Friday, July 30, 2010

Stupid

Tiada manusia yang dilahirkan untuk menjadi seorang yang bodoh. Bagi saya, bodoh itu satu perkataan. Bodoh itu boleh berubah, Semua orang adalah bodoh termasuk saya tak kira betapa cerdik seseorang itu. Orang yang cerdik tak bermaksud dia tak pernah melakukan perkara bodoh.

Setiap manusia ada kelebihan. Seorang doktor mampu mengeluarkan jantung pesakit, manakala seorang penjual roti canai mampu menghasilkan roti canai yang lembut. Siapa yang bodoh? Doktor atau penjual roti canai? Penjual roti canai tak mampu membedah jantung dan doktor pula tak mampu menghasilkan roti canai. Cuma doktor itu punya kelulusan manakala penjual roti canai tidak. Kita saling bergantung sesama sendiri.

Wanita yang saya ceritakan dulu selalu cakap yang dia bodoh. Saya hanya berkata 'yes you are stupid!'. Tapi, dalam waktu dia bodoh itu, adalah waktu dimana dia jujur dan saya berpeluang untuk tau apa yang dia rasa. Tak kira macam mana, saya akan mendengar dan tersenyum sampai bila-bila.

Menjadi seorang yang bodoh adalah normal. Sebab itu kita masing-masing berusaha untuk mengatasi kebodohan diri sendiri melalui pengalaman dalam kehidupan.

Saya yakin, kebodohan adalah corak dalam kehidupan.

Thursday, July 29, 2010

Heart

Saya baru balik dari rumah Hakimi. Dia memandu dari Dungun. 7 jam. Esok dia ada interview di JB. Nampaknya jersi 'Villa' saya dah siap!

Balik rumah, saya rebah ke katil sambil menekan punat alat kawalan jauh penghawa dingin. Saya terfikir, apa yang ada dalam hati kita? Hati cuma organ. Berdarah dan berdaging. Tapi hati itulah yang kadang kala buat kita gembira, sedih dan sunyi. Pelik bukan?

Kadang-kadang saya bayangkan yang hati kita ni dikelilingi dengan ayat-ayat ajaib. Macam filem imaginasi. Ayat-ayat yang ala-ala magic spell. Sebab itu kita boleh menangis, jatuh cinta, ketawa. Wow.

Cuma, kalaulah saya boleh eksperimen, saya nak keluarkan hati saya dan simpan dalam kotak kayu. Lepas tu tanam di satu pulau macam Davy Jones buat dalam Pirate of the Caribbean untuk tanam jantung dia.

Mesti lepas itu saya akan jadi manusia yang tak ada perasaan kan?

Haha, saya tau saya merepek.

Monday, July 26, 2010

7 Mouths

Saya terima mesej di kotak chat facebook. Kenalan lama abang saya. Ternyata dia masih tak lupa.
Saya rasa jengkel, meluat dan ketawa dengan sikap manusia yang konon baik.

Dia : Mane pegi skang brader lu?
Saya : Ade, sihat sume.
Dia : owh, lame jugak gua tak jumpe dia. Dulu dialah king of ******** blablablabla

Buat kau, si kawan yang konon baik,

Lama-lama aku rasa macam nak meludah tepat ke muka kau. Kenapa orang akan ingat keburukan orang lain tapi bukan kebaikan? Apa keburukan itu nilainya lagi tinggi mengalahkan kebaikan? Atau keburukan itu membuatkan darjat seseorang manusia itu hina sampai bila-bila.

Dia manusia yang paling memahami jiwa aku. Perwatakan aku adalah perwatakan dia. Cuma dia melakukan kesilapan dalam hidup. Sampai bila dia dihukum? Apa sudah tiada lagi yang namanya keampunan untuk dia? Semua orang melakukan kesilapan. Dari bermula terjalin darah, sampai terputusnya nafas aku, dia tetap orang yang aku hormat dan kemaafan dari aku adalah sampai bila-bila.

Orang lain memang mudah bercakap. Itu tak kena, ini pulak tak kena. Apa kau kau fikir aku ni hidup untuk memenuhi undang-undang kau kau semua? Undang-undang lapuk, undang-undang yang semuanya demi keselesaan bontot kau kau semua. Hidup kau kau semua dan aku berlainan. Jangan bercakap seolah-olah kehidupan kau kau semua itu perfect. Aku juga ada kehidupan. Kita berjalan di bumi yang sama cuma rata atau berliku itu semua ketetapan tuhan. Kau kau boleh berlagak, egois sekarang sebab kau kau berjalan di tempat rata. Sampai satu masa jalan kau berliku, kau kau akan faham.

Apa kau kau rasa susah hati, gusar, tak lalu makan kalau abang aku tak tak cukup makan pakai? Kalau kau kau cakap ya, kau kau semua memang berusaha geletek hati aku. Tak perlu untuk beritahu aku betapa kau kau semua ambil berat tentang dia. Muak. Semuanya di hujung tekak, sedia nak dimuntahkan.

Buat kau si makcik bermulut 7,

Aku bukan manusia yang cacat otak. Aku boleh berfikir. Kau juga boleh berfikir. Cuma beza kau dan aku, kau bercakap main hembus. Aku bercakap sambil berfikir. Ibu aku selalu pesan jangan kurang ajar dengan orang tua. Siapa dia orang tua? Kau tu orang tua. Aku kena hormat kau. Tapi kau tak nak terima kehormatan dari aku.

Hidup ini singkat. Kalau tak aku yang mati esok, mungkin kau. Kuasa tuhan jangan sesekali dipersoal. Ayat kau, nasihat kau memang akan aku ingat sampai bila-bila. Anak kau memang bagus, tak sebagus anak ibu aku. Tapi kau kena faham. Ibu aku dan kau berbeza. Ibu aku bermulut 1, kau pula 7. Tak salah bertegur sapa. Kita kan manusia. Aku yakin bercakap saja tak perlu airmata nak ditumpahkan. Tapi kau buat juga. Kepada siapa kau buat? Airmata siapa yang kau tumpahkan? Dia, wanita yang lahirkan aku. Balik rumah, tutup pintu rapat. Urusan anak ibu aku, bukan urusan kau.

Bukan susah nak hidup sebenarnya. Udara tu tuhan bagi sama rata.





Sunday, July 25, 2010

Typical

Mata saya masih lagi kelabu. Waktu sudah pukul 9 lebih. Terdapat 3 pesanan ringkas terpapar di skrin telefon bimbit saya.
satu dari Ammar : 'kau katne? datang kedai r.'

satu lagi dari Nana : 'seriously, boring here in Kedah. where r u?'

satu lagi pula dari Neddy : 'sori, got no crdt to reply ur txt semalam. at mamak?'

Saya cuma tersengih. Nampaknya jadual hidup harian saya begitu tipikal. Saya mencapai kunci kenderaan sambil menyarung t-shirt. Kepala saya hanya memikirkan roti canai dengan kari.

wallet di poket belakang kanan, handfon di poket kanan, rokok dan lighter di poket kiri. Perfect!
Saya melangkah keluar dari rumah dengan senang hati.

Dalam perjalanan ke kedai makan, saya masih memikirkan apa betul cuti saya begitu tipikal? Entahlah. Saya pun kurang pasti. Apa yang saya tahu, hujung minggu ini, saya dan rakan-rakan akan bercamping. Harap-harap semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.



Saturday, July 24, 2010

Rest

Usia malam semakin menua. Menunggu hari siang yang bakal tiba. Saya di bilik lesu tanpa wajah. Tingkap bilik saya buka, penghawa dingin saya tutup. Rokok mentol saya capai di atas meja.

Setiap kali saya terpandang gitar hitam disudut bilik saya, wajah seseorang akan muncul menyentuh jiwa saya. Padu. Terasa sampai ke kepala. Saya menarik nafas panjang dan teruskan menaip di komputer. Angin malam yang meniup masuk ke ruang kamar saya, sesekali meniup deras asap rokok tepat ke bebola mata yang mulai merah. Pedih.

Saya capai ipod di sisi katil. Lagu dari Damien Rice, lagu lebihan semalam sebelum saya tidur. Mata saya terpaku di depan komputer. Senyap. Hanya bunyi jarum jam tangan saya yang kedengaran samar-samar. Satu batang rokok lagi dinyalakan.

Cursor di komputer masih lagi berkelip-kelip menunggu perkataan di taip. Tangan saya kaku. Sunyi. Saya perlu rehat.

Friday, July 23, 2010

Try

Meja empat segi depan saya sudah lembab dengan embun. Orang yang datang makan dengan keluarga belum surut. Malam masih muda. Orang berpolitik, berbincang politik, orang bisnes, berbual bisnes, mat rempit pula berbual pasal motor. Saya? saya cuma mendengar.

Kadang kala saya terfikir, apa yang saya cari dalam kehidupan yang singkat. Banyak lagi benda yang masih asing dalam hidup saya. Mencuba satu usaha dan usaha itu perlukan daya. Tapi dalam banyak-banyak benda, apa yang mahu dicuba?

Kalau ada masa, saya akan mencuba. Cuma, saya perlukan masa.

Saya diam dan ketawa.

Thursday, July 22, 2010

Lion City

Petang tadi aku teman kawan aku pergi beli but futsal. Ahad ni ada league. Bila aku kenang-kenang balik pasal but futsal aku tu, aku pun beli sekali. Dah rabak sangat. Dalam pukul 2 aku dan kenalan ke Johor Bahru City yang terletak dengan sempadan Singapura. Kata kawan aku, abang dia nak but Joma yang flexible. Hanya ade disitu saje yang jual. Kalau tak aku tak pergi jauh-jauh. Bandar Jb sekarang makin sesak.

Bila disana, memang ramai orang Melayu Singapura. Dari segi percakapan, aku dah dapat tangkap yang mereka orang Singapura. Bahasa yang sama tapi aku rasa macam berada di satu dunia lain.

Gila..


Wednesday, July 21, 2010

Answer

Ade orang yang gua tak kenal menghantar mesej bernada serius, sedikit marah dan kecewa ke gua sebab status gua. Gua tak tau ape relation gua dan dia. Tapi gua akan cuba menjawab disini.

Wanita tersebut bertanya ke gua mengenai kehipokritan gua terhadap pandangan gua mengenai cinta itu kosong yang gua tulis di website gua baru-baru ini.

Sebenarnya, setiap manusia memang perlukan cinta. Itu memang gua akui. Tapi kita punya pandangan masing-masing. Gua tak kisah kalau ada orang label gua sebagai hipokrit atau otak kosong dengan hanya entri gua yang satu itu yang gua sendiri tulis di website gua sendiri.

Sebenarnya, 2 tahun lepas gua juga pernah jatuh hati kepada seorang makhluk yang namanya wanita. Gua seakan rasa yang dia adalah pelengkap hidup gua. Bagi gua, itulah namanya cinta. Gua tak perlu untuk memberitahu dia yang gua nak jadikan dia awek gua. Gua tak perlu untuk beli bunga berkuntum-kuntum di hari valentine semata-mata untuk menunjukkan rasa sayang gua kepada dia, dan gua juga tak perlu untuk memberitahu satu dunia yang gua suka dia. Bagi gua, itu semua ibarat permainan.

Cukuplah hanya gua seorang saja yang tahu makna cinta itu sendiri. Memang gua akui gua tak pernah cakap 'i love you' pada dia. Bukan kerana gua tak berani, tapi bagi gua, cinta itu abstrak. Sekadar 'i love you', budak sekolah tadika pun boleh cakap.

Ada kawan gua cakap, gua ni seorang yang bodoh bebal sebab gua sibuk nak jaga tepi kain wanita yang gua cinta untuk mendapatkan jejaka yang dia cinta. Bagi gua, apa guna cinta kalau kita merosakkan cinta orang lain. Gua tahu yang jejaka yang dia cinta tak mencintai dia seperti mana gua cinta dia. Tapi gua akan sentiasa sokong wanita yang gua cinta untuk mendapatkan cinta sejatinya. Kebahagiaan cinta wanita yang gua cinta adalah lagi besar dari nilai cinta gua yang tak seberapa.

Cinta gua adalah milik gua. Hanya gua saja yang berhak tentukan. Dalam hati gua, cinta itu memang hipokrit. Setiap manusia hipokrit termasuk diri gua. Setiap hala tuju kehidupan gua, semuanya dimulakan dengan langkah pertama yang gua sendiri cipta tanpa bantuan kau kau semua. Sama juga seperti cinta gua. Sapa kau kau ini untuk menilai, menyukat timbang nilai cinta gua?

Kesimpulannya, gua tak rasa ada masalah kalau wanita yang gua cinta berjaya mendapatkan cinta yang dia inginkan. Gua akan sentiasa menolong walaupun tapak tangan gua ini tak berapa besarnya. Gua tak akan terjun bangunan tingkat 12. Jangan risau.

Tuesday, July 20, 2010

Kudrat

Saya mengaku, ada benda yang saya tak mampu lakukan walau beribu kali saya cuba. Ada benda yang saya tak dapat walau macam mana kuat saya inginkan. Tapi, saya tahu sekuat mana kudrat saya. Saya hanya perlu duduk, fikir dan menerima apa sahaja yang saya dapat.

Bagi saya, menerima kenyataan adalah permainan kehidupan. Kadang kala kita menang dan kadang kala kalah. Adat bukan?

Saya boleh cakap yang saya seorang yang boleh mengawal diri saya. Dari otak, hati, dan juga perasaan. Contohnya, saya suka epal. Saya yakin saya mampu untuk benci epal kalau saya mahu. Sebab perasaan dan rasa adalah kawalan.

Kelemahan terbesar yang saya rasa ialah mengenai hati dan perasaan orang lain. Hati orang lain adalah berbeza. Sebab itu saya perlukan sedikit masa untuk memahami dan kadang kala menjadi seorang hipokrit untuk memahami hati orang lain.

Semua manusia perlukan cinta. Saya akui. Walau macam mana saya cuba untuk benci benda yang namanya cinta, masih juga tak berjaya. Yang saya tahu, cinta adalah kosong..

Monday, July 19, 2010

Makhluk Halus

Di belakang saya dan Neddy ade makhluk halus. Siapa-siapa nak buat penggambaran misteri mengenai makhluk halus boleh tinggalkan pesanan di blog saya. Haha



Monday, July 12, 2010

Answer

Semalam saya terima sms dari kenalan lama saya, Afiq Malik. Dia sudah seminggu lebih pulang dari Australia. Kalau diingat-ingat balik, hampir setahun lebih saya tak berjumpa dia.

Saya teringat kembali waktu dulu-dulu. Waktu Lisa masih ada. Dia dan adiknya Afiq, sama saja. Dua orang yang saya anggap penting dalam hidup saya.

Dan semalam juga, mungkin pengakhiran untuk permulaan yang saya tak tahu kesudahannya. Berteka-teki dengan diri sendiri memang memenatkan.

Walaupun saya kini tahu yang Lisa anggap saya seorang yang biasa, tapi saya yakin dia istimewa buat saya. Memang saya akui, selepas semalam saya rasa sedikit benci, menyalahkan diri sendiri. But its okay.

So, saya bersedia untuk kehidupan yang lebih baik dari kehidupan saya sebelum ini.

Cheers!

Saturday, July 10, 2010

Four

Kadang-kadang dalam hidup kita, ada perkara yang datang hanya sekali. Bila kita tak berani mengambil peluang, ia lenyap terus.

Ada perkara yang saya akui saya tak berani mengambil peluang. Tapi, jarang saya menyesal sebab tidak mengambil peluang tersebut. Lebih-lebih lagi, peluang yang berkaitan dengan kehidupan saya dan kehidupan orang lain.

Empat kali... saya tak mengambil peluang yang sama sebab saya tau pengakhirannya teruk dan saya tak menyesal.

Saya tak pernah menyesal dengan tindakan saya dan saya bangga.