Aku masih ingat pada waktu itu, Udi baru balik dari politeknik dan terus singgah ke rumah aku. Waktu itu cik puan besar aku suruh Udi tunggu untuk minum petang bersama. Selang berapa ketika, selepas dapat mesej di handfon Udi terus minta diri sekejap. Tak lama lepas itu, aku lihat kelibat Udi depan rumah basah dengan hujan
"Lu kemana di? takkan la jumpa awek gini macam?"
"Adik gua sms, bapak gua teringin goreng pisang."
Aku terdiam, pandang Udi yang tersengih macam tiada apa.
"Ajak Udi tu minum. Tuang air. Mari Di, minum sekali"
Cik puan besar memberi signal kepada aku untuk mengajak Udi minum sekali. Waktu itu aku terasa sebak dengan Udi. Satu perkara yang aku sangat suka dan respect sama Udi adalah dia sangat mementingkan keluarga. Dia hormat mak dan abah dia, dia sayang adik-adik dia, dan dia tak pernah merungut tentang keluarga. Kisah aku dan Udi memang sudah terlalu banyak kami berkongsi bersama kerana kami membesar dan berkongsi pelbagai perkara sejak kami belum tahu apa-apa pasal dunia.
Kami bukanlah dari keluarga yang punya aset jutaan ringgit, mampu mempunyai jet peribadi. Kami sekadar orang kebiasaan yang lebih suka memerhati dan berfikir dari pelbagai aspek. Aku kenal jiwa Udi, jiwa seorang manusia yang rasa dan berfikir dari pandangan paling bawah.
"Kadang-kadang, lu ada kat atas tinggi macam mana pun satu hari lu akan turun juga."
To Udi my friend, my rock n roll brother : Gua doakan Pak Cik Rosman cepat sembuh. Gua harap juga lu tabah dalam menghadapi dugaan kehidupan yang tak selalunya suka dengan kita.

-Udi, gerai sate waterfront, 2012
To Udi my friend, my rock n roll brother : Gua doakan Pak Cik Rosman cepat sembuh. Gua harap juga lu tabah dalam menghadapi dugaan kehidupan yang tak selalunya suka dengan kita.
No comments:
Post a Comment