Friday, May 28, 2010

Rumah gua dilanda UFO

Perasaan gua berbaur dengan rasa serba salah. Pemikiran gua pulak jadik kacau bilau. Bayangan makwe lama gua, Demi Lovato dan Natalie Portman keluar masuk otak gua secara berselang seli berirama.


Gua pandang kanan dan kiri. Sesekali otak gua menghantar isyarat berupa caj elektrik melalui sel-sel neutron. Tak lain dan tak bukan, hanya mesej-mesej negatif, penuh tipu muslihat.

Jam Jimi Hendrix yang tersangkut di bilik, gua renung tajam. Jarum jam yang berputar seakan-akan perlahan, lembab serupa macam Eric Abidal ketika berlari di atas padang Nou Camp.

Gua bangun dan terus berjalan kedepan cermin. Bawah mata gua jelas menunjukkan ada kesan bengkak Bila gua perati, gua ni ade jugak potensi jadi budak black yang pakai eyeliner tu, slack gua ni tak berapa berkenan nak main dengan darah kambing. Kau orang bukan tak tau betapa down sistem badan gua bila tengok darah.

Sedang gua perati imej gua yang ala-ala  Torres di cermin, tiba-tiba gua rasa bumi berputar lain macam laju. Gua tak berapa pasti sama ada kau orang rasa atau tidak. Mungkin Saja hanya di Russia yang berlaku. Takpe kita tengok berita esok pagi.

Tanpa berfikir panjang, gua terus meniarap di lantai sebagai langkah berjaga-jaga. Tingkap bilik gua terbuka luas, angin yang tadi lembut jadik kencang tak tentu pasal. Gua teringat yang gua dulu pernah kena maki sebab ambik gambar bawah pokok ceri depan rumah gua oleh mak cik tingkat bawah. Dia kata, tu pokok kesayangan dia. Punyelah kerek. Angin sudah menggila, pokok ceri pun tak terlepas tercabut sampai nampak akar. Gua senyum puas.

Mata gua kembali fokus keluar rumah, mencari punca segala malapetaka. Gampang, patutlah angin hardcore semacam. Mane ke tidak, ufo berada tepat diatas rumah aku.

Angin yang kuat, membuatkan badan gua turut melayang. Nasib baik gua sempat berpaut pada tingkap. Sayup-sayup gua terdengar suara mintak tolong dari bawah. Rupanya Akak Adibah Nor. Dari reaksi muka beliau, gua yakin yang sebenarnya dia hanya membuat muka simpati. Kalau nak diikutkan dari segi fizikal, mana mungkin beliau akan ditarik oleh angin dengan begitu mudah. Kalau aku ye lah, skinny. Ternyata Akak Adibah Nor tewas ditangan makhluk asing, disedut kedalam ufo. Gua tersenyum lagi sekali. He he

"sekarang giliran anda encik ....."

"Encik Juice. Nama saya Juice. Dalam padang orang panggil Torres. Xavi pun boleh jugak"

Gua memperkenalkan diri secara sopan santun berkat ajaran cik puan besar gua.

"baiklah encik Juice, kami perlukan kamu untuk ke planet kami"

"Ahh Cilaka!!!"

Makhluk asing tanpa belas kasihan meningkatkan kuasa angin ufo beliau. Tingkap yang gua berpaut hampir nak tercabut. Dengan tidak berfikir panjang, gua capai majalah playboy dekat rak buku bilik gua, terus gua baling kena dashboard ufo. Makhluk asing semakin berang, lalu tingkap pun tercabut. Gua tewas

***************************************************************

Di dalam ufo :

Makhluk Asing : Selamat datang ke kapal kami.
*gua malas nak bersuara banyak. Gua dah ready nak merebel

Makhluk Asing : lu mesti haus, gua ada suruh orang bawahan gua buatkan Nescafe tarik

Gua : owh ye? eh, gua suka pulak dengan kapal lu ni.

Makhluk Asing : haha, well.. barulah urban *pfft

Gua : Owh ye, mane perempuan XXL yang lu culik tadi.

Makhluk Asing : Owh tu gua dah humban keluar mase kita sampai dekat mesir tadi. Buat berat kapal gua je. Lu bukan tak tau minyak zaman sekarang ni mahal.

Gua : Betul jugak cakap lu. Lagi satu kan, gua ade permintaan ni. Tak tau la lu ade ke tidak

Makhluk Asing : ape dia?

Gua : Lu boleh pinjamkan gua Dunhill sebatang?

Makhluk Asing : Alamak. Gua hisap Gudang Garam la brader

Gua : Cilaka lu!

ps : Sumpah gua mahu nikotin, tapi memandangkan Natalie Portman call gua berkali-kali suruh gua jangan hisap rokok, gua batalkan niat. pedih woo...

8 comments:

  1. mcm tu sekali imaginasi kau. lek2, bertahan tahan. HAHA.

    ReplyDelete
  2. aku dah cakap jangan pergi amek porn kat macha bilik sebelah tu..ko ni degil la..hahahhaha

    ReplyDelete
  3. mana ufo 2??? hahaha

    urban jgk alien skang ek...:D

    ReplyDelete
  4. Hati aku seperti dihiris-hiris dengan pisau cukur, lalu di perahkan air limau. pedih.. sangat pedih

    ReplyDelete
  5. dah sampai tahap halusinasi. bahaya bhai !

    ReplyDelete
  6. halusinasi kowtt
    amek je lah sepam due
    stop slow2
    haha

    ReplyDelete