Sunday, January 2, 2011

Jalan

Manusia itu kehidupan. Kehidupan itu manusia. Bagi gua, kehidupan itu umpama sebatang jalan. Seperti jalan, ada awal dan ada juga pengakhirannya. Setiap jalan mesti ada pengakhiran. Begitu juga dengan hidup. Cuma pengakhirannya hanya Dia saja yang tahu.

Berjalan di jalan yang telah ditetapkan tuhan banyak dugaan dan rintangan. Sentiasa ada jeriji besi tajam yang menunggu saat kita tergelincir dan terus tertusuk, dan ketika itu ada saja mata-mata yang bulat memerhati puas.

Dan seperti norma jalan, tidak selamanya tegak dan terus kehadapan. Kadangkala berliku, kau harus tetap tegar berjalan diatasnya. Kadangkala jalan kau bercabang, kau harus pilih jalan yang betul supaya kau boleh terus hidup dan bernafas. Bila sampai saat lelah, kau berhenti ditepi dan nikmati secawan teh. Seperti kau nikmati keseronokan dunia. Jika kau terleka, dan kau tak sedar betapa banyak kau minum, kau akan sakit. Begitu juga keseronokan. Bukan semua keseronokan itu membahagiakan.

Semua manusia mahu pengakhiran yang indah, begitu juga gua.

3 comments: