Sunday, October 17, 2010

Bibir

Gua di masukkan ke tadika sejak gua berusia 5 tahun. Awal tahun 1996, gua menduduki alam tadika buat kali keduanya. Menduduki? pfft.. macam gampang. Ok. Masa tahun kedua itu, cik puan besar gua selesai dengan tugasannya di Singapura. Bos gua pula sibuk dengan kerja di negeri lain. Oleh itu gua terpaksa pindah dan duduk dengan atuk gua di Johor Bahru. Gua pun terpaksa bertadika di sana.

Benda yang gua menyampah masa tadika ialah, kena bawa berus gigi dengan mug. Gua ingat lagi cik puan besar gua belikan gua berus gigi kecil yang boleh lipat dua dengan mug sylvester (looney tunes). Antara banyak-banyak kartun, gua paling suka Sylverster. Macho kan? Tapi yang best di tadika ialah gua ada kawan nama Fatin. Ibu Fatin ni merangkap kawan baik cik puan besar gua. Kira geng kamcing sejak dari sekolah. Oleh itu, selalu jugak ibu Fatin ambik gua dari tadika kalau cik puan besar aku sibuk.

Satu pagi di tadika. Gua yang berkemeja hijau berkotak-kotak pputih dengan seluar pendek nampak peha sedang sibuk mencari patung Tommy power rangers gua di balik buku cerita. Hanya ada 2 patung yang gua suka di tadika dulu. Satu ialah Tommy, patung gua.. dan satu lagi ialah satu patung getah berupa cicak sebesar saiz kotak pensel. Lu orang paham-paham la kotak pensel zaman Dr M dulu besar mana.. Gua suka patung cicak tu sebab budak perempuan tadika gua geli dengan patung tu. Real dan eksotik. Jadi gua tak perlu kongsi.

Tengah gua mencari patung Tommy gua, Fatin mengajukan soalan tanpa gua suruh :

'eh awak carik ape?'

'takde ape la'
jawab gua ringkas.

'awak pakai lipstick eh?'

'mane ade. saya lelaki la!'

'habis tu kenapa warna merah?'

Sejak hari tu, ada segelintir budak perempuan yang selalu kutuk gua belakang-belakang pasal ingat gua pakai lipstick. Dan sejak hari tu juga, gua selalu kaver bibir gua dengan tangan. Macam cilaka. Gua rasa kalau buat reunion budak tadika gua dulu, gua rasa gua dah tak perlu kaver lagi. Gua dah tak perlu rasa malu lagi. Terima kasih Marlboro!

*Semua yang kutuk gua di tadika dulu telah gua hukum seadil-adilnya. Ada sorang tu, gua masukkan kawan gua, Tommy dalam mangkuk mee dia. Ada sorang tu, gua calit ubat gigi ke baju dia, dan ada juga yang gua sorokkan beg sampai menangis. Cikgu gua sampai naik angin. Tapi nasib Fatin baik. Gua kurang berani.

4 comments:

  1. hahahha. terima kasih marlboro. cam gampang. ngahahahha!

    ReplyDelete
  2. hahaha!
    semasa kecil bibir merah bak delima
    nampak suci bhai!

    ReplyDelete
  3. dulu pun bibir gua virgin tapi thanks juga buat suria . 1st rokok hisap masa 1st time and now ! thanks dunhill kerana membuatkan diriku begitu berharga . haha .

    ReplyDelete