Friday, March 26, 2010

Aunty Maria

3 tahun lepas..

Petang tu, Aku same Jafni baru balik dari court skuasy. Pukul 6.30 aku dngn Jafni dah siap-siap balik hostel. Nanti kene marah pulak dengan Ustaz Sejarah. Dia garang, takut gile aku. *pfft*

Sampai bilik, aku dah rasa lain macam. Perasaan tu sebijik macam makan aiskrim, lepas tu makan kari. Tak matching langsung. Aku rasa baik aku tidur, reboot dulu.

Tak berape nak lame, aku dah rasa sesak, breathing problem. Time tu Amar Amran masuk bilik aku. Dia kate tak boleh jadik. Dia same Cikgu Juliana hantar aku pegi hospital. Sampai sana, doktor cakap aku kene masuk ward dekat Melaka, kena hantar by ambulans. Nurse dah ready dengan branula. lepas masuk branula, brader ambulan pun jemput aku masuk ambulan.

owh, ni la kenderaan yang diorang bawak rempit-rempit berkecai tengah jalan...

Brader tu bawak ambulan serupa macam Vin Diesel dalam NFS. Dia ingat aku ni orang nazak ke ape? kelam kabut betul. kalau nak singgah mamak minum2 pun aku rase boleh lagi.

Sampai hospital Melaka aku kene tunggu sementara nurse nak settlekan record. Time tu pulak ade sorang makwe kene sawan meracau macam kene kacau hantu. Datang sorang doctor kasik satu inject, terus diam. Dia letak sebelah aku, seperate dengan curtain

"kak, saya nak tunggu tempat lain boleh?"
"kenapa?"
"saya tak selesa dengan orang sebelah"
*kakak nurse practical tu senyum2.
"ok2, no problem"

Mase nak hantar aku ke ward, kakak practical tadi tolak wheelchair aku
"belajar mana? bukan orang sini eh?"
"mrsm jasin."
"ni akak tgk xray lain macam je, smoking eh?"
"xde la kak. saya non smoker"
"Ni awak kena pneumonia. lain kali kalau kawan smoking, duduk jauh-jauh. x baik"
*pfft*

Lama jugak la aku duduk ward. Seminggu. Cik puan besar aku sampai 2 hari kemudian.
Dalam 2 hari tu, ade sorang aunty ni, Nama dia Aunty Maria. Dia la jage aku sebab aku satu ward dengan anak dia, Afiq. Afiq ni entah ape penyakit pun aku tak tau. Aunty Maria ade jugak bagi penerangan dekat aku, tapi haram aku tak faham. Mungkin kalau Aunty Maria bagi penerangan secara slideshow aku ade harapan nak faham. Yang aku tau, Afiq ni ade masalah degan glands dia dekat leher.

Tiap2 hari Aunty Maria ni bawak sekotak honeystar, roti gardenier dengan dutchlady. Lame-lame aku jadik kamcing dengan Afiq.

Ade satu hari tu, aku rasa dah sihat, boleh jalan. Si Afiq pun dah lepas operate. Bila Aunty Maria balik rumah, aku dengan Afiq merayau satu hospital carik can nak berkenalan dengan nurse practical lawa. Si Afiq siap bawak fon, amik gambar nurse lawa buat collection. Gampang jugak perangai.


Mase aku dekat Unikl dulu, aku dapat berita Si Afiq masuk lagi hospital, sakit yang sama. Aunty Maria call cik puan besar aku.Aku dah terbayang dia pergi usha nurse2 lawa sorang2. kesian jugak dia. dalam tak sampai sebulan Aunty Maria bagitau cik puan besar aku yang Afiq dah takde. Sedih jugak la aku.

Mase sebelum fly, aku jumpa Aunty Maria dengan cik puan besar aku. Aunty Maria cerita dekat aku pasal Afiq. Sumpah aku sedih, tapi dia boleh senyum. Aunty Maria memang tabah, Salute!

ps : Aunty Maria ni aku anggap macam cik puan besar aku number 2. Aku panggil dia ibu maria.
Al- Fatihah buat Muhammad Afiq (1991-2008). Last day aku dekat hospital, aku dah mesyuarat dengan Afiq sape dia 'next hot top modelnurse'. Aku same Afiq pilih Miss Najmi. Lawa, sumpah tak tipu.


18 comments:

  1. ang dairek post benda yg confusing ja. ni nak aku gelak ka sedih ka aku pon taktau

    ReplyDelete
  2. Rasyid :Ni sedih naa.. Afiq tu budak baik kot

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. sad story dow...at least ko pnah bergumbira ngn dye..

    ReplyDelete
  5. Aulia : yea.. plus, he's younger than me. a year.

    Farah Izaty : no!!! dont ever.

    ReplyDelete
  6. bila masa kau masuk hospital? xtau do haha

    ReplyDelete
  7. nok : haha, kalau ko betul2 x tau memang gampang. seminggu kot lepak dalam tu

    ReplyDelete
  8. ehem. hidup mati jumpa pisah. semua adat.

    ReplyDelete
  9. skang ko ade pneumonia ag x?
    eh,ko tipu nurse tuh ckp x smoking an?haha

    ReplyDelete
  10. Nina : yea. kadang2 kita x boleh terima adat

    Fasha : mane boleh kena 2 kali. i guess so. haha

    ReplyDelete
  11. sebenarnya smoking ke tak? haha

    ReplyDelete
  12. Anonymous : owh, i hate smoking...

    ReplyDelete
  13. hahaha sori la mujus aku xigt kot

    ReplyDelete
  14. haha weyh aku pon rase mcm aku xtau jek..adoiyai..

    ReplyDelete