Gua ada seorang kawan yang 'true' hip hop. Nama dia Syafiq Jalil. Tapi orang panggil dia Sean. Macam gampang. Takde kena mengena langsung. Bulan lepas gua berpeluang lepak sekali dengan Sean. Entah macam mana dia boleh dapat contact number gua pun gua tak tau.
Hujung minggu, cuaca cerah. Gua tiba di Tebrau City
"mane?"
Gua sms sama Sean
tiit! tiit!
Gua bukak inbox : "starbucks"
Tanpa banyak cakap, gua menuju ke starbucks. Memang gua seorang yang berpegang pada prinsip negara : masa itu emas. Gua tak suka buang-buang masa ni.
"yaw!!"
Sean tegur gua dari jauh. Gua hulur tangan, adat orang melayu. Sean salam tangan gua macam orang melayu juga, Jangan nak mengada buat perangai budaya barat. Akhirnya selepas beberapa tahun tak berjumpa, gua akhirnya berjumpa balik dengan Sean. Gua tengok atas bawah, masih tak berubah. Imej hip hop Sean masih ketara sejak dari zaman sekolah. Tak sangka gua yang Sean sekarang makin matang, tak macam dulu. Kalau dulu, perangai memang macam Israel. Semua makwe dia nak jajah. Masa rehat pulak sanggup tak turun. Konon ade battle breakdance. Gua ingat lagi masa darjah 6 si Azmir hampir nak terpatah leher sebab breakdance. Nak menangis muka muka masing-masing bila kene sergah dengan Cikgu Zaini.
"ku menangis, membayangkan..." (lagu rossa - hati yang kau sakiti)
"hello? aah. yea. ok2 nanti I call u balik k? lil bit bz"
Sean pandang gua. Gua buat-buat tak dengar.
"cun la awek tu, macam Fazura kan?"
Sean berkata ke gua sambil tangan beliau menekan-nekan iphone 3gs beliau.
Gua : "gua pedulik ape lu pakai ringtone rossa, tak payah la lu nak tukar topic. Hahaha!"
Sean : "babi!"
HAHA. CARAAA ;DD
ReplyDeleteringtone hiphop abes
ReplyDeletehahaha!
rossa pn da join hiphop ke bro??
ReplyDeletesumpah tergelak ! =DD
ReplyDeletesumpah lawak..gelak xbley bla
ReplyDelete