Sunday, December 19, 2010

Cessna 402-B

August 25, 2001. 6:45 pm (EST)

Tarikh yang gua takkan lupa, gua diamanahkan untuk mengendalikan pesawat Cessna 402-B. Telah menjadi tanggungjawab gua untuk mengendalikan pesawat tersebut dari Marsh Harbour, Abaco Island dari Bahamas ke Opa-Locka, Florida yang mengambil masa kira-kira 7 jam.

Setibanya gua di airport, gua lepak di restoran Nasi Lemak Antarabangsa cawangan Bahamas yang terletak tak jauh dari kawasan airport. Memang gua teringin pulak nak pekena nasi lemak hari tu. Gua order nasi lemak sama teh ais. Kepala gua hanya terbayang-bayang yang gua pekena nasi lemak sambil menikmati matahari terbenam Bahamas yang indah..

"trit!! trit!"

Nama bos gua, Mrs Missy Elliot menelepon gua dengan suara cemas.

Missy : eh mana u hah?!
Gua : makan nasi lemak la bos. nak tapau ape-ape ke?
Missy : tak mau! kolestrol! eh u balik airport sekarang juga!
Gua : Nasi lemak saya tak sampai lagi la bos..
Missy : owh u melawan hah?balik sini, i tak kira..

Mrs Missy Elliot terus memutuskan panggilan beliau. Gua letak kembali handfon gua ke poket.

"Gampang punya pompuan bibir tebal!"

Gua capai kunci kete, gua terus gerak ke airpot..

Setibanya gua di airport, gua terus menuju ke headquarters British Airways, tempat gua bekerja masa tu. Dalam tu, gua tengok bos gua Mrs Missy Elliot tengah sengih-sengih ke gua.

Missy : Owh, Ini Capten Juice, pilot yang akan bawak u ke Florida. Juice, ni Aaliyah. From Hollywood. Artis RNB ok!

Aaliyah : Hi Mr Juice. Its a great opportunity to meet you.

Gua : Thanx. Nice to meet you too.

Tepat pukul 6:45 petang waktu Bahamas. Gua take off pesawat Cessna 402-B dengan bergaya sambil menyanyi lagu Hattan dari dalam kokpit. Gua capai mikrofon,

Gua : Hello and good evening. I am Captain Juice and I will be your pilot today. Have a nice day!

***********************************************************************

Setelah hampir 4 jam perjalanan, gua merasakan yang enjin sebelah kanan pesawat Cessna 402-B tidak berfungsi. Masa tu gua betul-betul berhampiran dengan Port St. Lucie. Gua menjadi panik seketika. Gua cek segala part. Rudder,winglet, turbine engine, flaps, vertical stabilizer dan juga fuselage. Nampaknya nasib gua agak malang kerana fuselage yang menyambungkan ke turbine engine belah kanan pesawat Cessna 402-B tu berhenti berfungsi. Hanya ada satu cara...
Gua perlu membuat pendaratan kecemasan di Port St Lucie.

Takdir tidak menyebelahi gua. Gua gagal sebagai seorang pilot. Pesawat gua terhempas di laut West Palm Beach, 2048 kilometer dari darat. Gua kurang ingat macam mana gua terhempas tapi yang gua ingat ada letupan besar dan gua sempat terjun dari kokpit sebelum pesawat gua terus menjunam ke laut West Palm.

2 hari selepas tu, sekumpulan polis marine terjumpa gua yang terkapai-kapai di tengah laut. Hanya gua seorang yang selamat. 9 penumpang gua terkorban dibawah kawalan gua sendiri. Fikiran gua bercelaru mencari punca sebenar.

Setibanya di darat, bos gua, Mrs Missy Elliot memandang gua dengan sedih.

Missy : Its ok Juice. Normal la plane crash. Semua ni takdir tuhan.
Gua : Ni sume, bos punya salah!
Missy : Aik?! I pulak?
Gua : Kalaulah saya sempat makan nasi lemak itu hari... ini semua takkan berlaku!

Gua terus letak jawatan time tu jugak dan berjalan meninggalkan bos gua yang masih lagi dengan muka pelik memerhati gua. Setahun lepas tu, gua menyambung kembali pengajian gua. Kali ni gua malas nak main kapal terbang. Gua nak main kapal laut pulak.


Gambar terakhir gua sebelum penerbangan ke Florida

*RIP Aaliyah

9 comments:

  1. haha adoi gila detail kan ceritaaa.. Kretif betul. btw RIP Aaliyah.

    ReplyDelete
  2. Once again, you made my day!
    Literally LOL.
    *still laughing*

    ReplyDelete
  3. Yan : kamon la, this is sooo true la.

    Faris : lol

    ReplyDelete
  4. Dekat kapal laut ada nasi lemak ke ?

    ReplyDelete
  5. terbaik lah cite kau ni
    kau punca aaliyah mati doe
    hehehe :p

    anyway, hensom pic kau!
    haha!

    ReplyDelete
  6. Lain kali suruh cabin crew buatkan nasi lemak utk ko.

    ReplyDelete
  7. abes gambar encem nk ltak muka ko yea...

    ReplyDelete
  8. haha . lu banyak makan ubat gegat ni gang .

    ReplyDelete