Saturday, December 29, 2012

Kisah Cinta Badrul

"Lepas aku break, aku terus potong rambut serupa Neymar, pemain bola Brazil"
Badrul, September 2012

Di suatu pagi yang hening, Badrul keluar dari rumah dengan mengenakan sepasang kasut sukan dengan matlamat untuk berjogging mengeluarkan peluh. Katanya, mahu menyahut cabaran kerajaan untuk elak sakit jantung. Di tangan kanannya ada blackberry curve dan sebelah kiri pula ada biskut kering bergula. Setelah mengenakan kasut sukan yang mana talinya sudah diikat rapi berupa bentuk riben, maka Badrul terus ke pintu pagar rumah untuk keluar berjogging.

Tiba-tiba blackberry curve beliau berbunyi dari dalam poket. Waktu itu beliau sedang berjogging di kilometer yang ke 8. Perlahan-lahan langkah beliau makin berkurangan kelajuananya dan mukanya terukir sebuah senyuman sambil dihiasi cahaya  sang matahari yang sedikit memancar dengan kontras aperturenya yang sedang-sedang. Setelah melihat ke skrin blackberry, beliau jadi lagi tersenyum pabila melihat nama 'baby' di notification bbm. Maka dibukanya lalu dibaca mesej pendek dari orang tersayang.

"Kita break. Jangan contact saya lagi"

Begitu tajam dan kejam mesej yang dihantar oleh babynya. Badrul terpinga-pinga sendirian di selekoh jalan bersebelahan bas sekolah kuning bersama blackberry yang masih lagi ditangan beliau. Angin pagi yang bertiup membuatkan matanya berkaca. Akhirnya beliau tewas dengan egonya. Beliau menangis teresak-esak sambil air matanya mengalir deras melewati cahaya matahari yang kian meninggi lalu terbentuk lah pelangi kecil disisi Badrul. Budak sekolah yang melihat menjadi kagum sebentar dengan kejadian itu dan sedikit demi sedikit bas sekolah kuning hilang dari pandangan meninggalkan Badrul yang mengutip saki baki hatinya di bahu jalan.

No comments:

Post a Comment