Terlalu banyak yang kami berkongsi. Bagaimana kami menempuh kehidupan selama 3 tahun. Terlalu banyak perkara yang masih lagi segar dalam ingatan, yang megajar aku tentang erti kehidupan sehingga aku menjadi manusia sekarang. Hampir segalanya, kemana saja ada dia, aku akan ada. Walaupun secara fizikalnya dia gelap dan aku pula sebaliknya, dia umpama abang yang selalu ada.
Bercerita pasal susah dan senang, kami berkongsi bermacam-macam perkara. Bila hujung minggu, kadangkala kami menghabiskan masa di 'skate park' kami sendiri dan menjadi Tony Hawk. Tapi selalunya kami lebih menghabiskan masa di kelas. Masa tu kami baca 'diari' pelajar perempuan yang pelik-pelik. Ok, saya minta maaf pasal tu.
Bercerita tentang cinta pula, waktu itu kami berusia 15 tahun. Aku masih lagi ingat macam mana aku pilihkan jenis coklat untuk dia beli untuk dia bagi pada Jihan. Dan aku juga pilih pembalut coklat yang bercorak warna merah. Dan aku juga yang menulis segala ucapan bersama coklat tu. Waktu itu aku juga yang teman dia berjumpa dengan Jihan di balik tembok surau selepas maghrib. Cerita cinta aku pula kosong waktu itu. Haha
Alhamdulillah masa telah berubah dan pengalaman sentiasa mengajar kita. Kami berada di bidang yang lebih kurang sama, yang akan berbakti pada samudera. Tiada kata selain bangga dengan apa yang aku dapat lihat sekarang. Semoga lebih berjaya kelak, dan kita akan jumpa di dunia kita satu hari nanti. InsyaAllah.
Iskandar Farhan, Mac 2012
Iskandar Farhan bersama bonda tercinta
:')
ReplyDeletekisah jihan dan kurt, kisah cinta monyet yang klasik
congatulations kurt :)
p/s: nice post, mujuz