Wednesday, May 12, 2010

Jacob dan borangnya

Jacob terbaring sorang diri sambil jari-jemarinya ligat memetik tali gitar. Kepalanya pusing, runsing memikirkan masalah besar yang belum pernah dia hadapi selama ini.Masalah yang lebih besar dari dulu, ketika beliau putus cinta dengan Jessica Alba.  Kata-kata ibunya, Puan Angelina bermain-main dengan otak Jacob. Asyik keluar masuk tisu-sisu cerebrum otak Jacob yang besarnya tak seberapa.

Envelope atas meja tulis, dia tenung tajam dari atas katil. Ternyata tindakan  beliau hanya membuatkan beliau semakin serabut.

*kring kring

Talipon bimbit beliau berbunyi. Beliau sungguh hairan, mengapa boleh nada dering beliau sangat hodoh sebegitu rupa sedangkan beliau memakai Blackberry Bold 9000.Sekali lagi fikiran kusut Jacob dihujani penuh tanda tanya. Nama Demi Lovato, teman rapat beliau tertera di telefon bimbit beliau..

"Dimana?"
"dirumah"
"jom?"
"mana?"
"burger king"
"aku ada kerja sikit la"
"aku belanja"
"ok"
"aku belanja, cepat je kau! 5 minit aku sampai"
"ok, no problem!"

Jacob tersenyum walaupun kepalanya masih serabut.  Baju hitam beliau yang tersidai disudut bilik lekas-lekas disarung kebadan. Ternyata Jacob masih lagi hensem dengan baju hitamnya yang tertulis 'Led Zeppelin'.

*hon! hon!

Jacob menjengah ke luar tingkap. Demi Lovato sedang menunggu beliau dibawah. Lagi sekali, beliau bermonolog. Mengapa hon kereta Demi Lovato begitu hodoh. Tapi, bunyi nada dering henfon beliau ternyata lagi urban dari hon kereta Demi Lovato. Beliau senyum sinis sambil berlari kebawah dan menyarung selipar adiknya.

"sejak bila kau pakai mercedes ni?"
"kau google la, dah lama pakai kot!"

Jacob tak berapa nak minat. Yang dia fikir adalah burger king..
**************************************************
Tempat : burger king

"Kau dah decide?" tanya Demi Lovato.
"Belum lagi. kau?" jawab Jacob
"aku maybe ke mmu"
"bapak best!"
"ala, kau lagi ok ape? senang2 kau ikut je la cakap mak kau. abis cerita"
"cis, tak macho la" jacob menjawab sambil mata usha makwe tengah order di kaunter.
"abis tu kau nak buat ape? nak reject offer? tu pun kalau parents kau bagi"
Demi Lovato bertanya dengan sedikit nada tinggi. Jacob terdiam. Serta merta dahinya berpeluh. Rasa risau melanda diri beliau. Bukan sebab Demi Lovato, tapi sebab makwe yang beliau usha di counter senyum-senyum dengan beliau. Cilaka!
***************************************************
Di rumah, Puan Angelina dengan Encik Brad sedang menonton television drama melayu.
Cis, romantik la tu konon.

"Borang dah isi?"
Puan Angelina bersuara tapi mata masih di tivi.
"Belum"
"cepat isi, nanti nak kena pos lagi, nak kena pergi bank lagi"
"apa kata, kita isi je borang lain? try mmu ke?"
Jacob memberi cadangan sebiji macam ahli parlimen.
"Jangan nak mengade-ngade. Isi borang tu! lepas tu kita bincang apa nak prepare!"
Ternyata Puan Angelina lagi hardcore dari Jacob. Jacob tak ada peluang langsung nak menang dengan Puan Angelina. Beliau terus naik ke biliknya.

Di bilik, borang yang terletak atas meja tulisnya di buang ke tong sampah. Beliau sudah bertekad mahu memilih jalan hidup sendiri. Beliau capai beg etnies abangnya yang besar gabak lalu disumbat segala pakaian dari baju melayu nak semayang hinggalah swimming trunk pun tak terkecuali. Beliau mahu blah dari rumah, dengan cara sendiri. Bila beliau memikirkan duit dalam maybank beliau pun tak seberapa. Beliau kembali runsing.

Tiba-tiba beliau teringat kredit kad Puan Angelina. Beliau tersengih. Pelan-pelan dia masuk bilik Puan Angelina. Beg tangan Puan Angelina beliau capai. Sedang beliau menjalankan rancangan jahat beliau...

**************************************************

"Woi! masak nasi. Kau taknak makan ke?"
"Ye la2 kejap lagi aku masak"
"haish!!"

Si Syamil sound gua keras.
Gua capai spek gua atas meja, terus pegi dapur. Perut pun dah lapar. Lama jugak gua tidur.

ps : kenapa la gua tak terfikir nak rembat kad kredit sebelum ni.

4 comments: