Thursday, August 26, 2010

The Story of a Baldy Man

Seorang pelajar ditahan guru disiplin kerana kesalahan rambut botak. Di begnya tertampal patches 'fuck goverment'. Saya ingat zaman ini sudah lama mati. Kepala saya mengingatkan saya kepada seseorang.

Dia adalah seorang manusia biasa. Tapi dia punya fahaman yang berbeza, fahaman dari England. Zaman dimana JB Riot, Northern Lion dan KL Troopers masih gah bertapak di bumi Malaysia. Masa tu saya fikir semuanya normal. Kadang-kadang dia buat saya pecah perut dengan cerita-cerita hantunya. Setiap kali dia bercerita, mesti dia akan jadi hero. Haha

Saya teringat kisah kami makan tengahari di sebuah restoran India Muslim yang berhampiran dengan kedai makan Melayu. Dia bagitahu saya India Muslin memang pandai buat duit. Kami berbual dan makan. Tapi hari tu berlainan dari biasa. Meja kami penuh dengan gelas dan cawan.

"cau"

Saya terpinga-pinga.

"Sape nak bayar?"
"Jalan je"

Pekerja India Muslim restoran tersebut menahan kami dari memasuki kereta. Apa yang saya ingat ada pertengkaran kecil dan,

"Ape hal? Kau orang tengok ape? Kedai Melayu sebelah ni sape nak pegi? Keling?!"

Semua yang makan disitu pura-pura buta, pura-pura pekak, pura-pura bisu. Ada yang hanya menjeling 'steel toe' 10 lubang dia dengan jelek. Kami start enjin dan terus jalan meninggalkan pekerja India Muslim yang masih blur. Dada saya macam nak pecah, muka saya berubah.

"HAHAHA, Relax la"

Dia ketawa dari dalam kereta sampai rumah.

Tapi semuanya dah berubah. People change. Tapi bukan senang nak lupakan masa silam. Kalau saya boleh balik kezaman silam, saya takkan benarkan dia berfahaman sebegitu. Fahaman yang hidup penuh kebencian. Hatred society. Saya akan pecahkan segala keset-keset dia, saya bakar zine-zine dia, saya buang but dia dalam sungai. Tapi itu semua mustahil.

Tapi saya bangga dengan dia. Dengan usaha dia sendiri, diatas dua kakinya dia bangun dan mengejar segala saki-baki peluang dalam hidupnya walaupun dia sudah tiada siapa untuk tarik tangannya disaat dia jatuh. Tiada siapa untuk memegang bahunya bila dia kesusahan. Dan sekarang, dia mempunyai kerja yang bagus dan seorang wanita yang amat dia cinta. 2 orang yang saya hormat sampai bila-bila.

Bila teringat waktu saya ke Russia buat pertama kali dahulu, saya rasa sayalah orang yang paling special. Ada 2 keluarga yang berlainan yang menghantar saya di lapangan terbang walaupun didalam diri masing-masing tetap mengalir darah yang sama. Saya yakin yang suatu hari nanti, kami akan jadi satu kembali. Tunggu.

*God bless you Mohd Asfar Zainal and Kak Syairah


4 comments:

  1. yang jatuh tak akan selamanya jatuh. yang berdiri juga tak akan selamanya berdiri.

    ReplyDelete
  2. Fathi : dah2, mulelah kau!

    wafeex : yea. bumi itu bulat.

    Tora : haha

    ReplyDelete