Tuesday, March 30, 2010

Bos

Hari Isnin lepas merupakan hari lahir Bos Besar aku. Tapi cik puan besar aku talipon, bos aku takde rumah 2 hari sebab outstation. Adik aku bagi alasan tak best tak dapat sambut besday dia, padahal nak pow ape2 patut. so lame~

Ok, aku nak ceritakan serba sedikit tentang bos aku. Bos aku berasal dari Melaka. Dia seorang yang pemurah. Buktinya? Dulu mase on the way dari Jb ke Melaka, aku dengan dia singgah di satu perhentian plus. Dekat situ makwe-makwe bukan main lawa. ok keluar tajuk. Dekat situ adalah satu orang tua melayu duduk tepi jalan mintak sedekah. Bos aku ajak dia makan sekali. Yang pelik, berbual macam dah lama kenal. Ke memang stail orang tua macam tu? Dia banyak kali cakap dekat cik puan besar aku, 'harta dunia tak boleh bawak mati, baik share dengan orang mana-mana patut'

Yang kedua, bos aku adalah seorang musician. Dulu mase rumah nenek aku belum renovate aku slalu explore rumah nenek aku sebab rumah nenek aku goddamn besar. Ye la, rumah klasik orang melaka. Satu hari aku dengan cousin aku Haziq naik atas "peran". Peran tu macam loteng. Korang tau aku jumpe ape? Aku jumpe magazine Elle cover girl Audrey Hepburn. Hahaha. Takde la, aku jumpe piring hitam atau nama saintifiknye vinyl. Band rock yang aku dah lupa. Aku tanya atuk aku, dah lama ke dia layan benda ni. Dia kata tu bos aku punya, dia beli mase sekolah cutting duit sama uncle aku.

Lagi sedap, dulu mase aku kecik dia selalu pelawa aku tengok cite "swamp thing". Cilaka punye takut aku time tu. Korang usha la dekat youtube kot2 ade. Dulu aku simpan stock2 mainan aku dekat tingkat atas. Kalau cik puan besar aku takde, memang bos aku la jage aku. Dengan video tape 'swamp thing' la dia selalu blackmail aku, kalau aku naik atas dia nak bukak itu video kasik swamp thing naik atas kejar aku sebab dia malas nak jaga aku keliling rumah. I hate you swamp thing, u ruin my childhood life!

Aku dengan bos aku memang banyak chemistry. Kami berdua support mamak lebih dari Kenny Rogers ataupun Mcdonald. Kadang-kadang tengah aku lepak mamak tengok bola, alih-alih dia pun ade sekali tapi duduk meja lain. Bincang hal negara macam biasa. Masa bulan puasa, kalau cik puan besar aku malas masak, memang berbuka makan benda sama macam semalam. Untuk lelaki yang macho, strategi kena ada. Aku dengan bos aku akan makan seminimum mungkin. Lepas tu bantai makan dekat mamak. Bagi alasan dekat cik puan besar aku pegi masjid jamek nak kejar semayang maghrib.

Pernah sekali aku balik kampung dekat Melaka. Time tu dia nak jumpa kawan baik dekat satu mamak. Mase turun keta, dengan selambe ala-ala hero hollywood bos aku jentik puntung rokok, melayang terlekat dekat lengan sorang makcik. Buat pertama kali aku dengar bos aku mencarut. Sumpah gelabah muka bos aku. Makcik tu dah usha-usha batang kayu mane nak buat rebel.

Time aku sekolah rendah, ade sekali tu musim gasing. Aku dengan Farouk tak ketinggalan nak turut serta. Aku beli gasing dekat kedai cina time balik sekolah agama. Petang tu aku dengan Farouk pecut laju pegi padang pakai basikal nak main gasing. Tak berape nak lama aku nampak bos aku jogging. Dia usha aku lain macam dari jauh. Aku dah pelik, time tu baru pukul 6. Tak lewat lagi nak balik. Bibir aku pun masih pink, tak kenal lagi dunhill lights.
Bos : ni main gasing ape ni?
Farouk : Sape paling lame pusing, dia menang.
Bos : *sigh bak sini. Nak main bukan macam tu
Ah sudah, berjam aku tunggu. Hebat jugak bos aku main.

Mase aku aku form 3, aku ada hari akademik dekat mrsm kuala klawang. Bila dapat turn aku, bos aku kena duduk sebelah aku dengar lecture dari cikgu kelas aku. Bos aku dengar, sepatah haram dia tak membalas kata-kata cikgu kelas aku, Miss Nancy. Last2...

Bos : anak saya ade pukul orang cikgu?
Miss Nancy : huh? eh takde, disiplin bagus
Bos : Ok, kalau macam tu. Kami balik dulu ye.
Miss Nancy : owh.. ok2

Miss Nancy masih blur masa aku blah dari dewan sekolah. Bos aku pandang aku, sambil tanya.
Bos : sini mane toilet?
Aku : dekat belah belakang dewan sana.
Tu la, bila meeting PIBG memang tak pernah pegi memang ni la jadiknye. Hahaha.

ps : Semoga panjang umur dah murah rezeki Bos!





InsyaAllah

Macam nenek aku cakap, tak semua benda yang kita nak boleh dapat sekelip mata. Memang tu lumrah hidup. Hati, perasaan, masalah, kerja, ma;apetaka bukan kuasa kita. Usaha kita, menentukan segalanya. InsyaAllah....

berterus teranglah padaku sayang,
berterus teranglah pada dirimu,
berterus teranglah padaku sayang,
berterus teranglah pada tuhanmu.
InsyaAllah.

Sunday, March 28, 2010

Doctor?

Semua orang ada kelemahan masing-masing. Ada sesetengah orang taknak admit apa yang kelemahan dia macam Dr. House. Ok, aku sangat suka biologi tapi aku ambik couse engineering atas 3 sebab utama.

1. Bloods makes me sick. Aku rasa nak muntah tengok darah.
2. Childs are annoying. Aku tak rasa ada chemistry antara aku dengan kanak-kanak.
3. Aku tak suka 'on call' which is very important untuk doktor.

Tapi untuk jadi engineer, hanya ada satu sebab yang aku rasa aku boleh get over weakness tu which is : tempat tinggi. Damn..

So, kalau aku jadik doctor, aku bayangkan :
Dr Cuddy : "Dr Muzamel, we have serious case here and we need you ASAP."

If aku jadik engineer :
Donald Trump : " Ir Muzamel, i want you to fix up my goddamn cruise ASAP"

So doesnt matter..

ps : "Dr" and "Ir" both got 'r'.. and i hate alphabet R

Makwe Blonde

Satu hari, hari Jumaat, tengah orang sibuk-sibuk nak pegi semayang jumaat, aku dengan Radhi Kamaruddin sebok2 tengok cite hantu dekat Golden Screen. Terasa kufur time tu. Semua salah Radhi. Sape suruh dia bawak aku pegi cinema hari jumaat lepas tu gatal2 nak tengok cite hantu konon boleh tengok makwe lawa jerit-jerit lepas tu peluk dia. So lame~

Cerita hantu ape jadah la hantu keluar tengahari buta kacau brader bawak teksi tengah melantak. Direktor dia memang buat aku hangin. Si Radhi pulak tak berkedip usha makwe sebelah seat dia.
Aku tenung lain macam dari jauh. Nasib baik jauh, kalau tak dah lama aku selamatkan makwe tu dari pandangan romeo Radhi.

Lepas habis cerite, mase nak keluar pawagam ade sorang brader jatuh tangga. Sori la brader, terus terang kalau makwe, aku dah tolong. Aku jeling depan ade budak pakai seluar baggy sibuk betulkan boxer spongebob dia. Spongebob? So lame~

Keluar dari pawagam, Si Radhi nak pegi burger king pulak. Macam-macam hal. Aku time tu dah tak sedap hati sebab miss khutbah jumaat dekat masjid. Radhi blackmail aku, kalau aku tak teman, dia nak tinggalkan aku dekat situ. Cilaka. Lagipun bukan selalu ade orang nak belanja.

Habis order, aku dengan Radhi duduk tempat open air, sambil berbincang hal politik negara.
Hebat jugak Radhi berhujah, macam ahli parlimen. Cuba satu je kurang, dia tak dapat beza antara Karam Singh Walia dengan Karpal Singh.

Tak berapa nak lama datang sorang awek, tinggi lampai, rambut blonde highlight.

Makwe blonde : Brader, u boleh bagi I rokok satu?

Bergegas Si Radhi hulur Dunhill Lights atas meja. Gampang punya perangai. Nak beramal jariah pun pakai rokok aku.

Makwe blonde : Thanx eh.

*******************************************
Makwe blonde pandang aku sambil berkata -

Makwe blonde : eh, muka u macam vocalist weezer la
Aku : mana ada, xdelah.
Makwe blonde : adalah siki-sikit, dengan spec u tu..

Tak boleh jadik makwe ni,
Aku dengan pantas suruh makwe tu blah dari pandangan aku......sambil hulur tisu, dah siap tulis nombor telepon. Aku suruh Radhi balik time tu jugak sebab aku nak carik balik cd Weezer.

ps : ok, yang part last tu aku x tipu. hahahahaha








Saturday, March 27, 2010

Sejarah

Mungkin dalan entry aku yang lepas, aku ada tekankan sikit pasal 'ustaz sejarah'. Ok, secara jujur nama ustaz sejarah tu dicipta oleh Jafni dan diapprovekan oleh aku mase kitorang tengah berkumpul depan asrama sebab ustaz sejarah bengang. Dan secara jujur lagi sekali, aku tak tahu nama sebenar dia. Dan secara jujur buat kali ketiganya, aku baru perasan tadi yang aku terlupa nak tanya nama sebenar dia sebelum blah dari mrsm jasin.

Aku percaya ada makwe-makwe diluar sana yang tertanya-tanya kenapa 'ustaz sejarah'?.
Cikgu aku ni, @ warden aku ni pindah mengajar di mrsm aku masa pertengahan tahun 2007 yang dimasa tu aku form 5. Dia mengajar subjek sejarah, Tapi yang aku musykil, aku meneriima aduan dari pelbagai jabatan seperti jabatan meja bulat (mb), jabatan kelas dan juga jabatan guru-guru yang mengadu yang warden aku ni selalu menyimpang.

Bukan menyimpang akidahnya, tapi menyimpang dari segi pembelajaran. Korang boleh bayangkan bila korang belajar tajwid, tapi time tu bab kesultanan melayu melaka. ok, cukup. Terlalu metafora disitu. Konklusinya itu lah mesej yang ingin aku sampaikan.

Lama kelamaan, nama 'ustaz sejarah' tu terus menjadi bualan ramai. Sampai ade yang jadikan nama glamour tu shortform "USJ". Mungkin benar kata orang tua-tua, kalau dah namanye guru, jangan nak memandai nak bagi nama la, kutuk la dan seerti dengannya. Walaupun aku dapat A1 dalam subjek sejarah mase spm, tapi aku ragu-ragu lagi sebab tadi :

Aku dengan syamim bukak google, taip 'most evil leader inthe world'. Nak jadik cerita, keluar muka 'Yasir Arafat'. aku dengan tak amik air semayang terus hembus :

Aku : ha, ni la dia mamat ni. Hina dow dia ni
Syamim : apsal?
Aku : Israel dia ni. Ko tak tau ke? Skang dia dah meninggal
*Syah datang bilik aku terus sound

Syah : pale hotak ko. Ni Yasir Arafat leader Palestin bodo. sedap je ko tuduh dia israel padahal dia la yang lawan Israel

Aku angkat tabik depan lappy, "sorry dude, aku tak tau, im confuse bebeh"
*Si Syamim senyum2 sebijik Jalaluddin Hassan

Ps : lain kali nak cakap, standby wikipedia dulu. Kalau tak tau, diam. yang aku maksudkan tadi tu Ariel Sharon
Pss: Aku nak call mak suruh kasik post buku sejarah sasbadi form 1 sampai form 5.

Friday, March 26, 2010

Aunty Maria

3 tahun lepas..

Petang tu, Aku same Jafni baru balik dari court skuasy. Pukul 6.30 aku dngn Jafni dah siap-siap balik hostel. Nanti kene marah pulak dengan Ustaz Sejarah. Dia garang, takut gile aku. *pfft*

Sampai bilik, aku dah rasa lain macam. Perasaan tu sebijik macam makan aiskrim, lepas tu makan kari. Tak matching langsung. Aku rasa baik aku tidur, reboot dulu.

Tak berape nak lame, aku dah rasa sesak, breathing problem. Time tu Amar Amran masuk bilik aku. Dia kate tak boleh jadik. Dia same Cikgu Juliana hantar aku pegi hospital. Sampai sana, doktor cakap aku kene masuk ward dekat Melaka, kena hantar by ambulans. Nurse dah ready dengan branula. lepas masuk branula, brader ambulan pun jemput aku masuk ambulan.

owh, ni la kenderaan yang diorang bawak rempit-rempit berkecai tengah jalan...

Brader tu bawak ambulan serupa macam Vin Diesel dalam NFS. Dia ingat aku ni orang nazak ke ape? kelam kabut betul. kalau nak singgah mamak minum2 pun aku rase boleh lagi.

Sampai hospital Melaka aku kene tunggu sementara nurse nak settlekan record. Time tu pulak ade sorang makwe kene sawan meracau macam kene kacau hantu. Datang sorang doctor kasik satu inject, terus diam. Dia letak sebelah aku, seperate dengan curtain

"kak, saya nak tunggu tempat lain boleh?"
"kenapa?"
"saya tak selesa dengan orang sebelah"
*kakak nurse practical tu senyum2.
"ok2, no problem"

Mase nak hantar aku ke ward, kakak practical tadi tolak wheelchair aku
"belajar mana? bukan orang sini eh?"
"mrsm jasin."
"ni akak tgk xray lain macam je, smoking eh?"
"xde la kak. saya non smoker"
"Ni awak kena pneumonia. lain kali kalau kawan smoking, duduk jauh-jauh. x baik"
*pfft*

Lama jugak la aku duduk ward. Seminggu. Cik puan besar aku sampai 2 hari kemudian.
Dalam 2 hari tu, ade sorang aunty ni, Nama dia Aunty Maria. Dia la jage aku sebab aku satu ward dengan anak dia, Afiq. Afiq ni entah ape penyakit pun aku tak tau. Aunty Maria ade jugak bagi penerangan dekat aku, tapi haram aku tak faham. Mungkin kalau Aunty Maria bagi penerangan secara slideshow aku ade harapan nak faham. Yang aku tau, Afiq ni ade masalah degan glands dia dekat leher.

Tiap2 hari Aunty Maria ni bawak sekotak honeystar, roti gardenier dengan dutchlady. Lame-lame aku jadik kamcing dengan Afiq.

Ade satu hari tu, aku rasa dah sihat, boleh jalan. Si Afiq pun dah lepas operate. Bila Aunty Maria balik rumah, aku dengan Afiq merayau satu hospital carik can nak berkenalan dengan nurse practical lawa. Si Afiq siap bawak fon, amik gambar nurse lawa buat collection. Gampang jugak perangai.


Mase aku dekat Unikl dulu, aku dapat berita Si Afiq masuk lagi hospital, sakit yang sama. Aunty Maria call cik puan besar aku.Aku dah terbayang dia pergi usha nurse2 lawa sorang2. kesian jugak dia. dalam tak sampai sebulan Aunty Maria bagitau cik puan besar aku yang Afiq dah takde. Sedih jugak la aku.

Mase sebelum fly, aku jumpa Aunty Maria dengan cik puan besar aku. Aunty Maria cerita dekat aku pasal Afiq. Sumpah aku sedih, tapi dia boleh senyum. Aunty Maria memang tabah, Salute!

ps : Aunty Maria ni aku anggap macam cik puan besar aku number 2. Aku panggil dia ibu maria.
Al- Fatihah buat Muhammad Afiq (1991-2008). Last day aku dekat hospital, aku dah mesyuarat dengan Afiq sape dia 'next hot top modelnurse'. Aku same Afiq pilih Miss Najmi. Lawa, sumpah tak tipu.


Monday, March 22, 2010

Skype

awal pagi tadi pukul 1 waktu sini atau pukul 6 pagi waktu malaysia selatan, John skype same aku membincangkan hal peribadi beliau.

Masih ingat sama John? yang perasan muka macam Tomas Rosicky, pemain bola Arsenal mase di mamak satu ketika dahulu yang nyaris-nyaris dihempuk tv plasma. Ya, itu lah serba sedikit biodata John.

Masalah yang kami bincangkan adalah masalah peribadi beliau yang melibatkan orang tersayang beliau, Fira dan tabiat beliau yang kurang sopan, merokok. Ya, merokok. Saya memang benci merokok. *pfftt*

Pokoknya, masalah beliau ialah, beliau sudah di blackmail oleh Fira sama ada untuk berhenti merokok atau beliau akan berseorangan menonton wayang, shopping, dan vacation buat selama-lamanya.

Lama jugak lah saya memberi kata-kata semangat kepada beliau. Antara yang sempat saya rakamkan :

John : smoking ni salah ke? pak imam pun smoking jugak ape?
Aku : tu lain, ni lain
John : malas dow aku. macam2 hal
Aku : ko la bodoh, dah tau awek ko tak suke bau rokok ko pegi isap depan dia buat ape?
John : peh, aku 20 kot. Agak2 la
*John bakar rokok depan webcam
Aku : Senang je, ko cakap baik2 sudah
John : dah perang nak cakap baik2. tension sial!
Aku : Ok2 ape sebab ko perang?
John : last time aku smoke time dia makan, dia marah aku.
Aku : ok then?
John : aku marah dia balik. Dia kate aku cepat tension marah2 sebab smoking
Aku : owh..
* tak lame tu, John bakar rokok lagi satu.
- perbualan di skip sebab mengandungi unsur2 negatif-
Aku : aku rasa prob ko kecik
John : fuck ko kecik. Dia dah avoid aku dow
Aku : aku tau camne nak cakap..ko cakap dekat dia, orang tak tension sbb smoking, tapi orang smoking sbb tension.
*John tenung saya dalam2 seraya berkata
"kalau macam tu, aku dah ready nak carik awek lain"

ye, saya tahu, kalau John bertindak demikian, kemungkinan fira akan melunaskan hajat saya yang tertunggak : menghempuk John dengan tv plasma.

ps : Smoking mendatangkan masalah. Saya benci smoking, not cool!!
pss : *pfftt*:)

Sunday, March 21, 2010

Dewasa

Situasi yang aku tak berape nak suka dari aku kecik sampai dah dewasa sekarang. dewasa?
*pfftt*

1. Tidur share katil
2. Orang makan berbunyi
3. Share cawan pada satu masa serentak
4. Ada orang guna toilet bila aku nak guna
5. Orang tak pakai deodorant
6. Bercakap dengan orang yang bau mulut cam gampang
7. Orang pakai barang aku tak letak balik
8. Membaca dalam kereta
9. Kuku jadik kaler kuning sebab kene kunyit
10. Tunggu cik puan besar aku abis shopping
11. Baru perasan shampoo abis bila tengah mandi
12. Nak dengar lagu tapi lagu tu dah delete dari ipod
13. Ada orang makan dalam kereta/train
14. Tukar uniform lepas PJ
15. Bila naik train orang pandang macam aku ni michael scofield
16. Orang pakai earfon aku, tak kesah la dia smokin hot macam megan fox sekalipun
17. Pagi raya yang kononnye syahdu
18. Kanak2 pegang aiskrim, main lari-lari. Shooh2!
19. Kene tanggal baju time x-ray
20. Nak beli ikan tapi tak tau nama padahal brader ikan tu boleh tag name ikan tapi x tag.

Saturday, March 20, 2010

Future Music Gallery (review)

Abby and his new friend, mr i love ibiza


smokey isnt it? I hate smoking.. *pfftt*


look who we've got here... Megan Fox


Me, Roger Shah and Saf


Me and Saf, the bachelors.. oops


Hanif and Sheshop. I told ya to wear that goddamn shades Saf!


Nice event by danceplanet.ru But where is abby? Jochen Miller, youre the man!

Friday, March 19, 2010

Sufian

Aku ade sorang kawan. Nama dia Sufian. Dia tak ade la tinggi sangat, badan chubby2, rambut kerinting ala2 Heath Ledger dalam cite batman cume dia pandai sikit sebab pakai Brylcreem. Kadang-kadang bila aku perati dalam-dalam, boleh jadik artis barangkali Sufian ni, cuma tinggal nak pegi audition.

Bukan ape, kita sebagai kawan yang prihatin kene la sanggup memerhati dan memikirkan apa yang terbaik demi kejayaan kawan kita. Lagi-lagi, Sufian ni classmate aku.

Tapi ape yang down pasal Sufian ni ade satu bende je. Nak kate hensem, boleh tahan la. Kira ade gaye la jugak yang kalau ajak lepak same makwe-makwe takde buat segan. Nak kate funky pun boleh tahan la jugak walaupun kadang-kadang perangai mengundang nak kene penyepak. Faktor utama apa yang tak best ialah 'homesick'

Awal-awal start kelas :

Sufian : Aku rasa aku memang dah tak boleh..
Aku : Tak boleh mende?
Sufian : aku nak balik dow, aku nak balik
Aku : relax la, baru2 memang la. aku dulu form 1 camtu gak. ni dah form 4
Sufian : hang lain, hang dah biasa. aku rasa macam kena seksa, tak boleh bernafas..


Tak berapa nak lama :
Sufian : aku rasa aku dah ok la.
Aku : hah, kan aku dah kata. lama2 ok
Sufian : aku ok sebab tadi mak aku datang, bagi air yaasin atuk aku baca.
*Sufian tersenyum
Aku : owh, bagus r macam tu. good2


hujung minggu tu :

Sufian : Mel, mai sini jap. aku ada benda nak cakap
Aku : pa dia?
Sufian : aku rasa aku nak pindah sekolah
Aku : apsal plak? tu ari kate ok dah
Sufian : entah la, aku rasa tak sedap badan..
Aku : kenapa? sakit?
Sufian : takda, cuma sini takda espn, aku nak tengok bola macam mana? ko tau kan EPL dah dekat.

Aku jeling atas meja Sufian ade box file yang belah dalam tu, dia lekat poster Van Persie.

ps : mane agaknye Sufian ye? Kalau dulu ade jugak aku contact dia thru friendster. sejak dah dewasa ni aku dah delete fs. Last aku update pasal Sufian time tu dia ada makwe baru sambil pakai jersey Arsenal tengok bola kat mana ntah. Sape kenal sama Sufian, bagitau dia aku nak order air yassin dengan atuk dia.

Thursday, March 18, 2010

Wednesday, March 17, 2010

Multitask

Aku paling marah bila time aku nak buat kerja, ade orang buzz aku dekat ym.
Bak kata orang, aku tak boleh multitask. Kadang-kadang ade orang boleh buat matematik sambil mesej awek dia macam Hanis Nordin ataupun Azri Kamal. Kadang-kadang ade orang boleh belaja kimia sambil mate tertutup macam Siddiq Jalil. Dan kadang-kadang ade orang boleh belaja sejarah sambil melukis macam Aqif Ismail. Tapi aku tak reti.

Pukul 10 lebih lepas makan aku dah ready translate nota,

zizi : oit!
aku : oi
zizi : bile nak balik sini dow?
aku : entah r, end of june maybe. takpun awal july. apsal?
zizi : babi eh ko. balik itu hari bukan nak calling
aku : ko ingat aku balik lame berbulan?
zizi : ye r, at least bagitau r ngok
aku : aku ade msg ko kan? yg ko cakap ko kat penang?
zizi : owh ye ke? hehe
aku : ko kat mane makcik?
zizi : kat hostel. wei, ko bz ke?
aku : tgh stdy.
zizi : ops sori2, nanti nak balik calling. aku nak tido bubye
aku : bye

ps : kuang asam punye makcik, assalamualaikum takde, terus aku kene babi. nasib baik adik kau si nadia tu boleh tahan cun.

Tuesday, March 16, 2010

10 Tahun

Tepat pukul 1, aku balik dari universiti. Kepala aku dah set, memang balik rumah aku nak masak. Luar sejuk macam gampang. Makwe-makwe kenyit mate langsung aku tak pandang.

Sampai rumah aku terus pegi dapur, konon nak masak.

"cilaka."

Sebab aku baru ingat spageti abis. Telur pun same. Terus aku rembat kotak cereal.

Tengah-tengah aku makan cereal sambil dengar lagu Demi Lovato dekat itunes, aku terfikir perancangan diri aku 10 tahun akan datang. :

1. Ade cruise sendiri di kepulauan sendiri. Makwe-makwe yang 'bakala' je boleh masuk itu pulau.
2. Ade company import eksport peribadi.
3. Ade jet peribadi siap personal pilot yang pramugari pun mesti 'bakala'
4. Ade brand sendiri macam gucci atau LV
5. Menang noble prize. (satu jadik la, x dapat pun xpe)
6. Buat satu dana untuk rakyat malaysia.
7. Ade hotel 7 star dekat Dubai, Amsterdam, dengan NYC
8. Buat satu football team yang famous macam Barcelona, yang coach dia time tu Lionel Messi, tak pun Iniesta.
9. Company sendiri dalam bidang komputer macam windows, mac. aku punye 'mujuz'
10. Bina masjid, kasik orang banyak semayang berjemaah.

ok, aku nak semayang zohor.. Semua tu kene berusaha, mintak pada tuhan baru lah dapat.

ps : 'bakala' tu maksudnya hot. kalau nak tau jenis2 gadis klik sini : "gadis"

Monday, March 15, 2010

Girl

This is a story of a girl...

One fine morning, she walks through the rain,
As she looks to the sky, she saw rainbow,
Suddenly a train with terrible sound appear,
The train has no break,
She died on the track,
She smiled

-The End-

Sunday, March 14, 2010

Walkman

Mase aku kecik-kecik dulu, kali pertama aku ada alat mendengar musik, mase tu aku sekola rendah. Time tu aku dapat free mende alah tu dekat kfc. name die walkman. bentuk walkman tu macam bentuk bucket kfc siap ade gambo orang tue tu, colonel sanders. Wah time tu memang aku rase dah up. Pasang sikit earfon free, ejas2 sikit dia punye siaran dapat la dengar radio. Tak sampai seminggu, dah tak berfungsi. Abis bateri. Terus aku bagi adik aku kasik dia bawak pegi tadika.

Tak lame lepas tu, aunty aku bagi aku walkman sebenar. yang boleh main kaset. kaler hitam, besar gedabak yang kalau masuk poket konfem terlondeh seluar. Brand time tu Aiwa. Lame jugak aku dengar radio. Mane boleh tahan. Bile aku balik kampung, aku rembat sekeping dua keset pakcik aku. Bukan calang-calang rembat, keset lagu-lagu2 legend macam search, wings dengan pendek kate band-band otai jugak la time tu. keset yang macam gampang tak sedap aku campak bawah katil.

Satu hari mase aku kat kampung time raya:

"bang, ko amik busu punye keset eh?"
"uish mane ade busu"
"ni busu tengok memanjang ilang keset busu"
"eh takde ah, orang tak amik r"
"kalau nak pinjam amik je, tapi bagitau busu. kalau curi busu dah xnak provide bunge api dah"

nak taknak aku mengaku...

"owh, tu ari ade jugak orang amik. ingat atuk punye dah tak pakai"
"gile kau, atuk kau layan pulak. Nah amik ni"
"kumpulan mane ni?"
"haaa, dengar dulu. lepas ni nak amik cakap. yang bob marley jangan amik!"

Busu aku bagi keset gun n roses rare, edisi luar negara punye siap cover keset ade gambo pompuan bogel.

Mase form 1 aku masuk asrama, walkman Aiwa tetap aku usung. Time tu masing-masing kemain lagi. walkman sume pakai digital. segan jugak aku bunyi keletak-keletuk tekan button rewind keset depan makwe kelas aku. Nak beli baru cam haram mahal. Time tu Cikgu Huzaimi, cikgu math aku jadik ketua warden. Tak silap aku cuti akhir aku form 2 kot, sibuk-sibuk nak kemas bilik. Bilik aku sebelah rumah cikgu Huzaimi. Sebelum balik sempat jugak dia berbual dengan aku. Aku tolong dia kemas rumah.

"awak nak beli walkman ni?"
dia tunjuk walkman sony digital kaler silver biru.
"sape punye ni cikgu?"
"ni senior taun lepas punye, saya rampas time prep"
"takpe r cikgu, saya bukan ade duit. lagipun saye dah ade walkman"
"Ai jangan macam tu, nak ambik je la. x payah bayar. saye gurau je tadi"
"serius ni cikgu?"
"amik je, saya ade banyak lagi stock. cume earfon sendiri la"

Owh yeah! dapat walkman baru. Kaler masih cantik, bentuk slim.

Form 4 aku pindah mrsm lain. Walkman masih ada. Time tu budak-budak sume pakai mp3 dah.
Aku ade kawan baru time tu. Name die Jafni. Dia je pakai walkman cd.

"ko banyak duit apsal tak angkat mp3?"
"mp3 tu kau download lepas tu dengar. tak ade originality. aku beli by album tau. baru rase original dia" Jafni jawab sambil masukkan cd muse yang dia pinjam aku punye dah berbulan-bulan.

Tak berape nak lame, Jafni dah tak on cd walkman lagi. dia pakai mp3 creative kaler hitam pinjam kuzer punye. cilaka. cakap tak serupa bikin. yang aku pelik, mp3 tu kuzer punye tapi dah macam harte dia.

Aku pun start pakai mp4. kaler putih jename cikai. bile jename cikai, sound pun cam gampang. jatuh dekat dewan makan terus mampus sampai hari ni. Last-last aku beli mp3 sony lipstick. 1 gig je. Yang syazwan sis beli 2 gig. tak sampai sebulan dia punye mp3 kene rembat. sejak hari tu mp3 aku, aku letak dalam sarung bantal bile tido.

Lame jugak la aku pakai, lepas spm aku buat foundation dekat unikl miat. Mp3 sony tu aku gantung dekat tali kad matrik. tetiap hari aku pakai kehulu kehilir.Earfon memang aku standby dekat poket seluar.Agak-agak jumpe makwe lawa, aku pasang lagu blue. agak-agak nak rebel, aku pasang lagu trivium. kan senang.

Alhamdulillah aku dapat abiskan foundation terus fly. mp3 sony masih ade kat sebelah aku ni. tapi, sejak taun lepas aku tak berapa nak amik pusing. Ipod touch 16 gig nak buat ape?
amik ko, macam-macam lagu aku masuk. Dari brit pop, indie, garage rock, rebel, balada, pop sume ade. Macam-macam ada...

ps : teringat gua kat pak cik astro. Agak-agak macam mane la skang cikgu Huzaimi. 2 taun lepas aku jumpe dia time isi minyak dekat shell melaka. dia bawak student dia pergi Gunung Ledang. Gila coincidence.


Top 10

10.Bar Refaeli
-Actress and model from Hod HaSharon, Israel
-June 4 1985
-Top movies/series : Bravo


9.Irina Shyakhlislamova
-Model from Yemanszhelikh, Russia
-January 6 1986
-Top movies/series : none


8.Keira Christina Knightley
-Actress dari London, England
-March 26 1985
-Top movies/series : star wars, pirate of the caribbean, pride and prejudice



7.Charlize Theron
-American actress from Benoni, South Africa
-August 7 1975
-Top movies/series : monster, north country,



6.Scarlett Johansson
- Actress dari NYC America
-November 22 1984
-Top movies/series : lost in translation, girl with a pearl earring.


5.Elisha Ann Cuthbert
-Cuthbert adalah actress dari Kanada, lahir pada November 30 1982.
- Graduate dari Centennial Regional High School
-top movies/series : my sassy girl, the girl next door


4.Natalie Portman
-American Actress dari Jerusalem, Israel
-June 9 1981
-Top movies/series : leon the pro, closer, star wars



3.Natalie Jane Imbruglia
-Singer,songwriter,model and actress from New South Wales, Australia
-February 4 1975
-Top movies/series : Johnny English,closed for winter


2.Yvonne Strahovski
- actress from Sydney, Australia.
-July 30 1982
-movies/series : i love you too, chuck



1.Jessica Marie Alba
-Actress dari California, America
-April 28 1981
-Top movies/series : sin city, honey, dark angel, fantastic 4


ps : Ini survey adalah hasil survey penulis iaitu AKU dan boleh bertukar mengikut zaman penuaan. Makcik angelina Jolie out taun ni ye.

Saturday, March 13, 2010

1990

Tahun 1990 punya orang...

1. David James Archuleta
- Singer (mamat jambu)
-28 December 1990


2.Brittany Elizabeth Curran
-American actress/singer (awek ikan jerung)
-2 June 1990


3.Sean Kingston
-Jamaica American singer (mamat beautiful girl)
-3 February 1991
*ah cilaka, sudah lari tajuk..


4.Kristen Jaymes Stewart
-American actress (awek twilight)
-9 April 1990


5.Indiana Rose Evans
-Australian actress (awek H2O)
-27 July 1990


6.Emma Charlotte Duerre Watson
-British actress/model (awek magic)
-15 April 1990


7.Dev Patel
- Actor (mamat bajet kaye slumdog millionaire)
-23 April 1990


8. Bojan Krkić Pérez
- Football player Barcelona (mamat striker)
- 28 August 1990


9.Joanna Noëlle Blagden Levesqu
-American singer/actress (awek herbie fully loaded)
-20 December 1990


10.Daveigh Elizabeth Chase
- American actress/singer (awek 'Lilo & Stitch' / awek gua yang latest)
-24 July 1990


ps : awek nombor 2 dengan 10 jangan kacau. tu gua dah tengah usha2 line. Muke si Sean Kingston sumpah boleh buat gadoh.

Friday, March 12, 2010

lagi sekali

"lagi sekali kalau awak buat, saya suruh awak hisap depan saya sampai habis!"

teriak Ustaz Razali dengan anker..
Rizal Kasim sama Aqif Ismail muka penuh insaf bersemangat nak buat kerja rumah minggu lepas.

tak lame lepas tu..

"Awak balik asrama sekarang, pakai nametag, jangan sampai saya jumpa awak lagi. lagi sekali saya nampak nahas"

berduyun budak2 hilang nametag balik asrama, tapi x amik nametag. ye la, nametag dah hilang nak ambik ape jadah. berterabur si Azwan pro lari sembunyi kat padang sementara waktu perhimpunan habis.

tak berape nak lama...

"awak ingat ni sekolah bapak awak? cabut sekarang selipar, awak pergi pumping 10. lagi sekali saya nampak awak makan pakai selipar saya baling selipar awak"

si Jafni pun pumping tepi dewan makan di tontoni awek-awek.

tak lama lagi sekali...

"Awak dah besar nak jadik ape? nak jadik penyamun? awak ingat sekolah ni takde undang-undang boleh keluar sesuke hati? lagi sekali awak buat, saya report pihak atasan"

Menggigil-gigil junior aku time tu bile kantoi fly sebab nak makan nasi goreng dekat warung depan maktab aku.

sooner..

"ni sape punye handfon?"
"saya ustaz"
"saya tak pernah cakap ke yang handfon dilarang di maktab?"
"ade ustaz"
"Lagi sekali saya nampak, saya jual. duitnya saya beli quran letak kat surau"

Nasib baik gua handal hendel situasi ni secara macho.

ps : berapa banyak kali la Ustaz Razali cakap ' lagi sekali'. tapi takde apa. biasala, tu la namanya guru. guru x pernah benci pelajar. tapi pelajar benci guru ramai.

Thursday, March 11, 2010

Sarung Tangan

Itu hari lepas habis kelas aku ajak kawan aku Fido beli barang di pasaraya berdekatan dengan universiti. Memang kebiasaan hujung minggu kene la beli barang. Memang aku dah agak,hari tu sejuk dia lain macam. Aku syak dia punye temperature jatuh lebih kurang -20 lebih jugak la.

Aku bukak zip, carik glove. Oh, zip beg.. bukan zip seluar. zip seluar nak simpan glove ape jadah.
sialan betul, saat-saat genting macam ni la boleh tertinggal. Nasib baik dekat, jalan kaki pun tak berapa nak banyak kene menapak.

Dalam setengah jam macam tu, aku dengan Fido dah nak bertolak balik. Ye memang sekejap aku berbelanja. Kalau ikutkan pergi beli barang dengan cik puan besar aku, x dapatla setengah jam. berjam-jam ade la. Aku paling menyampah tempah sesak dengan orang. macam-macam perangai pelik aku jumpa.

"автобус или трамваи"?
Aku tanya Fido siap dengan slang Russian style Adrey Arshavin. Ala, sekali sekala buat poyo blog sendiri ape lah sangat kan?
maksudnye " bus atau tramp"
Fido kate naikbus lagi senang, tak payah jalan jauh2 pergi tempat tramp.
Tunggu punye tunggu bas haram tak ade. memang carik gaduh.
Aku rase ade dalam 40 minit tunggu, tangan aku x pakai glove dah rasa lain macam.

"ah, mampus r, menapak r tmpat tramp"

Aku dengan fido menapak la pegi tempat tramp. Tramp sampai aku terus terjah masuk. Kakak konduktor dah ready depan pintu tramp.

Aku bukak zip ambik wallet. lagi sekali, bukan zip seluar, tapi zip beg. Tangan aku kebas dan ade sedikit proses pembesaran. Kakak konduktor dah usha select kat aku. dia tolong amikkan duit dalam wallet aku. Aku nak amik tak boleh, tangan problem.

Last2 free2 kene sekolah dengan kakak tu.

"tu la hang tau sejuk tak pakai glove pasai pa? kan dah susah. lain kali pakai glove tu"
*russian translate to bahasa kedah

kakak konduktor tu amik tangan aku, dia gosok bagi hilang sejuk.

aku tengok luar, budak-budak kecik yang aku syak baru nak daftar tadika lepak-lepak main salji siap baring-baring.

cilaka..

ps : agak-agak2 macam mana la diorang boleh panjat gunung everest.. memang cool..

Wednesday, March 10, 2010

Rekoder

Mase aku balik dari kelas petang tadi, aku nampak ade satu budak main tiup rekoder. Aku usha rekorder dia, kaler putih.

Teringat mase aku sekolah rendah, cikgu muzik aku ajar main rekoder. Time tu aku takde rekoder lagi. Menatang tu pun aku baru kenal. Cikgu aku masuk bilik rahsia dia, dia bawak keluar satu bakul penuh rekoder. Dengan muka anker dia suruh budak kelas aku amik rekoder sorang satu.
Aku perati, rekoder tu tak berapa nak cun. Entah zaman bila, dah berapa generasi guna rekoder tu pun aku tak tau. Serta merta aku buat alasan tak nak tiup.

Minggu depannya, aku kena ambik tindakan drastik. Aku ajak bapak aku beli rekoder satu. Senang hati aku, tak payah nak bimbang taraf kesihatan kuman berjangkit melalui air liur.

Esok tu aku ade kelas komputer. Biasala belajar basic2. Aku cek2 rekoder sudah tertinggal di rumah. Ini memang cilaka.

Aku turun bangunan carik public fon sebelah kantin sekolah. Aku talipon bapak aku, bagi report rekoder tertinggal.

Tak berapa nak lame, bapak aku datang depan kelas komputer pegang rekoder pakai baju keje. Aku capai rekoder...

Cikgu Salfiah : eh, nak kemane tu?
*cikgu aku tanya aku, ade jugak iras2 Fauziah Latiff cikgu aku ni bila aku perati dalam2

Aku : nak duduk la cikgu.
Cikgu Salfiah : Ni, cakap apa?

Aku pandang bapak aku, cakap terima kasih. Aku salam bapak aku. Bapak aku senyum

ps : Hormatilah orang tua.. I love u dad!!

Tuesday, March 2, 2010

Wanita

6. Nicole Ann David
Itu dia!! dari Malaysia tercinta. Sumpah aku respect dengan Nicole. Sebab dia, Malaysia famous dengan skuasy. Malaysia Boleh!!



5.Audrey Hepburn
Audrey adalah pelakon awal 40-an dari England yang berasal dari Belgium. Apa yang menarik tentang Audrey adalah for sure dia cantik. (biasala, aku kan lelaki). Dia adalah sorang2nye yang pakai Tiffany Diamond dalam 'breakfast at Tiffany'. sape tak pernah tengok cite tu, boleh download ikut torrent ye. Aku dah 2 kali tengok. Audrey telah disenaraikan di hall of fame pada 1961


4.Bridgett Bardot
Bridgett adalah model, penyanyi dan pelakon dari France. Sampai hari ini, banyak pengaruh dia dalam modelling macam hairstyle. Di Brazil, orang-orang sana buat satu statue untuk Bridgett. Gile famous. Kalau aku buat statue sendiri, letak tengah KL mesti korang menyampah kan? tak pun kene tepek dengan sampah. Hahaha. Lastly, dia retired dari modelling sebab memperjuangkan animal rights.



3.Rosa Park
Rosa ini bukanlah penyanyi dari Indon yang berduet dengan Pasha ungu. Rosa Park adalah wanita yang memperjuangkan civil right for African-American. Macam biasa, orang-orang macam ini for sure pernah kene tangkap polis, masuk penjara. Rosa juga telah terima medal "Mother of the modern day civil rights" oleh Bill Clinton.



2.Oprah Winfrey
Mungkin ada wanita yang terjerit-jerit " Oprah!!! I love u! effing love u". ok, tu benda normal. Memang Oprah Winfrey banyak memberi impact pada gadis-gadis dan aunty-aunty. plus, Oprah Winfrey is the most highest rated show in America. Go Oprah, go!



1. Ellen DeGeneres
Ye, Ellen. Sape yang tak tau pasal show Ellen kan? mungkin ade yang tak tengok, tapi mesti serba sedikit tau pasal show dia. Owh, btw Ellen yang sebelah kiri. Yang kanan tu Portia De Rossi, Australian actress.

ps : Isnin depan merupakan cuti umum di Russia sempena Women's Day. Kepada wanita-wanita, selamat hari wanita!