Thursday, October 29, 2009

Bank

Ok, pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca blog ni,
bila berkata tentang bank, ramai antara kita mempuanyai pendapat yang berbeza-beza, contohnya, kalau bapak aku, " alamak bank pulak, dah la keje berlambak, nak beratur lagi, bank jauh, blablalabla...' ok, tu bapak aku, macam mane dengan korang? mari kita saksikan pembentangan tesis aku yang ke 3..

1.Jauh
-Pertama sekali yang aku fikir adalah jarak bank dengan rumah aku. Memang rumah aku dekat dengan bank, tapi "Hong Leong Bank", tak ade keje aku nak pegi bank tu sebab aku pakai maybank, bila kita nak pegi bank, mestilah kita perlukan transport. Aku bukannya budak hingusan darjah 6 nak jalan kaki pergi bank, kalau dekat boleh la. So, alternatif aku adalah pertama, suruh bapak aku hantar, tapi selalunye bapak aku cakap "sorry la beb, kerja banyak". ok takpe, jalan kedua ade, pinjam kereta mak atau ayah, tapi diorang keluar pergi keje, satu bijik kete pun xde, ok takpe, jalan ketiga, call kawan mintak antar pegi bank, kawan aku cakap "la..gua ada date bro, lu tak bagi tau awal" tak pun "pegi bank? lu macam makcik2 la, kalau pergi party ke boley la jugak". ok takpe, jalan keempat, lantak ko la bank, malas aku nak pegi!

2.Parking
- Ha ni lagi satu masalah kat Malaysia ni, bank punye cantik, warne warni, kalau boleh corak batik pun diorang nak cat bangunan bank tu,tapi parking lot punyelah kecik, kedekut, diorang bukan tak tau zaman sekarang orang guna kete macam mane, budak lepas spm pun pakai kete, penganggur universiti pun pakai kete hatta orang xde kete macam aku ni pun pakai kete mak aku.Kete zaman sekarang bukan nye reti nak kecik, sume bantai beli Alphard la, Estima la. Apelah salahnye diorang buat parking elok-elok, canti-cantik, besar, bagi muat sume kete, barulah senang, xde la aku mencarut sorang-sorang bile kete aku kene double park, cite pasal double park ni, ni la yang aku paling x suke bila parking, sesedap rase ko je parking belakang kete aku yang dah sedia parking dalam parking lot (paham ke tak?). Bile abis je urusan kat bank, aku tengok hensem je ko punye kancil park belakang kete aku, dah la tu, siap tinggal number fon kat dashboard, kononnye suruh aku call ko la bile nak keluar parking. Susah-susah...

3.Budak kecik
- Kalau dulu, mase aku kecik-kecik, bile mak aku pergi bank, mesti mak aku suruh aku duduk dalam kete, tak bagi keluar, bile dah darjah dua barulah aku merasa masuk bank tu macam mana, korang sume tau kenape mak aku buat macam tu? sebab bile ko bawak budak kecik dalam bank, boleh menggangu ketenteraman bank yang dah sedia memekak macam pasar tu. Macam pengalaman aku sendiri la, tengah tunggu giliran bank, pakai nombor, sekarang nombor 1211, tapi nombor aku 1240. kan ke lame tu? dengan budak-budak main lari-lari dalam bank la, baby menangis lagi, otak aku berserabut, jiwa aku kacau bilau, ada sekali tu, aku ke ambank, sebelahnya ada 7-e, ada makcik masuk dengan anak berumur 4 atau 5 tahun, masuk-masuk je dia amik borang cash draw, amik nombor, duduk dekat dengan aku, anak die duduk sebelah aku, nak jadi cite, slurpee anak die tumpah kene jeans aku, mak cik tu gelabah "sori ye dik, sori,!" sambil marah anak dia. aku? aku cakap "eh takpe aunty, budak kecik biasa la..." abang guard tu pun tak boleh buat ape, ye lah, budak-budak la katakan, senyum je la..

4.Mesin Atm
-Mesin atm ni, kalau korang tgk aku pakai, aku la yang paling laju, ye la, masuk kad, tekan pin, tekan amount, settle. Ni tak, selalunye aku tengok budak asrama sekolah sains johor, outing la katakan, 2 orang, jantina perempuan, nak masuk kad pun lembab, siap boleh berbual-bual lagi dengan kawan ko, yang kawan ko ni pun satu, ko bukannye nak draw duit pun, ape lah salahnye ko tunggu die kat belakang, bukannya ade orang nak culik pun, lepas masuk pin, first yang diorang buat mesti check balance, biasa la tu kan, budak skola, macam aku gak dulu, dah check balance die tekan withdrawal, jap lagi die tanye member die " eh bape balance aku tadi? lupe r..", pastu member die pun cakap, "entah, tak prasan plak aku tadi, check balik la." dalam hati aku "nasib ko ni budak skola, sweet plak tu.. takpe-takpe sabar.."

-Kes nombor dua lain plak, selalunye hujung bulan la, biasa la gaji masuk, So, hujung bulan gak la aku dgn member aku selalu pegi cinema, sebelum pegi cinema mesti draw duit kan, aku pun drive la ke maybank berdekatan, bila nak beratur, ade 12 orang depan aku, memang salah timing aku keluar, kejap lagi ada sorang brader dtg terus cutting sampai depan, die cakap "sori eh, saya ada hal penting la, sekejap aja saya guna", takpe sabar, mane tau die nak beli susu anak ke, nak bayar emergency hospital ke, kita mane tau, kejap lagi datang sorang pompuan cina pulak, " saya tak tau guna la ini mesin, tunjuk boleh ka?", dah satu lagi hal, 15 minit gak la brader melayu depan aku buat tuisyen gune mesin atm kat nyonya ni, takpe sabar, kesian dia orang tua zaman perang jepun dulu mane ade mesin atm kan, kite lahir-lahir bende ni nah ada. Kejap lagi datang la pak cik india, cutting buat muke selamber, brader depan aku dah bising-bising, uncle india tu pun bising gak, dah diorang bantai bergaduh plak, aku terus masuk kete, aku cakap kat member aku, "dah, kite minum mamak, wayang next time!" sambil bukak radio fly fm.

5.Kakak Account
-Mase aku nak daftar Unikl, aku kene bayar duit di Maybank, kali ni ok, parking sume ade, budak skolah sume tengah skolah, makcik-makcik dengan anak kecik tak keluar rumah lagi, orang dalam bank pun sikit, aku bukak pintu bank dengan senyuman paling hensem dan macho, aku pergi amik borang, aku isi kemas, lepas tu aku pergi jumpe accountant, "wow, cun la awak ni" aku kate dalam hati, kejap lagi telefon die berbunyi, punyelah lame berbual, aku tau la orang sikit, selepas lebih kurang 20 minit, "ok, I tunggu U, macam biasa 2 pm". aku tanye "boyfriend ke kak?", die tersenyum, selang beberapa minit, timbul masalah kedua, dia tak reti nak settle payment aku, ade problem ape ntah, "sori ye dik, akak kene tanye accountant lain, sebab akak baru kat sini".. "oh ye ke? tak pe2 saya tunggu". satu lagi hari yang malang..

ps : kalau korang jumpe warga emas nak gune atm tu, bagi la diorang gune dulu, kalau diorang tak reti nak guna, tunjukkan, sebab kebanyakan orang tua ni tak reti gune atm, ye lah, dulu time perang diorang simpan duit dalam belanga, bukat kat maybank, jangan ko kebas duit akaun orang tua tu dah la.

Tuesday, October 27, 2009

Jalan

Pernahkah kamu semua terasa sakit hati semasa berjalan kaki? Atau pernahkah kamu semua rasa nak menjerit akibat ragam manusia di tengah jalan? Mari kita saksikan pembentangan tesis aku yang ke 2..

1) Jalan Lembab
Aku paling menyampah kalau ada orang jalan di depan aku, tapi lembab macam siput, diorang tak tahu aku ada kelas ke, ada hal penting ke, ada dating ke, kalau warga emas aku fahamlah sebab diorang tu kudratnye tak kuat, osteoporosis, mahupun begitu aku pun panas hati jugak dengan orang tua ni, tapi berpada la, ni yang aku panas selalunye gadis-gadis yang berjalan berkumpulan, apa mereka ingat jalan lembab itu stylo? tapi kebanyakan gadis seperti ini sepertinya mempunyai persamaan, berjeans ketat, tak pun pakai high heels.

2)Jalan Santai
Ni pun masalah, selalunya aku terkena dengan golongan makcik-makcik, tempat yang selalu aku kena di lorong sibuk, yang di tepinya ada kedai jualan, kelas mula lagi 15 minit, tramp kene kejar, tengah aku jalan dengan kelajuan maksima, tiba-tiba makcik depan aku berhenti, membelek-belek majalah la, surat khabar la, tak semena-mena aku kena berhenti juga, terpaksa aku melencong sikit nak mengelak si makcik ni, kalau aku tegur pun dia mesti kate "eh, ko ni budak. nak mengajar aku orang dewasa". mentaliti rapuh.

3)Jalan 2 Hala
Ni biasa la, selalunya di station metro, patutnya kita ni berjalan ikut lane la, macam kereta jugak, di sini kita berjalan kene ikut lane kanan, ni tak, ade jugak manusia yang tak ikut lane, akibatnya nak belanggar la, patut ke kalau aku mencarut dekat manusia tersebut? nasib baik aku ni sabar, dah la nak berlanggar, lepas tu buat muka bengang, seolah-olah kita ni yang salah. Hello! susah sangat ke nak cakap "sorry"?

4) Jalan Bercium
Yang ni aku tak jumpa lagi di Malaysia, hanya di Russia ni, aku harap tak terjadi la di Malaysia. Apa perasaan kau kalau couple yang berjalan didepan kau berhenti tiba-tiba dan kissing, bukan diorang tak nampak jalan penuh dengan orang, sibuk, diorang ingat romantik la? macam cerita korea.. tolonglah, nak kissing pun carik la port, lantak korang la nak buat ape pun, tapi sebab kau berdua kissing, aku terlepas train, memang kene la aku dengan lecturer, abis tu kalau lecturer tanye kau "why late?!" , patut ke aku jawab "Im sorry, im late because french kiss"

5)Jalan Berpenjual
Mencari rezeki tu tak salah, malah dituntut, tapi kalau mencari rezeki sampai hampir menutup rezeki orang lain tu salah kan? selalunya salesman atau salesgirl. Tengah jalan nak balik rumah, badan dah penat, tiba-tiba ada salesman stop kau, terang macam-macam, dah kate tak minat pun still jugak kau pakse beli barang, tak kan aku kene gune cara kekerasan , mencarut, baru nak blah kan? kan ke tak baik tu.

6)Jalan Bernikotin
Ni lagi satu, aku faham la kalau ko tu perokok, tapi takkan la nak bakar rokok tengah-tengah jalan kot? lagi satu spesies perokok yang tak bertauliah ni, diorang suka memetik puntung tak kira tempat, kalau terkena kepala anak orang ke? terkena rambut zac efron aku ni ke? tak ke boleh buat bergaduh namanya.. buang la dalam tong sampah, yang nak bakar rokok tu cari la port tak busy, lepas tu bakarla banyak mana pun, kasik masuk hospital pun boleh.

7)Jalan Berkerusi meja
Yang ni aku tujukan wakil pejalan kaki dan pemandu kereta, tau la ko tu mamak yang termasyur didunia ni, kedai ada puluh-puluh branch serata malaysia, roti canai ko sedap, tapi takkan la jalan raya pun korang bantai letak kerusi meja, kan ke jalan tu untuk kereta, cukuplah kaki lima untuk pejalan kaki tu ko dah letak penuh dengan kuali la, stall char kuew teow la, kang kalau customer ko kene langgar ape ko nak menjawab dengan polis? tak lain mesti "saya tak tahu la incik, ini worang bawak kereta tada pandang punya", mamak ni kalau aku langgar baru tahu macam mana rase die agaknye.

ps : 7 cukuplah, malas aku nak list lagi, ada banyak lagi, aku pun penat nak menaip, dah la tadi aku kene marah dengan nenek russian sebab beg plastik yang aku bawak terkena punggung dia,sapa suruh berenti tengah jalan, please la nenek, aku ada taste la, ko tu yang jalan lembab, minum la Anlene!

Sunday, October 25, 2009

Gadis

Hari ini aku ingin mengupas serba sedikit tentang gadis. Gadis itu, makhluk tuhan yang dijadikan dari rusuk Adam, di lahirkan didunia ni dengan pelbagai jenis rupa, warna dan bentuk. Variasi ini menjadikan anak-anak Adam lebih kreatif mencipta pelbagai nama samaran bagi mereka, mari kita saksikan sejauh mana kajian aku..

1)Gadis Hot
- Ini adalah kumpulan untuk gadis-gadis yang berbentuk menarik, dengan muka yang seperti model-model, yang dapat memikat sesiapa saja lelaki tak kira budak sekolah mahupun ustaz-ustaz, tetapi gelaran ini hanya digunakan untuk para gadis yang tidak memakai tudung, atau berskirt pendek, mahupun berbikini sahaja. Cara pergaulan memang mudah bergaul, kadang-kala memilih, bahasa interaksi yang selalu digunakan adalah bahasa Inggeris walaupun di sijil kelahiran mereka bertulis keturunan jawa sumatera,

2) Gadis Cun
-Ini pula gelaran bagi gadis-gadis yang berbentuk menarik juga, mempunyai muka yang ala-ala model, tetapi belum tentu dapat memikat semua lelaki, kerana lain-lain lelaki mempunyai taste masing-masing, mungkin kamu anggap si Bibah itu cun, tapi kawan kamu belum tentu setuju, kerana dia beranggapan yang si Kiah lagi cun, gadis kumpulan ini pakaiannya simple, casual, berpada-pada sopannya tidak seperti gadis hot, tetapi masih juga tidak memakai tudung, dan bezanya lagi, gadis golongan ini tidak dapat di 'detect' oleh budak sekolah berbanding gadis kumpulan hot. Hanya golongan lelaki mumayyiz sahaja yang tahu. Dari segi pergaulan, mereka memang mudah bergaul, tersipu-sipu malu didepan lelaki walaupun pada batinnya mereka suka di sapa oleh lelaki, cara percakapan yang simple, mudah terasa bila diajak buat lawak, kerana mereka ini sensitif.

3) Gadis Manis
- Bila bercerita tentang manis, semua akan terfikir akan gula atau bahasa Inggeris nya "sugar". semua orang suka gula, buktinya ramai pesakit-pesakit diabetes di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, dan saya pasti di hospital di negeri lain pun sama, gadis manis ini merupakan gadis-gadis yang menutup aurat, bentuk fizikal berbagai, ada yang XS mahupun XL, cara pemakaiannya juga simple, casual, berbaju kurung atau kebaya moden,seperti kumpulan gadis cun, cuma bezanya mereka memakai tudung, tidak kiralah, tudung standard, selendang mahupun tudung Yuna, mereka yang menepati ciri-ciri diatas tergolong dalam kumpulan ini. Cara pergaulan yang agak terbatas, sepertinya bermusuhan dengan gadis hot, tetapi teman yang baik buat gadis cun, sesetengah daripada mereka ini suka bergossip sambil melantak tak kira biskut ke, gula-gula ke atau apa-apa saja makanan yang berkenan di hati, cara pertuturan yang agak sopan, tetapi belum tentu sopan sepenuhnya, sepertinya gadis seperti ini yang dicari-cari para ibu-bapa untuk dijadikan menantu.

4) Gadis Alim
- Dengar sahaja perkataan alim, aku pasti korang sudah dapat meneka bukan?, gadis golongan ini dari segi pemakaian menutup aurat sepenuhnya, bertudung labuh, berjubah, atau apa-apa sahaja pakaian yang menjamin auratnya tertutup, setelah melakukan penyelidikan, gadis-gadis seperti ini boleh dijumpai di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang terletak di PJ dan juga di masjid-masjid , walaupun bilangannya sedikit kerana virus fashion dan virus MTV membuatkan golongan mereka pupus,cara pergaulan mereka mengikut ajaran agama, bukan terbatas tetapi tahap kesosialan mereka agak rendah berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain, sepertinya mereka ini menggunakan bahasa yang sopan dan teratur, kadang-kala terselit term-term english bagi mereka yang educated. Semestinya ibu-bapa yang memilih mereka sebagai menantu merupakan ibu-bapa yang beruntung dan berfikiran bijak. Usaha kerajaan untuk memastikan golongan ini tidak pupus sudah mula dijalankan, contohnya seperti program drama 'NurKasih' yang sedang disiarkan di tv3 pada setiap jumaat pukul 9.30 malam waktu malaysia dan juga pukul 12++ malam buat di luar negara.

5) Gadis Boyan
- Pertama sekali, aku nak mintak maaf kalau ada yang baca blog aku ini keturunan Boyan, boyan yang aku maksudkan ni bukanlah asalnya dari keturunan korang, tetapi aku sendiri tak tahu macam mana terhasilnya term ni, ok, buat kumpulan boyan ni,cara pemakaian mereka susah dijangka kerana mereka ini berpakaian yang asal boleh, ada yang tertutup, dan ada yang terbuka, mereka ini memang ramah mesra dan pandai menagmbil hati para lelaki (lelaki yang jenis boyan juga), hasil penyelidikan aku, mereka ini mudah bergaul, tidak memilih sangat, dan suka bercakap, mereka juga suka membuat lawak-lawak yang mereka fikir boleh menceriakan keadaan walau pada hakikatnya aku hanya tersenyum hipokrit, mahu bagi pelempang pun ada, tapi aku menghormati wanita, jika di shopping complex atau di rumah, mereka dengan tanpa perasaan segan silu menyentuh dan meng"comment" segala barang yang ada, gadis ini juga selalu dilihat di kedai mamak, di warung tom yam, atau pun thai seafood, aku pun tak tahu kenapa, tetapi itulah kebenarannya.

6) Gadis Bitch
- Kumpulan ini agak kontroversi, aku tak letak term bahasa melayu kerana bunyinya kurang sedap didengar dan aku benci ayat itu, gadis kumpulan ini terdiri daripada pelbagai jenis bentuk, warna, umur dan jenis, tidak semestinya bertudung itu tidak bitch kan?, mereka mempunyai hasad dengki, suka mengambil hak orang lain, suka menabur fitnah, memaki orang dikhalayak ramai dan pelbagai lagi sifat-sifat negatif, mereka ini sepertinya terpengaruh dengan filem-filem tabloid atau tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya, mereka ini boleh berubah kalau mereka mahu, dari segi pergaulan, mereka lagi senang bergaul dengan teman-teman yang sentiasa setuju dengan telunjuk mereka, cara pertuturan pula agak kurang sopan, yang bila didengar oleh mak ayah mereka pun, mak ayah mereka tak mengaku anak, nak dibuat menantu memang la jauh sekali.

7) Gadis Melayu
- Golongan ini tidak berkait langsung dengan korang semua, ni adalah program tv yang bertajuk "gadis melayu". Memang hipokrit, segalanya hipokrit belaka, apa yang dipertontonkan kepada ibu-ibu, makcik-makcik, yang sibuk meng'sms' dirumah tu adalah tipu belaka, kerana mereka ini di luar kaca tv memang lain dari di dalam tv. tapi aku tak hairan lah, sebab hidup kita ni pun tak lari dari hipokrit kan?

ps : minta maaf atas bahasa yang kurang sedap, adik-adik yang bawah umur, jangan sesekali memanggil kakak-kakak atau cikgu-cikgu dengan gelaran diatas, entry kali ini tidak ditujukan kepada sesiapa, cuma membentangkan hasil penyelidikan semata-mata, aku bersyukur mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang baik-baik belaka. No hard feeling ok:)

Friday, October 23, 2009

Duit

Sesekali, ada gadis-gadis bertanya pada aku, satu soalan yang susah aku nak terangkan, soalan yang berbunyi:
"banyak gile savings ko, ko spend ape je?"
atau,
"ko ni memang kedekut eh? bape banyak ko simpan duit?"
atau,
"takkan dalam mase seminggu ko spend setakat tu je?"
************************************************************************
ok cukup.. biar aku terangkan kepada gadis-gadis semua, macam mana aku boleh saving banyak..

1)Rokok yang aku hisap ni, lebih murah dari lipstik yang korang pakai.

2)Aku mengamalkan diet seimbang, makan ala kadar mamak pun boleh, tapi korang selalu ajak boyfriend korang pegi starbucks, paling low standard pun mcd, apa salahnye kita makan nasi lemak ke, nasi beryani ke, ni tak, korang pilih makanan itali jugak, pizza hut, domino, kita kan warga malaysia.

3)Setiap kali sales, korang mesti shopping kan? jangan tanye la kenapa duit korang abis, semua yang suka ambik, bayar, lepas tu simpan buat collection, tapi aku, beli mana yang perlu, perbelanjaan bijak.

4)Aku tak pakai barang emas mahupun barang perak, tak macam korang yang terpikat dengan kilauan emas, subang la, rantai la, rantai kaki pun pakai, mane tak pokai, dah bosan beli lagi,boring simpan dalam laci.

5)Aku tak kerap ke salon macam korang, mahupun macam mak-mak datin, setting rambut macam Rihanna la, setting rambut macam Julia Ziegler la, cukuplah dengan syampu Sunsilk anti dandruff aku tu, aku pergi salon kalau nak potong rambut, tu pun atas desakan bapak aku yang menyampah dengan rambut panjang aku.

6)Aku tak pakai handbag, tapi korang pakai kan? cube tengok handbag korang, apa jenama? gucci? prada?mulberry? jimmy choo?. lepas tu korang fikir, berapa harga dia, ni tidak, asal macam best je beli, aku tengok setiap kali keluar, mesti handbag lain-lain, tak tau la kalau korang pinjam kakak punye ke.

7)Aku tau la, kita masing-masing dah ada lesen yang diiktiraf JPJ, boleh bawak keta, tapi tak kan la setakat nak lepak sama-sama duduk mamak nak bawak kereta masing-masing kan?
kita bukan nak pegi autoshow, mahupun racing macam need for speed, apa salahnya kita carpool, duit minyak kan mahal, so macam aku, aku tumpang la member, apa salahnya, janji aku tak mintak duit minyak dengan parents, yang paling penting pencemaran boleh dikurangkan, love mother nature, peace!

8)Kalau tengok wayang, gadis-gadis la paling suka, tak kisah la cerita ape pun, cerita pontianak ke, cerita mat rempit ke, janji boleh duduk dalam wayang tu sambil makan popcorn dengan coke. Aku pergi wayang kalau cerita box office macam transformers dan iron man.

9)Handfon pun satu, malam-malam korang suka bergayut dengan kawan-kawan korang,padahal kat skolah esok boleh jumpa, cerita pasal si samad la, pasal si senah la, yang pakai prepaid tu mintak mak duit topup, yang pakai bil yang bayar pun mak korang jugak, ikut macam aku ni, tak payah call, sms je, tu pun kalau penting, setakat ada gadis yang sms aku berbunyi "hai, boleh kenal" atau "dah tidur ke?" abaikan je, jangan membazir kredit dan tenaga, mungkin yang sms tu kawan-kawan ko yang nak dajal ko ke, atau awek orang ke. terselamat dari bala bencana kan..

10)Cerita bab perfume, korang pakai perfume ada berapa botol? paling kurang pun 3, tak pun 4 botol, lepas tu pakai, sembur dari rambut sampai kaki ke? dari jauh lagi aku dah bau wangi, kalau dekat mamak tu, aku nak makan roti canai pun hilang selera, asyik bau perfume ko je, pakai macam aku, 2-3 sembur cukuplah, wangi pun wangi, perfume saving.

ps : ni aku ceritakan berdasarkan pengalaman aku, bukan tuduhan membabi buta kepada semua kaum hawa.

Tuesday, October 20, 2009

Mujuz


ps : yang bawah ni aku buat, yang atas tu aku x tau.. haha.. korang tgk je, xde maksud, cume xnak blog aku berhabuk

Tuesday, October 13, 2009

Putih

Pagi itu, aku tak ke kelas, ada masalah dalaman, masalah apa? itu korang tak perlu tahu, hanya teman sekerja saja tahu, pantas pagi itu, aku mesej sama Ekaterina, takut-takut dia tertanya-tanya pelajar kesayangannya. hahaha.. aku capai ubat tidur, aku telan 2 biji lalu tidur

***************************
Pukul 3 petang, kawan bilik ku balik, dia kejut aku, aku lihat jam sambil terkelip-kelip, tiba-tiba dia berkata : "ko tengok tingkap tu", "apsal? kotor? memang kita tak pernah basuh tingkap kot" balas ku, "tu ko tgk je la" jawap dia ringkas. Aku bangun, aku pangdang ke luar, putih, rupanya salji, masakan salji turun dimasa begini? tak kan aku tidur bangunnya sudah winter, ah! itu semua kita persetankan, yang penting aku suka pemandangannya, ya lah, nak jumpa salji di malaysia memang haram, hujan panas ada lah.

Aku jenguk ke jendela, aku capai Marlboro ku, aku pandang ke luar, sejenak aku terdengar rakan-rakanku gembira sebab dapat melihat salji, sedang asyik melayan perasaan di jendela, aku terlihat seorang budak, umurnya lebih kurang 7 tahun, berbaju biru, bertopi hitam, aku tak tahu kemana dia hendak pergi, aku lihat dia, dia terketar-ketar sejuk, mukanya basah kerana salji, but nya besar dari saiznya, cara dia berjalan saja aku sudah tahu, kesian..

Aku capai trenchcoat, terus saja aku kebawah, ke kafe, kerna aku belum lagi makan, di perjalanan, aku terserempak dengan seorang mak cik tua, dengan bakul berisi bunga dan buahan, masakan sejuk-sejuk begini mahu jualan? habis penuh bajunya dengan salji, sampai di kafe, aku pesan teh panas, aku terfikir, dalam ada yang suka, ada juga yang sedih, adat kehidupan..

ps : dalam setiap perkara, ada yang sedih, ada yang tertawa, ada yang lemah, ada yang kuat, memang tuhan maha adil.

Monday, October 12, 2009

jawapan

Pernahkah, kamu semua terfikir.. masa berlalu sedetik-demi sedetik, pantas berlalu meninggalkan kita yang masih terkapai-kapai mencari erti hidup sendiri...dan bila sampai waktu kita pergi, bagaimana jawapan yang kita cari? aku masih berfikir..dan terus berfikir

Thursday, October 8, 2009

Dubai

Tepat pukul 9 malam, aku dan rakan ke apartment senior di tingkat 2. Setelah diketuk pintunya, aku lihat Sef buka pintu, Amin sibuk berchatting dengan buah hati, Talib sibuk mencari sumber makanan, Abby pula melayan mimpi..

Aku : Jom r..
Sef : mane?
Aku : Dubai.
Sef : semua pegi?
Aku : tak la, ade yang tak nak pegi.
Sef : ok2

Lekas-lekas Sef kejut semua, aku tunggu di luar sambil mengisap nikotin bersama Acap dan Bos. Mak cik yang menjaga apartment kami sedikit curiga, dia datang dan bertanya,

Mak cik : Ada masalah ke?
Aku : tak ada.
Mak cik : Kenapa tunggu ramai-ramai di sini?
Aku : Owh, kami nak ke Dubai ( sambil tersenyum tawar)
Mak cik : Saya ingat ada masalah (tersenyum juga)

Hampir satu jam menunggu, hampir 3 batang marlboro barulah mereka siap. Ramai juga yang mahu ke Dubai. Perjalanan kami ke Dubai tidak lah berapa lama, dalam 20 minit, kami tiba disitu. Tempatnya cantik,aku suka hiasannya. Terus saja aku minta espresso, sungguh sejuk diluar. Sempena Ulang tahun ke 19 Syamim, kami makan, berbual panjang sambil menikmati aroma shisha. Aku tersenyum bersama espresso.

ps : Dubai tu nama kafe.. Happy Birthday to Syamim Shukri..

Thursday, October 1, 2009

Tawar

Pukul 5, aku tiba di apartment, aku lihat, mak cik Musar masih di biliknya, dengan teko teh panas sambil menonton telenovela russia. Aku buka pintu, aku susun kemas kasut. Biasa la, kekemasan kene jage.. Aku masuk ke bilik, aku buka laptop, lagu The Stroke - Someday aku perdendangkan, pelan-pelan aku capai kotak Marlboro lights atas meja study aku, aku bakar, aku baring atas katil, aku sedut nikotin dan tar dalam-dalam..

Dan disaat itu, kepala aku berputar mencari jawapan, sungguh rutin kehidupan di sini, setiap hari benda yang sama, ibarat mesin fotokopi natural, tawar..

Oh ya, hari sabtu ini, kami ada jamuan raya. Tugas bilik aku adalah masak "ayam merah". Terus saja aku skype sama bonda tercinta, minta resepi.Semoga semuanya baik-baik belaka

ps : buat adik-adik yang membaca, jangan sesekali mendekati rokok, merokok membahayakan kesihatan.. bukan saya yang cakap, kotak rokok yang cakap.