Monday, December 31, 2012

Kisah Cinta Faiz

"Aku rasa tenang meneropong alam hijau. Mungkin satu hari nanti aku dapat menoropong hati seorang makwe pula?"
Faiz Malik, Langkawi, 2012


Faiz adalah seorang lelaki metropolitan yang bagus orangnya. Berbudi bahasa, bijak, cergas bermain bola dan juga pandai mengambil hati orang tua. Namun cuma hati Cik Orked sahaja yang sampai hari ni dia masih gagal. Bila cerita pasal Cik Orked, Faiz akan serta merta menjadi bangang dan tak boleh berfikir waras.

Ceritanya bermula pada suatu petang yang dingin, selepas hujan lebat di kawasan Johor Bahru. Waktu itu Faiz berada di rumah kepunyaan bapanya, Encik Malik. Waktu petang begitu memang molek benar kalau duduk menyandar di depan tv sambil mengunyah keropok ikan. Faiz lebih suka memilih untuk menonton drama petang bergenre kontemporari yang ada gadis-gadis kulit licin dan berkonflik kekeluargaan yang tak sudah-sudah. Lalu duduklah Faiz melanguk di depan tv menonton drama sambil baring tak berbaju.

Nak dijadikan cerita, sedang beliau asyik menonton drama dan menguyah keropok ikan secara berselang-seli, tiba-tiba beliau mendapat satu panggilan dari Cik Orked,

*Truut Truut

Cik Orked : Awak kat mana? free tak?

Faiz : Saya dekat gym ni. Hmm boleh la, free jugak la.

Cik Orked : Saya nak mintak tolong awak. Kereta saya tayar problem pulak. Kalau awak sibuk takpe its okay.

Faiz : Saya pun baru je habis excercise ni. So nanti mesej la kat mana tempat kereta awak tu berada. Saya datang sekarang

Cik Orked : Okay nanti saya mesej awak.

Faiz terus ke bilik dan menyarungkan t-shirt beliau lalu terus berlari ke bawah sambil mencapai kunci kereta dan 2 keping keropok ikan. Nampak benar gelojoh, serupa macam lelaki tipikal di luar sana. Mesej dari Cik Orked yang dijanjikan pun tiba. Faiz hanya tersengih membaca alamat yang bakal dituju seorang diri sampai menampakkan cebisan keropok ikan yang masih lagi segar terselit di celah gigi beliau.

*Truut Truut

Faiz : Saya on the way ni. Awak jangan risau, saya dah nak sampai. Awak duduk je dalam kereta, kunci pintu.

Cik Orked : Sorry la awak, kawan saya dah datang ni. Dia tolong bawakkan mekanik.

Faiz : Oh.. So awak balik nanti macam mana? Nak saya hantarkan?

Cik Orked : Eh takpe, saya balik dengan kawan saya. Sorry sangat susahkan awak datang all the way.

Faiz : Eh takpe bagus la kawan awak sampai, ni pun traffic jam. Lagipun saya nak ke gym balik lepas ni.

Cik Orked : Kalau macam tu, terima kasih. Nanti anything just call me, I owe you one.

Seraya kereta yang dipandu Faiz melewati kereta Cik Orked yang tersadai di bahu jalan. Di perlahankan sedikit  kelajuan keretanya dan beliau melihat ada seorang makenik yang merepair tayar kereta, Cik Orked yang sedang berbual dalam talipon dan juga seorang lelaki bertubuh sasa berkereta Honda Jazz.

Faiz : Eh okay lah awak. Saya pun dah on the way ke gym balik. Nanti apa-apa hal call je.

Faiz meletakkan telefon bimbit beliau sambil teringat bibit-bibit drama petang yang pernah beliau tonton satu ketika dahulu.


Saturday, December 29, 2012

Kisah Cinta Badrul

"Lepas aku break, aku terus potong rambut serupa Neymar, pemain bola Brazil"
Badrul, September 2012

Di suatu pagi yang hening, Badrul keluar dari rumah dengan mengenakan sepasang kasut sukan dengan matlamat untuk berjogging mengeluarkan peluh. Katanya, mahu menyahut cabaran kerajaan untuk elak sakit jantung. Di tangan kanannya ada blackberry curve dan sebelah kiri pula ada biskut kering bergula. Setelah mengenakan kasut sukan yang mana talinya sudah diikat rapi berupa bentuk riben, maka Badrul terus ke pintu pagar rumah untuk keluar berjogging.

Tiba-tiba blackberry curve beliau berbunyi dari dalam poket. Waktu itu beliau sedang berjogging di kilometer yang ke 8. Perlahan-lahan langkah beliau makin berkurangan kelajuananya dan mukanya terukir sebuah senyuman sambil dihiasi cahaya  sang matahari yang sedikit memancar dengan kontras aperturenya yang sedang-sedang. Setelah melihat ke skrin blackberry, beliau jadi lagi tersenyum pabila melihat nama 'baby' di notification bbm. Maka dibukanya lalu dibaca mesej pendek dari orang tersayang.

"Kita break. Jangan contact saya lagi"

Begitu tajam dan kejam mesej yang dihantar oleh babynya. Badrul terpinga-pinga sendirian di selekoh jalan bersebelahan bas sekolah kuning bersama blackberry yang masih lagi ditangan beliau. Angin pagi yang bertiup membuatkan matanya berkaca. Akhirnya beliau tewas dengan egonya. Beliau menangis teresak-esak sambil air matanya mengalir deras melewati cahaya matahari yang kian meninggi lalu terbentuk lah pelangi kecil disisi Badrul. Budak sekolah yang melihat menjadi kagum sebentar dengan kejadian itu dan sedikit demi sedikit bas sekolah kuning hilang dari pandangan meninggalkan Badrul yang mengutip saki baki hatinya di bahu jalan.

Wednesday, December 26, 2012

Cepat Sembuh Uncle Rosman

Aku masih ingat pada waktu itu, Udi baru balik dari politeknik dan terus singgah ke rumah aku. Waktu itu cik puan besar aku suruh Udi tunggu untuk minum petang bersama. Selang berapa ketika, selepas dapat mesej di handfon Udi terus minta diri sekejap. Tak lama lepas itu, aku lihat kelibat Udi depan rumah basah dengan hujan

"Lu kemana di? takkan la jumpa awek gini macam?"

"Adik gua sms,  bapak gua teringin goreng pisang."

Aku terdiam, pandang Udi yang tersengih macam tiada apa.

"Ajak Udi tu minum. Tuang air. Mari Di, minum sekali"

Cik puan besar memberi signal kepada aku untuk mengajak Udi minum sekali. Waktu itu  aku terasa sebak dengan Udi. Satu perkara yang aku sangat suka dan respect sama Udi adalah dia sangat mementingkan keluarga. Dia hormat mak dan abah dia, dia sayang adik-adik dia, dan dia tak pernah merungut tentang keluarga. Kisah aku dan Udi memang sudah terlalu banyak kami berkongsi bersama kerana kami membesar dan berkongsi pelbagai perkara sejak kami belum tahu apa-apa pasal dunia.

Kami bukanlah dari keluarga yang punya aset jutaan ringgit, mampu mempunyai jet peribadi. Kami sekadar orang kebiasaan yang lebih suka memerhati dan berfikir dari pelbagai aspek. Aku kenal jiwa Udi, jiwa seorang manusia yang rasa dan berfikir dari pandangan paling bawah.

"Kadang-kadang, lu ada kat atas tinggi macam mana pun satu hari lu akan turun juga."
-Udi, gerai sate waterfront, 2012

To Udi my friend, my rock n roll brother : Gua doakan Pak Cik Rosman cepat sembuh. Gua harap juga lu tabah dalam menghadapi dugaan kehidupan yang tak selalunya suka dengan kita. 




Saturday, December 22, 2012

Tuhan Palsu Bab 5 : Asing

Dari kita dulu yang biasa-biasa, sekarang jadi macam saling tak kenal rupa. Dari sejak peristiwa itu, aku terus hilang macam seolah-olah aku ini seorang manusia yang kau kenal, yang tiba-tiba bertukar menjadi seorang makhluk asing.

Di mana kau berada  dan apa yang sedang kau lakukan, aku tak punya idea. Aku juga pasti kau pun begitu, malah mungkin tak pernah langsung terfikir macam apa yang aku fikir. Hari itu aku teringat zaman sekolah ketika kau bagi sekeping coklat sebelum peperiksaan. Sebagai ganti aku beri cd lagu mariah carey. Ketika itu, mariah carey pun kau tak pernah tahu sehinggalah kau dengar cd aku.

Tapi kini walaupun sejauh mana kita berada, kita tetap berada di satu lingkungan yang hampir, iaitu di dunia maya yang boleh di sambung dengan bantuan teknologi dan laman sosial. Tapi kau dan aku sudah menjadi asing yang takkan lagi bisa kenal. Lalu konklusinya kita sangat jauh. Bagai dari dunia planet yang berbeza.

Thursday, December 20, 2012

Tuhan Palsu bab 4 : Makwe Hijabster Dan Kek Vanilla

Hati kecil aku tiba-tiba berkata, memberitahu aku yang mungkin aku memang sudah jatuh hati dengan seorang makhluk bernama wanita bertudung violet yang keseorangan dengan sepotong kek vanilla di meja hujung.

Dari air mukanya, tergambar bahawa betapa dia itu keseorangan sama seperti aku. Mungkin dia juga tercari-cari putera impiannya. Telefon bimbitnya resah dikeluarkan dari tas tangan. Sekejap keluar, sekejap masukkan balik. Aku yang melihat pun sedikit nervous.

Secara tiba-tiba dia bangun dan menghampiri aku yang kaku di depan kaunter. Aku jadi panik lalu pantas mata aku mencari kalau-kalau ada utusan malaysia atas meja untuk aku sorokkan muka yang malu. Malangnya orang Malaysia memang tak gemar membaca surat khabar. Lagi-lagi waktu petang sebegini.

" Do you mind?"

Lalu satu tangan yang begitu lembut teksturnya, cerah dan perfect dari segi tona kulitnya mencapai beberapa keping tisu yang jaraknya terletak beberapa kaki saja didepan aku. Soalan mudah yang dia lontarkan pada aku hilang begitu saja tanpa jawapan dari aku. Kalau masa itu ada budak tadika yang bertanyakan bagaimana hendak membaca doa makan sekalipun, aku percaya aku akan gagal.

"Va-vanilla cake pl-please"

Ye, itulah perkataan yang automatik keluar dari aku setelah disapa oleh puteri idaman yang entah dari mana. Aku nekad, kalau dia bertanya satu lagi sekali pada aku, aku nekad, aku minta nombor telefon terus.

Dia ambil tisu, habiskan saki baki airnya lalu pergi. Lalu dia hilang sedikit demi sedikit dari pandangan aku, seorang lelaki yang berdiri bersama sepiring kek vanilla yang penuh rasa untuk diceritakan pada dia.

Petang itu, aku kalah lagi sama perasaan sendiri.

Thursday, December 13, 2012

Prosa

Setiap pengakhiran yang terlakar diakhir sebuah cerita adalah hasil dari bagaimana cara pengolahan cerita itu sendiri.

Dari setiap usaha dan titik peluh yang kau keluarkan ikhlas pasti berbayar setimpal dengan apa yang kau usahakan.

Kerna tuhan itu maha adil.

Wednesday, December 12, 2012

Dan Bila Esok

Aku tak mau tulis panjang-panjang. Cuma aku mau beri peringatan kepada diri sendiri, esok masa presentation jangan lupa sikat rambut pakai sikat nipis. Kemeja pula warnanya biar cerah, sedap mata memandang. Segala teks, folio dan lukisan kejuruteraan jangan mengada tinggal di rumah...

Oh lagi satu, siapa yang cerita perihal 12 haribulan 12 tahun 2012 lagi lepas ni, aku lempang. Sekian