Apa makna identiti buat lu orang? satu perangai? atau satu cop bagi behaviour manusia? Ada pakar motivasi yang pernah gua hadiri ceramahnya mengatakan yang remaja sering tercari-cari identiti diri. Masa tu gua anggap itu semua bullshit. Dan gua akui seperti seorangremaja, gua juga tertanya-tanya makna identiti dalam hidup gua selepas tu. Semakin dalam gua berfikir, semakin jauh gua tercari-cari cahaya yang boleh suluh gua, apa itu identiti.
Kadang-kadang bila tiba malam, gua baring di katil, dan fikiran gua mula menerawang memikirkan segala benda yang bermain dalam benak dan minda gua. Gua cuba interpretasi segala apa yang gua lakukan satu persatu dan setiap apa yang gua fikirkan, gua bahagi kepada dua kumpulan. Baik dan buruk. Setiap hari gua berazam bila terbit matahari hari esok, gua akan cuba padam satu persatu benda buruk yang gua buat. Mungkin bagi lu orang gua hanya manis berkata-kata hanya di dalam blog yang tak ubah macam si celaka yang konon bagus. Tapi lu orang kena ingat hanya gua yang faham diri gua sendiri, dan hanya gua yang berhak tentukan dimana harus gua letak noktah dan koma dalam setiap inci kehidupan gua. Itu pasti.
Ada masa gua rasa gua sudah ada semua yang gua perlukan untuk hidup. Dan setiap kali gua rasa begitu, gua masih ada rasa kekosongan yang gua sendiri tidak tau dari mana dan apa rupa kekosongan itu. Gua akui kadangkala gua sendiri sesat dan terusan berjalan atas titik-titik kesilapan gua yang gua ego untuk perbetulkan.
Dan sampai satu masa gua dibetulkan oleh seorang makhluk tuhan. Seorang makhluk yang bagi gua selemah-lemah makhluk. Entah dari mana, dan siapa bukan urusannya kerana bagi gua dia umpama bidadari yang dikirim tuhan dari bulan untuk gua yang nyatanya gua sendiri tak tau dari mana asal usulnya, namanya, mahupun rupanya.
Cuma satu gua pegang kata-kata dia.
"jika rasa kosong, kembali dan memohon pada dia yang satu,
kau dan aku sama, diteman oleh dia yang tahu,
ambil kosong itu dan kau lakar kelopak disekelilingnya,
anggap itu satu bunga yang sentiasa wujud dalam hati kau"
Terima kasih tak terhingga wahai wanita bulan
kau dan aku sama, diteman oleh dia yang tahu,
ambil kosong itu dan kau lakar kelopak disekelilingnya,
anggap itu satu bunga yang sentiasa wujud dalam hati kau"
Terima kasih tak terhingga wahai wanita bulan
PERGHH! Deep!
ReplyDeletepergh!
ReplyDeleteuntung kau dibimbing wanita bulan tu en en en
Kau beruntung :)
ReplyDeletestyle la..
ReplyDeletenice..
ReplyDeletequite thoughtful..
thumbs up.