Friday, April 29, 2011

Hikayat Sujiman

"Man! Kau bukak pintu ni man! Apa salahnya kau jadik cikgu tadika? kan kerja mulia tu!"

Sujiman diam membatu. Tiada sepatah kata keluar dari mulut Sujiman. Hatinya terbakar, direbahkan badannya ke katil. Di keluarkan sekotak rokok Dunhill merah dari dalam laci. Tangan kirinya tersisip sebatang rokok, dan ditangan kanannya pula tersemat lighter cricket putih.

"Ade ke patut gua jadik cikgu tadika? heh!"

Sujiman memetik lighter berulang kali..

*cess cess..

"Kau dengar tak apa bapak cakap ni Man?! kau bukak pintu ni!"

Sujiman terkejut. Lighter cricket sama rokok dunhill di masukkan kembali kedalam laci.

"Cilaka, nasib baik gua tak sempat hisap. Mampus gua kena pepah dengan bapak gua nanti. Eh, tak berani la gua!"

Fikiran Sujiman masih lagi celaru. Jam swatch beliau jelas menunjukkan sudah hampir 2 pagi. Beliau nekad, beliau mahu lari mengejar cita-cita yang tak kesampaian. Dikemasnya baju satu beg dan gitar akustik coklat milik datuknya, Muhammad Dee. Sempat juga Sujiman meninggalkan surat yang berupa pantun 4 kerat dan sekeping gambar yang beliau snap untuk ditatap oleh kedua orang tuanya semasa peninggalan beliau nanti yang berbunyi begini,

Kurt Cobain,
Steven Tyler,
Kalau tuhan izin,
Kita jumpa semula...
ps : Hehe, sejam tau man nak pikir pantun ni. Peace, rock n roll:)

Sujiman keluar rumah dengan hati yang berbunga. Diteruskan perjalanan beliau dengan bismillah, supaya berkat.
****************************************************************

Setelah seminggu berjalan, berjogging, lari-lari anak, beliau tiba di sebuah perkampungan. Sungguh asing perkampungan itu. Tidak semena-mena beliau terbau satu bauan yang harum. Sujiman mengikut jejak bauan harum itu sehingga beliau tidak sedar yang beliau sudah tersesat jauh ke dalam hutan.

"Ah sudah.. Cilaka betul lah!!"

Sumpah Sujiman pada diri sendiri sambil kakinya deras menendang pangkal pohon ketapang. Matahari sudah hampir terbenam, fikiran beliau mula lah nak fikir yang bukan-bukan.. Hantu raya la, pontianak la, awek bunian mandi sungai la. Dengan tawakal, beliau meredah semak samun yang jelas diterangi cahaya bulan. Akhirnya beliau terlelap di atas jambatan kayu. Memang sengaja beliau pilih jambatan untuk tidur.


Pada fikiran beliau, jika ada hantu yang nak mengacau, senang dia terjun ke sungai sebab setahu dia takda lagi kes orang kena kacau pontianak dalam air.

"Anak ni buat apa dalam hutam?"

Sujiman tersentak dari tidur lalu,

"Eh babi terkejut! sial la lu!"

Mata Sujiman tepat memandang seorang perempuan tua. Beliau jadi segan.

"Mintak maaf nek, saya tak perasan. hehe"

Nenek tua tersebut hanya cool dan,

"takpe cu.. nenek faham.." (sambil buat isyarat jari tengah ke Sujiman)

*gulp

Sujiman telan air liur dan lari lintang pukang.
*******************************************************************

Perjalanan Sujiman diteruskan lagi. Akhirnya sampailah Sujiman di satu sungai. Dengan tak berfikir panjang, dengan berboxer sahaja beliau terjun kedalam sungai.

*Ahhh

Segar rasanya..

Tiba-tiba,

*Zrass! zrass! zrass!

Sujiman terdengar bunyi yang sinonim dengan beliau. Bunyi orang memberus baju. Ditinjaunya dari celahan batu. Beliau ternampak seorang makcik tua yang sedang asyik memberus baju sambil dengar mp3.



Sujiman dapat satu akal. Dia berlari mendapatkan baju dan gitarnya.

"Err, cik.. boleh basuhkan baju saya? Al maklum lah, saya ni pengembara.. lari dari rumah la kata kan"

Pelan-pelan bunyi berus yang tadinya kuat tidak lagi kedengaran. Makcik tadi memandang Sujiman dengan muka kerek sambil men'slow'kan volume mp3 nya.

"Basuh tu boleh, tapi bayar la!"

*Sujiman terpaku

"Saya takda duit, tapi saya ada gitar. Biar saya nyanyikan lagu untuk cik sebagai balasan"

*Makcik tadi memandang Sujiman dengan perasaan kesian

" hmmm ye laaahhh"

Sujiman tersengih..

"Ok, dengar ni ye.. ni lagu dari A.Rahman Hassan yang bertajuk tak mengapa"

"Alangkah sedihnya...
hatiku..
param param~

Baru satu verse Sujiman menyanyi, berkepul-kepul asap putih yang entah dari celah mana datang mengaburi pandangannya. Makcik yang sibuk basuh baju tadi telah bertukar menjadi muda..



"wow..."

Sujiman eksaited melihat perempuan muda itu dan terpijak lumut. Lalu Sujiman terjatuh, dan mukanya betul-betul landing di tempat sabun basuh baju makcik tadi. Lalu, dengan takdir tuhan, muka Sujiman juga turut berubah menjadi kacak.


*dup dap dup dap

Mata bertentang mata, lagu A.Rahman Hassan pulak entah kemana. Mereka berdua jatuh cinta dan hidup bahagia selamanya..

Makcik basuh baju meng'cek' beg Sujiman


-TAMAT-



Thursday, April 28, 2011

I Shot The Sheriff

*Bam!

Suasana bar jadi senyap, 2 pemakai seragam berlari ke arah gua, muka bengis. Gua di terkam ke lantai, tangan bergari.

Di balai polis, bilik soal siasat

"ceritakan pada saya, apa yang berlaku"

*gua teringat insiden di bar....
**********************************************************************

Gua duduk seorang diri di sudut bar.

*Asap tebal, lampu warna-warni

Gadis-gadis muda, hanyut seiring dengan nada muzik dengan pengaruh kokain. Golongan atasan tampak lebar senyuman dengan wang kerajaan demi kepentingan diri masing-masing. Si pemakai seragam hanya tinggal seragam. Dan mata gua masih ke bartender.

*Gulp

Seteguk air, gua berdiri, mata ke kiri dan ke kanan, dan..

*Bam!

6 peluru revolver dilepaskan secara rambang. 3 pegawai atasan kerajaan, 1 pemakai seragam, 1 pelayan bar, dan 1 penjual kokain.. semua terbaring di lantai berlumuran darah.

*klik klik

Peluru dah habis, gua digari.
*************************************************************************

"Saya tanya sekali lagi, apa awak ingat insiden di bar tadi?!"

*Fikiran gua kembali ke bilik siasat

Gua capai sekotak rokok dari poket kemeja

*fuhhhh

Asap yang sama kini memenuhi bilik siasatan..

"I do what I'm supposed to do. I do the right thing that other people too afraid to imagine"





the people that are trying to make the world worse never take a day off , why should i
-Bob Marley


Monday, April 25, 2011

Hujan Panas

Hari hujan, daun-daun seakan menari di pokok, dan seluar gua basah.

*Berhenti sebentar di kaki lima

Cermin mata mulai berkabus.

*HAAH!

Hembus nafas, kesat cermin mata di lengan kemeja putih. Cermin mata kembali ke lokasi asal.

"baru sampai?"

*Suara dari arah pintu ofis

"Aah Cik Rahidah, hujan pulak"

"Itu la, susah saya nak buat sale hujan macm ni. Leceh!"

Bukan ke semalam dia kata tak tahan nak jumpa klien sebab panas?

*heh

-Gua, 2008, Seri Warisan Resort


Friday, April 22, 2011

Manusia Tanpa Rahsia

Hampir setengah jam, aku pandang skrin laptop dan cursor yang berkelip.

Otak aku penuh dengan imej-imej dan abjad kasar.

Bila aku susun-susun balik, aku dapat klu dan jawapan.

Family, friends, lover, foes...

Semua aku ada cuma aku kurang satu,

Dia yang tanpa rahsia.

Dia yang selalu aku ceritakan semua kisah tanpa satu pun yang tertinggal. Itu yang aku perlukan lebih dari segalanya, hanya peneman cerita. macam dulu-dulu. Apa yang aku benci, aku cerita. Apa yang aku suka, dia ketawa. Apa yang aku bingung, dia tahu.

*sigh

Masa berlalu, dan manusia itu bukan kekal abadi

Dan sekarang?

Kadang-kadang menyedihkan bila kita ada cerita tapi tiada siapa yang mahu diceritakan..

*bakar rokok

Tuesday, April 19, 2011

Dialog Bayang-bayang

Apa yang kau fikirkan wahai aku?

Siapa kau?

Bayang-bayang kau, aku adalah kau.

*mengeluh panjang

Buat apa kau berkata? kan lebih elok kau bisu.

Haha, jangan malu becakap dengan diri sendiri

Aku tak malu, cuma aku mahu senyap!

*senyap

Jangan pandang aku begitu!

*senyap

Apa kau pekak?

Bukan kau yang mahu aku bisu tadi? haha

Kau perlu tahu, tanpa aku kau takkan bisa wujud!

Apa salahnya aku jadi bayang-bayang?

Aku tidak bilang kau salah cuma aku mahu senyap.

Terserah kau, tapi kau itu sedang berfikir yang pastinya aku juga tahu apa difikiran kau cuma kau perlu fikir lebih supaya kau tak kalah pada perasaan batu kau.

*aku tertunduk malu pada bayang-bayang

-gua, 9.50 malam

Rumi dan Juli

Sudah berapa kali aku katakan pada kau Rumi! kau masih begitu

Apa yang telah aku lakukan Juli? Apa salahku?

Kau curang denganku Rumi! Kau duakan aku itu salahmu.

Jika itu salahnya aku, aku mengerti. Berikan aku peluang kedua padaku Juli

Ahh! persetan itu semua, tiada peluang kedua buatmu Rumi selepas kau menduakan aku!

Mengapa begitu Juli?

Kerana cinta itu satu.. sudah lah!

Tidak adil buatku Juli!

Mengapa?

Kerana ada cinta yang masih gah walau seribu kali kau curang..

Apa??

*bingit bunyi kota menjadi lelah dan hampir mati

Cinta tuhan. Walau beribu kali kau curang, tetap saja cinta itu ada, tetap saja cinta itu diberi peluang yang infiniti.

*sepi

-gua, 5.10 petang



Monday, April 18, 2011

Kata Asmara

Malam ini gua jadi hero.

Hero orang muda, hero setiap gadis pujaan

Dimana gua sedang asyik bersuka ria sama si wanita kebaya, asyik berkata asmara saling berjanji setia, sekuntum bunga dikeluarkan

*dup dap

Kugiran rancak menjadi perlahan dan perlahan bunyinya, wanita kebaya tak lagi difikiran, mata gua terbuka luas dan gua berlari..

*Ahhh

Lega rasanya di bilik buangan, sisa air kopi malam tadi.

-Gua, 4.40 pagi


Primadona

Kali ini betul. Tak main-main, takde nak toleh belakang. Serius!

Gua duduk tepi tangga, main kolar baju, fikiran menerawang.

Primadona sudah tiba, jantung menjadi laju, leher kian basah dengan peluh, kepala jadi panas tiba-tiba.

Langkah kaki primadona makin laju, tepat! ada depan mata, muka bertemu muka.

dan...

Gua lalu bersahaja, kosong, tanpa sepatah kata..

"lain hari cuba lagi"

-gua, tahun 2000

Perisik Gelap

Kaca mata hitam, sut sutera, cuban cigar

Gambino, Genovese, Colombo, Bananno, dan Luchese berperang tekak sesama sendiri. Glock 17 masih lagi sabar dan senyap.

*senyap..

perang lagi, terlalu banyak sangat cakap.

*bang!*

*senyap kembali

Joe Valachi keluar ikut pintu belakang. Mukanya serius namun berbunga senyum.

è giunto il momento..


Sunday, April 17, 2011

Garisan Tamat

Kita memang suka berlumba. Macam dalam pesta olimpik.

Di depan, di belakang, dan kemudiannya di depan lagi.

Terus pecut dengan kaki panjang, namun ada yang berhenti.

Bila lah nak berhenti...


Mimpi Manusia

Hidup umpama mesin, rutin dan tipikal. Bangun dari mimpi tidur, untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan mimpi lagi. Bergerak kita umpama mesin yang hala tujunya ditetap hukum.
Bukan kemahuan sendiri.

gosok mata, bunyi perut, asap rokok, air kosong

*sigh*

Sama saja hari-hari.,

Saturday, April 16, 2011

Pagi Kota Peter

Sekejap malap, sekejap terang lampu meja. Udara segar pupus, asap rokok kelabu. Bising ditelan sunyi, matahari dihalau bintang. Aleksey tidur awal, si anjing sebagai teman.

Gua menaip, mata sepet, tertelan asap, terbatuk seorang

tik,tik,tik

Jarum jam jadi gagah bunyinya diwaktu subuh, saat kota Peter masih kabus.

haus...

*gulp

Selamat beradu.

Manusia Lalat

Tolong ambilkan gambar saya boleh? Nah kamera.

Ok.

*Click*

Lagi satu gambar boleh? Dengan mereka.

Ok.

*Click*

Tak berapa jelas, cuba lagi.

Ok.

*Click*

Terima kasih...

Manusia lalat

Monday, April 11, 2011

Mulia

Gua menulis entry ini semata-mata kerana seorang wanita dari kaca mata gua yang mungkin berkaitan dengan hidup gua walaupun gua kena tempiasnya sedikit.

Buat lu yang gua maksudkan, setiap manusia yang punya akal dan hati mampu belajar dan terusan belajar mengenal erti kehidupan. Lu tak boleh judge orang dari mata sendiri sebab mata lu bukan sentiasa benar. Gua nak tanya lu, apa itu erti mulia yang lu maksudkan? Mulia itu hanya perkataan. Mulia itu berbeza mengikut mata masing-masing. Macam lu yang konon mulia, dan membanding-banding kehidupan manusia lain yang lu kata tak semulia lu, bagi gua itu semua wayang. Yang nak gua tegakkan disini, lu tak boleh suruh orang ikut skala mulia lu. Lu ada kehidupan, dan manusia lain ada kehidupan sendiri so dengan kemuliaan yang gua ada, gua mintak lu dengan mulia lu boleh angkat kaki.

Gua nak tanya lu lagi, lu kata hati lu tak sama macam hati lu dulu. Apa lu boleh lihat hati lu macam mana? apa lu boleh bau? Kalau betul lu rasa macam tu, its fine tapi gua sekadar ingatkan kalau hati lu dah rosak, jangan rosakkan hati orang lain sebab member gua juga ada hati serupa macam lu cuma dia punya merah, lu punya hitam. Dengan segala hormat gua mintak lu kutip balik hati lu, lu boleh simpan kemas-kemas.

Ape erti kecantikan buat lu? Gua akui lu ada kelebihan cantik pada zahir tapi batin? gua ragu-ragu. Kecantikan pada batin itu kekal abadi , tapi kalau kecantikan batin pun lu tak mampu jaga, lu tak payah sebok-sebok jaga lu punya zahir.


Sunday, April 10, 2011

Sketsa Politik

Pagi itu, gua bangun tidur agak awal. Mungkin sebab gua keletihan mengemas rumah. Maklumlah, rumah family gua di Melaka tu memang takde orang yang nak menjaga. Kadang-kadang kalau gua dan family gua nak balik sana, bapak gua akan telefon Pak Mat untuk bersihkan keliling rumah gua, tebas ape yang perlu tebas, kalau jumpa binatang berbisa kasik buang rumah jiran sebelah. Masa gua pertama kali sampai di rumah tu, gua tengok garden belah depan memang bersih, sejuk je mata memandang. Tapi bila gua tengok rumah orang sebelah, penuh dengan daun-daun kering yang kebanyakannya terkumpul di tepi-tepi pagar. Gua syak itu semua perbuatan Pak Mat. Gua hanya pandang dengan perasaan simpati.

Gua bangun, gua bukak televisyen. Gua bukan suka sangat nak tengok kartun budak-budak pukul 9. Tiba-tiba perut gua rasa lapar. Gua terus mandi, pakai wangi-wangi dan gua menuju ke kedai melayu. Masa gua tiba di situ, makwe kedai tu ambik order gua dengan sopan.

Makwe Kedai : Minum ape dik?

Gua : Err, kasik saya teh tarik.

Makwe Kedai : Makan?

Gua : Roti canai ade lagi?

Makwe Kedai : Eh, banyak lagi tu. baru pukul 10 lebih.

Gua : Owh, boleh la bagi saya roti telur satu sama kari. Saya taknak dal.

Awek Kedai terus menuju ke belakang untuk menghantar order. Sesekali gua terbau perfume dia. Ternyata makwe kedai lagi wangi dari gua. Gua bukan apa, kalau time-time macam tu memang haram nak jumpa roti canai tempat gua di Johor. Nampak sangat orang Johor kuat makan roti canai. Tak pun mamak roti canai tempat gua memang dasar pemalas nak buat banyak-banyak.

Gua makan dengan sopan, baca bismillah, kunyah 5 kali, baca doa habis makan, cuma gua tak tutup aurat masa tu sebab gua pakai seluar 3 quarter. Gua menyesal dan rasa berdosa. Habis makan gua keluar Dunhill Light, gua sedut dengan nikmat. Syukur Alhamdulillah. Gua capai Metro atas meja, gua selak bahagian sukan.

Datang sorang pakcik duduk sebelah table gua yang gua syak di pertengahan 40-an dengan misai tebal. Dia usha gua lain macam. Gua jadi tak selesa.

Pakcik Misai : Orang baru eh dik?

Gua : Baru ape?

Pakcik Misai : Bukan orang sini kan?

Gua : Owh, family saya ada rumah kat sini pakcik. Saya balik sini sebab cuti.

Pakcik Misai : Habis tu orang tua mana?

Gua : Diorang takde kat sini. Saya balik sorang.

Pakcik Misai : Ape name?

Gua : Muzamel

Pakcik Misai : Macam ni la cik zamir, pakcik nak tanya, ape pendapat cik zamir pasal politik?

*Sejak bila gua jadik cik zamir pun gua tak tau. Biasa la, orang tua.. gua sekadar sedapkan hati.

Gua : Politik? Saya tak pandai sangat politik cuma saya tau la politik ni penting.

Pakcik Misai : Hahaha, pakcik tak hirau politik. Pakcik tau pakcik keje, dapat duit beli makan.

Gua : Owhhh

Pakcik Misai : Ape guna politik? bukan kita dapat duit kan? Biarkan orang nak politik tapi pakcik tak mau campur!

*Lepas tu gua terpaksa dengar Pakcik Misai cerita pasal dia muda-muda keje polis sampai la part dia kawin. Gua cuma angguk sambil mata jeling-jeling metro.

Pakcik Misai : Ok la, pak cik nak mintak diri. Nak ke Merlimau ada pilihanraya.

Gua : Ok ok pakcik.

Gua hempas metro, gua panggil makwe kedai :

Gua : Kak kira kak!






Saturday, April 9, 2011