*sambungan Cinta Dewi
Pukul 10.25 malam. Aku keluar dari ruang kerja lalu ke kedai makan.
Kotaraya yang tidak pernah mati, makin ceria menampakkan wajahnya.
“Khamis malam Jumaat. Patut la..”
Aku membuat kesimpulan sendiri lalu memesan makan malam yang lewat. Di
sudut yang tidak jauh dari kaunter, dan dekat dengan televisyen adalah tempat
aku melepaskan segala penat dari kerja. Lazimnya aku ke kedai makan itu pada
waktu begini, tempat itu mesti kosong. Mungkin nasib aku selalunya baik. Tapi
hari esok tuhan saja yang tahu.
Kad biru muda dari dalam sampul surat putih yang aku terima petang tadi
betul-betul buat aku terfikir tentang persoalan yang sering aku tanyakan pada
diri sendiri. Aku keluarkan dari sampulnya dan aku tatap sambil teringat pesan
bonda dari kampung.
“Minggu depan jangan lupa balik kampung. Adik kamu bukan ramai, sorang tu
aje lah.”
Teringat pesan bonda, aku jadi tersengih. Alhamdulillah, setelah hampir 5
tahun setengah tiba juga jodoh Hanisha. Akhirnya apa yang dihajatkan bonda
termakbul. Cuma tinggal kisah hidup aku yang menjadi persoalan pada bonda.
Kisah cinta dan jodoh yang tak kemana.
Sudah hampir 3 tahun namun memori bagaimana aku berjumpa dengan Dewi di Jakarta masih bermain di kepala aku. Berulang kali, pada masa-masa yang aku ingin ingati. Biarpun Dewi telah aku miliki langsung dari Raden Saleh, namun perasaan yang satu itu tetap saja ada didalam dada. Malah lebih kuat.
"Mungkin masanya telah hampir"
Fikiran aku terus membuat bermacam kepelbagaian tanpa sedikit apa yang aku lihat di televisyen dapat memberi aku jawapan.
No comments:
Post a Comment