Thursday, March 11, 2010

Sarung Tangan

Itu hari lepas habis kelas aku ajak kawan aku Fido beli barang di pasaraya berdekatan dengan universiti. Memang kebiasaan hujung minggu kene la beli barang. Memang aku dah agak,hari tu sejuk dia lain macam. Aku syak dia punye temperature jatuh lebih kurang -20 lebih jugak la.

Aku bukak zip, carik glove. Oh, zip beg.. bukan zip seluar. zip seluar nak simpan glove ape jadah.
sialan betul, saat-saat genting macam ni la boleh tertinggal. Nasib baik dekat, jalan kaki pun tak berapa nak banyak kene menapak.

Dalam setengah jam macam tu, aku dengan Fido dah nak bertolak balik. Ye memang sekejap aku berbelanja. Kalau ikutkan pergi beli barang dengan cik puan besar aku, x dapatla setengah jam. berjam-jam ade la. Aku paling menyampah tempah sesak dengan orang. macam-macam perangai pelik aku jumpa.

"автобус или трамваи"?
Aku tanya Fido siap dengan slang Russian style Adrey Arshavin. Ala, sekali sekala buat poyo blog sendiri ape lah sangat kan?
maksudnye " bus atau tramp"
Fido kate naikbus lagi senang, tak payah jalan jauh2 pergi tempat tramp.
Tunggu punye tunggu bas haram tak ade. memang carik gaduh.
Aku rase ade dalam 40 minit tunggu, tangan aku x pakai glove dah rasa lain macam.

"ah, mampus r, menapak r tmpat tramp"

Aku dengan fido menapak la pegi tempat tramp. Tramp sampai aku terus terjah masuk. Kakak konduktor dah ready depan pintu tramp.

Aku bukak zip ambik wallet. lagi sekali, bukan zip seluar, tapi zip beg. Tangan aku kebas dan ade sedikit proses pembesaran. Kakak konduktor dah usha select kat aku. dia tolong amikkan duit dalam wallet aku. Aku nak amik tak boleh, tangan problem.

Last2 free2 kene sekolah dengan kakak tu.

"tu la hang tau sejuk tak pakai glove pasai pa? kan dah susah. lain kali pakai glove tu"
*russian translate to bahasa kedah

kakak konduktor tu amik tangan aku, dia gosok bagi hilang sejuk.

aku tengok luar, budak-budak kecik yang aku syak baru nak daftar tadika lepak-lepak main salji siap baring-baring.

cilaka..

ps : agak-agak2 macam mana la diorang boleh panjat gunung everest.. memang cool..

6 comments:

  1. agak ar... ase nk meletupletup tgn kalu xpki glove dlm sezuksezuk gitu..

    ReplyDelete
  2. mujus sudah rancak meng-update blog..hehe

    ReplyDelete
  3. walawei.. kasi gosok tgn free ;p

    ReplyDelete
  4. aulia : tu la, kalau x pakai snowcap lagi seksa woo

    cherry lipstik : sudah rancak ye?

    nadia : oit2, time tu memang terdesak. haha

    ReplyDelete
  5. ahah terdesak ye? mane kwn kaw yg lagi sorg tu.. ;p

    ReplyDelete