Friday, October 26, 2012

Konsep kenapa makwe Udi tinggalkan beliau dibangku sekolah

Di suatu petang, aku dan Udi ke Taman Cempaka yang berhadapan Melaka Sentral. Memandangkan Udi dah bergaji dan tak perlu naik motor lagi, kami bergerak ke Taman Cempaka dengan wira aeroback, berkelajuan sederhana. 

Memang tepat perkiraan masa Udi. Kami tiba disana ngam-ngam pukul 7 lebih. Waktu dinner orang bilang. Selepas melangsaikan urusan makan kami berjalan menyelusuri bazar Taman Cempaka sambil mata melilau mencari apa yang berkenan.

"Lu tunggu kejap, gua nak pergi beli rokok"

Aku hanya mengangguk melihat Udi deras ke kedai serbaneka 7-eleven sambil duduk dibahu jalan memerhati orang yang jalan mundar-mandir dengan tujuan masing-masing.

"Ni apahal pulak lama sangat ni"

Getus hati aku selang beberapa ketika menunggu di bahu jalan. Aku kerling 7-eleven dari jauh dan ternyata perkiraan aku benar. Udi mengayat makwe cashier 7-eleven. Gampang.

"Sorry lambat bro, gua berbual dengan makwe cashier tu tadi. Tanya pasal bandar melaka ni"

"Ah sejak bila lu suka bertanya ni di? bukan gua tak kenal perangai lu"

"Bukan macam tu. Orang perempuan ni memang sukakan perhatian bro. Hati diorang lembut, tak macam lu dengan gua"

Udi meneguk sprite sambil bakar rokok sebatang dan menyambung,

"Lu tau kenapa makwe-makwe suka bunga?"

"Kenapa?"

"Sebab diorang ni insan penuh kelembutan. Kan bunga tu lembut. Hati diorang ni mudah tersentuh."

"Ohhhhh"

"Orang perempuan ni bro, suka sharing problem. Sebagai lelaki lu kena dengar masalah diorang ni walaupun lu tak mampu nak tolong. Dengar tu pun dah kira tolong apa?"

"Lu cerita pasal makwe dengan gua ni apa guna? gua tak macam lu di.. ranggi"

"Alamak, susah la story sama lu ni. Zero!"

Sejak hari itu baru aku faham konsep kenapa makwe Udi tinggalkan dia dulu 

No comments:

Post a Comment