Monday, December 31, 2012

Kisah Cinta Faiz

"Aku rasa tenang meneropong alam hijau. Mungkin satu hari nanti aku dapat menoropong hati seorang makwe pula?"
Faiz Malik, Langkawi, 2012


Faiz adalah seorang lelaki metropolitan yang bagus orangnya. Berbudi bahasa, bijak, cergas bermain bola dan juga pandai mengambil hati orang tua. Namun cuma hati Cik Orked sahaja yang sampai hari ni dia masih gagal. Bila cerita pasal Cik Orked, Faiz akan serta merta menjadi bangang dan tak boleh berfikir waras.

Ceritanya bermula pada suatu petang yang dingin, selepas hujan lebat di kawasan Johor Bahru. Waktu itu Faiz berada di rumah kepunyaan bapanya, Encik Malik. Waktu petang begitu memang molek benar kalau duduk menyandar di depan tv sambil mengunyah keropok ikan. Faiz lebih suka memilih untuk menonton drama petang bergenre kontemporari yang ada gadis-gadis kulit licin dan berkonflik kekeluargaan yang tak sudah-sudah. Lalu duduklah Faiz melanguk di depan tv menonton drama sambil baring tak berbaju.

Nak dijadikan cerita, sedang beliau asyik menonton drama dan menguyah keropok ikan secara berselang-seli, tiba-tiba beliau mendapat satu panggilan dari Cik Orked,

*Truut Truut

Cik Orked : Awak kat mana? free tak?

Faiz : Saya dekat gym ni. Hmm boleh la, free jugak la.

Cik Orked : Saya nak mintak tolong awak. Kereta saya tayar problem pulak. Kalau awak sibuk takpe its okay.

Faiz : Saya pun baru je habis excercise ni. So nanti mesej la kat mana tempat kereta awak tu berada. Saya datang sekarang

Cik Orked : Okay nanti saya mesej awak.

Faiz terus ke bilik dan menyarungkan t-shirt beliau lalu terus berlari ke bawah sambil mencapai kunci kereta dan 2 keping keropok ikan. Nampak benar gelojoh, serupa macam lelaki tipikal di luar sana. Mesej dari Cik Orked yang dijanjikan pun tiba. Faiz hanya tersengih membaca alamat yang bakal dituju seorang diri sampai menampakkan cebisan keropok ikan yang masih lagi segar terselit di celah gigi beliau.

*Truut Truut

Faiz : Saya on the way ni. Awak jangan risau, saya dah nak sampai. Awak duduk je dalam kereta, kunci pintu.

Cik Orked : Sorry la awak, kawan saya dah datang ni. Dia tolong bawakkan mekanik.

Faiz : Oh.. So awak balik nanti macam mana? Nak saya hantarkan?

Cik Orked : Eh takpe, saya balik dengan kawan saya. Sorry sangat susahkan awak datang all the way.

Faiz : Eh takpe bagus la kawan awak sampai, ni pun traffic jam. Lagipun saya nak ke gym balik lepas ni.

Cik Orked : Kalau macam tu, terima kasih. Nanti anything just call me, I owe you one.

Seraya kereta yang dipandu Faiz melewati kereta Cik Orked yang tersadai di bahu jalan. Di perlahankan sedikit  kelajuan keretanya dan beliau melihat ada seorang makenik yang merepair tayar kereta, Cik Orked yang sedang berbual dalam talipon dan juga seorang lelaki bertubuh sasa berkereta Honda Jazz.

Faiz : Eh okay lah awak. Saya pun dah on the way ke gym balik. Nanti apa-apa hal call je.

Faiz meletakkan telefon bimbit beliau sambil teringat bibit-bibit drama petang yang pernah beliau tonton satu ketika dahulu.


1 comment: