Setiap manusia yang dilahirkan di kurniakan tuhan dengan segala macam kelebihan. Dan disebalik kelebihan kurniaan tuhan itu ada had yang telah ditetapkan oleh Si Maha Pencipta. Manusia itu berbeza-beza. Setiap manusia itu punya had masing-masing. Mungkin ada yang setinggi langit dan ada juga yang serendah rumput.
Manusia itu juga didatangkan dengan akal, dan perasaan. Bila bercerita tentang soal hati, lumrah jika dikaitkan dengan perasaan. Bahagia, sedih, cinta, benci, marah, dan kadang kala kita sendiri tak tahu apa yang kita rasa. Hati itu terletak diantara perut dan dibawah dada. Dan dihati itu juga selalu aku bayangkan ada magic spell yang sentiasa berada dengan bentuk yang tak dapat aku bayangkan dan yang pastinya ia boleh berubah dengan sekelip mata.
Memahami diri sendiri, bermakna kau cuba memahami setiap inci perasaan kau. Apa yang kau rasa bila kau jatuh? Kau akan rasa sakit. Kau akan faham yang diri kau tak suka akan kejatuhan. Begitu juga dengan gembira, kau akan rasa seperti dunia ini kau yang punya dan kau juga akan faham diri kau suka akan kebahagiaan. Hati dan perasaan seperti persamaan linear yang nampak senang, namun berbeza-beza dan mampu berubah setiap masa.
Memahami hati sendiri bukanlah perkara mudah, dan memahami hati orang lain adalah hampir tak terfikir oleh akal manusia. Kau boleh nampak manusia itu tak bertangan sebab ianya nyata, tapi kau tak tahu adakah dia gembira? sedih?
Dalam memahami hati orang lain kau umpama keluar dari dunia kau dan jelajah ke dunia dia. Dan dari situ kau perlu memerhati, memahami, dan ingat. Kadangkala dalam kau bermain di dunia dia, kau juga akan rasa apa yang tak sepatutnya kau rasa kerana itu adalah harga yang kau perlu bayar bila kau ambil langkah masuk ke dunia dia. Dan dalam kau cuba memahami, kau perlu ingat yang kau juga punya alam dan hati sendiri yang perlu turut kau jaga. Umpama kau ada 2 dunia dan 2 hati yang berbeza yang sentiasa perlu kau seimbangi supaya salah satu darinya tak lebur.
Memahami hati bukan bermaksud kau boleh perintah dia ikut telunjuk. Kalau kau fikir begitu, kau adalah manusia silap. Kau takkan boleh suruh dia ikut apa yang kau mahu, tapi kau boleh respect dan memahaminya dengan sebuah senyuman. Bukan susah untuk cuba dan terus cuba, kerana itu adalah usaha kau, cuma satu, kau takkan boleh tinggal dunia dan hati kau. Sampai satu masa ditakdirkan kau gagal, kau harus terima seadanya yang kau telah cuba sedaya upaya. Tak perlu malu jadi seorang yang gagal. Bagi aku, kau telah mencuba dan bagus atau gagal itu tetap ada dalam mencuba.
wah wah wah!
ReplyDeleteinspiring :).. thank you.
ReplyDeletesangat mendalam.
ReplyDeletekau baru je post benda yang ada dalam hati aku. thank you.
ReplyDeleteZahir : kemaen lagi zahir ni!
ReplyDeleteAulia : Its gonna be okay bro
Kyra Shakira & Nadia: Semua orang rasa, hanya perlu tulis
okay rasa sedih pula tiba-tiba. :')
ReplyDeleteJika baik hati manusia , maka baiklah manusia itu.
ReplyDelete"Hati dan perasaan seperti persamaan linear yang nampak senang, namun berbeza-beza dan mampu berubah setiap masa."
ReplyDeleteBest one!
Mary : Why?
ReplyDeleteFathi : sebaik-baik hati ada juga kurang
Nona : Thank you pencopet hati sarkastik