Tuesday, October 5, 2010

Kelantan

Masa gua darjah 6, kelas gua lah yang paling tinggi. Tingkat 3. Masa tu sekolah gua tak renovate lagi macam sekarang. Bilik sains pulak macam-macam binatang ada. Ular sawa la, labah-labah la. Barulah true punya sains. Zaman sekarang gua tengok binatang-binatang tu semua dah hilang. Mane tercampak pun gua tak tau. Kesannya, ramai budak-budak masih tak kenal ape itu 'kelawar' bila usia dah cecah 12 tahun. Macam gampang.

Itu baru bilik sains. Belum lagi bilik komputer. Zaman gua dulu dah mula trend menjawab soalan matematik pakai komputer. Masa tu gua kongsi pc dengan Hakimi Musa. Semua yang stock pakai windows 98. Gua ingat lagi, kalau banyak dapat betul, akan ada game diakhir soalan. Berpeluh jugak la nak mengira. Kalau salah nanti kena ulang balik soalan. Soalan lain pulak tu. Bila dapat main game, itulah perasaan paling bahagia di kelas komputer. Member sebelah yang tak betul-betul mulalah menjeling. Budak sekarang, stakat game macam tu memang tak pandang. Zaman dah moden. Ape barang tahun 2010 main game 2D.

Kantin. Bab kantin ni pulak lagi macam-macam cerita. Ade pakwe makwe bergaduh baling-baling pinggan la, ade yang bergurau baling-baling kuih la. Tapi yang gua ingat, gua akan bawak bekal dari rumah. Hari Isnin gua bawak roti. Selasa pun gua bawak roti. Rabu pun sama, roti. Khamis dengan Jumaat pun tak lari. Roti jugak. Memang Cik Puan Besar gua tak nak gua makan benda-benda merepek. Yang aku tau, aku selalu pow bekal Syafiq. Dia punya bekal memang terbaik sebab mak dia kretif. Hari ni mee goreng. Esok pulak nasi goreng. Ade sekali tu dia bawak budu. Pertama kali gua tengok budu adalah masa gua darjah 6. Jakun jugak gua masa tu. Gua ingat budu ni binatang yang tepi longkang dekat depan sekolah agama gua. Rupanya macam kicap. Kali pertama dan kali terakhir gua rasa budu. Masin macam gampang. Gua tak tau kenapa si Syafiq begitu cool makan budu dengan nasi goreng. Mungkin darah kelantan kot.


7 comments:

  1. ingat lagi masa form 3, dapat main computer jakun giler. pastu kena marah dengan cikgu sebab off komputer tekan button kat pc je . dah macam tv pulak -___-"

    ReplyDelete
  2. budu is legend. (baca pelan2 dan bersemangat)

    ReplyDelete
  3. eheh!

    aku pun tak suka budu sebab masin

    ReplyDelete
  4. gua lagi sedih bro . simpan duit belanja sekolah sikit semata mata nak main game kat depan kedai cina . 2o cent je after dapat kacang yang macam haram rasanya .

    ReplyDelete
  5. caca : zaman komputer macam tv
    wafeex : haha, kau kelantanese boleh la bro
    Aulia : kau pun makan?
    eqa : yes. masin!
    Tora : owh! aku pun ingat teman member aku main game tu. nasib baik, dapat la mainan bagai.

    ReplyDelete
  6. hahha. mesti la.. aku orang the republic of kelantan okay... agagagaga!

    ReplyDelete