Thursday, September 30, 2010

Change

manusia macam air,
boleh berubah dengan mudah,

bila suka boleh jadi benci,
bila si papa boleh jadi yang agung,
bila si hina boleh jadi sang dewa,
bila si bendul boleh jadi pembengkok,

manusia ada yang dinobatkan,
kerana mereka adalah mereka yang diceritakan,
namanya,
kisah cintanya,
kisah perkasanya,
semua,
terkalam diatas segala,

bila waktu disalahkan,
dunia pula disisihkan,
saat itu manusia tak siuman,
kerana kisah Romeo dan Julietnya yang tak kesampaian,

apa benar Romeo itu untuk Juliet?
apa terang cinta itu ada?
cinta itu hanya kata,
ilusi yang manusia cipta,
hanya mimpi.






Hilang

Nampaknya kerja gua sudah makin bertambah. Gua yakin, dalam sebulan lagi, gua akan jadi sibuk. Sekarang gua perlukan rehat hujung minggu. Sut Gucci, kasut Bally dan ros merah gua tanam dalam tanah dulu. Gua nak berenang dulu. Kalau gua balik, barang-barang gua dah hilang. apa boleh buat. Harap-harap la.

Monday, September 27, 2010

Dayang

Gua tak berapa ingat, bila kali terakhir gua keluar dari makam batu. Yang pasti, gua pernah keluar dan tak lama selepas tu gua kembali mati. Gua rasa gua dah lemas dalam makam batu. Gua officially dah keluar untuk mencari dayang yang selalu gua impikan.

Kasut Bally hitam, bersut Gucci. Gua teruskan berjalan meninggalkan makam batu yang gua sendiri bina suatu ketika dahulu. Ditangan gua hanya ada sekuntum ros merah yang gua petik lalu disisipkan ke poket sut, bunga yang akan gua berikan ke dayang gua nanti. Memang tak banyak, cuma sekuntum sebab gua tak mampu petik banyak.

Bila tiba masa gua ketemu dayang yang gua impikan, gua mungkin orang yang paling gembira di dalam cakerawala ni. Abang gua sudah ketemu dengan dayangnya. Ternyata dayangnya membuatkan dia berubah berjuta kali ganda. Dan sekarang giliran gua pula.

Rasa-rasa gua sudah bertemu, hanya tinggal ros merah yang harus gua bagi kepadanya..

Dayang,
Ambillah ros merah ini,
Jika ros merah ini tetap berdiri,
walaupun kelopaknya habis dan hanya tinggal duri,
kita pasti..

Sunday, September 26, 2010

Sean

Gua ada seorang kawan yang 'true' hip hop. Nama dia Syafiq Jalil. Tapi orang panggil dia Sean. Macam gampang. Takde kena mengena langsung. Bulan lepas gua berpeluang lepak sekali dengan Sean. Entah macam mana dia boleh dapat contact number gua pun gua tak tau.

Hujung minggu, cuaca cerah. Gua tiba di Tebrau City

"mane?"

Gua sms sama Sean

tiit! tiit!

Gua bukak inbox : "starbucks"

Tanpa banyak cakap, gua menuju ke starbucks. Memang gua seorang yang berpegang pada prinsip negara : masa itu emas. Gua tak suka buang-buang masa ni.

"yaw!!"

Sean tegur gua dari jauh. Gua hulur tangan, adat orang melayu. Sean salam tangan gua macam orang melayu juga, Jangan nak mengada buat perangai budaya barat. Akhirnya selepas beberapa tahun tak berjumpa, gua akhirnya berjumpa balik dengan Sean. Gua tengok atas bawah, masih tak berubah. Imej hip hop Sean masih ketara sejak dari zaman sekolah. Tak sangka gua yang Sean sekarang makin matang, tak macam dulu. Kalau dulu, perangai memang macam Israel. Semua makwe dia nak jajah. Masa rehat pulak sanggup tak turun. Konon ade battle breakdance. Gua ingat lagi masa darjah 6 si Azmir hampir nak terpatah leher sebab breakdance. Nak menangis muka muka masing-masing bila kene sergah dengan Cikgu Zaini.

"ku menangis, membayangkan..." (lagu rossa - hati yang kau sakiti)

"hello? aah. yea. ok2 nanti I call u balik k? lil bit bz"

Sean pandang gua. Gua buat-buat tak dengar.

"cun la awek tu, macam Fazura kan?"

Sean berkata ke gua sambil tangan beliau menekan-nekan iphone 3gs beliau.

Gua : "gua pedulik ape lu pakai ringtone rossa, tak payah la lu nak tukar topic. Hahaha!"

Sean : "babi!"





Geli

Nama : Khalis Yunus
Panggilan manja : helis @ liz
Umur : 20 tahun
Pekerjaan : pelajar, part time model
Music : Justin Bieber, Pussycat Doll, Spice girl
Makanan favourite : roti canai, pisang goreng
Cita-cita : ingin menjadi pemain sinetron tempatan, tetapi ditentang oleh keluarga, lalu menjadi jurutera.
Impian : Berkahwin bertemakan fairy tale macam Nur Nadia SM Nasimudin
Fav Quote : "nobody is nobody and I am nobody" (wtf?) & "I was Einstein in my past lifetime, thats why i knew cloud is white better than anybody else"

berdarah hidung gua tengok pic lu khalis! haha


Friday, September 24, 2010

Pendek

Seperti yang kau orang pernah tengok, sebelum ni rambut gua memang panjang. Masa gua balik malaysia, punyelah panas. Gua rasa semak betul berambut panjang. Bila gua terkenangkan keadaan sejuk di sini, gua sabar. Panas terik matahari masa gua keluar tengahari, gua sabar. Panas bahang brader jual murtabak masa bulan puasa, pun gua tahan. Lepas tu tibalah hari raya...

Masa raya, gua beraya di rumah nenek gua di Melaka. Biasa la, hari raya mesti ramai sanak saudara yang datang bertandang. Yang makwe masing-masing bukan main cun macam pemain sinetron, yang lelaki pulak ada yang macam aktor hollywood. Gua hanya tersengih bila bersalaman dengan uncle dan aunty gua. Ternyata, bila rambut panjang, gua kena sisip dulu rambut gua sebelum bersalam cium tangan. Adat. Masa tu, gua dah terasa rimas tahap maksimum. Raya ke 3, gua pulang ke Johor Bahru.

Raya ke 4, gua bangun awal pagi tanpa ada raksasa yang menjerit di telinga gua. Gua capai kunci, gua bergerak ke saloon tak jauh dari rumah gua. Ternyata saloon yang baru buka ni ada amoi blonde dan berseluar thight. Gua dah agak.

"so, how?"

amoi saloon bertanya ke gua.

" potong pendek macam Andy Lau"

Amoi saloon tergelak. Gua pula muka serius.

"Zzzraass!"

Rambut gua kena potong...

Malam tu gua ke rumah Uyul. Ada bbq. Gua tiba dalam pukul 9 lebih. Memang sengaja gua datang lambat. Semua makanan dah tersedia. Tak payah nak self service. Sambil tersengih gua salam uyul.

"sorry r, jalan jam. tu yang lambat"

Uyul tersengih. Wife uyul, zira pandang gua acuh tak acuh

"rambut pendek?? haa, kan kemas.. kan bu?"

"aah! dari rambut panjang tu baik rambut pendek! malas je nak tegur dulu"

Zira berkata ke gua.

"cilaka.."

gua bisik dalam hati sambil tangan capai tart nenas.

Tuhan

Gua perasan kadang kala ada orang yang menyalahkan tuhan bila mereka ditimpakan dengan masalah. Tapi, kau perlu tahu, tanpa masalah hidup ini rata.

Dan ada juga orang yang berkata ke gua 'alangkah bahagia hidup kalau aku jadi burung ke, ikan ke, senang hidup'. Bagi gua, lu orang yang otak kecil. Cuba lu fikir, setiap benda yang terjadi mesti ade sebab. Lu orang fikir la kenapa tuhan jadikkan lu manusia, sempurna dengan akal fikiran. Gua tak rasa gua akan happy kalau gua jadi binatang.

Rasa palat dalam hidup ini memang lumrah. Lagi-lagi berhadapan situasi yang macam celaka. Tapi tuhan sentiasa betul. Kita adalah hamba.

Tuesday, September 21, 2010

Cinta

Manusia memang berubah dari setiap detik waktu yang berputar. Tahun 2010 hampir ke penghujung. Dulu gua rasa hidup ini unfair buat gua. Semuanya gua pandang jadi hitam. Semuanya hodoh, dan bagi gua humans are complicated. Tiada manusia yang gua percaya kecuali diri gua sendiri.

3 tahun lepas, mungkin gua hanya budak-budak yang baru memasuki alam dewasa. Jambang misai pun belum ada. Sekarang gua rasa gua dewasa. Gua boleh berfikir matang.

Bila gua lihat-lihat balik, ramai juga kawan-kawan gua yang bertunang, married, dan gua mula terfikir tentang usia hidup gua. Bukanlah gua terfikir nak kahwin. no! Tapi gua perasan gua menghabiskan masa 3 tahun mengharapkan benda yang tak mungkin kembali. Gua tahu dia juga hamba tuhan yang maha pencipta. Ajal maut ditangan tuhan. Siapa gua nak bertanya dengan tuhan kan?

Sekarang gua hanya perlu move on. Bagi gua, peluang hidup terlalu banyak dan gua sekarang punya seorang wanita yang gua amat cintai. Rasa sayang dalam kehidupan adalah kurniaan tuhan. Tiada lambat dan tiada cepat. Kita hanya perlu tunggu...

Sunday, September 19, 2010

Gay

Melepak seorang diri di airport Dubai ialah salah satu cabaran. Tempat dimana mamat-mamat serban dan minah-minah purdah bergurau senda. Gua yang baru tiba dari Kota Singa agak keletihan kerana kekurangan tidur. Lazimnya gua akan tidur sepanjang perjalanan dan gua hanya buka mata kalau nak ke toilet ataupun ada stewardess ala-ala megan fox datang menyapa gua dengan cara sopan.

Sampai di Dubai, gua bersuai kenal dengan seorang mamat yang juga menunggu penerbangan ke Moscow. Macam-macam juga cerita. Perbualan kami berhenti seketika. Kelihatan ada dua lelaki Arab berhenti didepan kami dan bersalaman sesama sendiri sambil melagakan hidung.

"Thats so gay"

Lelaki yang berbual dengan gua berkata perlahan. Gua hanya buat ekspressi muka 'no comment' dan menuju ke smoking room.

Scene

3 bulan di Malaysia, akhirnya gua kembali ke scene life gua di Rossiya Federasiya.

Makwe Blonde?

- hehehe

Akak Adibah Nor?

-hehehe

Pakcik bas?

-hehehe

Aunty Prada?

-hehehe

Bonda gua?

-ok, gua terlupa nak call dia semalam. Cau!

Friday, September 17, 2010

End

Hello peeps!

Nampaknya cuti summer aku dah habis. Sudah masa untuk aku bertolak ke Kota Singa untuk pulang ke habitat aku di negara komunis. Dengan itu, mintak maaf atas segala janji yang aku tak dapat tunaikan dan juga plan-plan yang terbengkalai. So, jumpa lagi dalam masa setahun!

Thursday, September 9, 2010

Happy Raya Day

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

1. Kawan saya di Johor
-Hakimi Musa, Faiz Malik, Ammar Lokman, Kate Khairani, Badrul Hafiz, Fahmi Basok, Zurin Izzatie, Shamir Latiff, Fatin Nazurah, Farhana Ibrahim, Athirah Maamon, Nadia Basok, Izhar Zaihan, Emy Saiful, Nadia Hanis, Ailiayana Farid, Syazwan Maarof, Farhana Amir,Safura Elias, dan juga Nurullail dan keluarga

2. Ex Kuala Klawang
- Megat Roslan, Hanis Mahbob, Ijlal Naim, Izzat Roslan, Siti Nur Amirah, Sayyid Syafiq, Fadhirul Idham, Wafeeq Ismail, Amir Ridzuan, Ash Aziz, Azri Arif, Najihah Roslan, Saufee Tajuddin, Zahidil Fadhli.

3. Ex Jasin
- Hasnor Hashim, Fareez Ghani, Siddiq Jalil, Ahmad Kamal, Aizat Azizan, Ammar Zularnain, Aqif Ismail, Rasyid, Irfan Mustafa, Hanis Nordin, Azyan Nadiah,

4. Perantau
- Rizal Kasim di India, Iskandar Farhan di Sri Lanka, Aulia di Moscow, Azri Kamal di Kanada, Mohd Amirul di Egypt, Syireen Asyina di Australia, dan juga junior di St Petersburg Russia.

5. Blogger
- Dahlia Mazelan, Ruzana Shaliza,Juliet Syafiqah, Tora Gagarin, Ninaa Joyy, Lia Jamal, Neddy, Najihah Najmi, Rafiqah Rijal,

6. Kawan-kawan saya di St Petersburg dan Moscow Russia

Tuesday, September 7, 2010

Murti

Pukul 11.20 malam tadi, cuaca agak tenang. Cahaya bulan samar-samar di kaki langit. Bintang pulak.... ah, tak tau pulak gua. Lu orang ingat gua ade mase nak mengusha bintang setiap malam?. Angin pulak bertiup sedang-sedang kelajuannya. Awan pulak bukan main lagi. Ade yang bentuk macam Blackberry. Masyaallah! Dan dikala itu, gua dan Kimi bergerak ke kedai Murti bersama gen 2 kaler oren.

Murti : minum apa?
Kimi : air suam satu.
Murti : wokey!

tanpa perasaan tak bersalah, Murti terus nak blah.

gua : woi, teh ais satu!
Murti : teh ais haa? wokey!

lagi sekali Murti buat hal..

Kimi : eh makan tak nak ambik order?
Murti: ok, makan apa?
Kimi : roti kosong.
Murti : roti kosong? wokey!

Dengan tak ambik order makan gua, Murti berjalan nak ke kaunter sambil tersengih.

Gua ambik step, dan berlari pecut ke Murti sambil melayangkan tendangan 90 darjah. Padu! Murti tersungkur dibawah meja makan. Amoi yang tengah makan rojak mamak berlari ke meja belakang sambil sempat capai pinggan rojak.

Murti : sori la abang!

Gua tak peduli. Gua bagi satu lagi penerajang tepat ke abdomen Murti. Murti mengerang kesakitan. Brader-brader yang tengah berbual jadi kaku. Makwe-makwe pula ade yang berlari ketakutan. Tak kurang juga makwe yang kenyit-kenyit mata sama gua. Pakcik pakai kopiah baru balik terawih hanya mampu geleng kepala. Tiba-tiba satu cahaya putih tepat memancar ke muka gua.

Freez!! You are under arrested for physical harassment!

Gua kena gari dengan pasukan SWAT. Gampang. Ye, part gaduh tu gua reka. Apehal?


Monday, September 6, 2010

Dugaan 2

Tangan gua terketar-ketar menutup pintu bilik. Gua pandang cermin, anak mata gua mulai merah.
Gua rebah ke katil dan depakan tangan. Poster Bruce Lee gua tenung dalam-dalam.

"Beat me Bruce Lee"

Kata gua separuh keras. Namun tiada respon.

"Beat me!!"

Gua mulai rasa nak bergaduh. Suara gua pun mulai keras, tapi sweet.

"Beat me Bruce Lee!!! what are you? Britney Spears?!"

Ternyata gua menang tanpa bertandingan dengan Bruce Lee. Bruce Lee hanya tinggal nama.
Ok la, gua nak mandi. Hari ni haus dia bukan main lagi. Rasa lama betul nak pukul 7.

Sunday, September 5, 2010

Dugaan

Satu petang di bulan Ramadhan, gua dan seluruh kanak-kanak yang sebaya bermain bola di padang kampung nenek gua di Melaka. Masa tu, gua bawak but warne biru terang. Sampai di padang, gua usha budak-budak semua dah main. Ade yang bergaduh manja sebab tersadung kaki. Gua ketawa kecil. Tapi yang tak sedap, gua tengok semua kaki ayam. Gua usha di rumput, takde pulak pokok semalu. Pokok yang ade duri-duri tu. Pokok kaktus jangan nak buat lawak tumbuh tengah padang bola. Gua campak but gua ketepi, gua masuk padang sambil tepuk tangan sikit-sikit macam pemain EPL.

Tak sampai setengah jam. Gua tengok si Faqhlin dah hirup air paip sembunyi-sembunyi. Haus dia bukan main lagi. Kalau ikutkan hati, nak jugak gua hirup sekali tapi gua was-was dengan air paip tu. Mane la tau gua kena aids ke, JE ke. Gua batalkan niat. Apa barang dah umur 13 tahun minum air paip. But tepi padang gua capai dan gua balik ke rumah nenek gua sambil berlari anak.

"Aik, kejap main bola?"

Nenek gua yang sibuk menonton tv bertanya ke gua sambil anak matanya tak berganjak dari kaca tv.

"penat la nek. Kang haus pulak"

Gua rasa menyesal tak hirup air paip. Gua ingatkan rumah nenek gua clear macam dekat rumah gua. Menyesal pun tak guna. Tiba-tiba mata gua ternampak satu balang buah prune atas peti sejuk. Gua capai, gua masukkan dalam beg but bola. Pintu bilik gua kasik rapat. Gua capai tuala dan mandi.

Lepas mandi badan segar. Gua bukak penutup, gua bedal buah prune sebijik-sebijik. Dan akhirnya, gua kantoi dengan nenek gua face to face. Dia punye feel, macam nak dengar lagu raya yang syahdu-syahdu konon sedih.

Tapi sekarang gua dah 20 tahun. Setakat puasa, piece of cake! Tapi, tadi baru gua perasan yang sejak umur gua 20 ni, dugaan puasa makin susah. Lagi-lagi beli baju melayu yang penjualnya muka iras-iras Lisa Surihani. Penat tau control hensem dengan perut kosong! cilaka


Friday, September 3, 2010

Hitam Putih

Contest yang di tag oleh Aulia
ps : Nak gambar yang style harap maaf la ye. Ni pun dah abis kreatif la ni


Faces

Hari ini, saya nak menerangkan kepada anda jenis-jenis muka mengikut istilah urban

1. Muka Pecah
- Muka yang hodoh, buruk rupa.

2. Muka Mengundang
- Muka yang diminta untuk ditumbuk atau terajang.

3. Muka Penyapu
- Muka orang yang menerima segala benda yang orang bagi tanpa bantahan.

4. Muka Mop Lantai
- Muka orang yang egois, sombong.

5. Muka Besi
- Muka orang garang.

6. Muka Ketat
- Muka tak berperasaan

7. Muka Kerang
- Muka orang yang tersengih-sengih tanpa sebab

8. Muka Tayar
- Muka orang yang asyik dibahan atau di kutuk depan-depan

9. Muka Tua
- Muka orang yang kuat merokok

10. Muka Petak
- Robert Pattinson ataupun Faiz Nadli

Thursday, September 2, 2010

Stupid Girl

Hey stupid girl,

I think i know you but i dont remember,
You keep on asking me if you got any prettier,
I dont know why i hate you, but yeah youre a loser ,
But i know you do smell like cucumber
blegh!
I hope it wasnt true,
Gimme break, dont tell me you cant give me a clue,
You watch dvds and biting your nail on my sofa,
And you said "my fav actress is Anna Kournikova!"
*pfft
Why dont you just go away?
I dont care if you fuck Michael Faraday.

You told me " I have something important so lets upstairs,
For fuck sake like I will ever care,
You kiss me and your finger dancing in my hair,
owh stop it bitch and give me some air,

I still remember this one time on your birthday,
You maked a wish we'll be together till our hair turn gray,
I do hope we wont go astray,
But I guess you fuck my friend the next day huh?,

hey listen,
I dont need love and I dont need you,
Stop treating me like im an OKU,
Why ask me when you can ask mr Yahoo!?
Fuck you ,
I wish you die in the loo.
-xoxo-

ps : aww, janganlah marah:)

Pupus

Waktu ini,

Michael Schumacher sibuk tukar tayar ferrari,
Valentino Rossi sibuk tukar karburator,
Hillary Duff sibuk pasang botox,
Azwan Ali sibuk bergosip hangat,
Inul Daratista sibuk beli baju bling-bling,

Aku pun sibuk jugak. Tapi aku tak mintak banyak.

Char kue teow takde ke??!

ps : susah betul nak carik char kue teow. Gampang



Wednesday, September 1, 2010

Jodoh

Si Badrul bertemu jodoh di grand dinner dengan gadis kaca mata. Nama dia Dalila. Sweet

Si Haris bertemu jodoh di foodcourt dengan gadis rambut perm. Nama dia Syafika. Lagi skinny dari aku.

Si Faiz bertemu jodoh di Topshop dengan gadis funky. Nama dia Natrah. Aku pun tak pernah tengok lagi.

Si Uyul bertemu jodoh di court futsal. Nama dia.. (cilaka aku lupa). Married

Si Izat bertemu jodoh di tempat kerja, Mcd dengan gadis tempatan. Nama dia Nana. Tak banyak cakap.

Si Faisal bertemu jodoh di tempat karaoke dengan gadis kening shave. Nama dia Adila. Shopaholic

Si Radhi bertemu jodoh di Pangkor dengan gadis tak suka bau rokok. Nama dia Nabila. Pakai BMW beb.

Si Anuar pulak bertemu jodoh di Universiti dengan gadis utara. Nama dia Eryna. Artistik

Harap-harap lepas ni turn gua pulak. Tapi gadis tudung la macam ni. Baru rare!


Juwita

Juwita permata hatiku
berbaju kuning berbunga biru
sungguh cantik dipandang tak jemu-jemu
kakimu putih, aku pula berbulu

Juwita senyuman mu menggoda
terasi hati bagai nak gila
bibirmu pula bagaikan gula
owh cilaka

Juwita gadis pujaan
membuat hatiku jadi tak keruan
kepalaku pula fikir yang bukan-bukan
sialan

Babi la kau.