, lepas kelas dengan tak sempat pegi semayang jumaat, aku bergegas ke ktm Bangi.
Bukan aku sengaja tak nak pegi semayang, tapi tiket aku mase tu memang tak mengizinkan. Driver bas tu kalau boleh tunggu aku, nak jugak aku mesej suruh pekena teh 2-3 gelas sementara aku sampai.

Sampai di ktm, aku beli tiket ke Seremban. Berdesup aku masuk, terus lari masuk dalam train. Nasib baik sempat, kalau tak, memang kenela menunggu train lain.

Suasana dalam train masa tu tenang, walaupun bau tak nyaman. Cilaka punya bangla, bau bawang.
Takkan aku nak salahkan dia ye tak? dah memang genetik dia macam tu. Dah tu tak reti-reti nak pakai Rexona ke ape ke, aku syak dia guna minyak kelapa. Aku pandang dia, dia sengih-sengih bohjan dengan aku.Aku buat muke hensem.

Sampai Seremban, aku berjalan ke terminal one. Aku tanye kakak kaunter :

Aku : Kak, bas gi melaka lama lagi?
kakak kaunter : Kejap lagi dik, ni kitorang pun dah call, tapi jam. jap lagi sampai la.

Aku cakap dengan kau, kalau dah dia guna ayat tu kau jangan percaya sangat. Ade maksud tersirat. Jangan salahkan diri kau kalau kau mencarut sorang-sorang sebab bas sampai lambat macam haram. Tu maksud dia.

Sebelah kaunter tu aku tengok ade kedai jual printing arts, sebelahnye lagi ade kedai air. aku beli 100 plus, aku lepak kat kerusi sambil tengok sorang brader pasang jukebox lagu dangdut.

'sial betul!'. Terpancut ayat tu dari mulut aku bila brader tu dah mula gelek depan jukebox.

'ada orang ka adik?' satu mamat india tanya aku
'xde2' aku jawab.

Mamat india ni aku syak orang pegawai.Slack hitam licin, kemeja jalur lengan berlipat sampai siku.

India : Main muzik ka?
Aku : A'ah.
India : Gitar apa ni? boleh tengok ka adik?

Aku bukak zip beg gitar aku, aku tunjuk kat dia.

India : Wah, cantik la adik, mau pergi mana?
Aku : Melaka.
India : U selalu dengar band ka?
Aku : Tetiap hari saya dengar
India : Ya ka? band apa?
Aku : Banyak la, Metallica, Led Zeppelin, Rolling Stone

*Aku malas nak bagi contoh moden-moden, mane tau tak sesuai dengan zaman dia.

India : saya pun ahli muzik dulu tau. Banyak gig saya perform dulu
Aku : Ye ke?
India : Ya la, itu zaman, Wings, Search suma tengah hot.

*Hati aku dah ade sikit nilai respect kat india ni.

India : U umur berapa?
Aku : 17 (masa tu la, ni cite lame)
India : bagus2. Kita kalau passion mahu main muzik, kene start awal.

*aku mengangguk macam dengar ceramah.

India : Ini adik kenal sama Ramli Sarip?
Aku : Kenal2. Saya pun minat sama dia dari dia dalam Sweet Charity.
India : Ok la, saya kasik tau sama u, kalau mau jumpa dia call saya. Saya macam manager dia la
Aku : Owh!! bagus2 (mata aku dah bersinar harapan)

India : Ini adik, saya mahu cakap sikit
Aku : Apa?
India : Err, boleh kasik 5 ringgit ka? saya lapar mahu beli roti la.

Aku angkut beg gitar aku, aku terus blah join sama brader dangdut.

Memang gampang. Aku kene kencing free.

Ps : Nasib baik aku baik hati, kalau tidak memang mamat tu makan tali gitar. Tali gitar rumah aku pun banyak spare. Xde hal.

23 comments:

  1. weyy. kau suke led zeppelin! geng2. aku baru nak ckp, sial, turun seremban tak ckp an, tapi aku terbace time tu umur kau 17. haha. so time dolu2 la.

    ReplyDelete
  2. jiher : time tu aku buat foundation kat unikl MIAT. last year. Officially aku 18 la kire. Mane ceruk aku nak dapat num ko? kalau ade, boleh jugak aku ajak ko makan2 ke ape.

    Aulia : tak baik pukul2. kata satu malaysia. So aku malas layan, aku blah.

    ReplyDelete
  3. Nina : haha, kang xpasal2 aku masuk lock up. sape nak menjawab?

    ReplyDelete
  4. agak-agak la kalau nak mintak pon. roti takdak la mahal sampai lima ringgit. paling cikai 90 sen, memang boleh alas perut tu.
    mesti nilai repsect kau kat india tu jatuh menjunam kan XD

    ReplyDelete
  5. bawangmerah : bukan stakat nilai respect aku down, rase nak bagi terajang pun ada. haha

    ReplyDelete
  6. hahaha! manager? tahi lembu btul!

    ReplyDelete
  7. Ach : tau xpe.. siap nak pow 5 ringgit tu, baik punye ayat

    ReplyDelete
  8. haha..manager artis, tp xde duet????
    ngeng!

    ReplyDelete
  9. abg manis? saya mahu Rm100 boley x? saya mahu beli itu 100 plus laa..sama mcm abg minum tuu..*cakap ala-ala keling gitu* :)

    ReplyDelete
  10. Syaza : tu la pasal. confirm r tipu kan?
    Dahlia : 100 ka? pasal apa mahal sgt la adik??
    Nadia : haha. biasa la. ayat dia baik je. last2 x dpt gak

    ReplyDelete
  11. masyarakat~~~ aku respect gila ayam ah kat ko.. kalau cite pape detail siap kedai sblh jual ape pon ko leh bg kan.. baguih nye~ ni memory otak ko bape gig? hahha

    ReplyDelete
  12. aku respect kat india tu at least dia kenal ramli sarip

    ReplyDelete
  13. Fathi : xmau aku.. baik aku join sama brader dangdut tu

    Senget : Oit, 'ayam' jangan sebut. Awek aku sensitif ayat tu. haha. biasa la, dah dekat 5 tahun aku balik kene pegi seremban xkan lupa kot.

    Fyna : kenal ramli sarip memang dia, yang busukkan nama ramli sarip pun dia.

    ReplyDelete
  14. gile kuceng ah! hohoho -tukar penggunaan ayam :)-

    ReplyDelete
  15. Rose : kucing boleh. xde hal. hahaha

    ReplyDelete
  16. Aku saspek ramli sarip lupa bayar gaji.

    ReplyDelete