Setelah hampir 2 jam setengah berentap diatas pentas wembley arena akhirnya band kepalmawie mengambil keputusan untuk menamatkan persembahan beliau memandangkan Pian Remuk dah serupa macam Nasir Bilal Khan dalam cerekarama "Si Penggali Kubur", jenis bercakap dah tak clear. Kalau cakap pun dah tak boleh, inikan pula nak menghentak double paddle. Dari bawah stage, kelihatan Kepalmawie cuba untuk memulihkan Pian Remuk dengan air berwarna merah jambu dan sedikit jampi serapah. Namun keadaan Pian Remuk hanya bertambah parah bila segala tong drum diterajangnya. Maka dengan itu band kepalmawie meminta izin untuk ke belakang stage buat seketika.
Crowd yang hadir bukanlah orang yang kebiasaan. Semuanya memang berjiwa rock yang sejati. Kalau dalam kad pengenalan ada section muzik kegemaran, dah tentu-tentu mereka tulis disitu rock kapak, atau pun rock kangkang. Tapi pihak pejabat pendaftaran masih lagi waras untuk tidak meletakkan section sebegitu rupa kerana dikhuatiri akan mencetuskan perbalahan antara masyarakat mengikut aliran muzik dan sekali gus penerbitan majalah-majalah hiburan seperti URTV, Hai dan ROTTW akan terjejas penjualannya. Maka dah tentu tentu Kak Som kerani tak dapat membeli majalah kesukaan beliau, lalu tidaklah dia tinggalkan majalah itu di tepi mesin pembancuh kopi, maka tiadalah lagi sumber bacaan untuk aku bila minum kopi di dapur ofis dan sekaligus cerita tentang asal usul kepalmawie akan terkubur begitu sahaja tanpa dapat diketahui generasi akan datang. Nampak tak betapa besar pengaruh muzik rock ni?
Hampir sejam berlalu namun band kepalmawie masih tidak kelihatan. Oleh kerana masa konsert masih berbaki selama 40 minit, pihak penganjur mengambil keputusan untuk meletakkan Najwa Latiff dan kumpulan Sleeq sebagai artis gantian. Najwa Latiff duduk diatas kerusi lalu meng'tune' gitarnya sambil berkata "Test.. test.. Keyell.. Keyell..". Manakala kumpulan Sleeq pula telah siap sedia mengambil tempat di belakang Najwa Latiff untuk melakukan flash mob. Semua crowd yang hadir terpinga-pinga sekejap.
"Woii, Najwa Latiff woi!"
Kedengaran suara dari belah belakang crowd. Pakcik berumur lingkungan 50-an naik ke pentas lalu mendebik Najwa Latiff tanpa banyak cerita. 2 kali di perut, sekali di muka dan 4 kali di tulang rusuk. Najwa Latiff terbaring diatas pentas tanpa habis meng"tune" gitar beliau. Kumpulan Sleeq yang dengar ceritanya kuat di Singapura pun tak berani masuk campur. Hanya sempat menyayi intro sahaja yang berbunyi " Kuatkan radio.. kuatkan radio.." sebelum lari sembunyi di belakang stage.
"Alaa Pian Remuk ni satu hal la.. dah tau kencing manis pegi togak sirap bandung siapa suruh. Ni yang gua panas ni"
Ajib yang dari tadi diam, bersuara menunjukkan ketidakpuastian beliau terhadap Pian Remuk. Mimik wajahnya marah berbaur kecewa. Lalu ditendangnya tong kitar semula yang berada berdekatan dengan pentas wembley arena.
Bersambung lagi...
No comments:
Post a Comment