Tuesday, January 4, 2011

Badan Wakil Pelajar

Gua telah dibesarkan sebagai pelajar Mara sejak gua 13 tahun. Dan yang pasti adalah gua benci sama Badan Wakil Pelajar (BWP). Memang gua tak suka sama pengawas. Bila perhimpunan, gua sebagai murid kebiasaan akan duduk di dalam dewan. Masa tu dewan di Mrsm Kuala Klawang tiada penghawa dingin dan perhimpunan pukul 2 petang. Hanya tuhan saja yang mengerti perasaan gua sebagai pelajar di ketika itu yang berperang dengan rasa panas dan amarah apabila melihat BWP semua duduk di port yang berkipas di hadapan.

"BWP kiss my ass!"

Dengan penuh rasa benci, gua berbisik dalam hati.

Tadi gua perhati profile facebook cousin gua yang semalam telah selamat ke PLKN Batu Pahat. Gua jumpa banyak gambar dia sebagai seorang BWP di Mrsm Mersing dulu. Gua lihat dan gua compare kehidupan dia dan kehidupan gua masa di sekolah dulu. Bergitu berbeza, ketara.

Apa yang dia dapat?
- Sambutan hari BWP yang kelihatan fun.
- Hari lahirnya diraikan oleh guru-guru segala.
- Dapat merasa pakai blazer.

Apa pula yang gua dapat?
-Sambutan hari sukan yang gua seakan-akan tunggul di padang acara
-Hari lahir yang hanya gua sambut seorang di belakang blok bersama Benson and Hedges
-Dapat merasa baling sosej bersos ke perempuan bermulut selaju Ferrari

Mungkin kehidupan aku dan dia berbeza kerana sebuah status, tapi pada zahirnya kita serupa. Tetap pelajar yang matlamatnya sama. Menjadi seorang manusia.

Baik-baik saja di PLKN. Moga ketemu klon Diana Danielle di sana

11 comments:

  1. yes.jamuan mereka makan sedap sedap, lepas tu usha kita dengan muka kerek. amat sial perangai

    ReplyDelete
  2. KK panas cm gampang

    ReplyDelete
  3. Diana danielle ? Tukar Lisa Surihani lah :)

    ReplyDelete
  4. sape je yg suka pengawas?? spe jd pengawas mst dibenci oleh budak2 skolah..mcm tu la yg kita rase..bila tgur budak mst dorg ckp mcm la kau bgus sgt..dah tugas...

    ReplyDelete
  5. hahah!
    standard aa pengawas
    dapat specialty skitt :p

    ReplyDelete
  6. ML pun menyampah dengan bwp n ldp.bajet bagus.xhabes2 buat spot check.

    ReplyDelete
  7. aku di mrsm pun sekadar sampah.

    ReplyDelete
  8. ouhhh, semoga jadi insan berguna someday:)
    well, clone diana danielle?suruh prof klon klonkan dia dulu oke;) haha

    ReplyDelete
  9. pttlaa sy ta ramai kwn tyme f1-f3.
    haha.ade pulak yg suke kat ldp & bwp kan.sume pun benci.hehe

    ReplyDelete
  10. matahari : saya pun sama. sampah sarap aje.

    ReplyDelete
  11. ni ldp la...not bwp.gua bengang sama lu,

    ReplyDelete