Monday, May 31, 2010

Owh Kelly

Kelly : care for a smoke?
Juice : I stopped Kelly
Kelly : Wanna see ghost hit?
Juice : ghost what?
Kelly : watch me(:



Juice : Gampang la you Kelly!
Kelly : I need a stoner bitch~~ heee

Saturday, May 29, 2010

Perbezaan Professi

Kalaulah gua seorang pelajar perubatan...
-Kawan gua : eh, nanti balik dari makmal jangan lupe bawak tikus sekor. aku nak buat test antibiotik baru aku.
 -Pensyarah gua : Cuti musim panas nanti jangan nak melepak, pergi hospital tu hah tolong ape patut. Menjahit ke, membedah ke.
-Awek gua :Sempena birthday you, I bagi you Antizol dengan paracetamol. Jangan overdos ye

Kalaulah gua seorang pelajar perakaunan...
- Kawan gua : eh, balik dari bank jangan lupe bawak carta komposit indeks semasa. Aku nak buat kira-kira.
-Pensyarah gua : Cuti musim panas nanti jangan nak melepak, pergi bursa saham tu hah kira ape patut
-Awek gua : Sempena birthday you, I bagi you kalkulator saintifik 570.Pakai elok-elok tau

Kalaulah gua seorang pelajar arkitek...
-Kawan gua : eh, balik dari kedai belikan cat sebotol, kertas grid 5 papan ye.
-Pensyarah gua : Cuti musim panas ni jangan nak melepak, pergi carik design bangunan yang moden. Paling koman pun dekat Itali tu hah.
-Awek gua : Sempena birthday you, I bagi you sesiku L. Nanti senang you nak lukis

Tapi gua adalah pelajar kejuruteraan :

-Kawan gua : Nanti balik dari kedai belikan aku Dunhill sekotak. Pakai duit kau dulu la
-Pensyarah gua : Hah, sape dah siap modul boleh blah sekarang. Cuti musim panas ni, selamat bercuti. hehe
-Awek gua : (tak payah nak berangan, bukan kau orang tak tau awek gua Natalie Portman tu sibuk orangnya)

Seni Kung Fu BritneyBitch

Buat pertama kali gua try online game..


ps : klik itu gambar kalau tak nampak

Friday, May 28, 2010

Rumah gua dilanda UFO

Perasaan gua berbaur dengan rasa serba salah. Pemikiran gua pulak jadik kacau bilau. Bayangan makwe lama gua, Demi Lovato dan Natalie Portman keluar masuk otak gua secara berselang seli berirama.


Gua pandang kanan dan kiri. Sesekali otak gua menghantar isyarat berupa caj elektrik melalui sel-sel neutron. Tak lain dan tak bukan, hanya mesej-mesej negatif, penuh tipu muslihat.

Jam Jimi Hendrix yang tersangkut di bilik, gua renung tajam. Jarum jam yang berputar seakan-akan perlahan, lembab serupa macam Eric Abidal ketika berlari di atas padang Nou Camp.

Gua bangun dan terus berjalan kedepan cermin. Bawah mata gua jelas menunjukkan ada kesan bengkak Bila gua perati, gua ni ade jugak potensi jadi budak black yang pakai eyeliner tu, slack gua ni tak berapa berkenan nak main dengan darah kambing. Kau orang bukan tak tau betapa down sistem badan gua bila tengok darah.

Sedang gua perati imej gua yang ala-ala  Torres di cermin, tiba-tiba gua rasa bumi berputar lain macam laju. Gua tak berapa pasti sama ada kau orang rasa atau tidak. Mungkin Saja hanya di Russia yang berlaku. Takpe kita tengok berita esok pagi.

Tanpa berfikir panjang, gua terus meniarap di lantai sebagai langkah berjaga-jaga. Tingkap bilik gua terbuka luas, angin yang tadi lembut jadik kencang tak tentu pasal. Gua teringat yang gua dulu pernah kena maki sebab ambik gambar bawah pokok ceri depan rumah gua oleh mak cik tingkat bawah. Dia kata, tu pokok kesayangan dia. Punyelah kerek. Angin sudah menggila, pokok ceri pun tak terlepas tercabut sampai nampak akar. Gua senyum puas.

Mata gua kembali fokus keluar rumah, mencari punca segala malapetaka. Gampang, patutlah angin hardcore semacam. Mane ke tidak, ufo berada tepat diatas rumah aku.

Angin yang kuat, membuatkan badan gua turut melayang. Nasib baik gua sempat berpaut pada tingkap. Sayup-sayup gua terdengar suara mintak tolong dari bawah. Rupanya Akak Adibah Nor. Dari reaksi muka beliau, gua yakin yang sebenarnya dia hanya membuat muka simpati. Kalau nak diikutkan dari segi fizikal, mana mungkin beliau akan ditarik oleh angin dengan begitu mudah. Kalau aku ye lah, skinny. Ternyata Akak Adibah Nor tewas ditangan makhluk asing, disedut kedalam ufo. Gua tersenyum lagi sekali. He he

"sekarang giliran anda encik ....."

"Encik Juice. Nama saya Juice. Dalam padang orang panggil Torres. Xavi pun boleh jugak"

Gua memperkenalkan diri secara sopan santun berkat ajaran cik puan besar gua.

"baiklah encik Juice, kami perlukan kamu untuk ke planet kami"

"Ahh Cilaka!!!"

Makhluk asing tanpa belas kasihan meningkatkan kuasa angin ufo beliau. Tingkap yang gua berpaut hampir nak tercabut. Dengan tidak berfikir panjang, gua capai majalah playboy dekat rak buku bilik gua, terus gua baling kena dashboard ufo. Makhluk asing semakin berang, lalu tingkap pun tercabut. Gua tewas

***************************************************************

Di dalam ufo :

Makhluk Asing : Selamat datang ke kapal kami.
*gua malas nak bersuara banyak. Gua dah ready nak merebel

Makhluk Asing : lu mesti haus, gua ada suruh orang bawahan gua buatkan Nescafe tarik

Gua : owh ye? eh, gua suka pulak dengan kapal lu ni.

Makhluk Asing : haha, well.. barulah urban *pfft

Gua : Owh ye, mane perempuan XXL yang lu culik tadi.

Makhluk Asing : Owh tu gua dah humban keluar mase kita sampai dekat mesir tadi. Buat berat kapal gua je. Lu bukan tak tau minyak zaman sekarang ni mahal.

Gua : Betul jugak cakap lu. Lagi satu kan, gua ade permintaan ni. Tak tau la lu ade ke tidak

Makhluk Asing : ape dia?

Gua : Lu boleh pinjamkan gua Dunhill sebatang?

Makhluk Asing : Alamak. Gua hisap Gudang Garam la brader

Gua : Cilaka lu!

ps : Sumpah gua mahu nikotin, tapi memandangkan Natalie Portman call gua berkali-kali suruh gua jangan hisap rokok, gua batalkan niat. pedih woo...

Iklan komersial

Nampak tak aku yang last sekali tu? ni iklan kali keberape pun aku dah tak ingat. hehe

Thursday, May 27, 2010

Owh Maya


Bile gua selak-selak balik website mrsm lama, gua jumpe gambar ni. Kau orang nampak tak mamat hensem duduk table hujung tu. Hah, tu la gua dengan Nina sama Acap Najid. Mase ni kalau tak silap gua, tangan Acap Najid baru elok dari terbakar sebab main acid. Nasib baik cikgu gua, Puan Norihah (baju biru) tu pantas orangnya. Dia kasik rawat tangan Acap Najid. Itu la, gatal-gatal dok main acid pasaipa?



Yang ni pulak gua jumpe dalam facebook, wall photo senior gua dulu time dekat Unikl MIAT. Caption dia berbunyi begini :

"hai mai la dtg umh maya main pingpong..xde sapa lg boleh klh kan maya lg tau..auw..!!sape mng maya urut k..take care smua..muahhh 18 kali.."

Memang gambar paling gampang pernah aku tengok. Cilaka..

Im sorry Mr. Alveolus

Masuk hari ni, dah 3 hari aku berhenti rokok. Antara kesan sampingan yang aku dapat ialah :

1. Demam dengan suhu tinggi.
2. Mimpi yang aneh-aneh.
3. Terasa sakit perut dan nak terberak bila terbau asap rokok.
4. Kurang selera makan.
5. Masa banyak dihabiskan dengan menonton southpark
6. Pressure di kepala lagi-lagi area medulla oblongata.
7. Kurang deria rasa.
8. Halusinasi seperti terdengar suara dari dalam paru-paru minta nikotin.
9. Hidung berair
10. Cepat letih

Tu baru yang negatif, yang positif :

1. Awet muda
2. Duit save
3. Baju sentiasa wangi
4. Menjadi buruan dan kegilaan makwe blonde mahupun makwe rambut hitam
5. Meja tak kotor dengan ash
6. Diberi kepercayaan ramai seperti memegang jawatan pemangku negara
7. Nafas sentiasa segar tanpa menggunakan clorets
8. Akak Adibah Nor segan silu nak jual rokok pada aku
9. Aku rasa aku bertambah hensem bila pagi-pagi gua tengok cermin
10. Hidup yang ada tidak disiakan, penuhi dengan perkara berfaedah

ps : semalam aku mimpi aku jadik mafia macam godfather. Siap pistol-pistol. Tapi yang kurang macho, ade ke patut mafia jual rokok? cis!

Tuesday, May 25, 2010

Sumo di Bendang

Kawan gua, Fazlin konon nak berpantun cakap dekat ym,

'kalau ade sumo di bendang
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita jumpa lagi.'

Bukan sumo, 'SUMUR di LADANG'! sound gua sedikit tegas.

'owh ye ke? sumo la.. aku banyak kali dengar'
gua taknak cakap banyak.. 'kau google sekarang!

30 saat,

'ye la.. hehe sori:)'

ps : harap-harap A.Samad Said tak jumpa blog gua.

Sunday, May 23, 2010

Fantasi Gila

Sudah 2 tahun masa berlalu,
Ada orang cakap sekejap,
Ada orang cakap lama,
Ada orang tak tahu apa.
Makna masa.

Dalam 2 tahun itu juga aku menipu,
bukan sapa-sapa tapi diri sendiri,
Aku yakinkan diri si dia masih disisi,
Bernafas dan kekal abadi,
Fantasi.

Rina cakap, "kau lupakan, hidup mesti diteruskan.."
Zizi cakap, "move on dude, its over.."
Kamal cakap, "entahlah.."
Azri cakap, "kau memang gila.."
Ibu aku cakap, "yang hidup, pasti mati"

Kalau aku ada peluang untuk jumpa Lisa,
Walaupun harus ditukar dengan nyawa,
Aku terima,
Cukuplah hanya seketika,
Untuk aku meluahkan rasa cinta.

Masa berlalu macam angin,
Aku jumpa dia, 
dia yang aku rasa boleh buat aku lupa,
satu fantasi gila yang aku cipta.

Ternyata,
sama juga,
dia aku tolak tepi,
fantasi gila aku sambung kembali,
sambung,
dan akan terus sampai bila-bila..

Tag dari puterisengal

Cik puan besar aku cakap, kalau orang pelawa jangan menolak. Tak baik, nanti muka huduh.
Ok, ni tag dari cik model puterisengal


1. 3 names in your inbox cellphone.
-Kamal
-Adik aku
-Lisa Surihani
*pfft

2. Your main ringtone
-arctic monkey - fake tale of SF

3. What U did at 12 last night?
- Layan movie mafia

4. Who was the last person U went out with? Where?
-Ekaterina (Novgorad)

5. The color of T-shirt you're wearing now?
- merah jambu (standed warna lelaki metro)

6. The last thing you did?
- assignment untuk esok

7. 3 of your everyday favorite items?
- Lappy
- ipod
- watch

8. The color of your bedroom
- hijau epal. suwwit!

9. How much money in your wallet now?
- dalam 20 hinggit kalau convert matawang malaysia

10. Your favorite song?
- Nat King Cole - Love

11. What will you do next weekend?
- Tido

12. When was the last time U saw Ur Mum?
- Musim sejuk lepas

13. Where is she now?
- lintang-pukang buat breakfast dekat dapur

14. When was the last time you talked to your parents?
- minggu lepas

15. Who is the last person that texted U?
- Ekaterina

16. Where did U have your dinner last night?
- mcd.

17. The last surprise you got?
- main roller coaster dengan Natalie Portman malam semalam

18. Last thing U borrowed from your friends?
- Bawang besar

19. Who is ur BF/GF or husband/wife?
- Dulu Dahlia Mazelan. Sekarang Natalie Portman


20. What do you feel now?
- pekena teh tarik dekat muhibbah

21. Wanna share with who?
- share apenye?

22. Who knows ur secret?
- Demi Lovato la banyak tau sebab dia ex aku dulu

23. They keep ur secret?
- ye lah kot, takde pulak keluar gosip dekat surat kabar.

24. Are you angry with someone?
- Arjen Robben. Main bola macam gampang. Tu yang Inter menang

25. What do you order at McD?
- fillet sudah. tu je halal sini.

26. The last time you felt so sad?
- mase Lisa tinggalkan aku. cilaka sedih!

27. Next tag?

ps : apesal lah cik model ni dah ade boyfriend. keh keh

Saturday, May 22, 2010

Definisi makwe dari pandangan selebriti

Lain-lain manusia, punya lain-lain pendapat.. Apa itu definisi 'awek' bagi seorang lelaki? Dengan secara langsung, aku sempat interview beberapa legend :

Afiq Ahlami @ Clay
(rapper melayu yang sedang buat demo dengan Hayley Williams)

Definisi Awek bagi dia : "Seorang perempuan yang cantik dan baik"



Rizal Kassim @ Nok
(Pemain sinetron di televisyen)

Definisi Awek bagi dia : "A bitch!"


Megat Muhammad Arief @ Mogat
(Pemain bola yang baru ikat kontrak dengan Barcelona)

Definisi Awek bagi dia : "buat simpan gambar, geli-geli sudah"


Abdul Rahim @ Senyum
(Pemain gitar utama sebuah band terkenal The Kick, England

Definisi Awek bagi dia : "I dunno mate, its someone I like and she likes me too"


Khairuddin Khazali @ Khai
(Arif tentang hal ehwal agama)

Definisi Awek bagi dia : "seorang isteri solehah"


Juice
(businessman, blog writer, die hard fans mamak muhibbah)

Definisi Awek bagi dia : "macam teh tarik, memang manis, creamy.. tapi boleh kena kanser"

ps : Gambar tu gua ambik dengan Natalie Portman dengan Scarlett Johansson dekat Las Vegas. he he he

Thursday, May 20, 2010

Gua, Akak Adibah Noor dan makwe blond

Secara jujur, gua sekarang masih dalam trauma. Tingkap bilik, gua tutup rapat-rapat. Makwe-makwe blond yang tengah tersengih-sengih luar apartment, gua suruh blah sambil tunjuk batang mop konon nak merebel. Sesekali gua terdengar mereka bergelak sakan. Gua capai selimut berselubung depan laptop.

Ceritanya begini...

Macam biasa, gua berjalan kaki dari stesyen sesudah habis kelas. Sesekali kenyitan mata makwe blond, gua balas dengan senyuman tawar. Kadang-kadang tu kalau makwe yang cun sikit iras-iras Jessica Alba gua boleh runding lagi kalau dia nak nombor talipon. Kebiasaannya mereka akan kecewa, bila gua bagi alasan tertinggal talipon dekat rumah.

"dah2, pergi balik."
Berair mata makwe blond kena sound dengan gua.
Gua senyum sinis.

cilaka, dah lari tajuk.. ok, cukup...

Masa gua dalam perjalanan balik, gua singgah kedai akak Adibah Noor. Sebelum masuk kedai, kolar baju, gua kasik angkat konon samseng ada pengikut beratus-ratus yang ada pistol celah ketiak. Ramai pulak orang membeli dekat kedai akak Adibah Noor ni. Dengan berhemah, gua beratur. Belakang gua ada beberapa orang makwe tengah belek majalah.

Sampai turn gua,

"Kak, bagi saya lemon tea satu botol!"

Tanpa banyak soal, akak Adibah Noor terus memecut kebelakang dengan kelajuan luar biasa. Tak macam selalu, lembab terkedek-kedek.

"Nah, lemon tea kan?"

Akak Adibah Noor pandang gua sambil buat muka mengharap yang gua akan puji kecekapan dia mengambil order pelanggan. Ternyata sangkaan akak Adibah Noor meleset. Gua hanya memberikan jelingan tajam sambil tangan meraba poket carik duit.

"Eww!!"

Akak Adibah Noor bersuara. Gua jadik hairan. Memang Akak Adibah Noor mengundang back hand gua. Belum sempat gua nak rebel, gua terpandang makwe belakang gua bawak keluar tikus dari beg dia.

"Fuck!!"

Gua terperanjat gampang depan akak Adibah Noor dengan makwe tu sampai gua terlanggar rak gula-gula.
Akak Adibah Noor pandang gua dengan kening sebelah terangkat.Makwe-makwe lain pandang gua macam gua ni Michael Jakson. Gua letak duit, terus memecut lari balik rumah. Dalam kepala gua time tu gua terbayang akak Adibah Noor tersenyum puas dapat rebel dengan gua.

Jangan tanya kenapa kalau seminggu ni gua tak jejak kedai akak Adibah Noor.

ps : Cilaka, ade ke bela tikus dalam beg. Bukan gua takut tikus pun, cuma gua ni hygienic orangnya.

Wednesday, May 19, 2010

Afiq Ahlami jejaka penggoda



Afiq Ahlami @ Clay


Kelas aku (watak terlibat dinyatakan)

Afiq Ahlami adalah sebuah nama yang tidak asing lagi bagi anak-anak dara Mrsm Kuala Klawang dulu. Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 2 aku duduk sebelah dia dalam kelas. Oh ya, dia dari Pantai Klebang, Melaka. Sebab tu aku panggil dia 'Clay'. Sebutan sama, tapi ejaan urban.

Mase aku tingkatan 2, aku pernah ade krisis dengan Clay. Bukan macam krisis rumah tangga yang sebok-sebok nak failkan surat cerai di mahkamah. Tapi krisis persahabatan (persahabatan? ok, sedikit geli disitu).

Satu hari masa kelas Bahasa Inggeris, teacher aku, Miss Hindon buat satu program bacaan. Memang setiap minggu hari Khamis kalau tak silap aku, kitorang ade proses bacaan. Time tu masing-masing kena duduk dalam kumpulan. Aku satu kumpulan dengan Acap Najid.

Miss Hindon masuk kelas aku dengan senyuman paling menawan serta merta suruh Halimi tolong dia angkat kotak buku-buku dari bilik bacaan. Halimi menolong tak membantah. Masa Miss Hindon keluar :

Clay : woi keding, mane pensel tekan aku?
Aku : mane aku tau gemok.
Clay : Babi r, asyik hilang. Kalau tak kau, sape lagi ambik?

Mood rebel aku dah datang sikit-sikit, Acap Najid pandang aku dengan mata syaitan :

Acap Najid : Pulang la, kesian dia terbongkok-bongkok carik pensel dia
Aku : Mane ade aku ambik la.
Acap Najid : Tu, nampak tu..

Clay terbongkok-bongkok sambil menampakkan punggung seksi beliau.

Aku : seksi tak?
*aku bertanya pada Syuhada sambil tuding jari ke Afiq.

Syuhada : merepek ah ko!!

Acap Najid dengan aku ketawa. Baru aku nak paling pandang afiq, satu penumbuk saiz XXL hinggap dekat pipi aku. Oleh kerana berat badan aku time tu tak berapa nak ada, badan pulak tak tough lagi macam Taylor Lautner, aku tercampak, terlekat dekat lantai.

Serta merta aku ingat balik langkah-langkah silat gayung atuk aku. Ternyata, silat gayung tak berapa nak membantu. Si Clay sudah gila meroyan.Aku tak sanggup terlekat atas lantai buat kali ke 2. Pembaris panjang kuning atas meja guru aku capai sebagai senjata perlindungan, sebiji macam Brad Pitt dalam cerita Troy.

Miss Hindon : What are you doing?!!

Miss Hindon sound aku dengan Clay sambil cekak pinggang depan pintu kelas. Si Halimi muke berkerut, aku syak tak tahan mengangkat kotak buku yang berat.

Aku letak balik pembaris kuning kemas-kemas. Clay pulak cepat-cepat betulkan tali leher yang nak tercabut.

Miss Hindon : you two, come with me. Now!

Setengah jam jugak la, aku dengan Clay kena lecture free dekat wakaf depan kelas aku. Budak lain sebok berlari ke dewan makan. Sesekali aku terdengar perut Clay berbunyi isyarat kecemasan.

Aku :psst, clay, Akmal Liyana tu..
Clay : mane?

Laju aje mata dia, perut dia serta merta berhenti berbunyi isyarat kecemasan sekejap. Gampang perangai...

**********************************************************

Aku ingat lagi, malam tu jugak aku dengan Clay pergi surau. Balik surau, selipar aku dengan selipar dia hilang.
Bila carik-carik rupenye Si Apit, senior aku tengah kumpul selipar.

Apit : kau pikir ni sekolah bapak kau ke nak suke2 pakai selipar?

*zass

Si Apit baling selipar Dr. Cardin aku macam lempar cakera dekat tepi surau.

Aku dengan Clay kena denda berdiri dalam longkang depan surau. Nasib baik longkang bersih, tak ada air. Tapi segan la, sebab budak perempuan yang nak ke prep malam semua lalu depan aku dengan Clay. Nasib baik Si Apit tu ketua pelajar, senior pulak tu. Kalau tak, nak jugak aku suruh Clay keluarkan penumbuk XXL dia.

Malam tu lepas abis prep, aku dengan Clay cepat-cepat lari balik asrama. Kitorang  kasik polish kasut sukan Apit pakai kiwi hitam. Sebelah kaler merah original, sebelah lagi kaler hitam. Rasakan..

Ps : Dude, youre one of my best buddy ever!

Tuesday, May 18, 2010

Jawab tag, tak bermaksud tak metroseksual

23 perkara yg mungkin korang x tahu

(a) Tulis 23 perkara rawak (random) tentang diri anda (tak kisah ler benda tu fakta ke
angan-angan ker cita-cita ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)
(b) Tag lak benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)
(c) Kalau tak ikut peraturan, di mana keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" ni :)

Gua sebenarnya malas nak menaip panjang. Sekarang pukul 5.30 pagi, gua pun dah tak boleh tido, gua layan kan la tag ni. Terima kasih la Senyum ye..

situasi dimana gua rasa nak rebel :

1. Syampu habis masa tengah mandi.
2. Deodorant habis masa ready nak spray.
3. Bila nak tidur ada suara halus.
4. Terjumpa mak nyah pakai skirt belah.
5. Barang-barang gua ada cap jari asing.
6. Makanan lambat sampai lebih 30 minit.
7. Mee goreng mamak masin.
8. Berucap di khalayak ramai masa tengah selsema.
9. Orang seat belakang tendang seat gua dalam pawagam mase layan cite horror.
10. Orang sibuk nak tanya gua macam-macam masa gua tengah pakai earfon.
11. Tertinggal lighter dalam kereta.
12. Couple budak sekolah lepak burger king masa gua tengah makan.
13. Budak sekolah shuffle, seluar glow in the dark
14. Mat rempit 
15. Mat drift 
16. Cashier buat muka tenggiling bila gua cakap takde duit kecik
17. Pergi atm tapi out of service
18. Beratur panjang dekat toilet highway masa musim perayaan
19. Bila aunty gua suruh gua pegang baby diorang
20. Member satu table gua makan berbunyi

Situasi dimana gua rasa bahagia :
1. Sunyi sepi tanpa bunyi.
2. Cik puan besar gua cakap ' nak keluar ada duit?'
3. Pekena roti tempayan dekat Muhibbah sambil usha makwe dengan Ane. Gampang..

Gua tag : 
Aulia
Puterisengal
Najihah Najmi
Syasya
Rafiqah

ps : gua tau buat kasik format sama. Penat jugak aku copy paste kau orang punye link

Aku, Adibah Noor dan Epal hijau

'Kak, jus epal satu'
Aku bersuara tegas sambil tangan seluk poket seluar nak capai duit.

*pap

Akak kedai letak rokok satu carton atas meja.

'Bukan rokok kak, saya nak jus epal'

'Lain kali cakap la awal-awal!'

Akak kedai sound aku sambil terkedek-kedek ke belakang kedai.

'Ade iras Adibah Noor'

Aku bersuara dalam hati

*pap

Akak kedai letak jus buah-buahan ada gambar epal, nenas, kiwi dan buah tropika lain

'Woi! aku nak jus epal! EPAL!! '

Akak kedai terketar-ketar capai jus epal sambil pelankan radio. Jus epal tingkat bawah aku tak nak, aku suruh dia capai tingkat paling atas.

ps : Nasib baik gua takde mood nak rebel, kalau tak tong sampah depan kedai tu dah kena penerajang gua sebijik.

Sunday, May 16, 2010

Sir Yusaini dengan pedang star wars

"Ni bising-bising ni apehal? kau dah takde keje lain?"
Sir Yusaini sergah kelas aku dari pintu depan. Time tu aku yang tengah sebok kacau Najwa jadik tak tentu arah.

"kau 3 ekor mari sini"
Lantas, aku, Rafizul sama Nazrin tak banyak membantah. Memang aku dah agak benda ni akan berlaku satu hari nanti. Si Nazrin sengih-sengih, ye la, tangan dah kebal. Setakat satu das pedang star wars macam tak ade ape.

Sir Yusaini memang legend sekolah rendah aku. Dia punye hardcore memang boleh tahan. Kalau dia berjalan nak ke bilik guru, mesti dia lalu laluan jauh yang kene rentas kantin sekolah sambil bawak pedang star wars dia. Time tu kalau dia jeling, budak-budak yang tengah pekena mee goreng akan tersedak, budak perempuan yang tengah bergaduh pasal pakwe terus terdiam. Mak cik kantin yang basuh kuali pun boleh pitam. Hardcore tak hardcore la. Belum lagi aku cerita pasal dia tangkap pencuri malam-malam. Tapi tu lain kali.

Kelas aku dekat tingkat 3. Port brader-brader. Takkan brader-brader nak lepak tingkat bawah ye tak? Mase tu Si Usop, budak kelas sebelah ada satu perangai yang macam gampang. Suke meludah dari tingkat atas kebawah. Suke je dia main ludah-ludah. Aku tengok pun segan. Ade sekali tu dia ludah tepat kena rambut Nalini, budak India kelas aku. Dengar cerita esoknya bapak Nalini datang sekolah buat rebel.

Sepandai-pandai Usop meludah, lama-lama hinggap jugak di kepala Sir Yusaini.

"hoi hamlau! Kau nak mati?"

Sir Yusaini jerit dari bawah. Aku cepat-cepat lari dalam kelas, cari tempat nak sembunyi. Dari dalam kelas aku dengar Sir Yusaini marah-marah. Petang tu, aku pegi rumah Usop naik basikal. Si Usop cakap dia kene tempeleng dengan Sir Yusaini, cerita macam dia hero sekolah. Cilaka.

Masa result UPSR, aku tengok Sir Yusaini lah cikgu paling suke dekat sekolah aku. Siap dia pelawa aku guna henfon dia kalau nak talipon cik puan besar aku. Sir Yusaini ni member parents aku.

Walaupun dah lambat, tapi selamat hari guru!

ps : Selamat hari guru buat cikgu-cikgu yang mendidik gua sampai lah gua jadik orang sekarang.
pss : kau orang tau ke maksud 'hamlau'? gua carik dalam kamus tak jumpe-jumpe.

Friday, May 14, 2010

Plan gua sebagai seorang atlet

Pagi ni aku ada ujian. Ujian berlari 3 kilometer dalam masa 20 minit. Sehubungan itu, aku dah buat beberapa plan dalam kepala otak aku.

Plan A : Memecut dengan kelajuan 5 kilometer per jam dalam masa 10 minit pertama. Lepas 10 minit, aku akan lari dengan kelajuan maksima  yang kalau dalam olimpik dia panggil lari pecut. (harapan dapat pingat : 95%)

Plan B: Berlari bersahaja 10 minit pertama, lepas 10 minit memecut sambil nampak gigi tanda bersungguh-sungguh. Plan ni agak mudah sedikit. (harapan dapat pingat : 60%)

Plan C : Berlari dengan kelajuan sekata dari mula sampai akhir dengan rambut mengerbang macam dalam iklan syampu. Plan ni agak merbahaya dan berisiko, tapi ada masa untuk mengusha makwe-makwe pakai skirt tennis.
(harapan dapat pingat : 40%)

Plan D : Tak payah lari. Jalan saja dari mule sampai la abis. Selalunya plan ni la selalu aku pilih dari sekolah menengah lagi. (harapan dapat pingat : tiada harapan, tapi dapat makian di akhir garisan)

ps : Seingat gua, tak pernah sekali pun gua dapat pingat dalam acara lari ni. Masa merentas desa tingkatan 3 dulu, gua ada jugak bawak ular getah kasik baling dekat akmal liyana masa merentas desa. Ternyata strategi ular getah tak mampu tolong gua pikat akmal liyana. cilaka.

Wednesday, May 12, 2010

Hari lahir


Cis, gaya nak macam Audrey Hepburn je. Selamat Hari Lahir kepada Farhana Amir. Semoga panjang umur murah rezeki.

ps : sorry wey, aku rembat kau punye pic. Takkan dengan classmate pun nak berkire. ye tak?

Jacob dan borangnya

Jacob terbaring sorang diri sambil jari-jemarinya ligat memetik tali gitar. Kepalanya pusing, runsing memikirkan masalah besar yang belum pernah dia hadapi selama ini.Masalah yang lebih besar dari dulu, ketika beliau putus cinta dengan Jessica Alba.  Kata-kata ibunya, Puan Angelina bermain-main dengan otak Jacob. Asyik keluar masuk tisu-sisu cerebrum otak Jacob yang besarnya tak seberapa.

Envelope atas meja tulis, dia tenung tajam dari atas katil. Ternyata tindakan  beliau hanya membuatkan beliau semakin serabut.

*kring kring

Talipon bimbit beliau berbunyi. Beliau sungguh hairan, mengapa boleh nada dering beliau sangat hodoh sebegitu rupa sedangkan beliau memakai Blackberry Bold 9000.Sekali lagi fikiran kusut Jacob dihujani penuh tanda tanya. Nama Demi Lovato, teman rapat beliau tertera di telefon bimbit beliau..

"Dimana?"
"dirumah"
"jom?"
"mana?"
"burger king"
"aku ada kerja sikit la"
"aku belanja"
"ok"
"aku belanja, cepat je kau! 5 minit aku sampai"
"ok, no problem!"

Jacob tersenyum walaupun kepalanya masih serabut.  Baju hitam beliau yang tersidai disudut bilik lekas-lekas disarung kebadan. Ternyata Jacob masih lagi hensem dengan baju hitamnya yang tertulis 'Led Zeppelin'.

*hon! hon!

Jacob menjengah ke luar tingkap. Demi Lovato sedang menunggu beliau dibawah. Lagi sekali, beliau bermonolog. Mengapa hon kereta Demi Lovato begitu hodoh. Tapi, bunyi nada dering henfon beliau ternyata lagi urban dari hon kereta Demi Lovato. Beliau senyum sinis sambil berlari kebawah dan menyarung selipar adiknya.

"sejak bila kau pakai mercedes ni?"
"kau google la, dah lama pakai kot!"

Jacob tak berapa nak minat. Yang dia fikir adalah burger king..
**************************************************
Tempat : burger king

"Kau dah decide?" tanya Demi Lovato.
"Belum lagi. kau?" jawab Jacob
"aku maybe ke mmu"
"bapak best!"
"ala, kau lagi ok ape? senang2 kau ikut je la cakap mak kau. abis cerita"
"cis, tak macho la" jacob menjawab sambil mata usha makwe tengah order di kaunter.
"abis tu kau nak buat ape? nak reject offer? tu pun kalau parents kau bagi"
Demi Lovato bertanya dengan sedikit nada tinggi. Jacob terdiam. Serta merta dahinya berpeluh. Rasa risau melanda diri beliau. Bukan sebab Demi Lovato, tapi sebab makwe yang beliau usha di counter senyum-senyum dengan beliau. Cilaka!
***************************************************
Di rumah, Puan Angelina dengan Encik Brad sedang menonton television drama melayu.
Cis, romantik la tu konon.

"Borang dah isi?"
Puan Angelina bersuara tapi mata masih di tivi.
"Belum"
"cepat isi, nanti nak kena pos lagi, nak kena pergi bank lagi"
"apa kata, kita isi je borang lain? try mmu ke?"
Jacob memberi cadangan sebiji macam ahli parlimen.
"Jangan nak mengade-ngade. Isi borang tu! lepas tu kita bincang apa nak prepare!"
Ternyata Puan Angelina lagi hardcore dari Jacob. Jacob tak ada peluang langsung nak menang dengan Puan Angelina. Beliau terus naik ke biliknya.

Di bilik, borang yang terletak atas meja tulisnya di buang ke tong sampah. Beliau sudah bertekad mahu memilih jalan hidup sendiri. Beliau capai beg etnies abangnya yang besar gabak lalu disumbat segala pakaian dari baju melayu nak semayang hinggalah swimming trunk pun tak terkecuali. Beliau mahu blah dari rumah, dengan cara sendiri. Bila beliau memikirkan duit dalam maybank beliau pun tak seberapa. Beliau kembali runsing.

Tiba-tiba beliau teringat kredit kad Puan Angelina. Beliau tersengih. Pelan-pelan dia masuk bilik Puan Angelina. Beg tangan Puan Angelina beliau capai. Sedang beliau menjalankan rancangan jahat beliau...

**************************************************

"Woi! masak nasi. Kau taknak makan ke?"
"Ye la2 kejap lagi aku masak"
"haish!!"

Si Syamil sound gua keras.
Gua capai spek gua atas meja, terus pegi dapur. Perut pun dah lapar. Lama jugak gua tidur.

ps : kenapa la gua tak terfikir nak rembat kad kredit sebelum ni.

Sunday, May 9, 2010

Armin

Setelah sebulan aku tunggu tibalah masa yang sudah dijanjikan. Trancemission Armin Van Buuren @ Saint Petersburg Russia! Aku rasa malam ni adalah maybe 1000+ orang (:

ps : kata nak gerak pukul 9, sekarang dah 10.30 tak gerak. Memang janji melayu

Saturday, May 8, 2010

Gadis Baru

Gemma Arterton
ps : awek baru gua. 













Melayu

Minggu lepas, aku cakap dekat Shahruzzani, 'ape lagi, sofa dah complete, ps3 angkut la'. Shahruzzani senyum sinis. 

Semalam aku bangun tido, aku tengok betul-betul sudah ada ps3 pekej sekali sama samsung 32 inch. Gampang perangai. Betul-betul diorang angkut. Ni aku syak mesti boss besar mereka @ dato'2 dan tan sri2 dapat tender besar2.

Tengah diorang setup meja nak letak tv tu, aku pelan-pelan bukak youtube, pasang lagu Siti Nurhaliza sama SM Salim. Volume speaker aku kasik kuat. Satu rumah dengar suara Sm Salim sama Siti. Si Shahruzzani, Daim, Mamu dengan Hafiz Messi buat muka tak keruan. Aku kena kritik sebab pasang lagu melayu.

'owh, mentang-mentang duduk negara mat salleh sekarang, lagu melayu dah tak layan la?

Masing-masing buat-buat sibuk pasang meja. Si Daim buat tak tahu sambil pakai headfon pura-pura tak dengar.

ps : Ni kali ke dua Shahruzzani kena. First time dulu masa aku sama Naqib tengah usha Lisa Surihani dalam adamaya, Shahruzzani sengih-sengih. Naqib cakap 'bro, duduk europe pun sambal makan bro'. Ni aku dengar hari ni diorang nak beli subwoofer pulak.

Thursday, May 6, 2010

Ustaz Saiful Hardcore

Aku perati zaman sekarang, budak-budak kecik bukan main lagi. Kelas piano, kelas menari, kelas berenang. Kelas mengaji quran aku perati kurang mendapat sambutan.

Masa aku kecik dulu, aku pergi mengaji quran dekat masjid. Yang mengajar tu Ustaz Saiful. Ustaz Saiful ni memang bapak hardcore. Dia punye garang jangan sekali-kali nak diuji. Bila orang baca quran depan dia, dia akan tutup mata. Bukan tidur, tapi dia tengah recall bacaan quran yang dia hafal. Salah sikit pun dia perasan.

Kejadian pertama berlaku pada abang si Qayyum, Firdaus. Mase ni, Qayyum sama baye dengan aku. Abang dia pulak Firdaus baru masuk sekolah menengah. Nak jadik cerita, satu hari Firdaus masuk masjid lambat. Ustaz Saiful sudah jeling lain macam. Cepat-cepat Firdaus kata yang dia pegi tandas. Bukan aku tak tau dia pergi main sama Izat dekat luar masjid.

Masa tu aku lupa, tapi budak perempuan la yang tengah mengaji depan Ustaz Saiful. Aku dah lupa nama dia. Masa dia tengah mengaji, Si Firdaus sebok berbual. Ustaz Saiful terus angkat rehal (tempat letak quran) budak perempuan tu, terus baling kena Firdaus. Serius kena kepala.Nasib baik plastik. Time tu aku dah gigil nak mati. Hardcore tak hardcore la Ustaz Saiful. Firdaus terus diam, tak reti nak bercakap banyak.

Kejadian kedua lagi hardcore. Time tu, siapa yang dah lepas baca surah al baqarah kena belajar tajwid. Aku belum lepas lagi. Ustaz Saiful nak diorang buat satu buku untuk tulis tajwid. Masa tu, ade la kawan abang aku. Kitorang panggil dia along dengan angah sebab nama diorang tak reti nak pendek. Lagipun diorang ni kembar.

Time tu aku ingat lagi, along, angah, abang aku, dengan 2 lagi budak aku tak kenal tak siap buku tajwid. Ustaz Saiful bangun, terus masuk bilik pak imam.Ustaz Saiful bawak keluar rotan halus dengan muka hardcore. Sorang-sorang kena sebat satu das dekat tapak tangan. Masing-masing muka nak meleleh air mata. Ustaz Saiful tak puas hati, dia tanya lagi kenapa tak siap tajwid. Along cakap dia lupa. Zass! satu das kena dekat lengan. Spontan, si Along berkata 'sakit, babi'

Ustaz Saiful dah transform. Dia pergi belakang masjid, bawak keluar batang pokok ape entah. Serius aku trauma sekejap. Along kena belasah dekat belakang badan sampai berbirat.Siap ade darah keluar sikit-sikit. Time tu Si Along dah tak pikir dah macho dia depan makwe dia, Hafizah. Nangis tetap nangis. Ustaz Saiful suruh Along balik rumah. Si angah, abang aku sama 2 lagi remaja tak dikenali aku syak dah hampir nak terkencing dalam seluar.

Tak berapa lama, Si along datang balik dengan ayah dia, Uncle Zul. Uncle zul memang aku respect. Dia siap boleh cakap terima kasih dekat Ustaz Saiful sebab ajar anak dia dengan baik. Cuma uncle zul taknak belasah-belasah yang terlalu hardcore. Cis, mana boleh, jatuh la kredibiliti Ustaz Saiful yang hardcore.

Dekat seminggu lebih jugak la Si Along tak pergi sekolah. Petang-petang pun tak nampak batang hidung. Kalau tak, muka dia je la dekat park budak-budak bmx.

ps : Dah dekat 10 tahun aku tak nampak Ustaz Saiful. Dengar cerita dari boss besar aku, Ustaz Saiful berhijrah ke Mesir. Aku rasa kalau budak-budak zaman sekarang yang belajar sama Ustaz Saiful, konfem hari-hari terberak dalam seluar. Gud luck Ustaz Saiful di Mesir, bilah rotanmu, kesan berbirat di pehaku sentiasa segar dihati. Hardcore! yeah!

Wednesday, May 5, 2010

Makcik Prada

Kejadian ini berlaku masa aku tengah berdiri dalam tramp sebab banyak pulak orang tua naik tramp time-time aku nak balik. Kan kita perlu bagi tempat duduk pada mereka. Tak begitu? Kang kalau tramp tu brek emergency, pecah berai pulak tulang orang-orang tua tu. Kesian...

Masa aku berdiri tu, macam biasa mata mesti ke luar tingkap. Pagi-pagi macam ni awek-awek nak pegi ofis bukan main lagi. Brader konduktor tu pulak muka sayur, kuyu nak tidur. Ye lah, biasa la kan. Pekerja..

Sampai satu stesyen, naik sorang aunty yang aku syak umur dia dalam lingkungan 30 an la lebih kurang. Berkot putih berbulu, handbag prada. Dia duduk dekat seat sebelah makwe blonde tengah baca novel english. Matahari silau sikit, dia open sunglass gucci. Macam artis.

Brader konduktor ape lagi, mintak kad ataupun duit. Aunty tadi hulur 500 ruble (50 ringgit). Brader konduktor cakap, duit pecah tak cukup. Aunty tu buat muka 'hek eleh, cikai punye tramp' dekat brader tadi. Last2 aunty tadi keluar syiling. Ambik kau, mengira betul brader konduktor. Ilmu matematik brader konduktor teruji.

Stesyen seterusnya, naik pulak sorang nenek bertongkat ala2 dr house. Brader konduktor pun ape lagi. Macam biasa mintak duit ataupun kad. Nenek tadi cakap something dalam bahasa russia dekat brader konduktor. Brader konduktor diam, sambil senyum dekat nenek tadi. Dia terus blah pegi duduk dekat tempat duduk dia tak mintak duit.

Aku pandang luar, nampak sorang makwe blonde iras-iras Jessica Alba. Siap dengan baju awek ofis. Tiba-tiba aku dengar riuh semacam. Aku cabut earfon. Rupenye aunty prada tu tengah sound brader konduktor. Time tu aku concentrate dekat aunty tadi. Jessica Alba yang tengah senyum-senyum dekat aku dari luar tingkap aku tak layan.

Rupanya aunty prada marah brader konduktor sebab kenapa nenek tua tu tak bayar sedangkan orang lain bayar. Merah padam brader muka brader konduktor. Aku kurang pasti sama ada dia tahan marah atau tahan nak pegi toilet. Lepas kena marah, brader konduktor berdiri sama sebelah aku sambil buat muke mengejek aunty prada. Aku senyum.

Aunty prada sudah naik hantu. Dia sound brader konduktor buat kali ke 2. Aku senyum lagi. Alih-alih, aku pun kena sound sekali. Memang gampang. Punye lah laju dia mengarut dalam bahasa russia sampai aku pun tak faham. Mungkin dia marah sangat sampai lupa nak guna tatabahasa secara betul.

'what do you want bitch?'

Direct tepat aku hembus dekat muka aunty prada dengan nada lembut free satu smiley. Aunty prada tak faham ape jadah english tu. Brader konduktor pun sama. Kakak baca novel sengih-sengih. Cilaka.

ps : Budi bahasa budaya kita

Tuesday, May 4, 2010

Tiru


Ini aku copy Azyan punye. he he he

1. In case of a fire you: Selamatkan lappy dengan speaker. Yang lain aku buat2 tak nampak

2. If you see a dead cat on the road you: buat-buat tak nampak jugak. nanti aku tak selera nak makan

3. When you see an aeroplane coming to crash into your house you: Tengok dulu airways mana, lepas tu lari jauh-jauh. Nanti senang nak claim insurans kalau tau which airways

4. In a fight, you: Tengok je. Buat ape nak keluar tenaga bagai. Penat woo

5. If you're bored you: Layan cerita melayu Lisa Surihani

6. When you're in a relationship you: Mestilah jadik balak, bukan awek.

7. In a relationship the most important thing is: you love ur mate

8. If a person of the opposite sex told you they love you: appreciate it

9. When you've lost the person you love, you: find her

10. In a jungle you: mata melilau takut2 ake kanibal dengan ular. aku takut kanibal, geli dengan ular

11. If you're alone & you see a person of the opposite sex crying alone you : smile at her

12. When in the night and you see a full moon you :  maya karin la ape lagi

13. In life you: always happy

14. If you could be an animal what would it be : ladybird

15. When it's raining you : mulelah nak mengarut

16. In this world, you : normal person

17. If you became a millionaire you : buat kebajikan, bukak studio, bagi cik puan besar dengan boss besar aku.

18. When you love someone what do you always think of : never really love a person

19. In the toilet you : berfikir pasal perancangan hari

20. If you found out the person you love doesn't even like you : i still like her

21. When you grow up you : be a good dude!