Sakit perut dari kesan kuah asam pedas tengahari tadi masih membuak-buak perasaannya. Ketika itu aku sudah separuh jalan ke library untuk menyiapkan tugasan yang barangkali mungkin tak akan juga siap dalam masa yang sedikit itu. Oleh itu aku batalkan saja niat hati untuk pulang ke asrama mahupun singgah ke tandas kecil warna hijau terang di sebelah bilik guru.
Sampai di library kelihatan masing-masing sedang sibuk, sibuk dengan rencana masing-masing yang pelbagai. Aku duduk di suatu sudut, di hadapan komputer putih yang wallpapernya kelihatan menyenangkan, gambar pokok pine ditepi bukit hijau Amerika.
Lantas aku suakan pendrive ke badan komputer dan bersedia untuk bersama-sama ikut serta sibuk ditengah-tengah kelompok manusia yang juga sibuk. Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu, sekeping nota yang perlu aku hantar ke seseorang mengenai tugasan kuliah ekonomi dan juga sepotong mesej kecil dari hati untuk si dia. Lalu pada waktu itu aku tinggalkan kerja lalu berlari menuju ke taman botani kecil. Moga-moga si dia masih berada disitu.
Ternyata klise cerita lelaki yang macam aku, bayangnya sudah tidak kelihatan lagi lalu aku menarik nafas panjang bersama perasaan yang kurang menyenangkan. Aku kembali ke library dengan perasaan hampa yang berjuta kiranya.
Aku menyambung kembali norma kehidupan di sudut kecil library itu sehinggalah line internet berubah menjadi celaka. Dengan perasaan kecewa kerana si dia, sakit perut kerana asam pedas, aku terus berlari menuju ke router internet lalu aku menyepak kencang sepuas-puasnya. Lalu berterbanganlah serpihan router tersebut menuju ke meja-meja yang berhampiran dan tepat mengenai 2 orang gadis berkulit cerah, dan seorang pemuda berkulit sawo matang berkemeja crocodile.
Buku ekonomi dan fail biru atas meja dimasukkan kembali ke beg galas lalu perjalanan ke pintu muka library seakan jauh kerana pandangan mereka-mereka yang memandang tajam.
Aku tersenyum dan hati kecil aku berkata,
Mungkin mereka marah barangkali. Mungkin?
No comments:
Post a Comment