Monday, September 27, 2010

Dayang

Gua tak berapa ingat, bila kali terakhir gua keluar dari makam batu. Yang pasti, gua pernah keluar dan tak lama selepas tu gua kembali mati. Gua rasa gua dah lemas dalam makam batu. Gua officially dah keluar untuk mencari dayang yang selalu gua impikan.

Kasut Bally hitam, bersut Gucci. Gua teruskan berjalan meninggalkan makam batu yang gua sendiri bina suatu ketika dahulu. Ditangan gua hanya ada sekuntum ros merah yang gua petik lalu disisipkan ke poket sut, bunga yang akan gua berikan ke dayang gua nanti. Memang tak banyak, cuma sekuntum sebab gua tak mampu petik banyak.

Bila tiba masa gua ketemu dayang yang gua impikan, gua mungkin orang yang paling gembira di dalam cakerawala ni. Abang gua sudah ketemu dengan dayangnya. Ternyata dayangnya membuatkan dia berubah berjuta kali ganda. Dan sekarang giliran gua pula.

Rasa-rasa gua sudah bertemu, hanya tinggal ros merah yang harus gua bagi kepadanya..

Dayang,
Ambillah ros merah ini,
Jika ros merah ini tetap berdiri,
walaupun kelopaknya habis dan hanya tinggal duri,
kita pasti..

5 comments: