Tuesday, March 30, 2010

Bos

Hari Isnin lepas merupakan hari lahir Bos Besar aku. Tapi cik puan besar aku talipon, bos aku takde rumah 2 hari sebab outstation. Adik aku bagi alasan tak best tak dapat sambut besday dia, padahal nak pow ape2 patut. so lame~

Ok, aku nak ceritakan serba sedikit tentang bos aku. Bos aku berasal dari Melaka. Dia seorang yang pemurah. Buktinya? Dulu mase on the way dari Jb ke Melaka, aku dengan dia singgah di satu perhentian plus. Dekat situ makwe-makwe bukan main lawa. ok keluar tajuk. Dekat situ adalah satu orang tua melayu duduk tepi jalan mintak sedekah. Bos aku ajak dia makan sekali. Yang pelik, berbual macam dah lama kenal. Ke memang stail orang tua macam tu? Dia banyak kali cakap dekat cik puan besar aku, 'harta dunia tak boleh bawak mati, baik share dengan orang mana-mana patut'

Yang kedua, bos aku adalah seorang musician. Dulu mase rumah nenek aku belum renovate aku slalu explore rumah nenek aku sebab rumah nenek aku goddamn besar. Ye la, rumah klasik orang melaka. Satu hari aku dengan cousin aku Haziq naik atas "peran". Peran tu macam loteng. Korang tau aku jumpe ape? Aku jumpe magazine Elle cover girl Audrey Hepburn. Hahaha. Takde la, aku jumpe piring hitam atau nama saintifiknye vinyl. Band rock yang aku dah lupa. Aku tanya atuk aku, dah lama ke dia layan benda ni. Dia kata tu bos aku punya, dia beli mase sekolah cutting duit sama uncle aku.

Lagi sedap, dulu mase aku kecik dia selalu pelawa aku tengok cite "swamp thing". Cilaka punye takut aku time tu. Korang usha la dekat youtube kot2 ade. Dulu aku simpan stock2 mainan aku dekat tingkat atas. Kalau cik puan besar aku takde, memang bos aku la jage aku. Dengan video tape 'swamp thing' la dia selalu blackmail aku, kalau aku naik atas dia nak bukak itu video kasik swamp thing naik atas kejar aku sebab dia malas nak jaga aku keliling rumah. I hate you swamp thing, u ruin my childhood life!

Aku dengan bos aku memang banyak chemistry. Kami berdua support mamak lebih dari Kenny Rogers ataupun Mcdonald. Kadang-kadang tengah aku lepak mamak tengok bola, alih-alih dia pun ade sekali tapi duduk meja lain. Bincang hal negara macam biasa. Masa bulan puasa, kalau cik puan besar aku malas masak, memang berbuka makan benda sama macam semalam. Untuk lelaki yang macho, strategi kena ada. Aku dengan bos aku akan makan seminimum mungkin. Lepas tu bantai makan dekat mamak. Bagi alasan dekat cik puan besar aku pegi masjid jamek nak kejar semayang maghrib.

Pernah sekali aku balik kampung dekat Melaka. Time tu dia nak jumpa kawan baik dekat satu mamak. Mase turun keta, dengan selambe ala-ala hero hollywood bos aku jentik puntung rokok, melayang terlekat dekat lengan sorang makcik. Buat pertama kali aku dengar bos aku mencarut. Sumpah gelabah muka bos aku. Makcik tu dah usha-usha batang kayu mane nak buat rebel.

Time aku sekolah rendah, ade sekali tu musim gasing. Aku dengan Farouk tak ketinggalan nak turut serta. Aku beli gasing dekat kedai cina time balik sekolah agama. Petang tu aku dengan Farouk pecut laju pegi padang pakai basikal nak main gasing. Tak berape nak lama aku nampak bos aku jogging. Dia usha aku lain macam dari jauh. Aku dah pelik, time tu baru pukul 6. Tak lewat lagi nak balik. Bibir aku pun masih pink, tak kenal lagi dunhill lights.
Bos : ni main gasing ape ni?
Farouk : Sape paling lame pusing, dia menang.
Bos : *sigh bak sini. Nak main bukan macam tu
Ah sudah, berjam aku tunggu. Hebat jugak bos aku main.

Mase aku aku form 3, aku ada hari akademik dekat mrsm kuala klawang. Bila dapat turn aku, bos aku kena duduk sebelah aku dengar lecture dari cikgu kelas aku. Bos aku dengar, sepatah haram dia tak membalas kata-kata cikgu kelas aku, Miss Nancy. Last2...

Bos : anak saya ade pukul orang cikgu?
Miss Nancy : huh? eh takde, disiplin bagus
Bos : Ok, kalau macam tu. Kami balik dulu ye.
Miss Nancy : owh.. ok2

Miss Nancy masih blur masa aku blah dari dewan sekolah. Bos aku pandang aku, sambil tanya.
Bos : sini mane toilet?
Aku : dekat belah belakang dewan sana.
Tu la, bila meeting PIBG memang tak pernah pegi memang ni la jadiknye. Hahaha.

ps : Semoga panjang umur dah murah rezeki Bos!





10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. smoga panjang umor untuk bos ko.. hargailah dye.. hargailah ibu bapa.. sebab mereka hanya skali dlm hidup..

    ReplyDelete
  3. hahahhaa.
    damn cool!

    happy besday to your boss!

    ReplyDelete
  4. Aulia : always:)

    shakinah :thanx:)

    ReplyDelete
  5. nanti aku nak blackmail anak aku dengan movie tu jugak laa. wow dapat inspirasi !

    ReplyDelete
  6. mane bos? nak lepak mamak skali ahha :)) happy bday bos

    -крокодил-

    ReplyDelete
  7. Nina : tu zaman dulu, sekarang zaman moden ko pakai cerita moden sikit.

    Anonymous : nak dtg la jb. xde hal. bos aku memang free.

    ReplyDelete