Monday, October 18, 2010

Love & Cigarette

Ramai orang yang mengumpamakan cinta dengan seribu macam benda. Ada yang berkata cinta itu ibarat matahari. Ada juga yang kata cinta itu macam hujan.Macam-macam perumpamaan.

Bagi gua cinta itu ibarat rokok.Saat mula-mula dinyalakan, ianya membara dan memberi kepuasan yang mendalam. Seperti cinta yang baru berputik. Rasanya nikmat. semua yang kau pandang jadi cantik.

Bila ditengah-tengah kau akan mula rasa sesak dan mual dengan asap yang makin menebal dan nikmatnya berkurangan. Nak dibuang sayang dan membazir. Seperti cinta, di pertengahan kau akan rasa lemas dan mulai hilang minat terhadap cinta yang kau cipta dahulu.

Dan bila sampai kepengakhiran, rokok kau sudah sampai ke penghujung dan yang tinggal hanya abu dan puntung. Dan gua pasti, puntung itu kau campak kemana saja kau orang mahu dan terus berjalan tanpa menoleh buat kali kedua.Seperti cinta, bila nikmat sudah ke penghujung, ianya dibuang. Cinta yang sama takkan berulang buat kali kedua.

Semakin banyak kau berkawan dengan rokok, semakin banyak kerosakan pada diri kau orang. Seperti cinta, semakin banyak kau mulakan cinta, semakin banyak yang terluka.

Cinta orang muda..

11 comments:

  1. i like the word ;
    Cinta yang sama takkan berulang buat kali kedua.!
    ;)

    ReplyDelete
  2. mula-mula isap rokok rasa sebak dada kot. ceh, macam gua ade xperience isap rokok. pfft.

    ReplyDelete
  3. aku suka ni. seriously, overrated punya entry :)

    ReplyDelete
  4. rokok = hisap buang
    perempuan = dapat buang

    ReplyDelete
  5. You're good at saying bout truth.

    ReplyDelete
  6. hii. wow. unbelievable yet true. :)

    ReplyDelete
  7. setuju!
    memula je best
    last2 aaaaaaaaaa...

    ReplyDelete
  8. wah...kata2 y sgt mdlm...
    kematangan y kian terserlah..

    ReplyDelete
  9. cinta orang tua ibarat cerut .

    mahal . lama bertahan . sakit hilang lagi kuat .

    ReplyDelete