Sunday, October 31, 2010

Gagal

Benda paling susah dalam kehidupan adalah memahami hati manusia. Ada masa saya juga buta dan tak nampak apa itu perasaan dan juga rasa. Ramai orang berkata "I need someone to understand me". Bagi saya itu semua karut. Dongeng. Bagi saya tiada orang yang memahami diri kita selain diri kita sendiri.

Bila saya gagal, bagi saya itu bukan satu kesalahan. Tapi kepala saya rasa semak seperti ada makhluk asing bertarung didalamnya.

Saya akan baring, turn on volume Thom Yorke ke maksima dan menyalakan Dunhill..

Harap-harap makhluk asing cepat pergi sebab saya akan cuba lagi.

Thursday, October 28, 2010

Bibik

Gua betul-betul sibuk sejak minggu lepas. Kelas gua walaupun 3 hari seminggu tapi gua tak tipu, sumpah sibuk. Balik kelas, gua kena masak. Lauk yang sama. Kadang-kadang gua rasa terkilan mamak-mamak di malaysia yang konon promosi kedai 24 jam, susun kerusi meja sampai makan jalan raya tak berani ambil risiko bukak cawangan di sini. Boleh jugak gua layan teh tarik segelas dua. Gua mengaku yang ilmu gua dalam arena masak-memasak ni tak tinggi macam member gua Hakimi Musa. Gua kehabisan idea nak masak sampai gua usha youtube 'recipe for vegetables'. Gua tak makan ayam, daging dan seafood sebab gua vegan.

Yang gua pelik, setiap resepi yang gua follow mesti menghampakan gua disaat-saat akhir. Lain yang gua masak, lain pulak rasa dia. Macam gampang. Dulu ada jugak gua try buat cucur pakai tepung cucur segera Tina, housemate gua dulu. Sama jugak. Masak cucur apa jadah kalau nama saja buat cucur, tapi makan sandwich telur jugak. Memang betul kata nabi, menuntut ilmu dari buaian ke liang lahad. Lepas ni gua kena tumpukan sikit pada skill memasak gua. Tekan kalkulator, tekan jugak..tapi kuali mesti tau guna kan?

Sekarang gua tengah usha sindiket seludup amah ke tempat gua di internet. Mana la tau ada, boleh jugak gua upah bibik sorang. Dapat yang iras-iras Nia Ramadhani ke, Lisa Surihani ke orait la tu.

Monday, October 25, 2010

Prihatin

Setiap manusia ada kelemahan masing-masing. Ada yang longgar sini sana. Kalau lu asyik berfikir pasal kurang orang lain, jangan lupa kurang diri sendiri. Gua rasa besar hati buat lu yang prihatin terhadap gua dan dayang gua. Lu sentiasa mengingatkan kekurangan diri gua dan lebih-lebih lagi dayang gua.

Gua rasa gua tahu kurang lebih dayang gua. Gua tahu. Semua orang tak perfect. Buat lu yang prihatin, gua rasa gua boleh nilai sendiri buruk baik dayang gua tanpa lu bagitau apa yang mata lu nampak. Lu tak perlu beritahu gua apa yang lu dengar. Lu dengar, lu nampak biar lu saja simpan dalam dalam. Itu urusan lu yang gua rasa tak perlu gua campur. Gua harap lu get a life.

Terima kasih banyak banyak.

Thursday, October 21, 2010

Owh Black!

Gadis-gadis diluar sana semakin gila. Gadis gol dan gincu, cikgu sekolah, pelayan pizza hut, mahupun cashier tesco semua menjadi gila, obses dengan blackberry. Impak blackberry pada masyarakat sekarang memang besar. Surirumah sanggup tak masak sebab layan BBM. Budak-budak sekolah pulak sibuk memilih kawan yang ada blackberry sahaja. Awek gua pun tak ketinggalan sibuk layan blackberry masa bercakap dengan gua. Ape itu blackberry? kenapa gua menulis pasal blackberry? klik sini. Bukan gua nak menang, tapi gua hanya suka-suka menulis.

Gua rasa gua pun tak perlu mengulas panjang lebar tentang blackberry sebab gua yakin budak sekolah pun dah tau. Tapi apa yang lu orang tak tau pasal blackberry?

Bagi gua, blackberry tak boleh berikan lu kebahagiaan. Kebahagiaan bukan terletak pada bilangan tweet lu orang di twitter. Banyak mana sekalipun lu orang tweet yang lu orang tak bahagia di blackberry, masih juga kebahagiaan tidak datang dengan sendirinya.

Blackberry juga tak boleh beri lu orang cinta. Cinta bukan diukur pada banyak mana lu messaging dengan pakwe atau makwe lu orang di BBM.

Bagaimana pula dengan kejujuran. Lu orang mesti rajin update status facebook lu orang pakai blackberry kan? Lu orang tulis lu orang ada masalah la, bergaduh dengan mak la, tak siap homework la. Lepas tu ramai jugak kawan lu orang yang comment memberi kata semangat. Blackberry lu orang mampu nilai comment mana yang jujur?

Blackberry lu orang mampu beri keikhlasan? apa lu orang ikhlas kalau lu wish harijadi kawan lu sebab dapat reminder dari blackberry?

Lu orang pakailah blackberry secanggih mana pun. Tapi kalau sebulan sekali nak telefon bonda lu orang di rumah pun susah, apa guna?

Owh ye, gua bukan nak kutuk pengguna blackberry. Maaf ye:)

Syarat entry nuffnang adalah perlu untuk menulis lebih lanjut pasal plan celcom. Tapi gua malas. Lu orang baca lah sendiri di sini. Gua nak masak. Peace!

Selamat Lahir!

Satu malam yang normal, gua berada di kelas melayan buku sains warna hijau. Angin malam yang kadangkala meniup masuk ke kelas gua yang berada di tingkat 1 membuatkan mata gua sedikit pedih melihat gambar rajah paru-paru manusia di buku. Tambahan, malam ini hanya gua seorang yang berada di blok kelas. Tidak seperti biasa yang selalu riuh.

Handfon gua tiba-tiba vibrate, ada satu sms masuk ke telefon gua..

"ustaz buat spotcek, kau simpan mana?"

Sms yang gua terima dari roomate gua, Haziq.. Gua dengan laju menekan butang handfon gua.

"tempat biasa, bawah drawer"

Dengan tanpa berlengah, Haziq capai sekotak Dunhill biru di bawah drawer gua dan mencampakkan ke luar tingkap bilik gua dari tingkat 2 asrama. Gua tutup buku sains gua, terus gua pulang ke asrama sambil galas beg hitam.

Dalam otak gua masa tu, gua berfikir pasal keselamatan Dunhill gua dan juga kecekapan Haziq bertindak. Memang gua dah rancang dengan roomate gua, kalau ada spotcek, campak saja ke luar tingkap. Bak kata remaja zaman sekarang, "I kaver u, u kaver I"..

Gua sengaja lalu di sebelah blok gua ikut jalan belakang. Gua cek atas rumput, gua terjumpa balik kotak Dunhill gua yang Haziq campak. Gua fikir mungkin hari itu hari lucky gua. Lepas habis spotcek, gua naik ke asrama. Gua lihat Haziq senyum-senyum sama gua.

"thanx mate!"

Ujar gua sambil meletak kembali Mr Dunhill di bawah celahan drawer.

Haziq, ex-roomate gua masa di mrsm dulu.
semoga baik-baik saja di Ireland,
Selamat Hari Lahir!

Tuesday, October 19, 2010

Indah

Wanita memang sudah sebati dengan kecantikan. Bagi gua, wanita itu makhluk tuhan yang dijadikan seindah-indah rupa. Tak kira besar, kecik, cerah, gelap. Semuanya sama. Wanita.

Apa guna muka lu cantik, duit lu habis ribu-ribu dengan makeup, bedah sana, bedah sini tapi bahasa lu foul? Apa guna lu belajar tinggi, sampai keluar negeri tapi budi bahasa lu jahil?

Secantik-cantik wanita, adalah yang tahu budi bahasanya. Mereka tahu nilai setiap tutur kata yang mereka gunakan. Bahasa itu indah. Kalau lu rasa lu cantik, lu mesti tahu guna benda-benda indah, yang sepadan dengan lu. Tapi sayang, lu hanya indah dari luar. Sia-sia tuhan jadikan lu seorang wanita.

Monday, October 18, 2010

Love & Cigarette

Ramai orang yang mengumpamakan cinta dengan seribu macam benda. Ada yang berkata cinta itu ibarat matahari. Ada juga yang kata cinta itu macam hujan.Macam-macam perumpamaan.

Bagi gua cinta itu ibarat rokok.Saat mula-mula dinyalakan, ianya membara dan memberi kepuasan yang mendalam. Seperti cinta yang baru berputik. Rasanya nikmat. semua yang kau pandang jadi cantik.

Bila ditengah-tengah kau akan mula rasa sesak dan mual dengan asap yang makin menebal dan nikmatnya berkurangan. Nak dibuang sayang dan membazir. Seperti cinta, di pertengahan kau akan rasa lemas dan mulai hilang minat terhadap cinta yang kau cipta dahulu.

Dan bila sampai kepengakhiran, rokok kau sudah sampai ke penghujung dan yang tinggal hanya abu dan puntung. Dan gua pasti, puntung itu kau campak kemana saja kau orang mahu dan terus berjalan tanpa menoleh buat kali kedua.Seperti cinta, bila nikmat sudah ke penghujung, ianya dibuang. Cinta yang sama takkan berulang buat kali kedua.

Semakin banyak kau berkawan dengan rokok, semakin banyak kerosakan pada diri kau orang. Seperti cinta, semakin banyak kau mulakan cinta, semakin banyak yang terluka.

Cinta orang muda..

Mimpi

Semalam gua bermimpi. Mimpi yang gua rasa nightmare. Dulu pernah jugak gua nightmare. Gua mimpi yang gua kena kejar dengan ahli kongsi gelap yang bawak pisau bagai sebab gua kutuk rambut dia. Macam bodoh. Tapi semalam punya mimpi lagi true dia punya level nightmare.

Gua mimpi yang gua di bilik bedah. Ada doktor muka macam doktor rozmey tengah bedah paru-paru gua. Masa doktor rozmey bedah gua, gua dalam keadaan sedar. sumpah gua takut, bukan apa, lu orang percaya ke sama doktor rozmey bedah paru-paru lu orang? bagi la doktor Jezamine Lim ke, takpun doktor Auni tu pun orite la. Baru la sedap mata memandang. Hahaha. Dalam mimpi tu, dia kata paru-paru gua dah foul, kena ganti besi. Paru-Paru besi tu ada la macam bentuk kepala predator dalam cerita alien. Yang gua risau satu je. doktor rozmey cakap gua dah tak boleh hisap rokok. Kalau gua hisap jugak walaupun sebatang, paru-paru baru gua tu akan meletup. Cilaka!

Masa gua tulis entry ni, gua nyala marlboro sebatang. Alhamdulillah tiada apa berlaku.

Sunday, October 17, 2010

Bibir

Gua di masukkan ke tadika sejak gua berusia 5 tahun. Awal tahun 1996, gua menduduki alam tadika buat kali keduanya. Menduduki? pfft.. macam gampang. Ok. Masa tahun kedua itu, cik puan besar gua selesai dengan tugasannya di Singapura. Bos gua pula sibuk dengan kerja di negeri lain. Oleh itu gua terpaksa pindah dan duduk dengan atuk gua di Johor Bahru. Gua pun terpaksa bertadika di sana.

Benda yang gua menyampah masa tadika ialah, kena bawa berus gigi dengan mug. Gua ingat lagi cik puan besar gua belikan gua berus gigi kecil yang boleh lipat dua dengan mug sylvester (looney tunes). Antara banyak-banyak kartun, gua paling suka Sylverster. Macho kan? Tapi yang best di tadika ialah gua ada kawan nama Fatin. Ibu Fatin ni merangkap kawan baik cik puan besar gua. Kira geng kamcing sejak dari sekolah. Oleh itu, selalu jugak ibu Fatin ambik gua dari tadika kalau cik puan besar aku sibuk.

Satu pagi di tadika. Gua yang berkemeja hijau berkotak-kotak pputih dengan seluar pendek nampak peha sedang sibuk mencari patung Tommy power rangers gua di balik buku cerita. Hanya ada 2 patung yang gua suka di tadika dulu. Satu ialah Tommy, patung gua.. dan satu lagi ialah satu patung getah berupa cicak sebesar saiz kotak pensel. Lu orang paham-paham la kotak pensel zaman Dr M dulu besar mana.. Gua suka patung cicak tu sebab budak perempuan tadika gua geli dengan patung tu. Real dan eksotik. Jadi gua tak perlu kongsi.

Tengah gua mencari patung Tommy gua, Fatin mengajukan soalan tanpa gua suruh :

'eh awak carik ape?'

'takde ape la'
jawab gua ringkas.

'awak pakai lipstick eh?'

'mane ade. saya lelaki la!'

'habis tu kenapa warna merah?'

Sejak hari tu, ada segelintir budak perempuan yang selalu kutuk gua belakang-belakang pasal ingat gua pakai lipstick. Dan sejak hari tu juga, gua selalu kaver bibir gua dengan tangan. Macam cilaka. Gua rasa kalau buat reunion budak tadika gua dulu, gua rasa gua dah tak perlu kaver lagi. Gua dah tak perlu rasa malu lagi. Terima kasih Marlboro!

*Semua yang kutuk gua di tadika dulu telah gua hukum seadil-adilnya. Ada sorang tu, gua masukkan kawan gua, Tommy dalam mangkuk mee dia. Ada sorang tu, gua calit ubat gigi ke baju dia, dan ada juga yang gua sorokkan beg sampai menangis. Cikgu gua sampai naik angin. Tapi nasib Fatin baik. Gua kurang berani.

Wednesday, October 13, 2010

Puas

Hati manusia memang lain-lain. Bervariasi. Bagi gua adalah mustahil dan kalau ada dikalangan lu orang yang berkata mampu memuaskan hati semua orang sekeliling dalam hidup lu orang, lu memang penipu. Lu orang jadi baik, mesti ada hati yang tak puas dengan lu. Lu jadik jahat, lagilah orang tak puas hati.

Habis macam mana lagi cara? Bagi gua, tiada cara nak puaskan hati manusia bagi sama rata. Bayangkan lu orang pergi satu taman. Lu orang jangan cakap banyak, lu duduk dekat taman tu tanpa bercakap, tanpa bergerak. Macam batu. Gua yakin mesti ada manusia yang berfikiran :

"apa kes budak ni? gila ke ape?"

atau mungkin ada mata-mata yang pandang sinis lu orang. See? Lu tak buat apa pun orang tak puas hati. Orang yang dah mati, jasad bawah tanah pun tetap ada orang yang tak puas hati.

Bagi gua, jangan rasa ralat bila lu tak dapat menepati hati manusia. Normal

Sunday, October 10, 2010

Kau




'Sepertinya yang aku jangka
kau hanya perlu masa..'



Tarikh

Gua dengar, ramai betul yang kahwin hari ni. Sebab tarikh dia 10 oktober 2010. Boleh jadi, mereka mahukan memoriblia ataupun kenangan hari perkahwinan mereka. Bagi gua, ada apa dengan tarikh? Walau secantik mana sekalipun tarikh lu orang kahwin, tapi tak sampai setahun dah naik mahkamah syariah ape kes?

Kalau nak lagi grand punya memoriblia, kahwin la hari merdeka atau hari raya. Bukan lu je yang sambut, seluruh malaysia sambut siap ade bunga api free. Masalah lupa tarikh kawin pun takkan terjadi. Dalam kalendar dah tulis siap-siap.

Bagi gua, hari atau tarikh terhadap perkahwinan tidak penting. Yang penting adalah bagaimana lu orang mencorakkan perkahwinan lu orang di hari mendatang.

So kalau ade siapa-siapa yang kahwin hari ni, gua ucapkan selamat berkahwin. Cheers!

Syamil dan ...

Kawan gua sedang jatuh cinta. Nama dia Syamil Yusoff. Pertama kali dia tunjuk gambar wanita yang dia suka ke gua, gua hanya telan air liur dan bertanya..

'kenapa lu suka dia? dah takde orang lain?'

'Sebab dia sweet'

Bila gua tengok-tengok balik gambar makwe tu, gua jadik serba salah.

'amacam? camne ni juice?'

Syamil Yusoff memandang gua dengan seribu harapan. Gua tak sampai hati nak beritahu perkara sebenar. Tapi gua cuba berdalih.

'lu carik la makwe lain. Ramai lagi kot.'

Bukan niat gua nak menghalang beliau mendapatkan gadis impian. Gadis impian dia pun tak kurang sopannya. Kata orang ada la ciri-ciri wanita melayu. Tapi gua rasa lu orang sendiri judge la.. Ini dia gambarnya








*Gua masih tak tahu sama ada Syamil Yusoff ni serius atau saje nak memeningkan otak pemikiran gua. Cilaka

Saturday, October 9, 2010

Makwe Swift

Gua terus-terang yang gua jarang pegi late night movie. Masa malam raya, gua dengan cousin gua, Haziq dengan member dua orang, Iskandar sama Farhan bergerak ke Dataran Pahlawan Melaka untuk menonton. Masa gua bagi tiket ke brader melayu yang cek tiket, dia sound gua.

"tak beraya ke dik?"

gua jawab..

" lu pun ape kurangnya?"

hehehe. Takdelah, gua cume senyum saje.

Seperti yang gua jangkakan, hanya gua seorang yang berjaga. Lagi 3 ekor tido. Gua senyum lagi sekali. Popcorn gua habiskan sorang, tak payah share.

Lepas menonton, kitorang ke mamak belakang dataran pahlawan. Ramai betul makwe-makwe yang muka serupa pemain sinetron Indonesia. Owh ya, bercakap tentang pemain sinetron Indonesia, lu orang ade kenal satu mamat nama Randy Pangalila? gua dengar mamat tu gay. Hahaha. Berbalik kepada cerita gua tadi, malam raya bukanlah penghalang bagi rakyat malaysia menikmati roti canai dan teh tarik. Malam raya juga bukanlah penghalang bagi mamak-mamak untuk terus memajukan perniagaan. Gua dan 3 orang kawan gua parking kereta dan menuju ke table yang paling hampir dengan table makwe-makwe melepak. Bak kata Zahirlunatik, sambil makan, usha betis.. Gampang!

Perut dah kenyang, cik puan besar gua pun dah bertalu-talu talipon handfon gua bertanyakan lokasi. Bukan apa, dia risau gua lepak sama brader bawak motor tayar depan terangkat sambil hisap dadah. Tapi gua balas tenang ke cik puan besar gua :

'kitorang nak balik dah ni..on the way.. '.

Si Iskandar pun bukan main mengada. Parking kereta pun nak sebelah swift makwe-makwe. Pandai betul dia pilih parking. Si Iskandar hidupkan enjin neo dia dan melihat ke cermin sisi belah kiri...

"awek ni boleh ke x ni?"

Gua pandang ke kiri.

"gua rasa macam..."

Pap! Iskandar keluar kereta dan menutup pintu kereta. Gua usha tajam dari jauh. rupanya dia jadik pengawal lalu lintas untuk makwe swift. Si Haziq pulak tiba-tiba bersuara.

"wey mel, keluar jap.. aku nak tengok ape kes"

"shaddap u!"

Bukan gua tak tau. Mentang-mentang makwe swift tu pakai tube putih.

pin! pin!!

Satu saga warne hitam hon kereta gua sambil buat isyarat woi-keluarla-bangsat-kau-ingat-ini-parking-bapak-kau dekat gua. Gua turun kereta dan masuk ke seat driver. Gua keluarkan dengan sopan sambil buat isyarat selamat hari raya dekat brader saga. Macam mana isyarat hari raya tu, gua sorang je tau. Pakai jari hantu. haha

Lepas habis bermesra dengan makwe swift, Iskandar masuk ke kereta. Gua, Haziq sama Farhan pandang Iskandar dengan perasaan cemburu yang menebal.

"barulah gentleman"

Farhan yang dari tadi senyap tiba-tiba menyampuk.

"Eh nanti singgh 7-e, aku nak beli winston bapak aku."

Friday, October 8, 2010

Kasar

I tak tau sama ada U ini seorang wanita ataupun lelaki. Tapi yang I pasti U ni seorang yang cacat otak, yang tak bernama. U memberikan comment-comment yang sooo uncool di entry I. Apa cerita?

Ok. Mungkin juga U adalah orang yang I kenal. Mungkin awek saloon tempat I potong rambut yang kecewa tak dapat fon number I? atau brader keje oldtown yang I kutuk macam Salleh Yaacob? ataupun fans Liverpool yang sama-sama tengok bola di mamak?

I ni spesies manusia yang tak kisah kalau bergurau kasar-kasar ni. Kalau setakat bergurau baling-baling roti canai dengan tarik-tarik wiper kete tu dah biasa sangat. Hehe

So, kepada anonymous yang tak berpuas hati dengan cara I menulis ke, atau cara I berfikir ke, I minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki and....

Fuck Off!

Wednesday, October 6, 2010

Freebahasa

Orang kata : "jangan bermimpi di siang hari"
Gua kata : Kalau lu orang takut nak bermimpi, sampai bila pun lu takkan maju. Setiap cita-cita bermula dengan mimpi yang lu orang cipta

Orang kata : "menabung amalan mulia"
Gua kata : kalau lu orang punya bank dah cecah juta-juta sampai bila nak menabung? Zaman sekarang kalau lu orang dah ada income yang stabil, juta-juta dalam bank baik lu orang melabur dalam bursa saham.

Orang kata : "cakap siang pandang-pandang"
Gua kata : Tak payah jadik hipokrit. Kalau lu ade buah fikiran baik lu orang ketengahkan. Suarakan pendapat lu orang dengan saluran yang betul. Bila lu orang cakap belakang itu baru masalah.

Orang cakap : "bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"
Gua cakap : Tak salah bersusah untuk mendapatkan kesenangan.Tapi kalau ada cara lagi mudah untuk lu senang, buat apa lu pilih sakit?

Orang cakap : "takkan melayu hilang didunia"
Gua cakap : Haktuih! Siapa cakap? Hang Tuah? Hang Tuah tu pun lu orang tak tau wujud ke tidak. Bagi gua melayu sudah sikit demi sedikit hilang. Yang gua tau, gua bangga gua anak melayu.

Orang cakap : "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
Gua cakap : Peluang dalam hidup banyak yang datang sekali. Kejar sebanyak mana yang lu orang mampu. Kalau lu orang rasa lu orang puas dengan apa yang lu orang ada dan duduk statik, lu orang bukan yang dinamakan 'optimistik'

Orang cakap : "jangan biarkan pisang berbuah dua kali"
Gua cakap : Apa salah kalau pisang berbuah dua kali? Kesalahan mengajar erti kehidupan. Lebih banyak kau salah, lebih banyak kau tau.

Tuesday, October 5, 2010

Kelantan

Masa gua darjah 6, kelas gua lah yang paling tinggi. Tingkat 3. Masa tu sekolah gua tak renovate lagi macam sekarang. Bilik sains pulak macam-macam binatang ada. Ular sawa la, labah-labah la. Barulah true punya sains. Zaman sekarang gua tengok binatang-binatang tu semua dah hilang. Mane tercampak pun gua tak tau. Kesannya, ramai budak-budak masih tak kenal ape itu 'kelawar' bila usia dah cecah 12 tahun. Macam gampang.

Itu baru bilik sains. Belum lagi bilik komputer. Zaman gua dulu dah mula trend menjawab soalan matematik pakai komputer. Masa tu gua kongsi pc dengan Hakimi Musa. Semua yang stock pakai windows 98. Gua ingat lagi, kalau banyak dapat betul, akan ada game diakhir soalan. Berpeluh jugak la nak mengira. Kalau salah nanti kena ulang balik soalan. Soalan lain pulak tu. Bila dapat main game, itulah perasaan paling bahagia di kelas komputer. Member sebelah yang tak betul-betul mulalah menjeling. Budak sekarang, stakat game macam tu memang tak pandang. Zaman dah moden. Ape barang tahun 2010 main game 2D.

Kantin. Bab kantin ni pulak lagi macam-macam cerita. Ade pakwe makwe bergaduh baling-baling pinggan la, ade yang bergurau baling-baling kuih la. Tapi yang gua ingat, gua akan bawak bekal dari rumah. Hari Isnin gua bawak roti. Selasa pun gua bawak roti. Rabu pun sama, roti. Khamis dengan Jumaat pun tak lari. Roti jugak. Memang Cik Puan Besar gua tak nak gua makan benda-benda merepek. Yang aku tau, aku selalu pow bekal Syafiq. Dia punya bekal memang terbaik sebab mak dia kretif. Hari ni mee goreng. Esok pulak nasi goreng. Ade sekali tu dia bawak budu. Pertama kali gua tengok budu adalah masa gua darjah 6. Jakun jugak gua masa tu. Gua ingat budu ni binatang yang tepi longkang dekat depan sekolah agama gua. Rupanya macam kicap. Kali pertama dan kali terakhir gua rasa budu. Masin macam gampang. Gua tak tau kenapa si Syafiq begitu cool makan budu dengan nasi goreng. Mungkin darah kelantan kot.