Dari kita dulu yang biasa-biasa, sekarang jadi macam saling tak kenal rupa. Dari sejak peristiwa itu, aku terus hilang macam seolah-olah aku ini seorang manusia yang kau kenal, yang tiba-tiba bertukar menjadi seorang makhluk asing.
Di mana kau berada dan apa yang sedang kau lakukan, aku tak punya idea. Aku juga pasti kau pun begitu, malah mungkin tak pernah langsung terfikir macam apa yang aku fikir. Hari itu aku teringat zaman sekolah ketika kau bagi sekeping coklat sebelum peperiksaan. Sebagai ganti aku beri cd lagu mariah carey. Ketika itu, mariah carey pun kau tak pernah tahu sehinggalah kau dengar cd aku.
Tapi kini walaupun sejauh mana kita berada, kita tetap berada di satu lingkungan yang hampir, iaitu di dunia maya yang boleh di sambung dengan bantuan teknologi dan laman sosial. Tapi kau dan aku sudah menjadi asing yang takkan lagi bisa kenal. Lalu konklusinya kita sangat jauh. Bagai dari dunia planet yang berbeza.

No comments:
Post a Comment