"Ni bising-bising ni apehal? kau dah takde keje lain?"
Sir Yusaini sergah kelas aku dari pintu depan. Time tu aku yang tengah sebok kacau Najwa jadik tak tentu arah.
"kau 3 ekor mari sini"
Lantas, aku, Rafizul sama Nazrin tak banyak membantah. Memang aku dah agak benda ni akan berlaku satu hari nanti. Si Nazrin sengih-sengih, ye la, tangan dah kebal. Setakat satu das pedang star wars macam tak ade ape.
Sir Yusaini memang legend sekolah rendah aku. Dia punye hardcore memang boleh tahan. Kalau dia berjalan nak ke bilik guru, mesti dia lalu laluan jauh yang kene rentas kantin sekolah sambil bawak pedang star wars dia. Time tu kalau dia jeling, budak-budak yang tengah pekena mee goreng akan tersedak, budak perempuan yang tengah bergaduh pasal pakwe terus terdiam. Mak cik kantin yang basuh kuali pun boleh pitam. Hardcore tak hardcore la. Belum lagi aku cerita pasal dia tangkap pencuri malam-malam. Tapi tu lain kali.
Kelas aku dekat tingkat 3. Port brader-brader. Takkan brader-brader nak lepak tingkat bawah ye tak? Mase tu Si Usop, budak kelas sebelah ada satu perangai yang macam gampang. Suke meludah dari tingkat atas kebawah. Suke je dia main ludah-ludah. Aku tengok pun segan. Ade sekali tu dia ludah tepat kena rambut Nalini, budak India kelas aku. Dengar cerita esoknya bapak Nalini datang sekolah buat rebel.
Sepandai-pandai Usop meludah, lama-lama hinggap jugak di kepala Sir Yusaini.
"hoi hamlau! Kau nak mati?"
Sir Yusaini jerit dari bawah. Aku cepat-cepat lari dalam kelas, cari tempat nak sembunyi. Dari dalam kelas aku dengar Sir Yusaini marah-marah. Petang tu, aku pegi rumah Usop naik basikal. Si Usop cakap dia kene tempeleng dengan Sir Yusaini, cerita macam dia hero sekolah. Cilaka.
Masa result UPSR, aku tengok Sir Yusaini lah cikgu paling suke dekat sekolah aku. Siap dia pelawa aku guna henfon dia kalau nak talipon cik puan besar aku. Sir Yusaini ni member parents aku.
Walaupun dah lambat, tapi selamat hari guru!
ps : Selamat hari guru buat cikgu-cikgu yang mendidik gua sampai lah gua jadik orang sekarang.
pss : kau orang tau ke maksud 'hamlau'? gua carik dalam kamus tak jumpe-jumpe.
cis!
ReplyDeletehari ni hari guru rupenye
peh, perangai usop cam perangai gua jugak rupanya
ReplyDeletetp masuk stadard 6, gua da insap
Zahir : aku rasa kau memang kena pergi kursus kenegaraan. Hari guru ni legend kot buat student2.
ReplyDeleteMawie : Sekarang Usop jadik romeo, rambut spike. Aku syak dah insap jugak
bab ludah meludah ni, teringat masa aku form 3 dulu
ReplyDeletebudak2 laki suke ludah kat pemegang tangga.
aku pulak jenis suke naik tangge smbil pegang pemegang.
apa lagi, hambek kau kahak melekat kat tangan aku. cis!
sejak peristiwa tu, aku trauma nk pegang pemegang tangge
fuh..naseb aku bukan jenis yang suka ludah2 kat kepala orang.
ReplyDeletehahaha. memang idup ko penuh dgan orang2 yang hardcore2.. mantap gila cikgu yusaini. hahha.
ReplyDeleteerr.. hamlau? x tau plak ak.. bahasa parsi kot..
hahaha...ingt ko ek cite zaman skolah rendah...aku pun dah nak lupe...
ReplyDeletehamlau tu cam bastard r...myb..=p