Friday, April 29, 2011

Hikayat Sujiman

"Man! Kau bukak pintu ni man! Apa salahnya kau jadik cikgu tadika? kan kerja mulia tu!"

Sujiman diam membatu. Tiada sepatah kata keluar dari mulut Sujiman. Hatinya terbakar, direbahkan badannya ke katil. Di keluarkan sekotak rokok Dunhill merah dari dalam laci. Tangan kirinya tersisip sebatang rokok, dan ditangan kanannya pula tersemat lighter cricket putih.

"Ade ke patut gua jadik cikgu tadika? heh!"

Sujiman memetik lighter berulang kali..

*cess cess..

"Kau dengar tak apa bapak cakap ni Man?! kau bukak pintu ni!"

Sujiman terkejut. Lighter cricket sama rokok dunhill di masukkan kembali kedalam laci.

"Cilaka, nasib baik gua tak sempat hisap. Mampus gua kena pepah dengan bapak gua nanti. Eh, tak berani la gua!"

Fikiran Sujiman masih lagi celaru. Jam swatch beliau jelas menunjukkan sudah hampir 2 pagi. Beliau nekad, beliau mahu lari mengejar cita-cita yang tak kesampaian. Dikemasnya baju satu beg dan gitar akustik coklat milik datuknya, Muhammad Dee. Sempat juga Sujiman meninggalkan surat yang berupa pantun 4 kerat dan sekeping gambar yang beliau snap untuk ditatap oleh kedua orang tuanya semasa peninggalan beliau nanti yang berbunyi begini,

Kurt Cobain,
Steven Tyler,
Kalau tuhan izin,
Kita jumpa semula...
ps : Hehe, sejam tau man nak pikir pantun ni. Peace, rock n roll:)

Sujiman keluar rumah dengan hati yang berbunga. Diteruskan perjalanan beliau dengan bismillah, supaya berkat.
****************************************************************

Setelah seminggu berjalan, berjogging, lari-lari anak, beliau tiba di sebuah perkampungan. Sungguh asing perkampungan itu. Tidak semena-mena beliau terbau satu bauan yang harum. Sujiman mengikut jejak bauan harum itu sehingga beliau tidak sedar yang beliau sudah tersesat jauh ke dalam hutan.

"Ah sudah.. Cilaka betul lah!!"

Sumpah Sujiman pada diri sendiri sambil kakinya deras menendang pangkal pohon ketapang. Matahari sudah hampir terbenam, fikiran beliau mula lah nak fikir yang bukan-bukan.. Hantu raya la, pontianak la, awek bunian mandi sungai la. Dengan tawakal, beliau meredah semak samun yang jelas diterangi cahaya bulan. Akhirnya beliau terlelap di atas jambatan kayu. Memang sengaja beliau pilih jambatan untuk tidur.


Pada fikiran beliau, jika ada hantu yang nak mengacau, senang dia terjun ke sungai sebab setahu dia takda lagi kes orang kena kacau pontianak dalam air.

"Anak ni buat apa dalam hutam?"

Sujiman tersentak dari tidur lalu,

"Eh babi terkejut! sial la lu!"

Mata Sujiman tepat memandang seorang perempuan tua. Beliau jadi segan.

"Mintak maaf nek, saya tak perasan. hehe"

Nenek tua tersebut hanya cool dan,

"takpe cu.. nenek faham.." (sambil buat isyarat jari tengah ke Sujiman)

*gulp

Sujiman telan air liur dan lari lintang pukang.
*******************************************************************

Perjalanan Sujiman diteruskan lagi. Akhirnya sampailah Sujiman di satu sungai. Dengan tak berfikir panjang, dengan berboxer sahaja beliau terjun kedalam sungai.

*Ahhh

Segar rasanya..

Tiba-tiba,

*Zrass! zrass! zrass!

Sujiman terdengar bunyi yang sinonim dengan beliau. Bunyi orang memberus baju. Ditinjaunya dari celahan batu. Beliau ternampak seorang makcik tua yang sedang asyik memberus baju sambil dengar mp3.



Sujiman dapat satu akal. Dia berlari mendapatkan baju dan gitarnya.

"Err, cik.. boleh basuhkan baju saya? Al maklum lah, saya ni pengembara.. lari dari rumah la kata kan"

Pelan-pelan bunyi berus yang tadinya kuat tidak lagi kedengaran. Makcik tadi memandang Sujiman dengan muka kerek sambil men'slow'kan volume mp3 nya.

"Basuh tu boleh, tapi bayar la!"

*Sujiman terpaku

"Saya takda duit, tapi saya ada gitar. Biar saya nyanyikan lagu untuk cik sebagai balasan"

*Makcik tadi memandang Sujiman dengan perasaan kesian

" hmmm ye laaahhh"

Sujiman tersengih..

"Ok, dengar ni ye.. ni lagu dari A.Rahman Hassan yang bertajuk tak mengapa"

"Alangkah sedihnya...
hatiku..
param param~

Baru satu verse Sujiman menyanyi, berkepul-kepul asap putih yang entah dari celah mana datang mengaburi pandangannya. Makcik yang sibuk basuh baju tadi telah bertukar menjadi muda..



"wow..."

Sujiman eksaited melihat perempuan muda itu dan terpijak lumut. Lalu Sujiman terjatuh, dan mukanya betul-betul landing di tempat sabun basuh baju makcik tadi. Lalu, dengan takdir tuhan, muka Sujiman juga turut berubah menjadi kacak.


*dup dap dup dap

Mata bertentang mata, lagu A.Rahman Hassan pulak entah kemana. Mereka berdua jatuh cinta dan hidup bahagia selamanya..

Makcik basuh baju meng'cek' beg Sujiman


-TAMAT-



16 comments:

  1. Hakhakhak. lol. lawak gila. buat aku ketawa.

    btw moga berbahagia sampai akhir hayat. amin. :)

    ReplyDelete
  2. mengucap panjang baca entry ni. lawak sungguh! :D
    semoga berbahagia Juice and Ned <3 :)

    ReplyDelete
  3. Sumpah aku dah gelak.Haha ! Baik punya jalan cerita.Moga bahagia si pengembara dan makcik basuh baju.Hihi :)

    ReplyDelete
  4. hahaha. memang kelakar. tapi memang ta la en u samakan i dengan makcik. grr!

    ReplyDelete
  5. caca : sabar la ye, mengucap dapat pahala! thanx!

    Syaza : Terima kasih! (makcik basuh baju)

    daem : Cerita benar memang la baik

    Neddy : Harap2 awak tau basuh baju -.-''

    ReplyDelete
  6. haha mujus, cikgu tadika ada lelaki kah? setahu aku dulu cikgu tadika aku semua perempuan :). nice!

    ReplyDelete
  7. gagaga. lol. seronok bace. wish moga ko kekal la weyh. kem salam kat macik tuh. :)

    ReplyDelete
  8. amboi ! sweet macam william dengan kate . haha . ingat bro rock & roll tak pernah curang .

    ReplyDelete
  9. ehem ehem. comel betul lu punya awek kan. hehe

    ReplyDelete
  10. awww. that is just so sweet.
    happy always :)

    ReplyDelete
  11. easy : eh, takde ke??

    aulia : thanx aulia!

    tora : william tu prince, gua orang biasa gang, rock and roll!

    Fayadh : Amboy, Cik Izzi tu ape?

    Dahlia : Thanx miss DD

    ReplyDelete
  12. bgoz r... respect kw..

    ReplyDelete