Tuesday, March 31, 2009

Takziah buat Rasyid

(Rasyid in memory)
Banyak perkara yang kita x dapat nak tafsir. sebab kita x mampu. kalaulah kita dapat meramal masa depan, alangkah indah hidup ini. Sabtu, 28 mac 2009 perginya seorang teman, Rasyid. x pernah terlintas kat fikiran aku yang die dah xde. macam x percaya. tapi itulah realiti. Rasyid ni aku kenal mase first2 daftar kat miat. mase awal2 aku anggap die ni aggak kerek. tapi orang kate 'x kenal, maka x cinta'. sampailah sebelum arwah pergi kitorang memang baik. yang aku x dpt terima, hari jumaat 27 mac tu aku sempat lagi berbual2 dgn arwah. then aku balik melaka 2 hari. sampai miat hari ahad, aku dapat berita arwah dah pergi sebab accident motor kat nilai on the way nak ke uitm shah alam. aku macam x percaya, speechless.. mungkin dah takdir die pergi awal. aku doakan arwah ditempatkan ditempat2 orang beriman. moga2 rohnya dicucuri rahmat oleh tuhan.

p/s: sedekahkan lah al-fatihah buat arwah rasyid agar tergolong dalam umat islam yang tidak berat mendoakan saudaranya yang lain

Tuesday, March 10, 2009

hujan

aku suka hujan. bukan band hujan yang diketuai noh tu.(aku bukan pengkritik band hujan).. maksud aku hujan yang betul. tiap2 kali hujan, banyak idea yang ingin aku curahkan melalui lagu2 bernada melankolik. aku pun x tahu kenapa mesti hujan baru aku ade idea, hahaha. biasa la.. hujankan rezeki. dan pada waktu hujan jugak, aku suka memerhati manusia2 disekitar aku. kadang2 pelik, kadang2 menarik, kadang2 sedih. setiap emosi mereka seakan-akan memberi aku ilham untuk berkarya. semua yang aku fikir, aku catat dalam buku biru aku yang penuh dengan benda2 mengarut. haha. Next week, aku ade biro tatanegara. so, seminggu aku kene pegi Meru, Klang. aku x pernah lagi pegi camp btn ni. so, aku harap menarik n Meru xde la masalah.

ps: to Iskandar Farhan @ Kurt.. selamat hari lahir kawan.. semoga panjang umur dan murah rezeki..peace!

Friday, March 6, 2009

Lovefool

bwat sape2 yang minat dengan band The Cardigans mesti tau lagu die "Lovefool". Actlly ni lagu lame. ntah camne r tetibe ari ni aku terasa nak dengar balik. Hari ni lecturer physic aku asyik cite pasal bf, gf, married.. then acap ckp kat aku, "apsal la dengan die ni, sangap nak kawin ke?" hahaha. maybe die first time ade bf kot. smalam mase perfom lagu russian die dtg dgn bf die. same gak, orang russia. tapi agak same dengan Danial Craig. (aku pny pendapat r).. tapi ok gak die mcm ni, xde la aku nak susah nak layan bad mood die sepanjang klas. haha. 

Thursday, March 5, 2009

sing a long

Mengikut plan, hari ni students program aku ade satu majlis nyanyi2. haha. Actually ni memang annual tradition dimana students foundation Russian akan menyanyi 2 buah lagu. kalau korang rase lagu tu best, korang agak silap. lagu old skool zaman P. Ramlee camtu la. Memula aku pikir, mesti cam bangang je present bnde tu kat hall. tapi yang best bile dah abis, audience mintak ulang balik. gile xde taste diorang ni. hahaha. tapi ok gak r sebab x sesia aku menyumbang suara walaupun x sedap. hahaha. n maybe 4th April ni ade lagi event macam ni. Tapi kat embassy la. tapi malam tu ade 'speedzone' la plak. dah la aku plan dengan Azri n Syireen. kalau diorang jadik la.. tu bukan masalah sebab setiap masalah ade penyelesaiannya. (ayat x boleh bla). so, we have some party "speedzone" @ klcc this 4th april. check it out!

Monday, March 2, 2009

my life and i



aku dan music memang sudah sebati. mungkin aku memang dilahirkan untuk cinta akan music. aku masih ingat di zaman 90 an. balik taska, aku mesti dengar kaset2 uncle aku. time tu, wings, search, ekamatra sume aku layan. maybe umur aku memang kecik (6 tahun), tapi aku rasa puas dengar bunyi strumming & riffing gitar yang seolah-olah memberi aku energy. hahaha.. agak metafora di situ. bile aku mule naik sekolah rendah, dalam darjah 3, demam Linkin Park dan Backstreetboys mule menjelma. terus terang aku cakap, aku memang benci yag amat dengan boyband. Actually, Linkin Park pn aku x layan time tu. Band2 lame seperti Nirvana, Beetles, Deep Purple memang menjadi santapan gegendang telinga aku time tu. Bile aku dah besar skit, dalam  darjah 5, aku mule kenal band2 bawah tanah(underground) time tu yang famous budak2 sekolah layan Shizuka-redline 95 dengan lagu ska Corumn 80's.  time tu memang aku sudah jatuh cinta sama music. kata orang, rezeki tu ditangan tuhan. tahun 2003, aku dapat masuk mrsm kuala klawang kat negeri sembilan. kat sini bermulalah era hidup aku yang memberi kesan yang amat2 mendalam pada diri aku sampai hari ini. bile masuk sekolah baru, kawan pun mesti baru. dari first daftar, ade sorang mamat ni yang betul2 menarik perhatian aku. hati aku berkata untuk menjadikan die kawan aku. dengan seluar carrot-cut, jack purcell hitam lusuh, rambut ala2 kurt cobain.. aku ingat lagi. haha. nak dijadikan cerita, mamat ni satu kelas dengan aku n duduk sebelah aku. hahaha. tu lah die Iskandar Farhan bin Yaacob or well known as "kurt".  tiap2 ari makan sama, kelas sama, lepak same. macam adik beradik. kurt ni memang suke bwat lawak dan ade gaye abang. tapi kekadang ade gak bergaduh. hahaha, lumrah la kan. melalui kurt la aku kenal dengan dunia music yang lagi mendalam. aku ingat lagi dengan fanzine2 yang die bawak macam 'youth of culture' and 'coincide'. coincide tu hasil karya abang die, Cipeng.  agak respect aku. so, kenal lah aku dengan dunia grunge dan sampai lah ke hari ini.. walaupun arena music malaya dihujani dengan wabak2 indie, grunge will never ever die!! haha.. skang Iskandar ni ade kat ALAM(akademi laut Malaysia). lebih kurang aku la. die tukang antar radio signal dalam kapal, aku plak engineer kapal. hahaha. moga bertemu kembali my frend. peace!

p/s: ayat power iskandar :^berikan ku sedikit ruang untuk bernafas sebelum hirupan oksigen yang terakhir^

Sunday, March 1, 2009

mujuz n cik mali


Wan Amalina Mohd Hatta.. or lagi famous dipanggil Mali.. satu homeroom dgn aku mase di mrsm Jasin.. tu ari die nak sangat blajar drum. aku suruh blajar dari awal x nak, nak main lagu Muse terus. hahaha. Mali memang sangat cool n easy going. ni pic mase kat KLIA tu ari. baru amik kat facebook. thanx Haziqah.. sayang korang berdue.