Monday, December 31, 2012

Kisah Cinta Faiz

"Aku rasa tenang meneropong alam hijau. Mungkin satu hari nanti aku dapat menoropong hati seorang makwe pula?"
Faiz Malik, Langkawi, 2012


Faiz adalah seorang lelaki metropolitan yang bagus orangnya. Berbudi bahasa, bijak, cergas bermain bola dan juga pandai mengambil hati orang tua. Namun cuma hati Cik Orked sahaja yang sampai hari ni dia masih gagal. Bila cerita pasal Cik Orked, Faiz akan serta merta menjadi bangang dan tak boleh berfikir waras.

Ceritanya bermula pada suatu petang yang dingin, selepas hujan lebat di kawasan Johor Bahru. Waktu itu Faiz berada di rumah kepunyaan bapanya, Encik Malik. Waktu petang begitu memang molek benar kalau duduk menyandar di depan tv sambil mengunyah keropok ikan. Faiz lebih suka memilih untuk menonton drama petang bergenre kontemporari yang ada gadis-gadis kulit licin dan berkonflik kekeluargaan yang tak sudah-sudah. Lalu duduklah Faiz melanguk di depan tv menonton drama sambil baring tak berbaju.

Nak dijadikan cerita, sedang beliau asyik menonton drama dan menguyah keropok ikan secara berselang-seli, tiba-tiba beliau mendapat satu panggilan dari Cik Orked,

*Truut Truut

Cik Orked : Awak kat mana? free tak?

Faiz : Saya dekat gym ni. Hmm boleh la, free jugak la.

Cik Orked : Saya nak mintak tolong awak. Kereta saya tayar problem pulak. Kalau awak sibuk takpe its okay.

Faiz : Saya pun baru je habis excercise ni. So nanti mesej la kat mana tempat kereta awak tu berada. Saya datang sekarang

Cik Orked : Okay nanti saya mesej awak.

Faiz terus ke bilik dan menyarungkan t-shirt beliau lalu terus berlari ke bawah sambil mencapai kunci kereta dan 2 keping keropok ikan. Nampak benar gelojoh, serupa macam lelaki tipikal di luar sana. Mesej dari Cik Orked yang dijanjikan pun tiba. Faiz hanya tersengih membaca alamat yang bakal dituju seorang diri sampai menampakkan cebisan keropok ikan yang masih lagi segar terselit di celah gigi beliau.

*Truut Truut

Faiz : Saya on the way ni. Awak jangan risau, saya dah nak sampai. Awak duduk je dalam kereta, kunci pintu.

Cik Orked : Sorry la awak, kawan saya dah datang ni. Dia tolong bawakkan mekanik.

Faiz : Oh.. So awak balik nanti macam mana? Nak saya hantarkan?

Cik Orked : Eh takpe, saya balik dengan kawan saya. Sorry sangat susahkan awak datang all the way.

Faiz : Eh takpe bagus la kawan awak sampai, ni pun traffic jam. Lagipun saya nak ke gym balik lepas ni.

Cik Orked : Kalau macam tu, terima kasih. Nanti anything just call me, I owe you one.

Seraya kereta yang dipandu Faiz melewati kereta Cik Orked yang tersadai di bahu jalan. Di perlahankan sedikit  kelajuan keretanya dan beliau melihat ada seorang makenik yang merepair tayar kereta, Cik Orked yang sedang berbual dalam talipon dan juga seorang lelaki bertubuh sasa berkereta Honda Jazz.

Faiz : Eh okay lah awak. Saya pun dah on the way ke gym balik. Nanti apa-apa hal call je.

Faiz meletakkan telefon bimbit beliau sambil teringat bibit-bibit drama petang yang pernah beliau tonton satu ketika dahulu.


Saturday, December 29, 2012

Kisah Cinta Badrul

"Lepas aku break, aku terus potong rambut serupa Neymar, pemain bola Brazil"
Badrul, September 2012

Di suatu pagi yang hening, Badrul keluar dari rumah dengan mengenakan sepasang kasut sukan dengan matlamat untuk berjogging mengeluarkan peluh. Katanya, mahu menyahut cabaran kerajaan untuk elak sakit jantung. Di tangan kanannya ada blackberry curve dan sebelah kiri pula ada biskut kering bergula. Setelah mengenakan kasut sukan yang mana talinya sudah diikat rapi berupa bentuk riben, maka Badrul terus ke pintu pagar rumah untuk keluar berjogging.

Tiba-tiba blackberry curve beliau berbunyi dari dalam poket. Waktu itu beliau sedang berjogging di kilometer yang ke 8. Perlahan-lahan langkah beliau makin berkurangan kelajuananya dan mukanya terukir sebuah senyuman sambil dihiasi cahaya  sang matahari yang sedikit memancar dengan kontras aperturenya yang sedang-sedang. Setelah melihat ke skrin blackberry, beliau jadi lagi tersenyum pabila melihat nama 'baby' di notification bbm. Maka dibukanya lalu dibaca mesej pendek dari orang tersayang.

"Kita break. Jangan contact saya lagi"

Begitu tajam dan kejam mesej yang dihantar oleh babynya. Badrul terpinga-pinga sendirian di selekoh jalan bersebelahan bas sekolah kuning bersama blackberry yang masih lagi ditangan beliau. Angin pagi yang bertiup membuatkan matanya berkaca. Akhirnya beliau tewas dengan egonya. Beliau menangis teresak-esak sambil air matanya mengalir deras melewati cahaya matahari yang kian meninggi lalu terbentuk lah pelangi kecil disisi Badrul. Budak sekolah yang melihat menjadi kagum sebentar dengan kejadian itu dan sedikit demi sedikit bas sekolah kuning hilang dari pandangan meninggalkan Badrul yang mengutip saki baki hatinya di bahu jalan.

Wednesday, December 26, 2012

Cepat Sembuh Uncle Rosman

Aku masih ingat pada waktu itu, Udi baru balik dari politeknik dan terus singgah ke rumah aku. Waktu itu cik puan besar aku suruh Udi tunggu untuk minum petang bersama. Selang berapa ketika, selepas dapat mesej di handfon Udi terus minta diri sekejap. Tak lama lepas itu, aku lihat kelibat Udi depan rumah basah dengan hujan

"Lu kemana di? takkan la jumpa awek gini macam?"

"Adik gua sms,  bapak gua teringin goreng pisang."

Aku terdiam, pandang Udi yang tersengih macam tiada apa.

"Ajak Udi tu minum. Tuang air. Mari Di, minum sekali"

Cik puan besar memberi signal kepada aku untuk mengajak Udi minum sekali. Waktu itu  aku terasa sebak dengan Udi. Satu perkara yang aku sangat suka dan respect sama Udi adalah dia sangat mementingkan keluarga. Dia hormat mak dan abah dia, dia sayang adik-adik dia, dan dia tak pernah merungut tentang keluarga. Kisah aku dan Udi memang sudah terlalu banyak kami berkongsi bersama kerana kami membesar dan berkongsi pelbagai perkara sejak kami belum tahu apa-apa pasal dunia.

Kami bukanlah dari keluarga yang punya aset jutaan ringgit, mampu mempunyai jet peribadi. Kami sekadar orang kebiasaan yang lebih suka memerhati dan berfikir dari pelbagai aspek. Aku kenal jiwa Udi, jiwa seorang manusia yang rasa dan berfikir dari pandangan paling bawah.

"Kadang-kadang, lu ada kat atas tinggi macam mana pun satu hari lu akan turun juga."
-Udi, gerai sate waterfront, 2012

To Udi my friend, my rock n roll brother : Gua doakan Pak Cik Rosman cepat sembuh. Gua harap juga lu tabah dalam menghadapi dugaan kehidupan yang tak selalunya suka dengan kita. 




Saturday, December 22, 2012

Tuhan Palsu Bab 5 : Asing

Dari kita dulu yang biasa-biasa, sekarang jadi macam saling tak kenal rupa. Dari sejak peristiwa itu, aku terus hilang macam seolah-olah aku ini seorang manusia yang kau kenal, yang tiba-tiba bertukar menjadi seorang makhluk asing.

Di mana kau berada  dan apa yang sedang kau lakukan, aku tak punya idea. Aku juga pasti kau pun begitu, malah mungkin tak pernah langsung terfikir macam apa yang aku fikir. Hari itu aku teringat zaman sekolah ketika kau bagi sekeping coklat sebelum peperiksaan. Sebagai ganti aku beri cd lagu mariah carey. Ketika itu, mariah carey pun kau tak pernah tahu sehinggalah kau dengar cd aku.

Tapi kini walaupun sejauh mana kita berada, kita tetap berada di satu lingkungan yang hampir, iaitu di dunia maya yang boleh di sambung dengan bantuan teknologi dan laman sosial. Tapi kau dan aku sudah menjadi asing yang takkan lagi bisa kenal. Lalu konklusinya kita sangat jauh. Bagai dari dunia planet yang berbeza.

Thursday, December 20, 2012

Tuhan Palsu bab 4 : Makwe Hijabster Dan Kek Vanilla

Hati kecil aku tiba-tiba berkata, memberitahu aku yang mungkin aku memang sudah jatuh hati dengan seorang makhluk bernama wanita bertudung violet yang keseorangan dengan sepotong kek vanilla di meja hujung.

Dari air mukanya, tergambar bahawa betapa dia itu keseorangan sama seperti aku. Mungkin dia juga tercari-cari putera impiannya. Telefon bimbitnya resah dikeluarkan dari tas tangan. Sekejap keluar, sekejap masukkan balik. Aku yang melihat pun sedikit nervous.

Secara tiba-tiba dia bangun dan menghampiri aku yang kaku di depan kaunter. Aku jadi panik lalu pantas mata aku mencari kalau-kalau ada utusan malaysia atas meja untuk aku sorokkan muka yang malu. Malangnya orang Malaysia memang tak gemar membaca surat khabar. Lagi-lagi waktu petang sebegini.

" Do you mind?"

Lalu satu tangan yang begitu lembut teksturnya, cerah dan perfect dari segi tona kulitnya mencapai beberapa keping tisu yang jaraknya terletak beberapa kaki saja didepan aku. Soalan mudah yang dia lontarkan pada aku hilang begitu saja tanpa jawapan dari aku. Kalau masa itu ada budak tadika yang bertanyakan bagaimana hendak membaca doa makan sekalipun, aku percaya aku akan gagal.

"Va-vanilla cake pl-please"

Ye, itulah perkataan yang automatik keluar dari aku setelah disapa oleh puteri idaman yang entah dari mana. Aku nekad, kalau dia bertanya satu lagi sekali pada aku, aku nekad, aku minta nombor telefon terus.

Dia ambil tisu, habiskan saki baki airnya lalu pergi. Lalu dia hilang sedikit demi sedikit dari pandangan aku, seorang lelaki yang berdiri bersama sepiring kek vanilla yang penuh rasa untuk diceritakan pada dia.

Petang itu, aku kalah lagi sama perasaan sendiri.

Thursday, December 13, 2012

Prosa

Setiap pengakhiran yang terlakar diakhir sebuah cerita adalah hasil dari bagaimana cara pengolahan cerita itu sendiri.

Dari setiap usaha dan titik peluh yang kau keluarkan ikhlas pasti berbayar setimpal dengan apa yang kau usahakan.

Kerna tuhan itu maha adil.

Wednesday, December 12, 2012

Dan Bila Esok

Aku tak mau tulis panjang-panjang. Cuma aku mau beri peringatan kepada diri sendiri, esok masa presentation jangan lupa sikat rambut pakai sikat nipis. Kemeja pula warnanya biar cerah, sedap mata memandang. Segala teks, folio dan lukisan kejuruteraan jangan mengada tinggal di rumah...

Oh lagi satu, siapa yang cerita perihal 12 haribulan 12 tahun 2012 lagi lepas ni, aku lempang. Sekian

Sunday, November 18, 2012

Entry Serius (Isu Boikot)

"I will put them (Palestine) back to middle age"
-Benjamin Netanyahu

Itu adalah komen dari PM Israel mengikut sumber RT news Russia pagi tadi. Dan awal pagi tadi aku tengok ramai bergaduh dengan pendapat masing-masing berkaitan boikot dan sebagainya.

Beginilah, dari mengeruhkan keadaan yang telah 'stiff' atmosferanya, aku hanya mengambil keputusan untuk menulis di blog dari menambah buah fikiran di facebook walaupun banyak yang aku nak sampaikan.

Persoalan yang pertama adalah isu boikot produk yang menyalurkan keuntungan untuk zionis. Di Malaysia sekarang tengah hangat pasal memboikot Starbucks, KFC, dan Mcd. Matlamat mereka adalah untuk menyekat pergerakan zionis dengan menyekat sumber ekonomi mereka dengan cara memboikot 3 franchais diatas. Sebagai contoh aku ambil Starbucks. Di Malaysia terdapat 126 franchais. Terangkan plan dan strategi tentang bagaimana cara boikot yang benar-benar berkesan. Isu boikot ini aku samakan seperti demam. Bila terasa bahangnya dari zionis yang mereka lihat di kaca tv, serta merta demam boikot melanda rakyat Malaysia. Kalau kita lihat franchais di Arab Saudi, 6 franchais di Mekah dan 26 franchais di Madinah. Cuba google isu boikot di Mekah dan Madinah ni. 

Persoalan kedua adalah sikap kita yang terlalu mudah meletakkan hukum, menghalalkan sesuatu yang mereka rasa padan dengan citarasa sendiri. Aku ada lihat di facebook bagaimana dia mempertahankan isu boikot yang "berkecuali". Jika benar mereka telus dengan idea boikot ini 100%, mengapa tidak dibuangkan saja terus iphone, jangan pakai intel, jangan pandang android, malah tak perlu heboh dengan ideologi yang bagi aku 'cetek' di facebook. Delete saja akaun facebook, ke atau tak termasuk dalam list boikot? Ada antara mereka mengatakan bahawa barangan serupa teknologi ini kononnya tak usah di boikot kerana dengan teknologi ini kita boleh gunakan sebagai medium counter attack. Aku setuju, namun bukankah itu selfish? Mengapa tidak kita fikirkan  saudara kita di Malaysia yang membanting  tulang berkerja siang malam di Mcdonalds? Apakah sumber mereka itu juga tidak halal dan perlu dicegah? 

Persoalan yang ketiga ialah berkenaan betapa ceteknya pemikiran orang Melayu. Bagi aku isu boikot ni umpama lawak yang tak sudah. Orang kita memang suka melatah. Bila tiba demam boikot, semuanya boikot. Pantang ada yang terkecuali, mulalah nak bertegang leher. Boikot ini satu pilihan diri  dan bukannya trend. Semuanya bergantung pada individu itu sendiri sama ada mereka mahu atau tidak. 

Apa yang berlaku pada saudara Islam kita di Gaza, kita sama-sama rasa pedihnya. Melihat orang kita sendiri bercaci maki sesama sendiri atas dasar buah fikiran yang berlainan adalah pedih dan sedih. Semoga suatu hari nanti anak-anak Gaza mampu tersenyum kembali. 

Saturday, November 17, 2012

Cinta Dewi (Bab 2)

*sambungan Cinta Dewi

Pukul 10.25 malam. Aku keluar dari ruang kerja lalu ke kedai makan. Kotaraya yang tidak pernah mati, makin ceria menampakkan wajahnya.

“Khamis malam Jumaat. Patut la..”

Aku membuat kesimpulan sendiri lalu memesan makan malam yang lewat. Di sudut yang tidak jauh dari kaunter, dan dekat dengan televisyen adalah tempat aku melepaskan segala penat dari kerja. Lazimnya aku ke kedai makan itu pada waktu begini, tempat itu mesti kosong. Mungkin nasib aku selalunya baik. Tapi hari esok tuhan saja yang tahu.

Kad biru muda dari dalam sampul surat putih yang aku terima petang tadi betul-betul buat aku terfikir tentang persoalan yang sering aku tanyakan pada diri sendiri. Aku keluarkan dari sampulnya dan aku tatap sambil teringat pesan bonda dari kampung.

“Minggu depan jangan lupa balik kampung. Adik kamu bukan ramai, sorang tu aje lah.”

Teringat pesan bonda, aku jadi tersengih. Alhamdulillah, setelah hampir 5 tahun setengah tiba juga jodoh Hanisha. Akhirnya apa yang dihajatkan bonda termakbul. Cuma tinggal kisah hidup aku yang menjadi persoalan pada bonda. Kisah cinta dan jodoh yang tak kemana.

Sudah hampir 3 tahun namun memori bagaimana aku berjumpa dengan Dewi di Jakarta masih bermain di kepala aku. Berulang kali, pada masa-masa yang aku ingin ingati. Biarpun Dewi telah aku miliki langsung dari Raden Saleh, namun perasaan yang satu itu tetap saja ada didalam dada. Malah lebih kuat.

"Mungkin masanya telah hampir"

Fikiran aku terus membuat bermacam kepelbagaian tanpa sedikit apa yang aku lihat di televisyen dapat memberi aku jawapan.

Monday, November 12, 2012

Gua dan Ari Rahmanda (Bab Filem Hulk)

Sebagai seorang pekerja, waktu terima gaji itu adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu. Oleh kerana sepanjang keberadaan Ari di Malaysia, beliau belum pernah ke shopping mall, membelah belah dan mengusha gadis-gadis tayang peha di tempat urban maka pada suatu hari beliau menyatakan hasrat beliau.

Selalunya di waktu hujung minggu, gua selalunya memilih untuk santai-santai dirumah, menonton televisyen, bersenam di laman rumah dan juga membaca harakah. Tapi minggu itu gua sudah janji dengan Ari untuk ke shopping mall.

Ari : Cepatlah Mil siapnya. Kita udah lambat ni.

Gua : Cepat-cepat nak kemana?

Ari : Nanti di jalan lagi sibuk. Kan orang pulang dari kerja.

Gua : Okay, bagi gua 10 minit.

Gua pun terus bersiap mandi. Selepas mandi, gua tengok Ari sedang menonton filem incredible hulk sambil baring mengiring atas karpet.

Ari : Mil, percaya nggak filem hulk ini ide asalnya dari Indonesia

Gua pun berfikir seketika mencari filem hulk version indo.

Gua : Ahh banyak la. Kalau America gua percaya

Ari : kok nggak percaya?

Gua : Kalau kau tanya orang lain pun, konfem sorang pun tak percaya.

Ari bangun dari pembaringan seraya berkata.

Ari : Yang benar kamu nggak percaya?

Gua hanya diam, membetulkan rambut dicermin

Ari : Kamu tau nggak di Indonesia itu ada filem Mak Lampir. Nah, warnanya kan sama aja.. warna hijo.

Gua menjeling Ari yang tersengih. Mungkin menurut beliau, beliau telah berjaya buat lawak of the day lalu gua pun bagi sebuah sidekick yang padu. mungkin juga Ari sekarang trauma bila dengan filem Hulk dan teringat muka gua.
  

Saturday, November 10, 2012

Gua dan Ari Rahmanda (Bab Rumah Sewa)

Memandangkan Ari adalah pekerja praktikal, maka beliau haruslah mencari rumah sewa yang berhampiran dengan resort untuk memudahkan kerja ulang alik. Suatu petang, semasa waktu rehat gua ternampak Ari di sudut rehat.

Gua : Woi, dah makan?

Ari : Sudah Mil.

Jawab Ari ringkas dan padu.

Gua : Tu, Fara. Awek favorite lu la Ari. Dia dengan Kak Mas tengah on the way ke cafe.

Ari : Ala, biarkan la Mil.

Gua jadi pelik. Selalunya kalau gua tak bercerita pasal Fara pun si indon ni yang beria-ia tanya gua pasal Fara.

Gua : Lu homesick ke apa ni?

Ari : Mil, kamu tau gak di mana ya mau cari rumah sewa yang keren? harganya nggak mau mahal-mahal la Mil.

Gua : owh rumah sewa.. boleh nanti la gua tunjuk lepas kerja. Nanti lepas kerja, tunggu di parkir kereta. okay?

Ari : Nggak susahkan kamu ya Mil?

Gua : Enngak la mas..

Ari jadi lega. Gua fikirkan dia homesick ke apa.

***********************************************************************

Lepas kerja, gua lihat Ari sudah menunggu disebelah kereta. Tanpa banyak cerita, gua terus ke Petronas berhampiran, tuang minya sepuluh ringgit. Waktu tu nak tuang minyak sepuluh ringgit pun berfikir 2-3 kali. Baru gua faham macam mana susah cari duit.

Lepas gua tuang minyak, gua terus menuju ke Orna golf country resort. Gua terus ke bahagian rumah banglo. Ari jadi hairan dan cemas

Ari : Mil, apa benar sini tempatnya. Rumahnya gede semua la mil, pasti mahal ni bayarnya

Gua : Kalau lu nak tau, area melaka ni rumahnya semua full. Sini aja yang ada.

Ari kembali cemas.

Sampai di sebuah lot, gua memberhentikan kereta.

Gua : Lu tunggu sini dulu, aku mau nanya okay?

Ari hanya diam, mukanya tergambar kerisauan seperti risau ditangkap pegawai imigresen.

Gua terus ke rumah berkenaan, tekan doorbell 2 kali dan masuk. Tak sampai 5 minit, gua kembali keluar dan terus masuk kereta.

Gua : Ari, ok set! esok rumah ni kau punya. Sewa bulanan RM 1200

Ari : Kamu gilak ya Mil??! mahal sekali sewanya!

Ari menarik nafas panjang sambil tersandar di seat kereta. Muka beliau kembali kusut seperti di resort petang tadi.

Gua : Hahaha, chill bro.. chill. Itu rumah pakcik saudara gua. Okay, sekarang kita pergi rumah sewa kau, ambik segala barang, duduk rumah aku.

Ari : Yang benar ni Mil? Parents nya kamu bagaimana?

Gua : Dalam rumah tu, gua tinggal sorang. Parents gua ada di Johor. Sewa bulanan, nggak perlu. Lu pun berapa la sangat dapat elaun bulanan tu. Baik lu pakai buat tengok wayang sama Fara.

Ari : Terima kasih ya Mil.

Dalam perjalanan ke Ayer Keroh balik, gua terjebak melayankan Ari makan di gerai bakso. Rindu makanan seberang katanya.

Thursday, November 8, 2012

Gua dan Ari Rahmanda (Bab Bahasa Pengenalan)

Selepas habis SPM, gua mempunyai pengalaman kerja part time di sebuah resort yang tenang, bertempat di Ayer Keroh Melaka. Waktu itu juga, selepas hampir sebulan gua menjalankan tanggungjawab dengan effisien sehingga menarik perhatian bos gua dan anak bos gua yang bernama Nurul Izzah, datanglah seorang lelaki dari tanah jawa atas dasar praktikal di resort itu. Arakian bermulalah cerita gua dengan seorang lelaki bernama Ari Rahmanda

Sewaktu hari pertama bersuai-kenal, gua dah boleh tangkap yang Ari ni perangainya boleh tahan cilaka juga. Hari pertama dah boleh speaking bahasa Indonesia gaul sama gua.

Ari : Namanya shiapa?

Gua : Muzamel. Panggil mel sudah

Ari : owh mil, sudah lama kerja disini?

Gua : Mel, bukan 'Mil'. Itu bunyinya lain dan pelik bro

Ari : Ya iya la, sama aja kan. Aku nggak bisa sih ngomong kaya orang malisia. Bahasa Indonesia itu kan nggak banyak bezanya dari malisia. Yang penting aku bangga sama bahasa ibunda.

Gua geleng kepala mengenangkan perangai Ari, namun jauh disudut hati aku faham situasi dia yang mungkin susah nak menyesuaikan diri di negara asing. Di waktu yang sama maka datanglah satu susuk tubuh berskirt hitam fit, melintas lalu depan kami berdua dan hanya meninggalkan sisa-sisa bau perfume yang menusuk kalbu. Itu adalah kawan office gua. Namanya Fara. Kalau lu orang masih ingat entry "Melodi Okestra Petang", gua pernah cerita perihal Fara disitu.

Secara automatik, dasar mata lelaki tipikal tanpa mengira bangsa dan agama, mata Ari sibuk mengusha Fara.

Ari : Shiapa tu Mil?

Gua : itu rakan kerja. Namanya Fara. Lu pergilah kenalkan diri.

Ari pergi mengenalkan diri ke Fara,

Ari : Hai, my name is Ari.. Ari Rahmanda. Nice to meet you

Fara : I'm Fara, nice to meet you too.

Ari : Maybe if you free sometime, we out.. dinner..

Sebelum Fara sempat menjawab, gua flying kick Ari pada bahagian abdomen lalu rusuknya patah 2.

Monday, November 5, 2012

Bukan Memori Tingkatan 5

Dari kiri : Fathi (mad driver), Syah (god of panther), Syamil/Syamron (womanizer)
 Mamu (best kari cooker), Gua (Rocker), Bos (Gamer), Jalal (Screwdriver)


Berikut adalah gambar gua masa nak ke Biro Tatanegara (BTN). Rambut pun nampak kemas cuma Syamil sahaja yang degil sikit, pesen orang tak nak dengar kata.

10 Fakta BTN 2008 di Meru, Klang.

1. Syamil minat seorang awek Chindia (China + India) yang bernama Vinotini dan masih skype hingga kini.

2. Syah bertemu pelengkap jiwa (kononnya), seorang pelajar medic yang kini berada di Ireland bernama.. entah gua lupa

3. Hanya kami sahaja yang mandi jenis guna kolah air sebagai swimming pool sehingga pelajar lain hilang selera nak mandi

4. Bestfriend gua time ni satu group dengan gua. Nama dia Balan.

5. Balan masih percaya fakta yang aku tipu dia mengatakan syah seorang gay

6. Dalam group gua masa tu ada seorang mamat dari sekolah Alam Syah yang hari-hari cerita rugby. Naik hari ke 3 dia cerita rugby, dia hampir kena siku dengan aku. Hampir..

7. Aktiviti paling cool adalah terjun dari bangunan menggunakan tali keselamatan. Antara watak di atas, Bos paling cantik terjunannya. Siap dengan irama dan lentik badan walau pada awalnya gua yakin tak yakin dengan dia. Sumpah gua tak tipu

8. Hanya budak medic dan akaun sahaja yang study buku sejarah tingkatan 5 kononnya nak jawab exam BTN dan kononnya kalau fail exam tu tak boleh sambung belajar ke luar negara. Apa ke bangang..

9. Aktiviti paling cilaka pulak ialah merentas desa berbukit. Buat pelajar perempuan yang nak ke BTN Meru ni, jangan nak mengada pakai pump shoe buat merentas desa. Kene gigit pacat nanti menangis, menyusahkan orang, buat semua orang lain lambat ke garisan penamat dan akhirnya kalah.

10. Secara keseluruhannya, gua rasa happy di kem BTN tu dan sebabnya hanya satu. Sebab muka-muka yang ada dalam gambar diatas. Bab kelas politik semasa tu, gua tak ambil port sangat.

p/s : Sweetheart too :*
p/s/s : Tiada niat meniru tajuk


Sunday, November 4, 2012

Cerita Benar Seorang Teman Geek

Seorang perempuan merenung skrin telefon bimbit yang tertera sepatah mesej ikhlas dari seseorang. Selang beberapa ketika, lalu dia pun membalas kembali mesej ringkas itu,

"Euww.. you are not in my league. Who needs a geek like you?"

Telefon bimbit kembali diletakkan kedalam tas tangan. Mesej yang dihantar tadi terus terbang ke langit lalu diserap masuk oleh satelit. Lalu sang satelit menghantar  mesej pendek itu terus ke bawah kembali. Perlahan-lahan mesej itu terbang melewati angkasa lepas yang gelap, menelusuri lapisan ozon, meredah awan biru lalu tiba ke muka bumi dan terus tertera di skrin telefon bimbit yang satu lagi.

2 mata berkaca mata tebal membacanya lalu dia juga meletakkan kembali telefonnya di atas meja bersebelahan cawan berisi espresso.

Lalu dia berkata dalam hati :

"Everybody in this world need a geek like me. This geek is one out of million people out there that gonna find a cure for your AIDS one day. One day.."

Antara Aku dan Makcik Security Apartment

Aku baru balik dari membeli roti dan syampu rambut. Cuaca agak baik dengan suhu yang sedang-sedang, cuma hujan renyai yang kadang-kadang memercik terkena spek mata buat aku baran juga. Maklumlah, rabun.

Cerita tentang syampu, aku paling pantang bila mandi time tu syampu habis. Itu pun aku baran juga kadang-kadang. Hari ni aku tak cerita panjang. Lepas beli roti dengan syampu rambut aku terus balik rumah.

Masa aku sampai depan apartment, aku nampak seorang brader tengah tolak-tolak baby stroller depan pintu. Aku fikir mungkin brader berkenaan tengah tunggu bini dia yang sibuk bersolek nak di ajak keluar di hari minggu. Aku juga fikir yang dalam baby stroller tu tiada baby.

Aku ke pintu apartment untuk menekan loceng security. Aku dengar ada suara baby dari dalam stroller. Aku jadi serba salah lalu aku tanya brader tu,

Aku : Brader, nak masuk apartment ke?

Brader : Aah. Tunggu kawan saya. Tapi..

Aku : Tapi apa brader?

Brader : Tapi makcik yang jaga pintu tak bagi masuk.

Aku usha baby dalam stroller tu. Aku syak baru umur bawah setahun ni. Dengan basah kena hujan pulak.

Aku : Takpe brader. Kejap.

Aku tekan loceng security dan pintu pun terbuka. Aku jemput brader tu masuk.

Makcik security : Awak bagi dia masuk kenapa??

Aku letak beg plastik berisi roti dan syampu kemas-kemas disudut tangga. Aku usha makcik security yang bersuara dari tingkat 2.  Satu-demi satu anak tangga aku daki, menghampiri makcik security dan secara perlahan aku berbisik ke makcik security,

Aku : Pernah tengok cerita Ong Bak?

Muka makcik security jadi cemas tak menentu. Peluh memercik membasahi anak rambut beliau yang berwarna perang. Aku bisik lagi sekali,

Aku : Nak tengok aksi Muay Thai?

Makcik security tak tahan di saiko lalu pergi meninggalkan aku bersama roti dan syampu.

Saturday, October 27, 2012

Hey Gadisku

Hey gadisku,
Hidup rasa begitu lembut
Denganmu yang ada selalu
Meniup segala energi

Hey gadisku,
Wajahmu yang mau kulihat selalu
Yang selalu saja mengisi ketiadaan
Memberi rasa segala keseimbangan

Hey gadisku,
Darimu ku mengerti rasa tekstur hati kegelisahan
Kau cipta rasa yang bisa ditransportasi dari dua hati
Bukankah itu indah?

Hey gadisku,
Biar tubuhmu berkelana 
Aku disini dan kamu disana
Antara kita tak terwujud gestur seperti mereka

Hey gadisku,
Kita lalui jalan kita sendiri
Dengan segala sifat sama diri yang minor
Tak terfikir mau seperti klise mereka yang major

Hey gadisku,
Antara kita tercipta elegi rindu
Yang lebih kuat itu aku
Sepertinya akan selalu ada tanpa rapuh

Hey gadisku,
Kita bertemu kemarin di tanggal Maret
Gerak maju berirama seperti udara
Menuju ke tanggal tanggal Maret yang lain

Hey gadisku,
Kau asalnya itu gula-gula mimpi 
Seawal hadir dari rasa fantasi hati
Kini hadir benar menjadi permaisuri

Hey gadisku,
Aku jatuh hati
Dari tanggal Maret lepas hingga kini 
Moga kau bisa tau apa ada dikepala dan di dada
Tanpa memikirkan beza



Friday, October 26, 2012

Konsep kenapa makwe Udi tinggalkan beliau dibangku sekolah

Di suatu petang, aku dan Udi ke Taman Cempaka yang berhadapan Melaka Sentral. Memandangkan Udi dah bergaji dan tak perlu naik motor lagi, kami bergerak ke Taman Cempaka dengan wira aeroback, berkelajuan sederhana. 

Memang tepat perkiraan masa Udi. Kami tiba disana ngam-ngam pukul 7 lebih. Waktu dinner orang bilang. Selepas melangsaikan urusan makan kami berjalan menyelusuri bazar Taman Cempaka sambil mata melilau mencari apa yang berkenan.

"Lu tunggu kejap, gua nak pergi beli rokok"

Aku hanya mengangguk melihat Udi deras ke kedai serbaneka 7-eleven sambil duduk dibahu jalan memerhati orang yang jalan mundar-mandir dengan tujuan masing-masing.

"Ni apahal pulak lama sangat ni"

Getus hati aku selang beberapa ketika menunggu di bahu jalan. Aku kerling 7-eleven dari jauh dan ternyata perkiraan aku benar. Udi mengayat makwe cashier 7-eleven. Gampang.

"Sorry lambat bro, gua berbual dengan makwe cashier tu tadi. Tanya pasal bandar melaka ni"

"Ah sejak bila lu suka bertanya ni di? bukan gua tak kenal perangai lu"

"Bukan macam tu. Orang perempuan ni memang sukakan perhatian bro. Hati diorang lembut, tak macam lu dengan gua"

Udi meneguk sprite sambil bakar rokok sebatang dan menyambung,

"Lu tau kenapa makwe-makwe suka bunga?"

"Kenapa?"

"Sebab diorang ni insan penuh kelembutan. Kan bunga tu lembut. Hati diorang ni mudah tersentuh."

"Ohhhhh"

"Orang perempuan ni bro, suka sharing problem. Sebagai lelaki lu kena dengar masalah diorang ni walaupun lu tak mampu nak tolong. Dengar tu pun dah kira tolong apa?"

"Lu cerita pasal makwe dengan gua ni apa guna? gua tak macam lu di.. ranggi"

"Alamak, susah la story sama lu ni. Zero!"

Sejak hari itu baru aku faham konsep kenapa makwe Udi tinggalkan dia dulu 

Tuesday, October 23, 2012

Gua bersama Udi, berbual perihal makwe banking

Bila hari hujan lebat, aktiviti kita jadi terhad. Hari itu aku baru habis menghantar kertas untuk di fotostat. Berapa copy jangan ditanya. Selepas menghantar kertas aku berjalan ke kedai minum Melayu yang tak jauh dari Bank Rakyat sebab Udi dah menunggu disitu.

Udi pula lain cerita. Sementara nak menunggu adiknya pulang dari tuisyen, rutinnya mesti pekena teh tarik sebarang dua gelas. Kalau tidak dengan aku sorang-sorang pun jadi.

Cerita punya cerita, dan dari macam-macam orang yang lalu aku perasan seorang perempuan bertudung biru, beg tangan coklat. 

"Di, gua kalau nak cari gelfren, gua nak yang gitu macam"

"Mana satu?"

"Itu, warna biru"

Lantas 4 mata tertancap pada susuk tubuh perempuan berbaju kurung biru itu

"Gitu macam punya gelfren takkan suka la sama lu"

"Apesal pulak?"

Udi pandang gua serius.

"Gini la gua bilang serius sama lu honest punya. Yela cuba lu pikir. Dengan rambut lu, cara pemakaian lu. Ni, tshirt ni... semuanya foul."

Gua pandang t-shirt gua yang baru gua pakai pagi tadi sambil memikirkan apa yang Udi ingin sampaikan.

"Dah sekarang kita minum dulu. Cerita gelfren tu lu simpan dulu okay? Balik rumah lu fikir dalam-dalam."

Ya. Kehidupan rocker penuh onak dan duri, ranjau yang berbisa. Kalau takat t-shirt lusuh deep purple, makwe banking takkan suka.

Thursday, October 11, 2012

Magazine/ebook

**Untuk siapa-siapa yang mahu download magazine secara percuma,**
disini saya menyediakan sebuah blog untuk memuat turun magazine.
Semua magazine/ebook dalam bentuk pdf dan link ada di bahagian kanan blog.
Sekian, au revoir!


Monday, October 1, 2012

Tuhan Palsu bab 3 : Si Dia Di Taman Botani

Sakit perut dari kesan kuah asam pedas tengahari tadi masih membuak-buak perasaannya. Ketika itu aku sudah separuh jalan ke library untuk menyiapkan tugasan yang barangkali mungkin tak akan juga siap dalam masa yang sedikit itu. Oleh itu aku batalkan saja niat hati untuk pulang ke asrama mahupun singgah ke tandas kecil warna hijau terang di sebelah bilik guru.

Sampai di library kelihatan masing-masing sedang sibuk, sibuk dengan rencana masing-masing yang pelbagai. Aku duduk di suatu sudut, di hadapan komputer putih yang wallpapernya kelihatan menyenangkan, gambar pokok pine ditepi bukit hijau Amerika.

Lantas aku suakan pendrive ke badan komputer dan bersedia untuk bersama-sama ikut serta sibuk ditengah-tengah kelompok manusia yang juga sibuk. Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu, sekeping nota yang perlu aku hantar ke seseorang mengenai tugasan kuliah ekonomi dan juga sepotong mesej kecil dari hati untuk si dia. Lalu pada waktu itu aku tinggalkan kerja lalu berlari menuju ke taman botani kecil. Moga-moga si dia masih berada disitu.

Ternyata klise cerita lelaki yang macam aku, bayangnya sudah tidak kelihatan lagi lalu aku menarik nafas panjang bersama perasaan yang kurang menyenangkan. Aku kembali ke library dengan perasaan hampa yang berjuta kiranya.

Aku menyambung kembali norma kehidupan di sudut kecil library itu sehinggalah line internet berubah menjadi celaka. Dengan perasaan kecewa kerana si dia, sakit perut kerana asam pedas, aku terus berlari menuju ke router internet lalu aku menyepak kencang sepuas-puasnya. Lalu berterbanganlah serpihan router tersebut menuju ke meja-meja yang berhampiran dan tepat mengenai  2 orang gadis berkulit cerah, dan seorang pemuda berkulit sawo matang berkemeja crocodile.

Buku ekonomi dan fail biru atas meja dimasukkan kembali ke beg galas lalu perjalanan ke pintu muka library seakan jauh kerana pandangan mereka-mereka yang memandang tajam. 

Aku tersenyum dan hati kecil aku berkata,

Mungkin mereka marah barangkali. Mungkin? 


Saturday, September 22, 2012

Balerina

Aku tersungkur malam ini.
Dan aku ngelihat kamu,
dari ruang indah yang tak lagi harus ada.
Aku bersama cahaya yang kemarin,
kini malap langsung dilenyap malam .
Kita berdua punya karakter dari Dia.
Aku manusia rock and roll,
yang hanya menitip inci tubuhmu si balerina


Monday, September 17, 2012

Petikan "Tuhan Palsu" Bab 2

Seperti sebuah temu janji, malam itu kau datang lagi mengganggu mimpi-mimpi malam aku seperti mimpi-mimpi malam yang sudah. Entah berapa episod lagi kita harus bertemu secara sembunyi dibalik topeng ego masing-masing.

"Malam ini tuhan mahu bertemu dengan ku"

Bebola mata hitam aku hanya digerakkan sekitar 30 darjah ke kiri, tepat memandang dia yang senyum.

"Oh, bila?"

"Hari ini, malam ini, beberapa minit saja lagi."

Lalu si dia duduk diatas bangku kayu yang aku bina malam sebelumnya dan aku hanya berdiri tegak sambil memikirkan apa maksudnya berjumpa dengan tuhan.

"Jadi malam ini kau harus tolong aku buat kali yang terakhir"

"Tolong yang bagaimana?"

"Gali kan aku satu makam yang sempurna, tidak mewah, mengikut rasa kau sendiri."

"Ah! gila la kau ni"

Si dia bangun dari bangku sambil ketawa kecil lalu berbisik pada aku

"Aku tahu kau faham maksudnya"

Aku hanya mengangguk tanpa berkata apa seakan-akan setuju dengan permintaan yang satu itu.

-Petikan "Tuhan Palsu", Juice Zainal '12

Sunday, September 16, 2012

Petikan "Tuhan Palsu"

Di waktu itu bila aku perhatikan sekeliling, kalau ditambah tolak jumlahnya dengan mata kasar, di ambil kira faktor limit penglihatan yang terhad mungkin 3000 orang yang sempat aku kira. Semuanya menunggu babak percuma paling penting dari pelakon yang juga percuma iaitu aku.

Dari saku kecil, aku keluarkan sebiji gula-gula berwarna merah hati.

Lalu gula-gula kecil itu terus dilempar jauh dan hilang dari pandangan menjadi kabus-kabus kelabu, sementara aku masih lagi terpinga-pinga memandang dia yang mengetap keras bibirnya yang berwarna merah jambu.

Dia menoleh kebelakang lalu beransur-ansur pergi meninggalkan aku yang masih lagi kaku. Seraya itu manusia disekeliling mulai terbang seperti tiada apa yang berlaku.

-petikan dari "Tuhan Palsu", Juice Zainal '12

Thursday, September 13, 2012

Angan Hitam

Jangan difikir lagi wahai manusia hitam,
Simpan niat dan tanam cita itu dalam-dalam.
Fitrah aku juga warisnya Adam,
Di sepanjang jalan tak kira bising atau diam,
Sang dewi itu aku pimpin bila tibanya malam.

-Aku, 11.52 pm

Thursday, September 6, 2012

Sarawak Go!

Nampaknya misi aku bulan 9 ini sudah selesai. Dengan besar hati aku nyatakan bahawa keputusan misi aku itu diterima dengan hati terbuka dan dengan jayanya. Bagi aku, ini adalah permulaan langkah untuk victory paling besar dalam hidup aku.

Prosesnya berjalan lancar dan dari apa yang aku lihat dengan nyata lebih dari expectation yang aku lakarkan. Senang cakap, semuanya sangat ok.. Alhamdulillah :))

Dan kesempatan itu aku dan Cik Doktor berjalan disekitar bandar Kuching.

Bayridge, Santubong Beach

Green tea ice cream


Mount Santubong view.
The legend of Puteri Santubong died and became a mountain
(rotate 90 degree counter clockwise to see the face of Santubong)


Cultural Village, Kuching

The making of bahulu and kuih sepit. Traditional is way better



Orang Ulu's house. Very tall house (5 storey)
made of kayu belian which is believe as
one of the hardest wood in the world



Miss gf with Iban's costume



And I got the warrior costume of Iban's



Us :)




Close up miss gf transformed to Iban


Riverside Cruise, Kuching

Sunset view on the cruise



Kuching city



Before sailing through the riverside


Sarikin market, border of Kalimantan.

Hi, my name is Suparjo and I'm awesome



After a while walking..




Islamic craft work of Javanese




Along the Sarikin market



Songket Jawa just 10 to 12 MYR.



Looking for batik Jawa for my Cik Puan Besar (strategy miss gf, pfft)


ps : Some pictures banyak di camera Cik gf.
pss : Until two and two is three :*

Sarawak Go!

Nampaknya misi aku bulan 9 ini sudah selesai. Dengan besar hati aku nyatakan bahawa keputusan misi aku itu diterima dengan hati terbuka dan dengan jayanya. Bagi aku, ini adalah permulaan langkah untuk victory paling besar dalam hidup aku.

Prosesnya berjalan lancar dan dari apa yang aku lihat dengan nyata lebih dari expectation yang aku lakarkan. Senang cakap, semuanya sangat ok.. Alhamdulillah :))

Dan kesempatan itu aku dan Cik Doktor berjalan disekitar bandar Kuching.

Bayridge, Santubong Beach

Green tea ice cream


Mount Santubong view.
The legend of Puteri Santubong died and became a mountain
(rotate 90 degree counter clockwise to see the face of Santubong)


Cultural Village, Kuching

The making of bahulu and kuih sepit. Traditional is way better



Orang Ulu's house. Very tall house (5 storey)
made of kayu belian which is belief as
one of the hardest wood in the world



Miss gf with Iban's costume



And I got the warrior costume of Iban's



Us :)




Close up miss gf transformed to Iban


Riverside Cruise, Kuching

Sunset view on the cruise



Kuching city



Before sailing through the riverside


Sarikin market, border of Kalimantan.

Hi, my name is Suparjo and I'm awesome



After a while walking..




Islamic craft work of Javanese




Along the Sarikin market



Songket Jawa just 10 to 12 MYR.



Looking for batik Jawa for my Cik Puan Besar (strategy miss gf, pfft)