Seperti sebuah temu janji, malam itu kau datang lagi mengganggu mimpi-mimpi malam aku seperti mimpi-mimpi malam yang sudah. Entah berapa episod lagi kita harus bertemu secara sembunyi dibalik topeng ego masing-masing.
"Malam ini tuhan mahu bertemu dengan ku"
Bebola mata hitam aku hanya digerakkan sekitar 30 darjah ke kiri, tepat memandang dia yang senyum.
"Oh, bila?"
"Hari ini, malam ini, beberapa minit saja lagi."
Lalu si dia duduk diatas bangku kayu yang aku bina malam sebelumnya dan aku hanya berdiri tegak sambil memikirkan apa maksudnya berjumpa dengan tuhan.
"Jadi malam ini kau harus tolong aku buat kali yang terakhir"
"Tolong yang bagaimana?"
"Gali kan aku satu makam yang sempurna, tidak mewah, mengikut rasa kau sendiri."
"Ah! gila la kau ni"
Si dia bangun dari bangku sambil ketawa kecil lalu berbisik pada aku
"Aku tahu kau faham maksudnya"
Aku hanya mengangguk tanpa berkata apa seakan-akan setuju dengan permintaan yang satu itu.
-Petikan "Tuhan Palsu", Juice Zainal '12
No comments:
Post a Comment