Thursday, March 31, 2011

Laksa Johor di hari Ahad

Petang Ahad tu memang panas. Gua yang baru habis mengemas bilik menggosok baju, terbaring atas katil dengan kipas syiling ligat dengan kelajuan maksimum. Kepala gua masih lagi teringat insiden di bilik menggosok baju tadi. Iron baju bergelimpangan, serbuk milo 3 in 1 bertaburan di atas meja dan dihiaskan pulak dengan plastik-plastik megi pelbagai jenama dan warna. Masa tu satu je yang gua rasa. Macam nak tendang sekor-sekor yang lepak bilik menggosok baju malam semalam.

Si Saufee pulak sibuk tido dengan tak berbaju dengan boxer kotak-kotak. Penat betul dia membasuh jamban. Gua hanya mampu pandang dia dengan perasaan kesian. Budak-budak mrsm ni pun satu. Lepas guna jamban bukan reti nak basuh balik. Perangai sekor-sekor memang nak mintak pelempang kadang-kadang. Ade satu hari tu, gua nampak sorang budak India sibuk berdiri atas sinki. Gua lupa nama dia tapi yang gua ingat gua panggil dia sinki boy. Bila nampak dia berdiri atas sinki, gua jadik tertanya-tanya. Gua yang tengah nak menyidai baju jadik tak sedap hati. Gua panggil dia dengan sopan :

Gua : Woi! lu sini kejap.

Sinki Boy : Ape bang?

Gua : Yang lu berdiri atas sinki apasal?! kang jatuh sape susah? takde benda lain lagi dah nak main?

Sinki Boy : Bukan main la bang

Gua : habis tu?!

Sinki Boy : Saya kencing tadi. Tak tahan.

Gua jadik tak keruan. Gua tanya lagi sekali baik-baik.

Gua : Lu kencing dalam sinki?? dalam toilet tu?

Sinki Boy : aah la bang. Sorry la, saya takut nak guna tandas

Gua beristighfar banyak-banyak. Muka sinki boy gua tenung dalam-dalam sambil gua bagi pesanan bernas

Gua : Kalau gua nampak lagi sekali lu kencing dalam sinki, gua tak bagi can. Dengan lu, dengan sinki-sinki tu sekali gua lempang. ok?

Sinki Boy : ok bang :)

*********************************************************************

Gua jadik panas hati bila teringat kisah sinki boy, lebih-lebih lagi bila lepas mengemas ni. Fikiran gua mula menerawang ke rumah yang gua dah tinggalkan lebih dari 3 bulan. Buat gua yang remaja usia 15 tahun, macam-macam yang gua rindu. Masakan bonda gua, bilik gua, kawan-kawan..

Tak semena-mena hendfon gua berbunyi dari dalam sarung bantal. Gua memang letak situ. Selamat dan berkat orang kata. Hehehe. Gua capai hendfon, gua berbual di talian dengan muka serius. Muka gua jadik tak tentu arah selepas terima panggilan. Saufee yang nyenyak tido mulai terbangun bila terdengar suara gua bercakap di telefon. Gua pandag Saufee, gua cakap :

Gua : Lu nak rasa laksa Johor?

Saufee : hah??

Gua : Jom ikut gua pegi foyer, rasa laksa johor mak gua!

Saufee : Orait!

11 comments:

  1. saufee yang orang panggil 'tobek' ke?

    ReplyDelete
  2. sedap okeh!
    kasi gua lapar pagi-pagi buta ni =,=

    ReplyDelete
  3. kesian dia rindu na makan laksa johor eh.

    ReplyDelete
  4. kyra : tau takpe

    bawangmerah : yup

    eqa : alamak, sorry la

    Nedster : I told you:)

    ReplyDelete
  5. Satu soalan Juice ! Kenapa sinki boy takut guna jamban?

    ReplyDelete
  6. haha lama lak tak dengar kisah sinki boy.

    ReplyDelete
  7. lama gua tak datang lu punya blog . baru tadi gua makan . haha tapi bukan johor punya . ini rembau punya . haha .

    ReplyDelete
  8. Syaza : entah la, tu aku masih bingung

    wafeex : itu la pasal! haha

    Tora : lu bikin gua mengidam ni gang!

    ReplyDelete
  9. adehhh, tak cukup ngan sauseq, sinki boy pon ada. cibai la muyus. hahahahhahahahhahahahahhahahaha

    ReplyDelete
  10. seronoknye mak datanggg :D
    dh lama tak komen post kau eheh

    nway aku add kau di facebook.bru nmpak kau letak fb kat blog :))

    ReplyDelete