Wednesday, May 19, 2010

Afiq Ahlami jejaka penggoda



Afiq Ahlami @ Clay


Kelas aku (watak terlibat dinyatakan)

Afiq Ahlami adalah sebuah nama yang tidak asing lagi bagi anak-anak dara Mrsm Kuala Klawang dulu. Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 2 aku duduk sebelah dia dalam kelas. Oh ya, dia dari Pantai Klebang, Melaka. Sebab tu aku panggil dia 'Clay'. Sebutan sama, tapi ejaan urban.

Mase aku tingkatan 2, aku pernah ade krisis dengan Clay. Bukan macam krisis rumah tangga yang sebok-sebok nak failkan surat cerai di mahkamah. Tapi krisis persahabatan (persahabatan? ok, sedikit geli disitu).

Satu hari masa kelas Bahasa Inggeris, teacher aku, Miss Hindon buat satu program bacaan. Memang setiap minggu hari Khamis kalau tak silap aku, kitorang ade proses bacaan. Time tu masing-masing kena duduk dalam kumpulan. Aku satu kumpulan dengan Acap Najid.

Miss Hindon masuk kelas aku dengan senyuman paling menawan serta merta suruh Halimi tolong dia angkat kotak buku-buku dari bilik bacaan. Halimi menolong tak membantah. Masa Miss Hindon keluar :

Clay : woi keding, mane pensel tekan aku?
Aku : mane aku tau gemok.
Clay : Babi r, asyik hilang. Kalau tak kau, sape lagi ambik?

Mood rebel aku dah datang sikit-sikit, Acap Najid pandang aku dengan mata syaitan :

Acap Najid : Pulang la, kesian dia terbongkok-bongkok carik pensel dia
Aku : Mane ade aku ambik la.
Acap Najid : Tu, nampak tu..

Clay terbongkok-bongkok sambil menampakkan punggung seksi beliau.

Aku : seksi tak?
*aku bertanya pada Syuhada sambil tuding jari ke Afiq.

Syuhada : merepek ah ko!!

Acap Najid dengan aku ketawa. Baru aku nak paling pandang afiq, satu penumbuk saiz XXL hinggap dekat pipi aku. Oleh kerana berat badan aku time tu tak berapa nak ada, badan pulak tak tough lagi macam Taylor Lautner, aku tercampak, terlekat dekat lantai.

Serta merta aku ingat balik langkah-langkah silat gayung atuk aku. Ternyata, silat gayung tak berapa nak membantu. Si Clay sudah gila meroyan.Aku tak sanggup terlekat atas lantai buat kali ke 2. Pembaris panjang kuning atas meja guru aku capai sebagai senjata perlindungan, sebiji macam Brad Pitt dalam cerita Troy.

Miss Hindon : What are you doing?!!

Miss Hindon sound aku dengan Clay sambil cekak pinggang depan pintu kelas. Si Halimi muke berkerut, aku syak tak tahan mengangkat kotak buku yang berat.

Aku letak balik pembaris kuning kemas-kemas. Clay pulak cepat-cepat betulkan tali leher yang nak tercabut.

Miss Hindon : you two, come with me. Now!

Setengah jam jugak la, aku dengan Clay kena lecture free dekat wakaf depan kelas aku. Budak lain sebok berlari ke dewan makan. Sesekali aku terdengar perut Clay berbunyi isyarat kecemasan.

Aku :psst, clay, Akmal Liyana tu..
Clay : mane?

Laju aje mata dia, perut dia serta merta berhenti berbunyi isyarat kecemasan sekejap. Gampang perangai...

**********************************************************

Aku ingat lagi, malam tu jugak aku dengan Clay pergi surau. Balik surau, selipar aku dengan selipar dia hilang.
Bila carik-carik rupenye Si Apit, senior aku tengah kumpul selipar.

Apit : kau pikir ni sekolah bapak kau ke nak suke2 pakai selipar?

*zass

Si Apit baling selipar Dr. Cardin aku macam lempar cakera dekat tepi surau.

Aku dengan Clay kena denda berdiri dalam longkang depan surau. Nasib baik longkang bersih, tak ada air. Tapi segan la, sebab budak perempuan yang nak ke prep malam semua lalu depan aku dengan Clay. Nasib baik Si Apit tu ketua pelajar, senior pulak tu. Kalau tak, nak jugak aku suruh Clay keluarkan penumbuk XXL dia.

Malam tu lepas abis prep, aku dengan Clay cepat-cepat lari balik asrama. Kitorang  kasik polish kasut sukan Apit pakai kiwi hitam. Sebelah kaler merah original, sebelah lagi kaler hitam. Rasakan..

Ps : Dude, youre one of my best buddy ever!

8 comments:

  1. haha
    jangan gaduh2 lagi
    jadilah bestfriend forever :))

    ReplyDelete
  2. so, ape jadi ngn apit? dye tak mara ke kasut dye da jadi hamlau cmtuh?

    ReplyDelete
  3. nie kaluu mok bce mau menages....beb....wakakkakaa..berkotak2 tisu dea sbt kang...wakkaka

    ReplyDelete
  4. afiq azan sedap beb. semua orang diam.

    ReplyDelete
  5. love diz one! neway, ur clazmate dew nma cm I, syuhada. hee~

    ReplyDelete
  6. sweet : tapi tak sweet macam you:)

    ReplyDelete
  7. i love afiq ahlami a.k.a clay <3

    ReplyDelete