Sunday, November 18, 2012

Entry Serius (Isu Boikot)

"I will put them (Palestine) back to middle age"
-Benjamin Netanyahu

Itu adalah komen dari PM Israel mengikut sumber RT news Russia pagi tadi. Dan awal pagi tadi aku tengok ramai bergaduh dengan pendapat masing-masing berkaitan boikot dan sebagainya.

Beginilah, dari mengeruhkan keadaan yang telah 'stiff' atmosferanya, aku hanya mengambil keputusan untuk menulis di blog dari menambah buah fikiran di facebook walaupun banyak yang aku nak sampaikan.

Persoalan yang pertama adalah isu boikot produk yang menyalurkan keuntungan untuk zionis. Di Malaysia sekarang tengah hangat pasal memboikot Starbucks, KFC, dan Mcd. Matlamat mereka adalah untuk menyekat pergerakan zionis dengan menyekat sumber ekonomi mereka dengan cara memboikot 3 franchais diatas. Sebagai contoh aku ambil Starbucks. Di Malaysia terdapat 126 franchais. Terangkan plan dan strategi tentang bagaimana cara boikot yang benar-benar berkesan. Isu boikot ini aku samakan seperti demam. Bila terasa bahangnya dari zionis yang mereka lihat di kaca tv, serta merta demam boikot melanda rakyat Malaysia. Kalau kita lihat franchais di Arab Saudi, 6 franchais di Mekah dan 26 franchais di Madinah. Cuba google isu boikot di Mekah dan Madinah ni. 

Persoalan kedua adalah sikap kita yang terlalu mudah meletakkan hukum, menghalalkan sesuatu yang mereka rasa padan dengan citarasa sendiri. Aku ada lihat di facebook bagaimana dia mempertahankan isu boikot yang "berkecuali". Jika benar mereka telus dengan idea boikot ini 100%, mengapa tidak dibuangkan saja terus iphone, jangan pakai intel, jangan pandang android, malah tak perlu heboh dengan ideologi yang bagi aku 'cetek' di facebook. Delete saja akaun facebook, ke atau tak termasuk dalam list boikot? Ada antara mereka mengatakan bahawa barangan serupa teknologi ini kononnya tak usah di boikot kerana dengan teknologi ini kita boleh gunakan sebagai medium counter attack. Aku setuju, namun bukankah itu selfish? Mengapa tidak kita fikirkan  saudara kita di Malaysia yang membanting  tulang berkerja siang malam di Mcdonalds? Apakah sumber mereka itu juga tidak halal dan perlu dicegah? 

Persoalan yang ketiga ialah berkenaan betapa ceteknya pemikiran orang Melayu. Bagi aku isu boikot ni umpama lawak yang tak sudah. Orang kita memang suka melatah. Bila tiba demam boikot, semuanya boikot. Pantang ada yang terkecuali, mulalah nak bertegang leher. Boikot ini satu pilihan diri  dan bukannya trend. Semuanya bergantung pada individu itu sendiri sama ada mereka mahu atau tidak. 

Apa yang berlaku pada saudara Islam kita di Gaza, kita sama-sama rasa pedihnya. Melihat orang kita sendiri bercaci maki sesama sendiri atas dasar buah fikiran yang berlainan adalah pedih dan sedih. Semoga suatu hari nanti anak-anak Gaza mampu tersenyum kembali. 

6 comments:

  1. orang kita memang cepat melatah. bila keluar isu2 mcm ni, mulalah disuruh boikot itu ini. lepastu kecoh kata doa itu, doa ini. makanya, ramailah orang kita yang hanya berdoa, tapi tak buat apa-apa. berdoa sekadar cukup syarat. bila orang lain tak buat benda sama, mulalah nak caci, nak maki. lepas tu bergaduh sama sendiri. sesama sendiri pun nak bergaduh ada hati nak tolong orang lain?

    ReplyDelete
  2. sekali bom, sekali boikot.

    takde bom, takde laa boikot

    ReplyDelete
  3. Imho, its not about the result, it's mainly about the act. Nak sampaikan mesej kepada dunia bahawa kita menentang kezaliman zionis. Biarlah mereka nak buat apa. Pilihan peribadi bukan?

    ReplyDelete
  4. this is the same as what i'm thinking of. i'm not totally disagree with all this boycotting thing(indeed, i think that would be the least action that we can do in order to help them) but there are some things that bothered me.most of the points, u had mentioned above..another 1, regarding free mcd burger distribution on last monday in malaysia. bila fikir2 balik, the main point org nk boikot mcd sbb kate mereka mcd slh satu penyumbang kewangan israel.ok fine. tp pasal free burger tu, dah name pon free, org malaysia esp melayu yg amek tu tak keluarkan duit pon utk dptkan burger tu.so dorang x menyumbang pape la kat situ. then, kenape segelintir manusia yg extreme memboikot sesuke hati nak memnghukum org yg amek burger tu?burger tu tak bersalah.burger tu halal dimakan.so what's the big deal right? ni yang tak suka paal boikot2 ni, org selalu tgk 1 arah je, tak berfikir dan mengambil kira the whole thing. boikot is ok but who are we to judge other people?kalo dorang tak nak boikot, itu dorang pnye pasal, nak boikot pon dorang pnye pasal.. then serah kat yg kat atas tu buat kerja n hukum kte di akhirat nnti.

    ReplyDelete
  5. Gua setuju sama penulisan lu Juice walaupun gua tak pandai sangat pasal ni .

    ReplyDelete
  6. Salam Kenal..

    Saya pun setuju dengan ini. Dah banyak pendapat saya tuliskan..Dah taklarat pulak nak panjang lebar..hehe

    DONE FOLLOW~

    ReplyDelete