Tuesday, December 27, 2011

Aku #14 (Hilang)

Ada melodi berentak slow jazz,
Sekejap senyum
Dan mata yang mulai muak,
Yang selebihnya adalah rahsia.

-Aku, 3.32 am

Monday, December 26, 2011

Aku #13 (Kekal)

Esok saya datang balik
Saya janji..

-Aku, 3.40 am

Aku #12 (Dunia itu adil)

Tuhan cipta dunia dengan kadar yang seimbang
Adil dan saksama tak kira haiwan atau manusia
Tak semua nikmat yang kita terima itu indah belaka
Kalau kita dapat yang baik,
Percayalah ada orang yang terpaksa dapat buruk untuk bayar harga kebaikan yang kita dapat.
Jangan cakap world is unfair.

-Aku, 10.22 pm

Sunday, December 25, 2011

Aku #10 (winter cold)

It's winter again
Enjoy yourself with the cold buddy
It's going to be okay
See that white snow?
See that pine trees?
Happiness is everywhere
Just find the Rudolph,
And fly far far away from this cruel world..

Saturday, December 24, 2011

Aku #10

There's sometime
I lay down and staring at the ceiling
Listening to Neil Young over and over
Thinking about life
Wonderful isn't it?

Tuesday, December 20, 2011

Aku #9

Pagi vibes,
Pagi yang kelam tapi aman
Satu benda yang perlu di ingat bro,
Insan mulia juga mabuk cinta
Itu hukum dunia

Aku #8

Hey vibes,
I tell you what, I kinda feel happy today
The true happiness is when you start to treasure all the things around you
Good or bad, it's all life after all
I hope you happy too buddy,
Gonna hit my bed

-Aku, 11.46 pm, stabil

Sunday, December 18, 2011

Aku #7 (monolog 3)

Soul sister's
Working late, making money ,have some fun
She's like a walking time bomb
Blues in this sin city

Soul sister
Falls in love with your white BMW
I know you like her too
But do you know she's untrue?

La la la la la la la la
La la la la la la la la

-sigit

Friday, December 16, 2011

Aku #7 (monolog 3)

Perangai manusia ni sama saja
Tak kira warna, jantina bangsa janji nama manusia
Hati mereka, nafsu mereka,
Semua serupa walau variasinya yang sedikit itu tetap ada
Kadang-kadang aku fikir bagaimana untuk jadi manusia yang tak sama dengan manusia lain
Muak

Thursday, December 15, 2011

Laksamana Agung

Di bawah pohon rendang, menghadap selat melaka yang permai, duduklah seorang laksamana agung yang tidak pernah hilang namanya dan tidak pernah luput sejarahnya di kitab. Sesekali angin bayu laut meniup lembut tetapi mampu tanjak melayu Tuah itu seakan menari-nari umpama penari gamelan istana.

Tuah hanya membisu tanpa berkata apa, namun hatinya bagai diinjak-injak, di tampar-tampar, turun naik nafasnya, kerana dia punya beribu satu persoalan yang mahu dikatakan namun tak boleh dinyatakan dengan perkataan. Hanya dari lirikan matanya yang dari tadi menatap laut Melaka menyimpan beribu rahsia tentang apa yang dia rasakan.

Terlalu besarkah kesalahan yang telah Tuah lakukan sehingga dia membatu sedemikian rupa? Hanya dia saja yang tahu betapa zalimnya dia tanpa ada yang tau. Hatinya, jiwanya, sudah tidak punya apa-apa makna padanya.. Kosong, tanpa ada pelengkap untuk dia ubat lara jiwanya. Tatkala itu jari jemarinya tangkas memegang hulu taming sari yang menjadi lambang kekuatan negeri melaka, sebagai simbol agungnya dia sebagai laksamana yang tidak akan rebah walau terpaksa berdepan dengan seribu bala tentera mahupun badai gelora. Hatinya menjadi sayu kerana kekuatan itu hanya luaran, dan laksamana melayu itu tertunduk malu pada diri sendiri lalu jatuh tanjaknya ke pasir pantai yang putih.

Sayang beribu kali sayang buat laksamana itu, tangisannya yang tak berbunyi bagaikan si bisu yang mahu bergurindam. Pedih, namun hanya dia yang tahu.

Sudah beribu kali kanda daki Ledang
Namun bayang dinda masih tidak mendatang
Minta diampun segala dosa kanda
Moga terlerai segala keperitan di jiwa
Pulanglah dinda membawa cinta
Kanda tunggu ke akhir nyawa.

Lalu hilanglah Laksamana Tuah di bumi Melaka. Hilangnya tanpa jasad namun apa yang dia rasa itu masih kekal dan akan terus ada buat selamanya.

Aku #6 (Monolog 2)

Menulis ini bukan mudah, dugaanya banyak sekali
yang selalunya datang dari diri sendiri.
Bila apa yang kita tulis itu, tak sama dengan apa yang kita rasakan,
itu namanya palsu.
bukan mudah untuk mengatakan iya bila hati rasa tidak
dan bukan mudah untuk kita kata suka bila hati kata benci.

Menipu diri sendiri itu tidak gampang..
tapi ia perlu

Monday, November 14, 2011

Aku #5 (Monolog 1)

Jutaan mata masih lagi belum lelah memerhati
Setiap inci yang bisa di roboh ikut kata hati
Adakah kita ini terlalu suci
Sampai tertutup rapat, pudar buta segala kunci
Hari-hari yang kian berlanjutan malamnya
Adalah sama seperti apa yang kebiasaanya
Jangan di dendam dengan yang lepas
Jangan di puja apa yang belum tentu ada
Kita sama-sama zahirnya manusia

Aku #5 (Monolog 1)

Jutaan mata masih lagi belum lelah memerhati
Setiap inci yang bisa di roboh ikut kata hati
Adakah kita ini terlalu suci
Sampai tertutup rapat, pudar buta segala kunci
Hari-hari yang kian berlanjutan malamnya
Adalah sama seperti apa yang kebiasaanya
Jangan di dendam dengan yang lepas
Jangan di puja apa yang belum tentu ada
Kita sama manusia

Wednesday, October 26, 2011

Aku #4 (Ampun)

Kehidupan itu kadangkala bahagia, dan kadangkala banyak dugaan. Dugaan yang kita tempuhi dalam kehidupan itu adalah datangnya semua dari tangan tuhan. Tuhan tidak pernah beri dugaan yang kita tak mampu untuk hadapi kerana tuhan itu maha kasih dan adil. Awal tahun 2000, ketika aku masih lagi berumur 10 tahun, satu krisis besar yang aku hadapi ternyata benar-benar menguji perasaan aku yang masih lagi mentah.

Masa tu, setiap hari yang aku lalui seakan sama dan statik. Sudah hampir 2 minggu kami sekeluarga hidup dalam chaos kerana ketiadaan ketua keluarga yang aku hormati. Tiada satu rasa marah aku pada dia sebab aku tahu dia bukan pesalah. Dia manusia yang aku hormat sampai bila-bila,hingga akhir nyawa. Ketika itu, hanya tuhan saja yang tahu kepayahan yang kami adik beradik hadapi setiap hari, namun disaat itu juga aku belajar untuk berdikari meneruskan hidup sendiri. Hidup mesti disambung dan perjuangan masih perlu diteruskan.

Seperti hari biasa aku masih lagi pelajar di sekolah agama rendah kerajaan, bertubuh kecil, 1o tahun, lengkap dengan baju melayu putih dan songkok hitam. Memang ayah aku pesan, pelajaran agama itu penting dan walau sibuk macam mana sekalipun, urusan tuhan itu perlu diselesaikan walau dengan apa cara. Masa tu di sekolah, kami yang berumur 10 tahun diajar untuk menunaikan solat. Kelas praktikal solat di surau sekolah. Lalu kami dikehendaki turun ke surau untuk pengajian amali solat selepas waktu rehat.

Kantin sekolah agama bukanlah besar sangat dan makanannya biasa-biasa saja. Ada mee goreng, ada nasi goreng, kuih muih, dan air tanpa ais. Dan dari jauh aku terlihat lagi satu wajah yang tersengih dari jauh.

"Kang nanti kita ada semayang eh?"

"Aah. Kau habiskan la dulu makan tu"

" Kau tak makan? Nah ambik la, beli"

"Eh tak payah la. Aku kenyang, kita duduk sini je la"

Aku duduk di satu meja dengan Azwan sementara menunggu dia untuk habiskan keropok lekor sambal yang dia beli. Masa tu, bukan aku takde duit cuma ada perkara yang lagi penting untuk aku selesaikan dengan duit tu. Jadi, aku kena pandai berjimat sebab aku tak boleh harapkan orang lain.

Satu perkara besar berlaku di kantin sekolah pada masa itu. Melibatkan Azwan dan Ikhwan Johari. Siapa yang tak kenal dengan Ikhwan Johari? Anak pengerusi PIBG sekolah masa tu. Ayah dia sumbang beribu ringgit pada pihak sekolah setiap tahun. Ibu dia pulak kenalan bonda aku. Kedua orang tua Ikhwan anggap anak mereka adalah terbaik dari semua. Sebab itu, Ikhwan besar kepala dan bukan urusan aku untuk campur. Dan Azwan tertumpahkan cili keropok lekor atas kasut putih Ikhwan. Masa tu aku masih ingat Azwan hanya membatu kerana takut. Aku pasti bukan niat dia untuk sengaja tumpahkan sebab aku kenal dia bukan macam tu.

Aku sama Azwan terus ke surau, dari jauh Ustazah Mariam suruh kami susun kasut dan mengambil wuduk. Seperti yang aku jangka, kes di kantin sekolah takkan habis begitu saja.

"Kau bersihkan balik bagi putih macam tadi"

Sepatu sekolah hinggap dekat kepala Azwan. Aku hanya memerhati sambil menunggu reaksi Ustazah Mariam. Aku nampak Ustazah Mariam menjeling dari dalam surau dan belakon seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Azwan membersihkan sepatu putih yang terpalit cili merah ditempat wuduk sambil memberi pandangan simpati pada yang melihat terutamanya aku. Aku jadi serba salah. Kalau boleh, aku taknak ada masalah di sekolah. Tapi bila aku tengok lengan baju melayu Azwan basah kena simbah air aku jadi marah.

"Dah la, nanti boleh basuh kasut tu kat rumah."

"Kasut aku ke kasut kau?"

Aku jadi diam balik. Memang dasar anak hidung tinggi.

"Dia dah bersihkan tu, tak payah nak simbah air dekat dia"

"Sape suruh dia kotorkan kasut aku!"

Aku tak tau macam mana dan kenapa aku capai songkok Ikhwan dan campak dalam longkang tepi surau.

"Tu baru kotor! kau nak aku basuh sekali ke?"

Ada sorang 'anjing' Ikhwan yang aku lupa nama dia tawar diri nak ambik songkok yang aku baling tadi

"Tak payah, aku beli baru!"

Muka Ikhwan berubah, terus dia meninggalkan kawasan surau dan skip sesi amali solat. Aku naik ke surau untuk belajar amali solat dan memikirkan hukuman apa yang bakal aku terima di rumah nanti. Aku bukan memikirkan si budak hidung tinggi, cuma aku memikirkan perasaan ibu aku yang bakal tau tentang apa yang aku buat tadi. Mungkin ini bukan masa yang sesuai dan apa yang aku buat tu salah.

Sampai dirumah petang tu, keadaan lagi buruk dari apa yang aku sangkakan. Semuanya sebab panggilan dari mak Ikhwan. Memang dari kecil aku dibesarkan dengan bilah rotan, dah takde ape makna. Tapi perasaan perit melihat ibu sendiri menangis itu adalah satu perasaan yang paling buat aku sedih dan bersalah. Beribu kali ganda sakitnya kalau nak dibandingkan dengan sakit rotan.

"Kenapa semua orang taknak dengar cakap ni?"

Dia bangun dan terus kebilik, pintunya ditutup rapat. Aku tau, masa itu adalah masa yang sangat susah buat kami sekeluarga. Sampai bila-bila aku takkan lupa benda yang jadi hari tu. Masih ada dalam kepala tanpa cacat cela.

Diruang tamu itu hanya ada aku dan adik aku yang masih tak tau apa-apa.

"Nah, ambik yang kaler putih. Merah tu pedas"

Aku hulur gula-gula hacks yang aku simpan dalam beg sekolah seperti selalu.


Aku #4 (Ampun)

Kehidupan itu kadangkala bahagia, dan kadangkala banyak dugaan. Dugaan yang kita tempuhi dalam kehidupan itu adalah datangnya semua dari tangan tuhan. Tuhan tidak pernah beri dugaan yang kita tak mampu untuk hadapi kerana tuhan itu maha kasih dan adil. Awal tahun 2000, ketika aku masih lagi berumur 10 tahun, satu krisis besar yang aku hadapi ternyata benar-benar menguji perasaan aku yang masih lagi mentah.

Masa tu, setiap hari yang aku lalui seakan sama dan statik. Sudah hampir 2 minggu kami sekeluarga hidup dalam chaos kerana ketiadaan ketua keluarga yang aku hormati. Tiada satu rasa marah aku pada dia sebab aku tahu dia bukan pesalah. Dia manusia yang aku hormat sampai bila-bila,hingga akhir nyawa. Ketika itu, hanya tuhan saja yang tahu kepayahan yang kami adik beradik hadapi setiap hari, namun disaat itu juga aku belajar untuk berdikari meneruskan hidup sendiri. Hidup mesti disambung dan perjuangan masih perlu diteruskan.

Seperti hari biasa aku masih lagi pelajar di sekolah agama rendah kerajaan, bertubuh kecil, 1o tahun, lengkap dengan baju melayu putih dan songkok hitam. Memang ayah aku pesan, pelajaran agama itu penting dan walau sibuk macam mana sekalipun, urusan tuhan itu perlu diselesaikan walau dengan apa cara. Masa tu di sekolah, kami yang berumur 10 tahun diajar untuk menunaikan solat. Kelas praktikal solat di surau sekolah. Lalu kami dikehendaki turun ke surau untuk pengajian amali solat selepas waktu rehat.

Kantin sekolah agama bukanlah besar sangat dan makanannya biasa-biasa saja. Ada mee goreng, ada nasi goreng, kuih muih, dan air tanpa ais. Dan dari jauh aku terlihat lagi satu wajah yang tersengih dari jauh.

"Kang nanti kita ada semayang eh?"

"Aah. Kau habiskan la dulu makan tu"

" Kau tak makan? Nah ambik la, beli"

"Eh tak payah la. Aku kenyang, kita duduk sini je la"

Aku duduk di satu meja dengan Azwan sementara menunggu dia untuk habiskan keropok lekor sambal yang dia beli. Masa tu, bukan aku takde duit cuma ada perkara yang lagi penting untuk aku selesaikan dengan duit tu. Jadi, aku kena pandai berjimat sebab aku tak boleh harapkan orang lain.

Satu perkara besar berlaku di kantin sekolah pada masa itu. Melibatkan Azwan dan Ikhwan Johari. Siapa yang tak kenal dengan Ikhwan Johari? Anak pengerusi PIBG sekolah masa tu. Ayah dia sumbang beribu ringgit pada pihak sekolah setiap tahun. Ibu dia pulak kenalan bonda aku. Kedua orang tua Ikhwan anggap anak mereka adalah terbaik dari semua. Sebab itu, Ikhwan besar kepala dan bukan urusan aku untuk campur. Dan Azwan tertumpahkan cili keropok lekor atas kasut putih Ikhwan. Masa tu aku masih ingat Azwan hanya membatu kerana takut. Aku pasti bukan niat dia untuk sengaja tumpahkan sebab aku kenal dia bukan macam tu.

Aku sama Azwan terus ke surau, dari jauh Ustazah Mariam suruh kami susun kasut dan mengambil wuduk. Seperti yang aku jangka, kes di kantin sekolah takkan habis begitu saja.

"Kau bersihkan balik bagi putih macam tadi"

Sepatu sekolah hinggap dekat kepala Azwan. Aku hanya memerhati sambil menunggu reaksi Ustazah Mariam. Aku nampak Ustazah Mariam menjeling dari dalam surau dan belakon seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Azwan membersihkan sepatu putih yang terpalit cili merah ditempat wuduk sambil memberi pandangan simpati pada yang melihat terutamanya aku. Aku jadi serba salah. Kalau boleh, aku taknak ada masalah di sekolah. Tapi bila aku tengok lengan baju melayu Azwan bawah kena simbah air aku jadi marah.

"Dah la, nanti boleh basuh kasut tu kat rumah."

"Kasut aku ke kasut kau?"

Aku jadi diam balik. Memang dasar anak hidung tinggi.

"Dia dah bersihkan tu, tak payah nak simbah air dekat dia"

"Sape suruh dia kotorkan kasut aku!"

Aku tak tau macam mana dan kenapa aku capai songkok Ikhwan dan campak dalam longkang tepi surau.

"Tu baru kotor! kau nak aku basuh sekali ke?"

Ada sorang 'anjing' Ikhwan yang aku lupa nama dia tawar diri nak ambik songkok yang aku baling tadi

"Tak payah, aku beli baru!"

Muka Ikhwan berubah, terus dia meninggalkan kawasan surau dan skip sesi amali solat. Aku naik ke surau untuk belajar amali solat dan memikirkan hukuman apa yang bakal aku terima di rumah nanti. Aku bukan memikirkan si budak hidung tinggi, cuma aku memikirkan perasaan ibu aku yang bakal tau tentang apa yang aku buat tadi. Mungkin ini bukan masa yang sesuai dan apa yang aku buat tu salah.

Sampai dirumah petang tu, keadaan lagi buruk dari apa yang aku sangkakan. Semuanya sebab panggilan dari mak Ikhwan. Memang dari kecil aku dibesarkan dengan bilah rotan, dah takde ape makna. Tapi perasaan perit melihat ibu sendiri menangis itu adalah satu perasaan yang paling buat aku sedih dan bersalah. Beribu kali ganda sakitnya kalau nak dibandingkan dengan sakit rotan.

"Kenapa semua orang taknak dengar cakap ni?"

Dia bangun dan terus kebilik, pintunya ditutup rapat. Aku tau, masa itu adalah masa yang sangat susah buat kami sekeluarga. Sampai bila-bila aku takkan lupa benda yang jadi hari tu. Masih ada dalam kepala tanpa cacat cela.

Diruang tamu itu hanya ada aku dan adik aku yang masih tak tau apa-apa.

"Nah, ambik yang kaler putih. Merah tu pedas"

Aku hulur gula-gula hacks yang aku simpan dalam beg sekolah seperti selalu.


Sunday, October 23, 2011

Aku #3 (Pencarian)

Tengahari itu, selepas pulang dari sekolah agama rendah aku terus menuju ke pintu gerbang hitam sekolah dan menunggu satu susuk tubuh. Sejak dari beberapa minggu sebelumnya memang rutin harian aku macam tu. Selesai saja belajar dan tamat kelas, aku ke pintu hitam itu dan menunggu sehingga susuk tubuh itu tiba.

Ada seorang budak lelaki berumur 10 tahun yang macam aku juga ketika itu, berjalan menuju kearah aku dengan senyuman dibawah terik matahari. Azwan nama dia.

"Jalan ke?"

"Abis tu? jalan la macam biasa"

Kebiasaannya selepas habis waktu persekolahan, akan ada seorang pakcik dengan sebuah kereta akan menunggu untuk menjemput Azwan pulang ke rumah. Aku pula, akan berjalan kaki macam biasa. Rumah Azwan dan rumah aku dekat dan kami satu kawasan perumahan. Dan beberapa minggu yang lepas juga, Azwan selalu balik jalan kaki dengan aku. Tiada lagi driver, tiada lagi kereta. Berjalan dengan 2 kaki sampai rumah.

Mungkin ketika itu faktor rakan yang menyebabkan Azwan sering balik dengan aku. Di sekolah, takde langsung manusia yang nak berkawan dengan Azwan. Jangan tanya aku kenapa sebab aku pun tak tahu sebabnya. Dan mungkin juga sebab itulah dia suruh aku tunggu dia hari-hari selepas tamat sekolah macam hari yang sedang aku tulis ni.

Mengikut kedudukan jalan dari sekolah ke rumah kami, akan ada satu restoran mamak nama Restoran Solehah. Di situ kami akan berhenti untuk membeli air dan wajib makan roti canai. Secara jujur, itu semua duit Azwan, bukan duit aku. Kadang-kadang aku kurang selesa macam tu. Ye la, hari-hari macam tu rasa segan jugak. Tapi bila aku fikir secara positif, aku tak perlu tahan lapar bila sampai rumah. Di rumah bukan ada apa pun, cuma biskut. Tipikal kanak-kanak umur 10 tahun masa tu, makan biskut hari-hari memang membosankan. Bonda selalu pesan, jangan hina rezeki. Tapi Bonda juga ada pesan, jangan tolak rezeki. Jadi secara konklusinya aku akan teman Azwan ke Restoran Solehah hari-hari selepas habis sekolah agama.

Kadang-kadang roti canai, kadang-kadang rojak mamak atau nasi goreng. Selera Azwan ni macam orang tua-tua kadang-kadang. Aku hanya mintak roti canai sekeping dengan teh o ais. Itu pun kalau lapar. Kalau tak, aku mintak gula-gula hacks. Boleh simpan bawak pergi sekolah esok.

"Aku rasa aku nak carik papa aku la"

Jelas Azwan dengan serius

"Kenapa pulak. Papa kau kat mane?"

"Papa aku dekat Selangor"

Menurut pengiraan aku, Selangor itu tempat tinggal Mak Su aku. Perjalanan ke sana kalau ikut highway macam sebelum ni sangat bosan.

"Jauh la. Selangor dengan Johor tak dekat"

"Eh takdela, aku pegi dengan mama aku dekat je."

"Kau nak pergi carik macam mana?"

"Naik bas ke?"

Kepala aku makin pening. Aku belum pernah lagi ke Selangor dengan menaiki bas pada masa tu. Cuma apa yang aku bayangkan, mungkin perjalanan ke Selangor akan jadi singkat kerana menaiki bas. Pada fikiran aku masa tu, bas lagi laju dari kereta. Selalu aku tengok di highway, bas yang potong kereta bapak aku sangat lah laju.

"Naik bas? Sorang-sorang?"

"Aah la. Tak mahal kan?"

Naik bas pun belum, mana aku nak tau harga tambang bas. Mungkin sama dengan bas-bas lain. Cuma naik, bagi duit pada driver, ambik tiket

"Entah la, mahal la kot"

"Nanti teman aku nak? kita tidur rumah papa aku"

"Gila"

Kesudahannya Azwan masih lagi semangat nak ke Selangor. Pada masa itu, erti penceraian masih belum nyata pada kami berdua.

Wednesday, October 12, 2011

Aku #2 (Nasi Ayam)

Pagi tu aku bangun macam biasa, dengan bilik yang penuh bau rokok dan kertas-kertas saiz A4 yang bersepah dan gambar-gambar yang dikerat atas lantai. Aku alihkan semua dengan kaki, capai tuala dan mandi. Aku masih ingat t-shirt putih gambar kepala orang pelik tu t-shirt favourite aku. Kenapa? sebab gambar dia pelik dan aku tak suka sama dengan orang dan aku percaya apa yang aku ada walaupun tak mewah adalah sangat berharga. Lepas mandi aku ke dapur, capai roti atas fridge. Time tu fridge rumah aku takde la bagak macam sekarang. Kaya takde, butter pun takde. Secara logik, aku capai milo dan bancuh pekat-pekat. Makan dengan roti. Pasal makan, jangan cerewet sangat. Sekurang-kurangnya aku tak perlu korek syiling beli roti ban dekat kedai India macam selalu.

Zaman tu masih belum ada komputer dirumah aku. Segala bentuk penulisan akan ditulis secara manual dengan menggunakan kertas karbon dan mesin taip. Oleh sebab itu, cadar tilam aku penuh dengan calit karbon hitam. Dan bukan tangan aku yang buat cadar aku jadi kotor sebab masa tu, aku tak rasa mesin taip dan aku punya satu kombinasi yang baik. Bunyi mesin tapi dari arah bilik aku masih lagi berbunyi dan seorang manusia yang tak berbaju masih lagi menaip dengan rokok yang sentiasa hidup berkali-kali.

Aku duduk diruang tamu di depan televisyen. Sarapan pagi roti dengan coklat paste yang aku buat sendiri dengan milo. 2 3 keping akan jadi muak tapi itu adalah rezeki. Jangan sesekali putus harapan dengan rezeki yang kita ada. Lepas makan, aku keluar rumah untuk tengok baju yang tersidai. Terasa lembab di tapak tangan, dan itu tandanya aku tak perlu bersusah payah nak mengangkat baju-baju kami adik beradik dari ampaian.

"Angah!"

Dari luar rumah aku dengar manusia tak berbaju tadi menjerit panggil aku. Aku kedalam menuju ke bilik bau rokok.

"Kau tolong ambik benda ni, fotostat dekat kedai cina. Fotostat macam selalu, 15 keping"

Satu fail plastik disua ke tangan aku menanti untuk dicapai.

"Ok"

Sarung selipar, aku ke gate rumah dan manusia tak berbaju memanggil aku lagi sekali.

"Payung tu bawak, mendung nanti hujan. Kang nak sekolah"

Aku patah balik ke sudut rumah untuk ambil payung dan terus ke kedai cina. Di kedai cina, sekumpulan budak cina berbasikal sibuk membeli kad permainan yang aku sendiri tak faham apa yang begitu special dengan kad tu. Dah la beli belas ringgit, kalau tak berkenan buang terus. Banyak betul duit budak-budak cina ni. Dari beli benda yang bukan-bukan, baik buat beli hacks.

"Uncle, fotostat macam biasa tapi 15 keping je"

"Okey, 15 kan?"

Aku mengangguk dan mata aku masih ke budak cina tadi.

"Eh, itu hari lu punya abang ada balance 2 ringgit. Nah, cakap sama dia hari tu aku takde duit kecik nak bagi"

1 keping not 2 ringgit dah ada dalam tangan. Kalau aku beli aiskrim ok ke? Tapi aku risau kalau-kalau along tanya pulak nanti. Tapi aku dah jalan macam ni takkan la takde upah? Aku simpan not 2 ringgit tadi dalam fail plastik. Habis fotostat aku terus balik kerumah, takut kalau ada kertas yang hilang.

"Uncle tu cakap dia bagi 2 ringgit, balance hari tu. Ni 15 keping"

Manusia tak berbaju berhenti dari mengangkat baju di ampaian dan mengira helaian kertas dengan bibir yang terkumat-kamit mengira dan mengepit puntung rokok.

"Ok cantik, ni 2 ringgit kau ambik la. Buat belanja sekolah. Satu zine ni aku boleh jual 2 ringgit"

Bukan senang nak dapat 2 ringgit free macam ni. Sekurang-kurangnya dekat sekolah nanti aku boleh beli nasi ayam seringgit. Selalu makan mee goreng 30 sen dengan sirap 20 sen dah 50 sen. Balance dah tentu-tentu 50 sen jugak. Banyak lagi yang nak kena simpan untuk beli tayar basikal baru. Dan bayang-bayang aiskrim tadi mula menerawang dalam fikiran aku.

"Takde aiskrim pun takpe. Esok nasi ayam"

Tuesday, October 11, 2011

Aku #1 (Prolog)

Pandangan aku keluar tingkap dengan nikmat asap hitam membuat aku terfikir akan kehidupan. Apa yang aku ingin ceritakan ini mungkin sedikit sebanyak dapat membuka minda kita sebagai seorang manusia.

Bermula pada tahun 1999 dan aku masih anak kecil di sekolah rendah kerajaan. Persekitaran mengajar aku erti kehidupan lebih dari apa yang aku mahu. Segala-galanya berubah pada tahun itu. Dan di satu saat di tahun 1999 yang aku tak pasti bila, aku berfikir akan kehidupan aku dengan matang. Bermula dari rumah, hingga ke sekolah semuanya bercampur dan chaos. Tak dapat aku bayangkan ketika itu dan aku sendiri ragu-ragu dengan apa yang aku rasa namun yang pasti aku sedih dengan apa yang telah berlaku. Seakan tiada ruang untuk aku merasa nikmat kehidupan sebagai kanak-kanak 9 tahun.

Sebagai seorang anak mentah, mencari kebahagian yang aku sendiri tak tahu amat menyakitkan. Dirumah gelap, di luar juga kelam. Aku hanya mahu ada orang yang datang dan tipu that's everything gonna be fine. Macam mana waktu itu aku terasa kesusahan yang teramat. Sebagai seorang anak yang dibesarkan dengan etika aku yakin dengan apa yang aku ada lebih dari mampu untuk aku teruskan kehidupan yang gila.

Alhamdulillah tahun itu juga tuhan balas aku dengan kejayaan PTS. 3 orang anak melayu termasuk aku ditawarkan untuk skip ke darjah 5. Bermakna aku boleh habiskan persekolahan yang celaka dengan awal. Aku tolak kerana aku ada sebab sendiri. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu aku fikirkan. Di hari pengumuman aku masih lagi teringat dengan Cikgu Faridah. Sehabis kelas, dia beri aku duit 5 ringgit dari beg tangan dia serta sebiji epal dan kad ucapan tahniah sekolah dan berkata :

"Cikgu tau awak boleh, cikgu bangga dengan awak. Jangan biar orang lain jejaskan pelajaran kita"

Dan satu ciuman yang pada aku ciuman seorang ibu kepada anak hinggap di dahi. Dan ketika itu aku sedikit segan sebab perkara itu perkara asing bagi aku. Aku simpan kemas not 5 ringgit lama itu dalam poket seluar biru. Aku salam Cikgu Faridah dan keluar dari kawasan sekolah yang aku benci. Kad ucapan sekolah, aku campak tepi longkang sekolah.

Memang betul waktu itu usia aku 9 tahun. Tapi tak pernah sekali aku merungut kalau bapak aku tak ambil aku dari sekolah atau tak pernah datang untuk ambil report card hijau peperiksaan. Bagi aku itu perkara biasa. Apa salahnya kalau jalan kaki? Apa masalahnya kalau ambil report card tanpa ditemani sesiapa? Setakat cikgu sekolah yang membebel itu lumrah. Lagipun rumah aku bukan jauh sangat. Aku berjalan tapak demi tapak menuju kerumah sambil menguyah buah epal.

Dan aku masih ingat, aku sampai di muka pintu rumah. Aku letak kemas kasut putih dalam almari kasut dan aku terus ke bilik. Aku salin uniform sekolah dan mandi. Makan malam bungkus, kerja sekolah, dan hari itu habis begitu sahaja. Tiada satu perkataan keluar dari mulut masing-masing yang seakan-akan bisu.

Monday, October 10, 2011

17

I don't know why I made this blog at first place. I just wrote here when I feel like to write. Sometime when you happy, or angry as fuck, you just need somebody to talk to. I think it is better to talk to myself by writing and and share to someone I care.

Future is something that we can't imagine. As I start writing this, I wonder how my life would be in 20 years? Am I a good guy that time? Am I gonna success? When I was 17 I always told myself that future is just the same. I hate everything mostly people. Don't you think people are hypocrites? They do something that they hate most just to please someone else.

I don't know why I hate so much thing back then. I hate when people smiled at me when I bought something cause I think they were just pretending to sell their things. I hate when my teacher wrote 'well done' on my exam paper instead of 'study more you moron!'. Why people lie to each other just to make life seems wonderful when we already know that life fuck us everyday?

Sunday, October 9, 2011

Dead Romance

Dude, you ditched me because of your love life being suck? in fact, you ditched us all, your best mates. I don't know how to start this but I'm a little bit disappointed. Come on, you're a good guy, one of the best I ever met.

Maybe I'm not really have experience as much as you have in this thing but I could give you some word. Forget it dude. Your girlfriend texted me and told me everything. Look, both of you are my friend. Love is something that you share with your love one. If one of you can't share it anymore, its no point in that relationship. I know its hard being in a long distance relationship, you know with all the jealousy, curiosity stuff. Its normal. But, she's in love with someone else now. I know its cruel, and its pain but you must stand up and be yourself again.

Love isn't simple and never ever been simple. Its like you have something big, and you need to take care of it the best you could. I know you did your best but everything end now. I'll always here to support you bro. Just fuck it yea?

To you girl,
You are my friend too, but I don't think I can even look at you now. Its not your fault but I just can't accept that you changed. I hate liars and I bet you know that.

Busy

There's nothing more I can do. I think, it is better going to university and have classes instead of staying at home, watch some series, smoke and coffee thing. Imagine yourself living in your little tiny room in front of your laptop which you can see the reflection of your pathetic face on your screen, then you get boring and feel hungry. There you go, kitchen! then you take shit, bathing, sleep and repeat the same routine the next day.

I just need something to keep myself busy and do things. Don't mention about collection stamp shit! Everybody is busy and it's really stressful. The feeling just suck and whenever its time to go back home, the questions just popped in my mind. What I'm gonna do? Can I just sleep and wake up the next morning? so I hate it. I still don't know what I'm gonna do but I'll figure it out later.

This is really short update cause I just can't type too long or else I'll use some very harsh, vulgar words for fucking real.

Friday, September 23, 2011

Cerita Kulit Kayu Manis

Di satu petang, tatkala budak-budak sekolah sibuk memikirkan cara terpantas nak naik bas kuning yang bertulis "bas sekolah" gua keluar dari bilik. Gua yang pangkat brader-brader sudah siap sedia capai segala apa yang patut untuk ke mamak. Pekena teh tarik Murti.

"Dari merayau tak tentu hala, pegi beli barang nak bawak balik. Kang nak packing"

Gua yang saspen dari tadi jadi tersengih. Gua pikir cik puan besar gua nak tanya pasal pasu bunga dia. Gua jadi diam. Capai kunci, gua keluar sambil sms member gua.

Sejak dari seminggu sebelumnya gua dah listkan barang-barang2 nak dibeli. Serbuk kari ada, sos cili ada, santan ada, cili kering pun ada. Gua ke rumah Kimi, lalu ke Kipmart. Buat pengetahuan lu orang, barang2 macam ni baik lu pegi kipmart dan setaraf dengannya, yang namanya hypermarket. Kalau gua beli dekat kedai runcit taman gua, karang ada je benda takde. Sos habis la, cili kering stock tak sampai la.

Di kipmart, Kimi terus tunjuk kedai yang kira ok harga dia untuk gua beli barang. Bab-bab kipmart ni, Kimi memang hustler. Dalam seminggu, dia check in dekat situ 7 kali, belum lagi campur yang dia pegi belah-belah petang dengan Ammar Lokman.

"bos, bagi rempah tumis."

"apa rempah?"

"kulit kayu manis, bunga lawang, sama rempah yang bentuk tongkat gandalf tu. cilaka lupa nama dia"

"Cengkih eh dik?"

Sorang kakak yang dari tadi belek bahan nak buat kuih, sound gua.

"cengkih yang mana satu kak?"

" Ini la nama dia cengkih."

" haa betulla!"

Nak jadi cerita gua beli kulit kayu manis 6 ringgit, cengkih 4 ringgit, bunga lawang pun 4 ringgit. Kakak tadi asyik usha gua sambil sengih-sengih. Mungkin sebab cerita cengkih tadi tak abis lagi.
Gua bayar, terus balik rumah.

"Ni rempah yang beli petang tadi??"

Cik puan besar gua tanya gua. Gua yang dari tadi lepak depan tv hanya jeling dari jauh.

"Aah."

"Ya Rabbi, nak buat kenduri ke kat sana?? orang keje kawin pun x beli banyak macam ni"

Ya, kulit kayu manis gua memang banyak. Mungkin sampai sem depan steady lagi. Dan beberapa minit lepas tu gua kena sound lagi sekali sama cik puan besar gua sebab lupa beli santan serbuk.

*pasal pasu bunga dia tu next time gua cerita. 20 minit lagi cik neddy nak balik, gua nak kacau dia buat keje kejap.


Tuesday, September 20, 2011

Eddy my one night friend


Eddy : hey man!

Me : hey...

Eddy : Care for a candy?
Me : no thanx Eddy.

*Eddy unwrapping*

Me : But that's really a a nice candy, eddy...

Eddy : here!


Eddy : Nice isn't it?

Me : yea.. It just a candy yet its the best candy I ever had.

Eddy : Sometime simple thing, is the biggest happiness.

Me : yea maybe..

Eddy : see that thing?

Me : Yea.

Eddy : Fuck that thing and everything on it.


*Me & Eddy had our candy that night until i realised that Eddy is now gone

Monday, August 1, 2011

Sketsa Ramadhan : Perang

"Kita kena bawak dia pergi sekarang, atau musuh kita akan menyerang kapten!"

Gua hanya duduk sambil memerhati keadaan Azri Kamal yang mengerang kesakitan. Penyakit yang selalu menyerang dadanya sudah kembali.

"Kapten! kita kena bertindak cepat! Nyawanya dalam bahaya"

Suara Sarjan Rizal Kasim yang kuat, cukup untuk buat gua tersentak. Kepala gua bercelaru untuk membuat keputusan sama ada untuk meneruskan perjalanan kearah Utara ataupun kearah Timur.

"Ok Sarjan! kita bawak Prebet Azri Kamal ke arah Timur sekarang! Prebet Hanis Nordin, hubungi headquaters kita dan tanyakan lokasi musuh!"

Sarjan Rizal Kasim memapah Prebet Azri Kamal dengan sepenuh tenaga yang tinggal dan Prebet Hanis Nordin cuba menghubungi headquarters menggunakan telefon jarak jauh untuk mengetahui lokasi musuh.

"Kapten! musuh masih lagi di kawasan Utara. Mereka ada ceramah lepas maghrib"

"Ok, kita kena bergerak pantas dan senyap."

Kami berempat meneruskan perjalanan ke Timur. Segala lorong gelap, rumput panjang, dan juga longkang batu, kami harungi dengan satu niat.

Di Timur...

"Pehh, nikmat betul Dunhill ni"

Azri bersuara. Gua dan Rizal tak banyak bercakap manakala Hanis usha line.




Saturday, July 30, 2011

Sketsa Ramadhan

Di suatu petang yang redup, angin sedang-sedang bertiup membuatkan daun kelapa nyiur menari-nari di pohon. Burung-burung asyik berterbangan kesana kemari seakan tiada kenal erti penat. Kanak-kanak pula ligat bermain sesama sendiri, tak kurang juga yang menempek dirumah sejak-sejak orang melayu sudah ramai yang mampu bagi anak mereka ps3.

Di bawah pohon manggis, ada sebuah pangkin kayu. Disitu lah 2 wanita melayu separa usia lengkap berkain batik dan t-shirt bertulis " I love penang" sedang duduk dan berbincang perihal semasa.

Rokiah : panas betoi la malaysia ni. Cek kadang-kadang malas nak basuh baju. Bila nak sidai tu, rasa macam kene oven tau.

Saodah : Ala, hang memang macam tu. bukan cek tak tau hang selalu hantar dobi kat pekan nun. Pemalas!

Rokiah : amboi mulut hang! Cek tampaq kang nak?

Saodah : Gurau je laa. eh kiah, raya taun ni hang dah prepare?

Rokiah : Ada la sikit, cek tak suka nak belanja sangat. Langsir, sofa, tv, cat rumah, lampu mengerlap ngerlip, kebaya 4 pasang, dengan ada la sikit kuih raya 8 jenis.

Saodah : Laaa dah buat baju ke kiah? cek baru nak buat, takda idea

Rokiah : kalau hang nak, cek boleh bagi idea. Hang pi bubuh manik kat depan sikit, buat bentuk bunga. Lepas tu kolar dia kasik ade rambu-rambu. Tang lengan tu hang buat transperen, barulah seksi sikit.

*PANG!

"Ni dah pukui 6, hang tak reti-reti balik ka nak masak. Hang ingat aku nak berbuka apa?"

Terkebil-kebil mata Rokiah memandang wajah suaminya yang ala-ala Mus May. Sesekali matanya menjeling kelibat Saodah yang berlari lintang-pukang pulang kerumah.

*Selamat Menyambut Ramadhan, berpada-pada dalam menyambut Syawal*

-Aku, 1.32 pagi, meniarap atas katil



Monday, July 25, 2011

Monolog Zaiton

Zaiton masih lagi terpinga di muka pintu sambil mukanya tergambar 1001 persoalan.

*15 minit sebelum itu

Pagi itu Zaiton agak lewat bangkit dari tidur. Penat badannya dari pulang kerja lewat malam di kelab dangdut Ipoh masih lagi terasa. Sesekali tubuhnya menggeliat, menampakkan susuk tubuhnya yang menggiurkan. Maklumlah, Zaiton banyak menghabiskan masa cuti dengan berpoco-poco di rumah.

Jam di penjuru katil jelas menunjukkan pukul 10.20 pagi. Zaiton bingkas bangun menuju ke dapur yang berada di belakang. Satu jag plastik warna putih, satu balang gula pasir, 2 uncang teh, satu tin susu pekat Marigold. Zaiton membancuh air dengan mata masih lagi sayu inginkan tidur. Tangan kanannya ligat dengan sudu membancuh air, tangan kirinya pula sibuk menaip di Uber sosial untuk BlackBerry. Update twitter lettew. #PATDD

*WOSSSHHHHH

Kedengaran satu bunyi kuat dari luar rumahnya.Zaiton lantas terjaga dari lamunannya, langkahnya menderu ke pintu depan. Kelihatan seorang remaja 20-an terbaring dihalaman rumahnya, tepat disebelah pokok jambunya. Ya... yang terbaring itu gua... gua yang selama ini hilang diculik makhluk asing telah kembali untuk meneruskan update blog gua.

Gua bingkas bangun, sambil tangan menepuk-nepuk punggung seluar yang terpalit tanah pokok jambu zaiton.

"Teh dah siap bancuh ke?"

Dan Zaiton masih lagi terpinga di muka pintu sambil mukanya tergambar 1001 persoalan.

*#PATDD (pandang atas tangan di dada)
*lettew (le tu)
Ayat ni adalah ayat yang gua belajar dari girlfriend gua di twitter.

-Aku, 1.47 am, bilik gua yang kemas dan tiada lagi poster Megan

Sunday, July 17, 2011

Rasa Epal?

Cuba bayangkan. Ada sebiji epal atas sebuah bukit. Semua orang tau ada epal atas bukit tu. Dan cuba bayangkan yang semua manusia atas muka bumi ni tak pernah langsung rasa buah epal walaupun sekali.

Mesti ramai yang bertanya, ape rasa buah epal? manis ke? masam ke? berbahaya ke?

Oleh itu, kena ada orang yang berani. Panjat bukit, petik epal itu dan rasa. Dan dia boleh beritahu orang lain bagaimana rasanya buah epal.

Kalau buah epal tu beracun, dia akan nasihat orang lain supaya jangan makan. Kalau epal tu manis, kemanisan epal tu akan diceritakan kepada semua orang.

Inilah alasan aku bila orang tanya kenapa gua merokok. Macam cerita epal tadi, cuma ubah epal tu jadi Dunhill. Hehe

-Aku, 11.25 pm, bilik

Thursday, June 30, 2011

Gila


Berjuta kata yang bisa dipilih,
masih lagi aku hilang kata
orang gila..

-Aku, 11.25 am, Jumaat

Kata Cermin

Berdiri menghadap si cermin

lalu berkata aku :

"Warna warna indah, kadang kala luntur. Kau hanya perlu kuat untuk warna itu tetap terang. Kehidupan ini kau yang pilih dan bukan untuk siapa siapa. Mata hanya melihat, dan semua tahu yang kau rasa itu buta. Jangan biar apa yang kau rasa itu buat realiti jadi pudar, hanya kerana teka teki yang lahir dari apa yang kau baca, dari apa yang kau tetap hukumnya. Sabar."

Terasa sial.

-Aku, 11.54 pm, cermin




Kata Cermin

Berdiri menghadap si cermin

lalu berkata aku :

"Warna warna indah, kadang kala luntur. Kau hanya perlu kuat untuk warna itu tetap terang. Kehidupan ini kau yang pilih dan bukan untuk siapa siapa. Mata hanya melihat, yang kau rasa itu buta. Jangan biar apa yang kau rasa itu buat realiti jadi pudar, hanya kerana teka teki yang lahir dari apa yang kau baca, dari apa yang kau tetap hukumnya. Sabar."

Terasa sial.

-Aku, 11.54 pm, cermin




Wednesday, June 29, 2011

Lady Kebaya

Harus bagaimana aku mula? Mencari ayat yang sesuai untuk aku mulakan ayat yang pertama. Lalu aku tulis apa yang ada di kepala tanpa butang 'backspace'

Sejak beberapa hari lalu, rutin harian aku mula menjadi perlahan dan semakin perlahan. Hilang semua kehidupan aku yang 'hectic' sejak aku berada di tanah air sendiri.

Aku berseorangan dibilik, hanya ada bunyi keyboard yang terhasil dari tujahan jari jari yang diperhati oleh 2 mata.

Saat aku mula taip ini, sudah 3 minit aku merenung laptop, lalu kemeja tulis, ke pintu, lalu ke laptop kembali. Jeffery Deaver, Pramoedya Ananta Toer, Michael Cordy, Ramlee Awang Murshid, Hashim Ismail, kamus arab lama merenung aku dari arah meja. Aneh..

Owh iya, Sabtu ini aku dan permaisuri ke majlis perkahwinan di Johor Bahru. Aku harus lekas pinjam kerongsang kebaya Cik Puan Besar untuk dipinjamkan. Wah, lady kebaya nanti!

Selamat beradu, mimpi yang indah

-Aku, 2.12 pagi, bilik malap

Monday, June 27, 2011

Sempurna

Satu perkara yang buat aku pusing 360 darjah adalah bila aku jumpa dia dan kami punya satu rasa yang sama.

*Bling!

Dunia berubah dalam sekelip mata. Kadang-kala ramai yang bertanya, kenapa aku suka cerita perihal cinta aku di blog. Mengikut kata mereka, cerita aku di blog sudah semakin jauh berbeza dengan apa yang pernah aku tulis sebelum ini. Seperti aku katakan di atas, sebabnya aku sudah terpusing 360 darjah. Haha

Dua hari lepas, aku berjalan di Jonker Walk semata-mata mencari cendol durian bersama permaisuri. Kedainya agak tersorok, tapi nasib baik kami jumpa. Aku duduk bersama permaisuri di satu meja bulat, didepannya ada pentas nyanyian Cina.

*Hiruk pikuk manusia*

*Melodi orkestra Cina*

Aku pandang permaisuri yang tersenyum, membuat kepala aku teringat dengan satu soalan yang pernah aku tanya pada diri sendiri.

"Perempuan apa yang harus aku cari?"

Aku pandang permaisuri dan berfikir. Apa yang aku cari dari seseorang yang namanya perempuan itu adalah kesempurnaan. Kesempurnaan yang aku maksudkan itu bukanlah wanita yang sempurna segala-galanya. Tidak. Sempurna bagi aku adalah cukup bila seseorang wanita itu buat aku rasa sempurna. Dan permaisuri aku sentiasa buat aku rasa sempurna.

Aku percaya wanita-wanita diluar sana adalah sempurna, cuma sempurnanya itu perlu dikongsi dengan orang yang sesuai. Semoga kesempurnaan itu tetap kekal.


Monday, June 20, 2011

Situasi

Ada situasi yang kadang kala aku rasa aku pernah lalui.
Macam dalam filem hollywood.
Situasi yang sama, dan juga watak yang sama dalam satu masa yang sama
Complicated kan?

Aku hanya tersengih,
ya, aku manusia zaman depan!

-Aku, 1.23 am, bilik gelap

Kalaulah

Kalaulah aku jadi burung,
dah lama aku terbang balik ke tanah air.
Tak kisahla kena berhenti rehat banyak kali pun.
Berhenti di Eiffel tower,
lepas tu London bridge,
lepas tu Burj Dubai,
lepas tu terus ke Malaysia....

Dapat jadi kapal terbang pun ok jugak

-Aku, 1.30 pm, lepas mandi

Sunday, June 19, 2011

Hari Zack Fire

Banyak update pasal Hari Bapa yang aku lihat di blog update.
Owh iya.. Hari Bapa..

Secara ringkasnya, aku tiada benda nak cerita pasal sweet sweet moment, atau cerita bapa aku bagi ipad 2 mahupun aku belikan hadiah saiz gergasi untuk dia.

Cuma aku mahu berterima kasih kepada Boss besar aku kerana membesarkan aku dengan kasih sayang, seiring dengan didikan agama dan tak lupa mengikut adat.

Aku juga ingin berterima kasih kepada boss besar aku kerana membesarkan kami adik beradik menjadi manusia normal walaupun tiada lagi dikalangan kami yang masuk Akademi Fantasia mahupun Maharaja Lawak

Dan tak lupa juga, aku ingin berterima kasih kepada boss besar aku kerana sentiasa cinta kepada Cik Puan Besar aku. Tanpa kamu berdua, aku adalah kosong.

Selamat Hari Bapa, Zack Fire!

Saturday, June 18, 2011

Cerita Cuti

Aku terfikir mahu menulis cerita,
kalau aku takda plan lah masa summer nanti.
cerita apa?
aku sudah ada ideanya,
nanti.

-Aku, 2.54 pagi, Meja Tulis

Saturday, June 4, 2011

Celaka

Kadang-kadang susah bila apa yang kita tulis,
tak sama dengan apa yang kita rasa..

Terasa macam celaka

-Gua, 1:17 pm, katil keras

Friday, June 3, 2011

Monolog Angkasa

Gua ada makwe. Makwe gua duduk jauh. Dekat planet angkasa lepas

Hari-hari gua berhubung dengan dia melalui satelit dan teknologi.

Kadang-kadang bila satelit kena langgar meteor, line jadi bangang.

Gua pun mulalah nak hempas segala teknologi yang gua ada..

-Gua, 9:02 pm, bilik bau rokok

Thursday, June 2, 2011

Menunggu di makmal

Seluar slack tajam, done!

Kemeja tajam...done!

Rambut orang ofis...done!

Cermin mata bersih...done!

Dipoket belakang seluar ada sepucuk surat, envelope biru muda.

"hey si gadis, yang maniss.. " - Lagu latar

Menunggu,

*betulkan rambut*

Menunggu lagi..

*bersihkan kasut*

Primadona tak lalu sini hari ni, ujar gua dalam hati..

*krukk krukk*

Ah! malas la.. esok ada lagi

Gua berjalan ke kantin sekolah

-Gua, 2003, Lorong makmal

Tuesday, May 31, 2011

Sambung Haram

"kau perlu wayar modem yang sederhana panjang"

"apa lagi?"

"kau juga jangan lupa bawa charger, itu penting"

"lagi?"

"itu saja, owh lagi satu, sekotak rokok yang kita boleh kongsi"

"ok"

Malam itu, tatkala embun pagi sedang ligat di muka-muka daun, aku keluar dengan beg berisi semua yang telah dirancangkan, terus menuju ke bangunan depan, perlahan-lahan..

*kreuuk*

daun pintu di tolak dengan hati-hati. Laptop, charger, wayar modem, dan rokok sekotak berserta lighter, kemas diatas meja

wayar modem di sambung, segala kod-kod di pecah oleh Ridzuan.

"Ok dah, aku nak layan facebook"

Aku tersengih, dunia blog di Unikl bersama internet haram..



-Aku dan Ahmad Ridzuan, 2008, Unikl MIAT

Monday, May 30, 2011

Cerita Katil

langit sudah lama tinggal bintang, kepala sudah berada di atas mahkotanya,

*lega*

namun didalam masih lagi punya beribu cerita yang datang silih berganti, cerita semalam, cerita esok, cerita lusa, cerita minggu depan..

*mengeluh*

boleh jadi gila aku

- aku, 3.57 pagi, katil keras

Sunday, May 22, 2011

Melodi Orkestra Petang

Hari makin mendung, sedikit gelap, tapi jalanraya masih lagi penuh dengan manusia yang bagaikan semut yang menggila, nilai sabar dan saling faham memahami sudah lama tercampak, hilang entah kemana.

*TIN!! TIN!!

Bunyi hon kenderaan bagaikan melodi orkestra petang yang silih berganti, saling balas membalas demi memenuhi kepuasan hati, kepuasan diri yang datang dari mimik muka sakit hati orang lain. Memang begitu lazimnya manusia, gembira atas sedihnya orang lain.

Gua berhenti di satu simpang, dibelakang gerai berpayung warna-warni. Bila badan,hati,kepala dan perut bergabung, rasa lapar kian terasa, tali leher dicampak ke seat belakang, kemeja putih lengan panjang gua sinsingkan ke lengan.

"goreng pisang macam biasa?"

gua terpinga-pinga lalu mengangguk kepala tanda setuju..

"aah aah"

"Dua ringgit je, macam biasa"

*Gua hulur not seringgit 2 keping, plastik berisi goreng pisang berpindah tangan..

"Kuih ni taknak rasa ke?"

*langkah kaki gua ke kereta jadi mati, Fara yang tunggu dalam kereta menerawang fikirannya ke jalan raya, gua toleh kebelakang semula.

"Err, kuih ape?"

"Kuih bakar, sedap.. kuih orang melaka.. try la"

*Gua seluk poket seluar dan not seringgit gua bagi ke penjual

"Nah dik, seringgit ok?"

"Ok. 4 keping jugak"

*Ditangan kanan gua ada 2 plastik yang satunya berisi goreng pisang dan satu lagi kuih bakar

"Terima kasih dik"

"Sama-sama, saya bukan adik la. Saya dah masuk universiti, cuma tolong mak saya"

"Owh?? ye ke?"

"Yes!"

*sambil ketawa kecil

"Sorry sorry"

Gua senyum, masuk ke kereta, Fara terus meluncur masuk ke jalan raya semula.

"Kuih ape tu kau beli?"

"Kuih bakar dengan goreng pisang"

"owhhh, bak satu."

*Gua bagi sekeping kuih bakar ke Fara

"Sedap!"

Gua terdiam..

"Agakla, memang sedap"

Esok boleh beli lagi...

-Gua, Seri Warisan Resort Melaka, 2007

Wednesday, May 11, 2011

Bintang yang berkeliaran

Pepatah melayu 'bagai pungguk rindukan bulan', 'bagai menggapai bintang di langit'

Bulan dan bintang, kedua-duanya di atas sana. Jauh beribu atau berjuta kilometer.

Manusia zaman sekarang sudah jelajah bulan. Setiap pelusuk bulan telah kita cuba untuk di perhati dengan teleskop-teleskop berkuasa tinggi.

Bintang pula?

Begitu banyak angan-angan manusia sekarang yang mahu jadi bintang.

Bintang youtube? bercerita depan kamera, untuk tatapan umum

Bintang menyanyi? menyanyi di depan ramai yang di akhirnya pasti berlinangan air mata

Bintang peragawan? balut diri dengan kain cantik, berjalan di atas dan yang lain dibawah. Cantik!

Gua?

Sama saja hari-hari..

Monday, May 9, 2011

Resepi Ayam Merah Rock n Roll



Langkah 1 : Selalu orang kata, panaskan minyak. Tapi gua kata, panaskan kuali. Bukan panaskan minyak. Minyak tu lu letak je dalam kuali.

Langkah 2 : Kisar bawang besar atau bawang merah dan juga bawang putih. Dah siap lu asingkan dalam mangkuk yang sederhana saiznya. Kulit bawang tu jangan lupa buang, gila ape nak makan kulit bawang. Lu pikir ini buah epal nak makan kulit dia?

Langkah 3 : Kisar cili kering pulak. Biji dia buang terlebih dahulu. Kang kene appendix dah satu hal pulak nak operate-operate. Lepas dah kisar tu, jangan nak mengada nak bau-bau. Pedih woo mata.

Langkah 4 : Masukkan....

*Allahuakbar! Allaaaahuakbar! (azan zohor)
** Pegi sembahyang dulu, tinggalkan masak memasak ni. Kang dalam kubur, malaikat tak tanya dah :
Malaikat : Ape langkah kedua nak masak ayam merah?

* ok sambung balik,

Langkah 4 : Masukkan rempah tumis (rempah bentuk bintang tu, rempah macam buah kecik-kecik kaler putih tu, rempah kaler hitam yang bentuk dia macam tongkat sakti gandalf tu, sama kulit kayu manis). Tumis sampai naik bau, masukkan bawang kisar.

Langkah 5 : Kalau warna bawang tu dah golden, masukkan cili kisar. Masak sehingga tahap kegaringan dia mencapai tahap 50 %. Masukkan asam keping atau asam jawa. Air asam jawa! jangan jadik noob sangat masuk asam jawa dengan biji-biji dia dalam kuah tu.

Langkah 6 : Goreng ayam yang telah disebatikan dengan serbuk kunyit dan garam. Pastikan ayam telah 80 % masak.

Langkah 7 : Masukkan ayam tadi kedalam kuah tadi. Kacau dengan cermat dan konsisten mengikut arah jam dan lawan jam yang diselang-selikan. (untuk mendapatkan hasil yang menarik. Cewah!)

Langkah 8 : Bila dah masak, sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih. Jangan lupa tutup dapur gas/elektrik. Membazir dan boleh menyebabkan kemalangan jiwa.